Bab 3

Romance Completed 15358

Hari kedua..
"Okay, bye, ma. Waalaikumussalam." Balasku. Mama bertanya khabarku yang agak tidak baik.
"Weh, hiyargh! Jom, keluar. Pergi jalan ke apa ke? Aku nak tangkap gambar." Ajakku sambil mengeliat setelah kami selesai menunaikan solat Subuh. Aku mencapai kameraku yang berada di tepi dinding.
"Jomlah. Pergi jalan, kali ni janji tak tinggal kau lagi. Hihi." Kata Hannah menyengih seperti kerang busuk.
"Okey, aku pegang kata-kata kau." Kataku. Kami pun bersiap dan keluar.
"Siapa last keluar kena belanja breakfast!" Jeritku. Aku pun mengambil Rygo, memakai kasut dan terus membuka pintu disebabkan tak nak belanja mereka untuk sarapan. Aku menutup semula pintu.
"Weh! Cepat keluar! Hannah belum siap nanti dia yang kena belanja. Haha!" Kata Alyn kelam-kabut.
"Weh, jap, shh! Diam." Aku hanya membuka sedikit pintu untuk melihat apa yang terjadi di luar.
"What are they doing here?" Tanya Alyn yang menghendap bersamaku.
"Manalah aku tahu." Balasku.
"Apa kita nak buat ni?" Soal Hannah pula yang baru sertai kami.
"Hm, aha! Aku tahu." Ujarku sambil tersenyum nakal memandang paip air di luar rumah. Aku menyorok di sebalik semak dan menghalakan paip air ke arah mereka.
"Eh? Nani kore? (Apa ni?)" Ryoga bertanya pelik. Lagi aku buka air dengan besar dan memancut air ke arah mereka. Yuki dan Kai sempat pergi jauh sikit. Jadi, aku tak sampai nak membasahkan mereka berdua. Ryoga dan Takuya sahaja yang kebasahan. Tidaklah sekuyup mana. Aku tak sekejam itu. Aku pun keluar dari semak itu dan ketawa besar.
"Haha! Ohayou gozaimasu! (Selamat pagi) Gomenasai~ (I'm sorry~) I'm just kidding. Haha!" Aku menunduk sebagai tanda maaf. Aku memang ketawa gilalah. Mereka berdua kesejukan.
"Sa-Sakina-chan! Not nice." Kata Takuya sambil menggigil. Aku ketawa lagi. Tiba-tiba Ryoga rebah. Aku terkejut lalu terus berlari ke arah mereka.
"Eh, your leg is fine now, Sakina-chan?" Tanya Yuki memandang aku.
"Ha, yes, Alyn and Hannah had massage my leg last night." Balasku sambil mengejut Ryoga. Aku membuka jaketku lalu mengelap mukanya yang basah. Aku menyelimutkan dia yang kebasahan.
"Ryoga-san!" Aku duduk sambil mengejut dia. Paniklah aku. Kai, Takuya dan Yuki hanya melihat seakan-akan tiada apa-apa yang berlaku. Alyn dan Hannah menuju ke arahku.
"Takuya-san, are you okay?" Soal Hannah sambil memberikan Takuya sehelai tuala kecil.
"I'm f-fine." Balasnya cuba untuk senyum sambil mengelap mukanya yang basah. Memanglah dia agak okey, yang kena banyak Ryoga sebab dia yang paling dekat dengan pagar. Ha, siapa suruh? Padan muka.
Tiba-tiba pipiku dicubit, "Ah! Ah! Ah!" Aku mengerang kesakitan akibat pipiku dicubit secara mengejut oleh Ryoga. Nasib baik dia pakai sarung tangan. Kalau tidak, mahu cepat-cepat aku berlari cari air tanah.
"Ha, naughty girl." Katanya. Aku mengusap pipiku yang dah mulai merah akibat dicubit. Bukan pipi sahaja merah, muka pun merah kerana DIA yang cubit PIPI AKU.
"Ryoga-san! Awak buat saya panik tahu tak?!" Kataku masih mengusap pipiku. Dia duduk dan memandang aku. Jaketku yang berada di atasnya tadi segera aku ambil.
"Kenapa pula nak panik?" Soalnya sambil tersenyum. Aku terus berdiri dan memakai jaketku.
"Paniklah, haa....a-anak orang. Ugh!" Ujarku memberi alasan dan berlalu dari situ. Dia pun bangun lalu mengikut aku. Kami bertujuh pun berjalan. Mereka pun bercadang nak pergi berjalan ke Shinjuku Gyoen Park pagi ini dan nak mengajak kami. Itu yang pagi-pagi lagi dah terpacak depan rumah.
*******
"Weh, cuba call Eca. Kesian dia tak dapat ikut." Kata Alyn mengingatkan aku. Aku menutup kameraku sebentar lalu membuka telefonku. Aku mencari nama Eca di kenalan.
Ryoga mengerling ke arah papan kekunciku.
"What are you looking at? My keypad, huh?" Soalku tersenyum sambil menunjukkan papan kekunciku yang sudah bertukar gambar.
"No, nothing." Balasnya sambil berjalan kedepan. Aku hanya menggeleng kepala. Aku menekan pada nama Eca dan membuat panggilan video.
"Assalamualaikum! Eca! Kau kat mana tu? Macam dalam flight pun ada." Soalku teruja. Aku bukan nak menyindir tapi masalahnya aku memang nampak macam dalam pesawat. Hannah terus datang ke arah kami.
"Waalaikumussalam. Ha, korang. Haah, aku dalam flight." Balasnya turut teruja.
"Wah! Kau pergi mana? Holiday dengan family ke?" Soal Hannah dengan girang.
"Haha! Tak lah, holiday dengan koranglah. Aku dah landing kat Airport Haneda ni. Nak keluar dah ni. Nanti ambil aku, eh? Aku tunggu." Terangnya panjang. Melopong kami bertiga.
"APA?! KAU DAH NAK SAMPAI AIRPORT HANEDA?! Apa pasal tak bagitahu awal-awal?" Kami terkejut. Tahu tahu je dah nak sampai.
"Haha! Saje je tak nak bagitahu awal. Nak buat surprise. Surprise!" Ujarnya sambil bergelak ketawa.
"Eh, eh, si Eca ni. Buat kerja gila pula dia. Buatnya kami ni dekat Sapporo ke, kat Hokkaido ke macam mana? Tak ada kerja aku nak balik Tokyo nak ambil kau. Haha!" Balasku bergurau.
Alyn menepuk belakangku, "Amboi kau! Jauhnya sampai Hokkaido. Haha!" Kami berempat ketawa riang.
"Hm, okeylah, aku nak keluar dari flight dah ni. Aku tunggu. Bye!" Eca melambai lalu mematikan panggilan.
"Haish, kawan kau lah ni. Buat kerja gila. Haha!" Kataku kepada Alyn dan Hannah.
"Haha, kawan kau juga." Ujar Alyn padaku.
"Sakina-chan, Alyn-chan, Hana-chan! We are here!" Panggil Ryoga setibanya kami di Shinjuku Gyoen Park itu. Kami bertiga terpegun dengan keindahan taman itu walaupun dalam sedang musim salji.
Mataku tak berkelip langsung. Taman itu sangat cantik dan suci tampaknya kerana dilitupi salji yang berwarna putih.
"Sakina-chan, hey, are you there?" Panggilnya melambai-lambaikan tangannya di hadapan mataku. Aku tersedar.
"Yes, I'm sorry." Balasku ketawa. Dia tersenyum. Mesti di faham, ini kali pertama tengok taman yang bersalji. Mana taknya sampai tak sedar.
Tiba-tiba sebiji bola salji dilemparkan ke arah belakang Ryoga yang berada di hadapanku.
"Dah-dah lah tu nikmati keindahan taman ni berdua. Kitorang wujud lagi ni." Ujar Hannah membaling bola salji ke arah aku pula.
Ryoga tersenyum memandangku lalu membuat isyarat membalas bola salji yang dibaling oleh Takuya dan Hannah tadi. Aku mengangguk. Agak lama juga kami main 'snowball fight' di situ.
********
Kami berada di kafe pada waktu itu. Kami minum sebentar setelah penat bermain tadi.
'Tit tit'
Alarm telefonku berbunyi. Aku membaca nama alarm itu. Untuk apakah aku menetapkan alarm itu?
"Ambil Eca. Oo. Ambil Eca. Eh?! Ambil Eca!! Ya Allah, aku lupa!" Kataku terkejut sambil menepuk dahi.
"Eh, haahlah, Eca. Aduh, tak teringat. Jomlah, gerak cepat nanti dia tunggu kita lama pula." Kata Alyn yang baru teringat juga. Kami bertiga cepat-cepat bangun.
"Wait, where are you guys going?" Soal Yuki memandnag kami bertiga yang sudah berdiri. Kami terhenti. Lupa pula ada yang menemani kami.
"Urm, we have to go to Haneda Airport to pick up our friend. Do you guys want to join us?" Terangku panjang dan menyoalnya semula.
Mereka berbincang kemudian mereka ikut.
"Okay, we join."
*******
(Yuki POV)
Setibanya kami di lapangan terbang kami pun mencari kawan yang dikatakan itu.
"Excuse me for a little while. I want to go to the washroom. Wait for me. Don't leave me." Ujarku memandang mereka semua. Mereka hanya mengangguk. Aku pun dengan kelam-kabut berlari mencari bilik air.
"Ah, where is the washroom?" Soalku sendiri sambil terpusing-pusing mencari bilik air.
"Ite! (Aduh!)" Aku mengerang kesakitan. Aku terjatuh.
"Eh, sumimasen. (Maaf.) I didn't noticed you." Kata perempuan itu sambil menunduk hormat. Aku terpegun sebentar melihat dia.
"It's okay." Kataku lalu bangun dan mengangkat kembali bagasi merahnya yang telah aku langgar. Perempuan itu pula terpaku melihatku.
"A-Arigatou." Perempuan itu tunduk hormat kepadaku sebagai tanda terima kasih. Aku membalas tunduk hormatnya. Aku senyum dan meneruskan perjalanan ke destinasiku.
*******
(Sakinah POV)
"Eh, kora...ng?" Eca muncul dari belakang kami. Kami menoleh.
"Eh, ha, Eca. Lain kali nak datang bagitahu awal-awal lah." Kami mengerumuni Eca yang sedang terpaku.
"Ha tu bukan...." Eca menunjuk ke arah Ryoga, Kai dan Takuya.
"Ha, ha.. Kau okey tak ni? Please, jangan pengsan kat sini." Pintaku sambil menurunkan tangan Eca.
"Ha, aku okey tapi, diorang tu bukan..." Eca masih tidak percaya.
"Ya Allah, takut pula aku tengok dia macam ni." Balas Hannah. Aku lihat Eca seperti sedar tak sedar sahaja dah.
"Kau jangan pengsan pula." Pinta Alyn pula. Kami memusingkan Eca membelakangi mereka bertiga untuk menenangkan Eca dahulu.
"Nanti kitorang cerita, eh? Tenang, tenang." Kataku lagi sambil menggosok bahu Eca.
"Ha! Trying to left me, ya?" Yuki datang secara mengejut dihadapan Eca. Aku, Alyn dan Hannah menepuk dahi. Dia ni awal betul muncul.
"Eh, you are that girl. That I crashed just now, right?" Soal Yuki. Eca hanya mengangguk.
"Are you alright? Are your luggage scratched anywhere?" Soal Yuki sambil membelek belek bagasi merah kepunyaan Eca.
"Yes, I'm okay, my luggage too." Balas Eca. Kami legalah. Kalau dah berjumpa tadi tak perlulah terkejut sangat seperti Alyn dan Hannah yang sampai pengsan dibuatnya.
"I guess we have to go back home now." Kataku memberhentikan semua drama ini.
"Yes, let me bring your luggage." Kata Yuki lalu mengambil pemegang bagasi itu dari tangan Eca.
"Eh, it's okay." Balas Eca.
"No, it's okay because I had crashed it just now." Yuki memberi sebab. Eca hanya akur.
*******
"Mana rumah korang?" Soal Eca kepada kami bertiga.
"Tu depan sikit je lagi." Balasku.
"Yaa, kita dah sampai." Ujar Alyn setibanya kami dihadapan pintu rumah.
"Kenapa air terbuka ni?" Soal Eca yang mendapati paip di laman guesthouse kami itu terbuka.
"Allahu, aku lupa nak tutup." Aku menepuk dahi lalu menutupnya.
"This naughty girl, she sprayed me with those water." Kata Ryoga sedikit nada kemarahan. Agaknya masih marah tentang tadi. Haha!
"Hehe, don't mad at me. I just want to play with you. Forgive me." Aku meminta maaf.
"Forgive you? Hmm, date me first." Ujarnya bergurau.
"Eii! Mengadalah! Tak nak saya." Balasku. Dia ketawa.
"Oit! Nak bergurau berdua boleh, tapi bukalah pintu dulu. Kunci kat kau, wahai Sakinah. Lenguh dah tangan ni woi!" Ujar Alyn. Kesian mereka pegang barang Eca dari tadi.
"Eh? ya ke?" Aku segera mencari di dalam begku. Eh, adalah.
"Eh, haahlah, hehe." Aku hanya tersengih. Mereka semua ketawa. Aku segera membuka pintu rumah. Ryoga hanya menggeleng.
"Hehe, hehe. Sengih, sengih. Ugh!" Ujar Hannah seperti kemarahan lalu masuk.
"Eleh, jealous lah tu. Haha!" Aku bergurau. Sungguh, aku bergurau sahaja.
"It's okay, just put it there." Kata Eca kepada Yuki. Yuki meletakkan bagasi Eca di depan pintu rumah. Kami mengangkat barang Eca masuk ke dalam. Kami keluar semula.
"Arigatou gozaimasu! Thank you for helping us." Ujarku menunduk hormat.
"No problem." Mereka menjawab sambil tersengih. Dengan kawan-kawan aku pun tersengih sekali macam mereka dah kenapa?
"Oit! Yang korang pun tersengih macam kerang busuk dah kenapa? Aku terima kasih kat diorang bukan kat korang. Jangan, jangan perasan." Bebelku panjang. Mereka menjeling aku. Aku ketawa.
"Ya, I guess we have to go back home now. Sayounara. (Selamat tinggal.)" Kata Ryoga menunduk hormat lalu mereka mula melangkah untuk pulang.
"Weh, panggil lah balik." Alyn mencuit aku.
"Haish, yelah, yelah. Aku juga. WAIT!" Aku memanggil mereka. Mereka menoleh.
"Hurm, it's because you guys had accompanied us and treat us and helped us too much, would you like to join us for breakfast?" Soalku. Mereka berbincang. Aku mendapat firasat yang mereka akan ikut. Aku mencuit Eca dan Hannah suruh pergi buat apa yang patut di dapur.
Selesai mereka berbincang, mereka menoleh ke arah aku dan Alyn.
"Okay, we join." Ujar mereka dari jauh.
"But, Malaysian food, is it okay?" Soal Alyn pula.
"It's okay." Balas mereka.
"Okay, come in." Ajakku. Mereka pun masuk dan duduk. Alyn berlalu ke dapur. Aku membuka pintu dengan luas lalu mengekori Alyn.
*******
"Weh, ambilkan phone aku dekat beg. Aku lupa nak bagitahu mak dan ayah aku yang aku dah sampai sini." Ujar Eca menyuruh antara kami bertiga tolong ambil.
Aku memandang Hannah dan Alyn. Mereka tak endahkan apa yang disuruh Eca. Nampaknya mereka sengaja nak suruh aku yang ambil.
"Aku lah yang kena tolong ni?" Soalku kepada mereka berdua. Mereka mengangguk memandangku sambil tersenyum.
"Alah, malas nak merentas dorang yang kat depan lah tu kan?" Soalku lagi. Mereka mengangguk lagi.
"Ugh! Aku lagi, aku lagi. Haish, nasib baiklah sayang korang ni. Buat elok-elok. Jangan tak sedap pula." Aku membebel.
"Hish, makcik ni. Bebel jelah dia tahu. Pergi ambil phone sana lah, makcik." Ujar Hannah. Aku pun berlalu ke bilik sambil membebel.
"Mana?" Soalku sendiri.
"Oh, ni beg kau." Ujarku lagi. Aku asyik membebel sahaja. Aku pun tidak tahu kenapa aku suka membebel. Haha!
Aku kembali ke dapur.
"Oit! Ni apa? Kenapa jadi macam ni?" Soalku setelah mendapati sambal itu lain macam saja.
"Weh, kenapa banyak sangat air? Ni sambal, sayang, bukan kuah." Ujar Alyn pula.
"Hehe, manalah aku tahu." Hannah menyengih. Aku, Alyn dan Eca menepuk dahi. Kemudian, kami ketawa bersama.
*******
"Itadakimasu. (Saya makan dulu.)" Ujar mereka.
"But, we're sorry if the taste not good." Kami menyengih.
Mereka seperti terkejut.
"I think the one that should taste this food first is our riidaa (leader)." Takuya memberi cadangan. Ryoga terkejut.
"Eh? Ore? (Aku?)" Soalnya dengan riak wajah yang agak risau. Aku ketawa kecil.
"Ya, riidaa should eat first." Kai menyokong. Yuki mengangguk laju.
"O-okay." Dia pun mula mengambil satu suap nasi.
"Whoa!" Tiba-tiba dia menjerit. Kami terkejut. Alyn sampai melatah.
"Why? Not good, huh?" Soalku juga terkejut.
"Umaii! (Sedap!)" Ujarnya.
"Sou! Oishii! (Betul! Sedap!)" Kai bersuara.
"Eh, bila dia makan?" Soal Hannah pelik.
"Okawari. (Second, please.)" Takuya meminta untuk menambah lagi makanan. Hannah tolong ambilkan nasinya lagi.
"Aii, habis dah?" Soal Hannah lagi.
"Wah! The Malaysian food is one of my favourite." Yuki bersuara mengangguk-angguk sambil memandang kami.
__________________________________
Apa yang akan jadi kepada mereka selepas itu? Nantikan kemunculan bab 4.
Maaf kalau ada kekurangan dan kelewatan.
Kalau ada apa apa yang nak tanya atau komen silalah ye. Dialu-alukan:)

Share this novel

Fukumen Hime
2021-03-23 16:23:37 

Miss Sakura, mana dalil atau hadis yg mengatakan kalau wanita muslim dipegang oleh lelaki bukan mahram dan bukan Islam, kena samak dgn air tanah?

Fukumen Hime
2021-03-23 00:14:01 

Miss Sakura, it is gomen nasai not gomenasai. and then ite is incorrect, although you've heard it so many times because it was spoken in slang that is used mainly by men. the correct word is itai and females dont use male's slangs


NovelPlus Premium

The best ads free experience