BAB 10

Romance Completed 18284

"Lembab nya kau ni! Pekak apa tak dengar aku panggil?!".

Hakim meluru masuk kedalam rumah. Dia terus duduk bersandar di kerusi. Entah kenapa sudah sebulan dia tak muncul berjumpa Zahara, harini susuk tubuhnya kembali. Zahara memandang geram.

"Apa yang abang nak lagi?". Hambar suaranya.

Dia semakin tawar hati. Berbuih mulut dia merayu dan terus merayu, Hakim tetap berkeras hati. Sebulan lamanya Zahara berfikir. Dia seakan mendapat jawapan. Jauh disudut hatinya, Zahara mula merasa muak dengan semua yang dilakukan Hakim. Dia sedar kesalahannya tapi dia juga punya hati. Biarlah dia sebatang kara di dunia ini dari hidup dengan lelaki yang menyeksanya. Zahara tak sanggup!

"Wah! Makin biadap pulak? Mana muka kesian kau?".

"Abang, Ara tak sanggup lagi nak hidup macamni. Ara dah mintak maaf pada abang, tapi abang tetap nak hukum Ara. Kalau macamni la, lepaskan aje Ara ni".

"Woah! Kau cakap apa ni? Siapa ajar kau? Mamat berlagak tu?". Tengking Hakim. Lengan Zahara dicengkam kuat.

"Takde siapa yang ajar. Ara yang buat keputusan sendiri. Ara mintak maaf, tapi abang hukum Ara macamni". Lengannya direntap kasar. Sakit.

"Jadi, kau pandai la nak tunjuk berani? Ke.. dah balik ke perangai kau dulu?".

Zahara mengeluh. Lembut salah, tegas pun salah. Apa yang patut dia buat lagi?

"Ikut abang nak cakap apa. Ara harap sangat abang lepaskan Ara. Biar Ara bebas. Abang pun boleh cari isteri yang lebih baik lagi dari Ara. Ara ni kan suka menyusahkan suami". Rayunya. Hampir sahaja dia menitiskan air mata.

"Kau ingat aku bodoh ke? Kau suruh aku lepaskan kau sebab kau nak pergi kat mamat berlagak tu kan?".

"Ya Allah! Apa abang ni! Dia takde kena mengena dengan cerita kita. Ara taknak abang kaitkan dia dalam hal ni".

Hakim gelak kuat.

"Ingat aku kisah?".

Hakim jeling Zahara. Dia kembali duduk di kerusi. Matanya memandang sekeliling rumah. Masih sama seperti dulu. Zahara juga masih seperti dulu, cuma perangai nya berubah. Hakim agak terasa tetapi ego lebih menebal dalam dirinya.

"Ara mintak tolong sangat! Jangan ganggu hidup Ara lagi".

"Hoi perempuan! Kau tu tak ubah macam alas kaki aku je! Jadi, jangan berangan aku nak lepaskan kau! Perempuan bodoh macam kau ni sesuai buat simpanan je!". Hakim tarik kuat rambut Zahara hingga dia terdongak ke belakang. Zahara menjerit kesakitan.

"Tolong abang, sakit! Tolong jangan buat Ara macamni!".

"Perempuan bodoh! Sakit? Sakit lagi hati aku kau buat dulu. Lupa ke?!". Kali ini dia tolak kuat kepalanya hingga terhantuk di dinding rumah. Berdarah dahinya.

"Ara nak abang ceraikan Ara!".

Jeritnya kuat. Hakim mengamuk. Dia tampar kuat pipi Zahara hingga dia terjelepok jatuh ke lantai.

"Ni untuk kau pasal kurang ajar sangat!".

Tubuh Zahara yang terduduk di lantai ditolak kuat hingga dia terbaring lemah. Hakim tampar pipinya berulang kali. Esakan Zahara langsung tak dihiraukan.

"Hoi!". Jerkah Hafiy.

Hakim bangun lalu mendekati Hafiy.

"Apa masalah kau datang rumah aku?!".

"Kau ni manusia ke syaitan? Tu bini kau lah!".

Kolar Hafiy digenggam kuat. Zahara terus berlari ke bilik.

"Kau kisah apa? Lagipun, kau tu siapa?!".

Hafiy menahan geram. Mujur sahaja dia lalu di kawasan perumahan Zahara dan terlihat susuk tubuh Hakim di dalam rumah. Sangkaannya tepat. Zahara diperlakukan kejam lagi.

"Kalau tak suka, lepaskan. Jangan seksa macamtu. Lelaki dayus namanya".

"Biadap kau ni. Jangan sampai aku pecahkan muka kau! Menyesal kau nanti". Ugut Hakim pula. Menggigil tangannya menahan geram. Hafiy masih beriak tenang.

"Aku tak heran jugak! Aku nak kau lepaskan dia. Dia tak bersalah!".

Hakim tolak tubuh Hafiy ke belakang. Mujur sahaja dia dapat mengimbangi badannya dari terjatuh. Zahara yang hanya memerhatikan dari jauh tak berani nak mendekati.

"Kau ni jenis yang suka sibuk hal orang ke?".

"Tak!".

Hakim mendengus marah. Wajahnya diraup kasar. Dia meluru kearah Zahara yang sedang bersembunyi di balik pintu. Lengan isterinya ditarik kuat hingga dia terheret di lantai. Hakim duduk mencangkung di sebelah Zahara. Hafiy bertambah geram melihatnya.

"Perempuan ni kau nak suruh aku lepaskan? Kau ingat aku bodoh ke?". Tudung Zahara ditarik kuat. Dia mengaduh sakit. Hafiy mengepal penumbuknya.

"Aku cakap, lepaskan!".

Hakim ketawa kuat. Terbahak2 dia gelak. Zahara menangis sedih.

"Boleh blah!".

Hakim terus meninggalkan Zahara dan Hafiy dengan tawa yang masih bersisa. Zahara terus menangis langsung tak menghiraukan Hafiy di situ. Hatinya sakit.

"Zahara ok ke?". Soal Hafiy. Cemas dia melihat Zahara seperti itu.

"Maafkan saya. Saya ok". Dia membetulkan tudungnya. Wajah Hafiy dipandang sekilas.

"Saya bawak ke klinik. Dahi Zahara luka teruk tu".

"Takpe.. sikit je ni. Nanti baik lah". Zahara cuba untuk bangun walaupun sedikit goyah. Zahara duduk dikerusi.

"Baliklah, Encik Hafiy. Nanti apa pulak orang kata. Terima kasih sebab dah tolong saya". Ujar Zahara lemah. Dahinya dipegang pedih.

"Zahara, maaf kalau saya menyibuk hal awak. Sebaiknya, tuntut fasakh. Jangan biarkan hidup awak terus macamni".

Zahara mengetap bibir. Dia tersenyum pahit.

"Saya akan buat".

Hafiy terdiam. Wajah Zahara dipandang terkejut.

"Er.. ya.. Erm, baguslah". Hafiy lega mendengar. Akhirnya, Zahara membuat keputusan tepat.

"Terima kasih atas pertolongan Encik Hafiy. Saya hargai. Saya pun dah tak sanggup lagi nak hidup macamni. Selama ni saya sedar dan saya dah pun merayu mintak maaf. Tapi, dia buat tak tahu je. Malah, dia pukul saya lagi teruk. Dia buat saya macam takde harga diri. Saya dah tekad nak tuntut fasakh. Encik Hafiy boleh tolong saya?".

Hafiy mengangguk.

"InsyaAllah! Saya akan tolong".

Zahara mengucapkan terima kasih. Dia tersenyum manis memandang Hafiy. Hatinya tenang seketika.

"Saya akan bagitau Syuhada. Nanti, saya akan bagitau awak kemudian".

"Ok. Terima kasih sekali lagi".

Hafiy pulang setelah yakin keadaan Zahara. Hatinya sedikit risau tapi Zahara meyakinkannya. Hafiy berharap Hakim takkan kembali untuk harini. Cukuplah apa yang telah berlaku harini, dia tak sanggup melihat wanita dipukul oleh suami sendiri.

Hafiy bergegas pulang untuk menyampikan berita ini. Tentu Mariam Syuhada juga merasa lega. Siapa sahaja yang tahan melihat wanita diseksa seperti itu.

***

Zahara keluar dari mahkamah Syariah dengan hati yang lega. Dia memanjatkan kesyukuran kerana Allah masih memberi peluang untuknya hidup dengan penuh ketenangan. Harini, sudah sah hubungan Hakim dan Zahara berakhir. Berbekalkan kekuatan dan kudrat yang masih ada, Zahara gagahkan diri untuk memohon tuntutan fasakh.

Beberapa bulan kebelakangan ini merupakan hari2 yang paling menyesakkan buat Zahara. Setelah permohonan diluluskan, Zahara umpama orang baru. Jiwanya tenang sekali. Pun begitu, dia masih merasa takut berdepan Hakim. Bimbang juga bekas suaminya masih menyimpan dendam padanya.

Harini dia ditemani Mariam Syuhada dan juga Hafiy. Dua insan ini yang banyak membantu dan menguatkan semangatnya dari mula2 lagi. Zahara sangat bersyukur dipertemukan dengan mereka berdua. Biarpun dia sudah bersendiri, tapi Allah menggantikan dengan insan yang baik hatinya, murni jiwanya.

"Terima kasih, Syuhada. Saya bersyukur sangat".

Mariam Syuhada memeluk erat Zahara. Dia juga merasa bersyukur dengan keputusan ini. Setelah apa yang dilalui Zahara, akhirnya dia mampu untuk menarik nafas lega.

"Saya tolong mana yang mampu. Zahara kena mulakan hidup baru. InsyaAllah, saya sentiasa doakan yang terbaik buat Zahara".

"Ameen. Terima kasih!". Mereka berpelukan kembali.

"Alhamdulillah. Semua dah settle. Erm.. apa kata saya belanja makan harini?".

"Lapar jugak ni! Abang nak belanja kat mana?". Soal Mariam Syuhada teruja.

"Erm.. warung jela mampu. Gaji tak masuk lagi". Seloroh Hafiy. Terhambur gelak mereka bertiga.

Mereka bertiga beriringan menuju ke kereta. Dalam hati, Zahara berdoa agar ketenangan ini akan selalu bersamanya.

"Ara!".

Jerit Hakim terkocoh2 berlari mendapatkan Zahara. Hafiy brrpandangan dengan isterinya. Apa lagi yang dia inginkan dengan Zahara kali ini? Hafiy merasa tak senang.

"Nak apa?". Soal Zahara perlahan. Malas dia ingin berlama dengan Hakim. Hatinya hancur.

"Abang nak cakap sikit".

Zahara terkedu. Abang? Sejak bila dia menukar bahasa panggilannya? Wajah Hafiy jelas tidak suka. Mariam Syuhada juga begitu.

"Sekejap pun jadilah".

Zahara teragak2. Lama dia berfikir sebelum membuat keputusan.

"Ok".

Hakim tersenyum manis. Tak lepas dia memandang wajah Zahara dihadapannya.

"Sekejap ye. Hakim nak jumpa saya". Ujarnya pada Hafiy dan Mariam Syuhada.

"Zahara, tak payah la". Mariam Syuhada separa berbisik. Jelas riak tak setuju di wajah nya.

"Takpe.. last jumpa".

Zahara tersenyum manis. Lengan Mariam Syuhada diusap lembut. Hafiy disebelah dipandang sekilas. Dia mengangguk lalu meninggalkan Zahara jauh sedikit agar mereka mempunyai sedikit ruang untuk bercakap.

"Ara sure dengan keputusan ni? Takde patah balik?".

"InsyaAllah, ini yang terbaik". Ujarnya perlahan. Tiada apa lagi yang tinggal untuk dipertahankan. Semuanya sudah hancur punah.

"Abang.. erm.. abang minta maaf".

"Tak perlu. Lagipun, Ara yang salah dalam hal ni. Biar Ara pergi dari hidup abang and abang mulakan hidup baru dengan orang lain".

Hakim menggeleng. Wajahnya diraup kasar. Dia menyesal dengan perbuatannya. Hatinya masih mencintai Zahara. Hakim menyesal berbuat kasar pada wanita itu.

"Abang tak boleh! Abang masih sayangkan Ara"

Hatinya bagai disiat2. Jiwanya luka parah. Setelah apa yang berlaku, Hakim masih lagi menyayangi dirinya. Jadi, kenapa selama beberapa bulan lepas dia diperlakukan seperti itu? Hina sangat kah dirinya?

"Abang sedar tak apa yang abang cakap ni?".

"Abang sedar!". Jawabnya laju. Selangkah dia menghampiri Zahara, selangkah dia mengundur. Zahara takut.

"Jangan simpan lagi perasaan tu. Ara dah taknak lagi. Kita dah takde apa2. Buat la apa2 pun yang abang suka lepasni. Jangan ganggu Ara. Ara mohon sangat!". Dia merayu. Seluruh jiwanya mengharapkan agar bekas suaminya memahami.

"Abang tak boleh.."

"Abang kena jugak! Ni keputusan yang dah dibuat. Kita dah bercerai. Maafkan Ara selama jadi isteri abang, Ara tak jalankan tanggungjawab dengan baik. Halalkan makan minum semua. Ara minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Terima kasih atas segalanya. Assalamualaikum!".

Zahara pantas meninggalkan Hakim terkulat2 sendirian. Puas dijerit nama Zahara, namun wanita itu langsung tak menghiraukan. Setitis air mata mengalir di pipi. Air mata kesedihan dan kegembiraan. Zahara lega.

Dia menghampiri Mariam Syuhada dan Hafiy yang sedang berteduh dia bawah pokok. Wajahnya segera dimaniskan. Dia tak mahu Mariam Syuhada ataupun Hafiy fikir yang bukan2.

"Dah?".

Zahara mengangguk laju. Mereka bertiga pantas menuju ke dalam kereta.

Kereta dipandu laju menuju ke sebuah warung makan yang berdekatan. Waktu sudah menginjak tengahari dan orang ramai mula memenuhi warung makan tersebut. Mereka bertiga menuju ke sebuah meja makan di sudut warung. Makanan dipesan dan mereka sempat berborak kosong.

"Nanti Zahara nak buat apa lepas ni?".

"Er.. saya ingat nak menjual la. Yelah, nak tampung diri sendiri, kan? Jual nasi lemak pun ok je, kat depan rumah".

"Syu setuju tu. Lagipun, Zahara sorang je. Boleh la tu. Ada modal nya?".

Zahara tersengih.

"Ada, tapi tak banyak la". Ujarnya malu.

Manalah dia ada modal yang banyak, sedangkan selama dia hidup bersama Hakim, satu sen duit nafkah pun tak dihulur. Nasib duit simpanan masih utuh lagi di dalam bank.

"Berapa?". Soal Hafiy pula.

Zahara serba salah. Dia mengetap bibir kuat. Malu pula nak bercerita.

"Er.. adalah simpan dalam 300 macamtu".

Mariam Syuhada tersenyum. Dia memahami perasaan Zahara. Wajah suaminya dipandang.

"Kita tolong Zahara, boleh?".

Hafiy terdiam. Mariam Syuhada memandang Hafiy memohon pengertian. Dia jadi serba salah. Tak keterlaluan ke pertolongan dia ni? Nanti, apa pulak pandangan orang.

"Er.. tak payah la susah2, Syu. Saya boleh buat kecil2 je. 300 tu terlebih dari cukup".

"Eei, mana cukup! Nak beli beras, cili, bawang tu semua.. kena duit. Sekarang ni pula dah la minyak naik. Harga barang pun naik. Mana la Zahara cukup dengan 300 tu. Takpe.. macamni, apa kata kami belikan dulu barang untuk permulaan ni. Zahara jual je nanti dapat pulangan, bayar la balik duit yang kami dah keluarkan tu. Ok?".

Zahara bertambah tak selesa. Wajah Hafiy dipandang sekilas. Lelaki itu sedikit pun tak bersuara membuatkan Zahara bertambah canggung.

"Tak sedap pulak nak mintak Syuhada tolong"

"Eei.. takpelah! Abang Hafiy pun tak kisah". Mariam Syuhada pandang wajah Hafiy disebelahnya. Tiada anggukan ataupun senyuman.

"Er.. takpe ke?". Soalan diulang buat kali terakhir. Tak berani dia mahu bertentang mata dengan Hafiy. Lelaki itu agak menyeramkan harini.

"Abang ok, kan?".

Semua mata tertumpu pada Hafiy. Hatinya agak keberatan. Dia mengeluh berat sebelum menjawab.

"Make sure pulangkan balik la".

Zahara tersenyum. "InsyaAlah, saya akan pulangkan. Saya akan meniaga elok2. Terima kasih!".

Mariam Syuhada tersenyum ceria. Makanan yang dipesan sampai. Hafiy masih lagi terdiam. Entah kenapa dengan hatinya saat ini. Dia terus terbayang wajah Hakim yang memanggil Zahara lembut di mahkamah tadi.

'Ah, aku dah kenapa!'.

"Abang ok tak?".

Hafiy menoleh. Senyuman kelat terbit di bibirnya.

"Ok je. Makan lah!". Ujar Hafiy. Mariam Syuhada tersenyum lalu menjamah hidangan yang terhidang di depannya.

Jangan fikir banyak, Hafiy!

"Abang, tadi umi mesej. Dia mintak kita balik kampung minggu ni".

"Hurm.. kenapa?". Hafiy memandang sekilas. Air diteguk perlahan sebelum menyambung semula.

"Zulaikha.. ada yang nak datang risik".

Hafiy tersenyum. Dia turut merasa gembira dengan perkhabaran itu.

"Zulaikha tu siapa?". Soal Zahara sopan. Teruja dia ingin berbual sekali.

"Adik Syu. Satu2 nya adik perempuan yang Syu ada. Terkejut dengar ada yang merisik. Pelik juga sebab sebelum ni takde pun dengar dia bercinta dengan sesiapa!". Mariam Syuhada tergelak kecil. Siaplah adiknya nanti! Habis dia akan mengorek segala rahsia yang ada.

"Jodoh la tu. Ada yang dah lama berkenan tapi tak perasan agaknya". Balas Zahara.

"Kalau macamtu, lusa kita balik. Abang nak kena siapkan kerja dulu, boleh kan?".

Mariam Syuhada mengangguk laju. Tak sabar nak pulang ke rumah Puan Faizah dan Encik Azhar. Rindu sudah pada masakan umi.

Mereka menyudahkan makanan dengan segera. Jam sudah hampir ke angka 2. Hafiy bingkas bangun untuk membayar dahulu sementara Mariam Syuhada dan Zahara terus ke tempat letak kereta. Setelah membuat pembayaran, Hafiy sempat ke kedai runcit disebelah warung untuk membeli roti gardenier.

Sampai sahaja di kereta, Hafiy terpandangkan Zahara yang masih berdiri di luar pintu kereta. Berkerut wajahnya dek panas matahari yang memancar.

"Kenapa tak duduk dalam?".

"Er.. tunggu Syuhada. Dia ke toilet".

"Masuklah. Panas ni. Saya start enjin dulu".

Hafiy mula menghidupkan enjin. Perlahan2 Zahara mula masuk ke tempat duduk belakang. Canggung pula rasanya berdua sahaja seperti ini.

"Terima kasih sebab tolong saya". Zahara memulakan bicara. Suasana sepi antara mereka berdua menambahkan lagi rasa canggung.

Hafiy mengangguk. "Tak payah la. Saya ikhlas".

"Saya pun ikhlas nak ucapkan. Encik Hafiy banyak tolong saya. Tak terbalas rasanya jasa Encik Hafiy tu".

Hafiy tersenyum manis. Wajah Zahara dipandang melalui cermin pandang belakang.

"Saya tolong mana yang mampu.. selebihnya Zahara sendiri".

Zahara mengangguk. Lama pula Mariam Syuhada ke tandas. Dia sudah tidak betah lagi duduk di dalam kereta.

"Jaga diri elok2. Jangan jumpa Hakim lagi". Ujar Hafiy serius. Dia menoleh pandang Zahara di tempat lain belakang.

"Ah? Er.. ye". Teragak2 dia menjawab. Wajah serius Hafiy langsung tak dipandang.

"Saya taknak awak diseksa lagi macamtu".

Ayat terakhir Hafiy membuatkan Zahara mengangkat kepala memandang. Jelas riak terkejut dan hairan bercampur menjadi satu. Dia yang lambat nak memahami ataupun Hafiy yang tersilap cakap?

"Er.. Encik Hafiy cakap apa? Saya tak faham".

Hafiy diam. Lama dia memandang Zahara hingga Mariam Syuhada kembali dari bilik air. Dia membetulkan duduk.

"Sorry.. Syu ke toilet tadi".

Hafiy tersenyum.

"Berak batu ke?". Seloroh Hafiy seraya tergelak kecil. Mariam Syuhada mencubit manja lengan suaminya.

"Jahat!".

Hafiy tersengih lagi. Suka menyakat isterinya. Kereta dipandu membelah jalan raya. Dia perlu menghantar Zahara pulang sebelum bergerak balik ke rumah. Zahara hanya diam tak berkutik di belakang. Sesekali, Hafiy akan mencuri pandang wanita itu. Dia sendiri bingung kenapa dia begitu mengambil berat tentang Zahara. Tak mungkin dia menyukai wanita itu. Cinta nya hanya pada Mariam Syuhada.

Sampai sahaja di rumah, perkara pertama yang dilakukan Hafiy semestinya menghenyakkan badannya ke atas katil. Nikmat sungguh! Lenguh pinggang nya sedikit lega. Kakinya juga terasa kejang dek seharian memandu kereta.

Mariam Syuhada tergelak kecil melihat suaminya yang terus terbaring lesu di katil. Tudung dibuka lalu disangkut di ampaian. Mariam Syuhada membersihkan diri dahulu dan menunaikan solat sebelum merehatkan diri.

Hafiy terlena. Perlahan2 Mariam Syuhada mendekati suaminya dan membuka stoking yang masih tersarung. Penat sangat suaminya sampai tak sedar.

Mariam Syuhada membetulkan duduk. Dia sempat mengurut lembut kaki Hafiy.

"Erm.. Syu, takpe. Abang ok la". Hafiy menggumam. Matanya masih terpejam.

"Takpelah.. Syu tolong abang. Mesti abang penat". Tangannya masih lincah mengurut betis Hafiy. Suaminya mula membuka mata.

"Untung abang dapat isteri macam Syu".

Mariam Syuhada tersenyum. Wajahnya jelas gembira. Hafiy kemudiannya bangun dan mula menarik kaki Mariam Syuhada pula. Dia urut lembut kaki isterinya. Mariam Syuhada pula serba salah.

"Abang, takpe la. Syu tak sakit pun". Mariam Syuhada cuba mengelak tapi Hafiy tetap mengurut.

"Isteri abang pun penat jugak buat kerja rumah. Abang nak urut je". Hafiy tersenyum manis.

"Segan Syu macamni".

"Eh, apa pulak nak segan? Kita kan suami isteri.. mestilah kena tolong menolong".

Mariam Syuhada tersenyum. Wajah suaminya dipandang lama.

"Kesian Zahara tu kan, abang? Macamana la hidup dia lepasni".

Hafiy terhenti. Sebaris nama yang membuatkan Hafiy terusik jiwanya. Kenapa dengan dia?

"Macamtu la.."

"Jangan la bekas suami dia datang lagi kacau2. Eei, kalau Syu la, takde dah nak bagi muka. Zahara tu lembut sangat". Nadanya sedikit tinggi. Geram pula bila teringat kejadian di mahkamah tadi.

"Biarlah, Syu. Kata pun bekas suami, mestilah dia ada perasaan lagi". Hambar suara Hafiy. Dia bersandar di kepala katil.

"Syu tak dapat nak bayangkan hidup Zahara selama ni. Kenapa la kejam sangat laki dia tu".

"Orang ni macam2, Syu. Sebabkan hal kecil, boleh merubah sikap and watak seseorang".

Mariam Syuhada mengangguk. Ada betul kata suaminya itu. Lain orang lain ragam.

"Oh ye.. pakai dulu 300 dalam laci tu untuk belanja Zahara. Nanti, abang letak lagi yang baru. Syu kena pastikan jualan dia untung. Ok?".

"Hehe.. ok la, abang! Syu kan terer bab jual2 ni".

Hafiy mencebik. Ada2 sahaja isterinya ini. Lengan Mariam Syuhada ditarik mendekatinya. Isterinya bersandar di bahu Hafiy. Sempat dia mengucup lembut rambut wangi Mariam Syuhada.

"Isteri abang yang terbaik sekali! Abang sayang Syu". Ujarnya perlahan.

"Syu pun sayang abang. Abang suami terbaik buat Syu".

Mereka berbalas senyuman. Tenang sekali melihat wajah kesayangan masing2.

"Abang dah solat belum ni?".

"Erm.. solatkan". Dia merengek seperti anak kecil.

"Eei.. mengada! Pergi solat cepat. Syu pulak nak rest". Dia tolak tubuh suaminya agar turun dari katil. Dengan langkah yang longlai, Hafiy menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu. Solat terus ditunaikan.

Mariam Syuhada baring di katil. Lega pinggangnya dapat berehat diatas katil empuk. Matanya juga agak layu saat ini. Matanya dipejam rapat dan akhirnya dia terlena.

Hafiy usai solat ketika isterinya sudah berdengkur. Tergelak kecil dia melihat Mariam Syuhada yang sedang tidur umpama bayi kecil. Perlahan2 dia mendekati Mariam Syuhada. Dia meletakkan tangan di ubun2 isterinya. Hafiy sempat membacakan surah Taha dan ayat penerang hati. Moga isterinya sentiasa dipenuhi kesabaran dan ketenangan jiwa. Rambut yang menutupi sebahgian dahi Mariam Syuhada diselak. Isterinya kelihatan penat sekali. Dahi licin itu dicium lembut.

Lama dia merenung setiap inci wajah Mariam Syuhada. Isterinya langsung tak sedar. Hafiy membelai pipi mulus Mariam Syuhada.

"Thanks, Syu. Abang bersyukur dapat Syu".

Jemari isterinya digenggam lalu dikucup mesra. Moga Allah sentiasa memberkati dan meredhai hubungan mereka berdua. Hafiy memandang perut kempis isterinya.

"InsyaAllah, zuriat kita akan ada nanti". Dia mengelus perut Mariam Syuhada. Bibirnya menguntum senyuman tiba2.

Fikirannya menerewang ke masa depan. Hafiy terbayang kalau Mariam Syuhada mengandungkan zuriatnya. Pasti comel!

"Abang sentiasa doakan Syu". Tangannya masih tak lepas di perut Mariam Syuhada.

Di dalam hati, dia berdoa agar isterinya diberikan rezeki hamil dan kehidupan mereka akan bahagia bersama cahaya mata yang menyejukkan hati.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience