BAB 12

Romance Completed 19426

Aileen memerhatikan gelagat rakan-rakannya yang bertungkus-lumus untuk mengikut gerak-geri Ayie yang lincah menari tersebut. Tawanya meletus tatkala Iwal menendang punggung Ayie.

“bingai punya orang!” maki Ayie kepada Iwal.

Iwal mengflip hair rambutnya seperti diva. Naik geli Aileen melihat sepupunya yang seorang ini.

“woi! Agak la nak menari macam raver! Geli dol!”

Ayie tersengih. “habistu nak cemana lagi hah?”

“manalah aku tahu!”

“ah! Kau dah kalau bingai memang bingai abadi selamanyaaaaaa! Ayat macam tahu nak reka tarian je!” sindir Ayie kepada Iwal.

Iwal membuat wajah menyampah.

“guys, ni hah… korang nak tarian ala-ala Hindustan kan? Ni.. aku ada jumpa banyak ni hah….” Jelas Aileen kepada rakan-rakannya.

“yeke?!” pantas Anas berlari ke arahh Aileen yang duduk di buaian tersebut. “manaaa? Manaaa?” soalnya teruja.

Aileen menyerahkan laptop kepada Anas dan pantas Anas mengambil dan melihat tarian yang dikatakan oleh Aileen. Anas tersengih.

“nice!! Kita amik tarian ni!”

***

Aileen menggenggam erat telefonnya, mengharapkan Anas akan menelefonnya pada masa yang telah ditetapkan. Dadanya tiba-tiba berdebar. Aileen kembali melihat persembahan flashmob rakan-rakannya itu dan gilirannya sudah tiba.

Lagu diberhentikan. Aileen mula gementar lalu dulang yang berisi pingat digenggam erat. Kening Aileen terangkat kerana hairan melihat Nazeem yang sedang menelefon seseorang tersebut. Tiba-tiba telefonnya berbunyi.

“apasal Nazeem yang call ni..?!” bisik Aileen sendirian. Pantas Aileen memandang Nazeem yang mencari-carinya itu. “okay, bantai jelah!” pantas Aileen bangun dan berjalan ke arah Nazeem. Dia perasan akan banyak mata yang memandangnya itu tetapi dia hanya membiarkan sahaja.

“Nazeem..”

Nazeem berpusing lalu dia tersenyum melihat Aileen. Kedengaran ramai bersorak melihat adegan mereka berdua. Aileen menjeling Anas yang sudah menekup mulut tersebut.

“kita akan berhenti seketika kerana ingin memberi laluan terhadap penyampaian pingat bagi Olahragawan dan Olahragawati sekolah!”

Aileen mula gementar lalu dia memejamkan mata seketika.

“Aileen..”

Aileen membuka matanya lalu memandang Nazeem yang sudah pun memegang pingat bagi Olahragawan.

“aku ada.. jangan takut…”

Aileen mula tersenyum nipis.

“jom.”

Aileen menggangguk.

Mereka berjalan ke arahh peserta yang dinobatkan sebagai Olahragawan serta Olahragawati lalu kelihatan pengetua sekolah, Puan Hamidah berjalan ke arah mereka berdua lalu Nazeem memberikan pingat tersebut kepadanya. Kemudian, Puan Hamidah mengalungkan pingat tersebut kepada Olahragawan sekolah tahun ini, iaitu Ayish, rakan mereka. Usai mengalungkan pingat Olahragawan kepada Ayish, Puan Hamidah beralih pula terhadap Aileen yang sedang menatang dulang yang berisi pingat Olahragawati.

“oh.. kamu Aileen Aiman, kan?”

“ya, saya..” jawab Aileen sambil tersenyum kecil.

“ada apa-apa ke dengan Nazeem?”

Aileen tersedak lalu pantas dia menggeleng.

“eh, takde laa pengetua..! kawan je.”

Puan Hamidah ketawa kecil lalu dia mengambil pingat tersebut lalu dikalungkan di leher Olahragwati sekolah, iaitu Aina. Usai selesai dengan acara memberikan pingat kepada para Olahragawan dan Olahragawati, Puan Hamidah mengucap terima kasih kepada Aileen dan Nazeem kerana berbesar hati untuk turut terlibat dalam pemberian pingat.

“sama-sama, pengetua..”

“sama-sama, pengetua! Small matter! Kalau ada majlis lagi, roger je saya dengan Aileen!”

Puan Hamidah ketawa senang. “yalah, Nazeem..”

Kedengaran suara MC majlis kembali meriuhkan keaadan.

“saya duduk dulu ya?”

Aileen dan Nazeem mengangguk.

Sebaik saja Puan Hamidah sudah melabuhkan punggung di tempat duduknya, Aileen menjeling Nazeem.

“apesal kau yang keluar- eh tak! Apesal kau pulak yang call aku?” soalku kepada Nazeem yang sudah menggaru kepala sambil tersengih tersebut.

“sebe..!”

“Nazeem!”

Pantas Nazeem dan Aileen memandang Anas yang sudah melambai-lambai ke arah mereka.

“flashmob tak abis lagi! Cepat join!”

“oh! Okay! Okay!” sahut Nazeem kepada Anas. “er.. Leen.. nanti aku bagitahu kau.. bye!” ujar Nazeem kepada Aileen.

Aileen mendengus.

“Anas… kau pun memang nak kena..!” ujar Aileen sambil merenung tajam Anas yang membuat wajah annoying nya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience