Bab 48

Romance Series 114022

"Sayang..." seru Aniq.

"Abang nak makan. Ada bubur ni. Amy belikan tadi. Masih panas lagi. Sayang suapkan ye" ucap Yus dengan dipamerkan senyuman manis.

Aniq jadi tidak sedap hati dengan tindakan Yus. Tak marahkah dia. Atau sekadar mahu menjaga hatinya yang sedang sakit. Ah, bingung.

Aniq kemudian hanya menggangguk.

"Sayang basahkan bibir abang dengan tisu yang dibasahkan dengan air suam dulu okey, nanti nak buka mulut nak makan, sakit pulak" terang Yus sambil tangannya pantas melakukan kerja.

Aniq hanya memerhati sahaja segala tindakan Yus. Setelah bibir Aniq dibasahkan, bahagian hujungnya dibersihkan dahulu dengan cermat. Bimbang sakit mengundang.

"Auch!" tercetus bunyi dari bibir Aniq.

"Abang, sorry-sorry. Sayang tersapu kuat ke. Tak sengaja" dengan segera tangan Yus berhenti melakukan tugasnya.

Mata pantas di kalih ke wajah Aniq. Sejak tadi Aniq memerhatikan wajah itu, masih sama seperti selalu, cantik. Sentiasa menggetarkan hatinya, cuma terdapat kesan bengkak dan merah serta calar. Mata bertentang mata. Irama jantung sudah lari ke mana-mana.

Seakan lupa dengan keadaan sendiri, Aniq rapatkan wajahnya pada Yus dan bibir itu ditindih lembut tetapi tidak lama apabila terasa pedih pada bibir sendiri. Aduh.. Lupa bibir luka.

"Auch!" sekali lagi Aniq berbunyi.

Yus yang tadi seperti hayal dengan renungan dan sapaan lembut bibir Aniq juga baru tersedar.

"Abang lupa bibir luka. Rindu sayang sangat" ucap Aniq dengan telinga yang merah menahan malu. Tak sabar betul kau kan Aniq, tak padan dengan bibir luka.

Yus sudah tersenyum simpul. Tisu basah di tangan dibuang ke dalam tong sampah di tepi katil. Lalu menghampiri Aniq semula dan bibirnya menyapa bibir Aniq sekilas. Bulat mata Aniq menerima ciuman itu.

"Ubat, supaya bibir tak sakit nak makan bubur ni" jawab Yus sambil mangkuk bubur ditinjukkan pada Aniq.

Aniq hanya senyum dengan ulah isterinya.

Yus kemudian membantu Aniq untuk duduk dengan lebih selesa sebelum bubur disuapkan. Setelah itu gelas air suam bersama penyedut minuman dirapatkan pada bibir Aniq. Setelah membasahkan tekak, gelas diambil dan diletakkan di meja sisi. Mangkuk bubur dicapai lalu Yus melabuhkan duduknya di atas katil di tepi Aniq bagi memudahkannya untuk menyuap bubur.

Sebaik Yus duduk rapat di sisi Aniq. Laju sahaja tangan kanan Aniq melingkar di pinggang Yus. Nasib baik bubur tak tercampak kerana terkejut. Hai la.. Sakit-sakit pun sempat lagi. Mereka berbalas pandangan lalu tersenyum. Yus memulakan tugasnya menyuap bubur, habis semangkuk dimakan Aniq. Bibir Aniq dilap dengan tisu yang dibasahkan dan air milo kotak diambil lalu straw ditebuk masuk dan diminum habis.

"Abang makan ubat ye, lepas ni sayang lap badan abang dan tukar baju" ucap Yus lalu ubat di dalam bekas diserahkan pada Aniq kemudian gelas air suam pula.

"Sayang.." panggil Aniq.

"Ya, abang nak air lagi ke?" soal Yus.

"Maafkan abang, sebab abang sayang terima semua ni" ucap Aniq lalu jemari Yus dicapai dan ditarik rapat padanya. Yus kemudian melabuhkan duduk di sisi Aniq. Perlahan tangan kiri Yus naik mengusap wajah yang penuh luka dan bengkak. Luluh hati.

"Tak abang.. Bukan salah abang. Dah ditakdirkan semua ini terjadi. Sayang okey, sayang cedera sikit je, nanti sembuh la ni." balas Yus, tidak mahu lelaki itu terus menyalahkan diri.

"Sayang.." suara Aniq lagi.

"Kalau abang sayangkan sayang, tak nak cakap pasal hal ni lagi. Boleh?" soal Yus.

"Thanks sayang" ucap Aniq lalu jemari Yus di dalam genggamannya dicium pada telapaknya.

"Tadi makan tak boleh suap sendiri. Ni elok je tangan ni" usik Yus pada Aniq.

"Ala.. Abang nak bermanja dengan isteri abang yang cantik ni" balas Aniq dengan tersenyum.

"Mengada kan. Dah la, sekarang ni sayang nak buka pakaian abang. Nak lap, lepas tu tukar yang lain." ucap Yus lalu baju hospital yang dipakaikan terbalik butang ke belakang itu perlahan dibuka, bimbang bahagian luka pada bahu kiri akan sakit. Nasib baik Aniq dipakaikan kain, kalau seluar susah la sedikit urusan lap bahagian kaki dilakukan.

Setelah baju dibuka, perlahan badan Aniq dilap dengan tuala basah. Kemudian dilap dengan tuala yang dibasahkan dengan sabun, akhir sekali, badan itu dilapkan sekali lagi dengan tuala basah untuk bilas. Hurm... Dah wangi.

"Sayang... Kalau abang mandi je terus tak boleh ke. Badan sayang dah lap, kalau bahagian bawah, abang masuk bilik air boleh. Abang tak selesa la.." pinta Aniq.

"Tak pe ke. Abang baru tengah hari tadi tau buat pembedahan tu. Nanti luka berdarah macam mana?" soal Yus bimbang.

"Apa guna sayang ada, sayang la tolong mandikan abang. Abang bukan buat apa pun kat dalam tu" ucap Aniq lalu bibir dimuncungkan ke bilik air. Merah wajah Yus.

Ish la dia ni. Boleh ke, nanti berdarah balik luka tu dah jadi satu hal pulak.

"Betul ni abang okey?" soal Yus lagi.

"Iye sayang.. Yang sakit bahu kiri je. Yang lain tak sakit pun. Cuma pergerakan je terhad, sayang la kena bantu" terang Aniq lagi.

"Kalau macam tu, ye lah. Sayang tolong abang" jawab Yus. Ye lah, kalau dia jadi Aniq pun tak selesa kalau badan sekadar lap.

Perlahan Aniq turun dari katil dengan dibantu Yus. Mujur juga drip di tangan sudah ditanggalkan jururawat masa buat pemeriksaan tadi.

Baju yang dipakaikan tadi dibuka semula dan diletakkan di atas katil, cuma tinggal kain sahaja di pinggang. Setelah kedua-dua masuk ke bilik air, laju sahaja Aniq menanggalkan kain. Terjerit kecil Yus dengan perbuatan Aniq.

"Ee.. Abang ni, tak malu ke?" marah Yus, merah wajahnya melihat tubuh Aniq tidak berpakaian.

"Alah.. Bukan tak biasa" jawab Aniq sambil tersengih. Menjeling Yus dengan jawapan yang diberikan itu.

"Lain kali bagitau dulu, jangan terus buka je" marah Yus.

"Ye.. Ye.. Lain kali abang buat announcement ye.." gurau Aniq.

Yus biarkan Aniq untuk menggunakan tandas sementara Yus menyangkut kain dan tuala.

Yus telah sediakan paip air dan shower gel untuk Aniq mandi. Kemudian Yus keluar dari bilik air tersebut meninggalkan Aniq untuk membersihkan badannya.

Apabila keluar dari bilik air, Yus sibuk menukar lapik tilam dan sarung bantal. Lebih kurang dua puluh minit Aniq memanggilnya untuk bantu mengeringkan badan.

"Sayang.. Abang dah siap" panggil Aniq.

"Okey, sayang datang."

Yus kemudian masuk ke bilik air bagi membantu Aniq mengeringkan badan dan memakaikan kain dan keluar. Sementara Yus mengemaskan bilik air.

Yus kemudian membantu Aniq untuk duduk di atas kerusi menghadap kiblat bagi menunaikan solat. Aniq tidak dapat solat seperti biasa kerana tangan kirinya masih terbatas pergerakannya.

Aniq dilihat lebih selesa setelah mandi walaupun tidak keseluruhan badan dan duduk di birai katil. Yus kemudian memakaikan pakaian dan membantu Aniq untuk baring di atas katil. Ubat di sapu letakkan pada wajah Aniq yang luka dan bengkak.

"Abang nak apa-apa tak? Kalau tak ada apa-apa, sayang nak mandi dan solat." soal Yus.

"Tak ada apa, sayang pergilah mandi. Abang okey" balas Aniq.

Lebih kurang tiga puluh minit, Yus selesai semua urusan dan duduk di kerusi berhampiran Aniq. Aniq pada waktu sudah terlelap, mungkin kesan ubat yang dimakan tadi. Yus membetulkan selimut di badan Aniq lalu melabuhkan ciuman di dahi Aniq sebelum Yus mengambil tempat di sofa dan berbaring di situ.

+++

Hari ini sudah hari kelima Yus menemani Aniq di hospital. Sepanjang tiga hari itu juga mama, Pakcik dan Amy datang melawat. Tiap kali datang pasti mama bawakan makanan untuk Yus dan Aniq. Semalam pula Pak Long Irman dan Mak Long datang melawat bersama anak-anaknya. Meriah sekejap wad itu petang semalan. Syam pula boleh kata hari-hari datang melawat sahabatnya, adakala datang seorang adakala datang bersama anggota team. Begitu juga dengan Tuan Yunus.

Luka di wajah Aniq sudah semakin sembuh, begitu juga Yus, hanya ada kesan sedikit sahaja lagi. Alhamdulillah kedua-duanya semakin pulih. Pagi tadi Doktor Aiman maklumkan esok Aniq dah boleh discharge dan perlu datang ke hospital untuk pemeriksaan mengikut tarikh temujanji yang akan diberi. Lega rasanya, bukan apa kasihan pada Aniq yang tidak selesa.

Petang itu Aniq sedang makan buah anggur merah yang disuap Yus dan tiba-tiba pintu wad dibuka. Masuk sepasang suami isteri yang sudah berusia, Tan Sri Mokthar dan Puan Sri Sally. Terhenti kunyahan Aniq kerana terkejut dengan kedatangan tetamu yang tidak dijangka. Yus pantas berdiri dan meletakkan piring mengandungi buah di atas meja lalu mengesat tangan pada tuala.

Sebaik melangkah masuk, Puan Sri Sally terus dapatkan Aniq. Manakala Tan Sri Mokthar berdiri di hujung katil Aniq. Sungguh janggal keadaan sekarang. Tak tahu apa yang patut Yus lakukan. Yus pandang pada Aniq di sebelah, wajahnya serius sekali, tiada sebarang senyum dilihat.

"Qib, Qib macam mana sekarang, Sihat? Mummy terkejut bila dapat berita ni." Puan Sri Sally bersuara.

"Qib okey, cedera sikit sahaja" balas Aniq lalu tangan Puan Sri Sally disalam dan diciumnya. Aniq memang tiada masalah dengan Puan Sri Sally, cuma papanya Tan Sri Mokthar sahaja.

"Yang cantik manis ni mesti menantu mummy kan, sini sayang" panggil Puan Sri Sally kepada Yus.

Yus menoleh pada Aniq dan dilihat Aniq mengangguk perlahan pada Yus. Yus kemudian berjalan menuju Puan Sri Sally dan apabila hampir dengan kedudukan Tan Sri Mokthar, Yus berjalan menunduk hormat.

Puan Sri Sally pantas memeluk tubuh Yus dan dicium pipi kiri dan kanannya. Yus terkejut dengan tindakan Puan Sri Sally, teringat pula pada arwah mak dengan tindakan Puan Sri Sally ni. Tangan Puan Sri Sally disalam dan dicium perlahan.

"Menantu mummy sihat?" soal Puan Sri Sally.

"Er.. Sihat Puan Sri" jawab Yus teragak.

"Apa pulak Puan Sri, mummy la. Ni kan mummy Qib" tegur Puan Sri.

"Mari kita duduk sana" ajak Puan Sri Sally pada Yus seakan memberi hint supaya Aniq dan Tan Sri Mokthar diberi ruang untuk berbual. Lalu Yus dan Puan Sri Sally bergerak duduk di sofa.

"Qib sihat?" soal Tan Sri Mokthar sebaik hampir dengan Aniq.

"Kenapa Tan Sri datang ke sini?" marah suara Aniq berbunyi.

"Qib.. Papa datang melawat Qib. Dah lama papa nak berjumpa dengan Qib" jawab Tan Sri Mokthar.

"Tak ada sebab untuk Tan Sri datang berjumpa saya" jawab Aniq dengan wajah yang masih lagi tegak memandang tv di hadapan.

"Qib, papa tahu papa banyak buat salah pada Qib dan mama tapi bagi peluang pada papa untuk tebus semuanya" pinta Tan Sri Mokthar lalu duduk di kerusi di sebelahnya.

Kesihatan Tan Sri Mokthar tidak berapa baik sejak akhir-akhir ini. Sudah dua kali dia dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung. Mujurlah Puan Sri Sally sentiasa ada di sisinya semasa serangan itu berlaku.

"Dah terlambat papa! Patutnya papa datang pada Qib dan mama dulu lagi. Bukan sekarang bila Qib dah bahagia, dah ada kehidupan sendiri!" tinggi suara Aniq keluar.

"Papa ingat Qib senang-senang nak terima papa dengan apa yang dah papa lakukan. Papa ingat Qib dan mama tak ada perasaan? Orang kaya macam papa mana kenal rasa susah dan senang macam yang Qib dan mama lalui. Sudah la papa, papa balik la, Qib tak perlukan papa!" marah Aniq, merah-merah mukanya.

"Qib.. Papa.." tak sempat Tan Sri Mokthar berkata, dia sudah jatuh ke lantai dari duduknya.

"Papa!" jerit Aniq terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience