BRQ 3: DINNER TIME

Romance Completed 72144

Terk!

Mawar meletakkan kembali periuk panas yang dipegangnya di atas dapur semula sejurus mi segeranya selesai dipindahkan ke dalam mangkuk berwarna putih. Memandangkan hari ini Datin Maira dan Qisha itu makan malam di luar, Mawar tidak terasa mahu memasak yang berat-berat hanya untuk mengalas cuma satu perut.

Ditatangnya erat dulang kecil itu ke dalam bilik. Meletakkan makanannya di atas meja seraya menghidupkan komputer riba. Sementara menunggu mi segeranya itu beransur sejuk, Mawar meneliti buat kali terakhir borang kolej yang terpapar di dalam skrin komputer ribanya.

"Ish, betul ke eh apa yang aku nak buat ini? Belajar.. dekat kolej ini? Kenapa hati aku rasa tidak sedap semacam pula eh? Eh, dah. Dah! Mawar Inara, kau mesti boleh! Uncle dah susah payah tolong kau. Kau mesti boleh berjaya habiskan pengajian ini kan.." ujar Mawar untuk sedapkan hatinya.

Terk!

Butang enter di papan kekunci komputer riba itu ditekan satu kali agar surat pendaftarannya dapat dihantar. Tanpa memikirkan perkara itu lagi, Mawar menutup komputer ribanya dan menolak tepi. Dia mula meniup mi segeranya yang sudah separa kembang.

Ralit menelan sisa makanan yang berada di dalam mulut, bola mata Mawar terpandang sapu tangan hitam yang berada di atas rak buku. Dicapainya perlahan dan mengamati tiap sudut kain itu. Kain sapu tangan yang licin malah lembut fabriknya. Hanya memegang ia sahaja terasa sayang hendak diguna.

"Siapa lelaki siang tadi itu eh? Dia kenal aku ke? Lagi tidak mungkinlah kalau aku kenal dia. Cuma.. kenapa aku rasa macam pernah dengar suara dia ek? Kat mana? Kat mana? Kat mana eh? Ish, aku tidak ingatlah! Serius, tidak ingat langsung!" bebel Mawar sambil menggaru kepalanya.

Walau tidak mengenali lelaki berkemeja hitam itu, Mawar mempunyai niat untuk memulangkan semula sapu tangannya. Entah kan boleh bertemu lagi atau tidak. Mawar melipat kemas sapu tangan itu dan menyimpan ia di dalam laci meja seraya melemparkan segaris senyuman kecil.

Tap!

Tap!

Tap!

Langkah dua beranak berkasut tumit tinggi itu tampak seksi dan menggoda tiap mata yang memandang. Qisha membuntuti Datin Maira ke sini dengan penuh keterpaksaan. Sebelum pintu bilik persendirian itu dikuak, Datin Maira menoleh memandang tajam anaknya.

"Behave yourself. Jangan nak malukan mummy ya!" pesan Datin Maira bersama jelingan.

Qisha hanya mengeluh dan mengetap gigi untuk menahan rasa dalam jiwa.

Klak!

"Hai, Essa! Sorry, we are late. Aww, Eric.. Rindunya aunty dengan Eric! Welcome home sayang!" ucap Datin Maira seusai memasuki bilik restoran itu.

"Hai, Maira. Qisha. Come, have a seat! No, you are not late just we are the one that arrived too early.." tutur Tuan Essa dengan gelak kecil. Lelaki yang berjambang penuh itu menarikkan kerusi di hadapannya untuk Datin Maira.

Eric yang sedang duduk bersandar menyilangkan tangan hanya menyeringai sinis mendengar bait kata daddynya.

Tuan Essa Fayyad ayah kepada anak tunggal, Eric Firdaus. Seorang lelaki berumur lewat 50an, berketurunan Inggeris. Seorang CEO yang berpengaruh baik dalam negara juga luar negara. Menguruskan beberapa cabang perniagaan termasuk logistik perkapalan, perhotelan dan telekomunikasi.

"Hai, Qisha! Long time no see! Bakal.. adik.. tiri.." ucap Eric dengan sengih sinis seusai Qisha melabuhkan punggungnya di kerusi hadapan Eric.

Qisha hanya mencebik.

"Dalam mimpi.." bisik Qisha dengan jegil mata yang cukup meluat pada Eric. Walau ini pertama kali mereka bersua selepas tujuh tahun Eric di Amerika, bencinya pada lelaki di depannya ini masih jua belum lesap terhapus.

"Oh, sebelum aunty lupa! Nah, hadiah dari aunty dengan Qisha untuk Eric. Herm, lama dekat Amerika itu mesti rindu duduk kat Malaysia. Lepas ini tidak payah balik sana lagi tahu!" ujar Datin Maira seraya menghulurkan sekotak kecil hadiah berwarna hitam.

"Terima kasih aunty! Susah-susah je bagi hadiah. Macam terima hadiah birthday pula. Yup, I miss everything here. Lagi-lagi aunty, Qisha.." balas Eric dengan senyuman yang langsung tidak terlihat ikhlas.

"Alright, enough! Jom, kita makan." pelawa Tuan Essa memandangkan makanan mereka sudah pun siap terhidang dari awal lagi. Masing-masing melempar senyum yang penuh makna.

"Erm, sedapnya stik kat sini. Pandai you pilih Essa!" puji Datin Maira saat daging tenderloin itu mencair di anak tekak. Dia berpuas hati akan makan malam mereka hari ini.

"Well, I know your favourite dear!" jawab Tuan Essa dengan sengih.

Eric dan Qisha menikmati stik mereka dengan kelat. Usaha penyatuan dua buah keluarga mereka ini adalah satu hakikat yang tidak pernah diterima dengan hati yang lapang terbuka oleh Eric dan Qisha.

"You rasa bila kita patut nikah Essa? You ada tarikh yang sesuai dalam tahun ini? Eric, Qisha? Ada cadangan for us?" tanya Datin Maira. Memang itu juga tujuan mereka berkumpul pada malam ini. Untuk membincangkan serba sedikit hal perkahwinan Tuan Essa dan Datin Maira.

Eric memperlahankan kunyahannya. Mendengar perkataan nikah itu sahaja sudah cukup membuat jiwanya penuh sesak. Dia memaut gelas berisi air oren yang masih penuh di atas meja lalu sengaja menolak ia jatuh ke arah Qisha yang duduk di depan.

Terk!

"Oh, my god! Eric!!" mata Qisha terbeliak selepas air oren yang meluncur laju di atas meja itu terjun dengan derasnya lalu menerpa pada dress hitam di tubuh Qisha. Sekelip mata dress yang dipakai terasa basah lencun.

Qisha lekas berdiri tegak, mencapai gelas air orennya pula lalu melempar rakus pada wajah Eric. Jatuh menitik-nitik air oren yang tersisa di wajah Eric. Eric tertawa sinis. Dia berdiri dengan kot hitamnya yang sudah digenangi air oren.

"Well, I guess I have to go! So, daddy dengan aunty bolehlah teruskan perbincangan wedding of the year kau orang ini eh!" ujar Eric dengan senyuman seraya menapak keluar.

"Nampaknya, Qisha pun terpaksa keluar. Tidak selesa.. basah!" ujar Qisha walhal mereka berdua hanya tidak selesa apabila hal perkahwinan ibu bapa mereka itu mulai dibincangkan.

Bamm!

Datin Maira hanya memandang kelu adegan Eric dan Qisha itu dengan mulut yang terlopong nipis. Menahan amarah yang penuh buak dalam hati.

"Essa.. I.. I minta maaf. I ingatkan kita boleh dinner dengan aman tapi.." keluh Datin Maira.

"It is okay. Kids nowdays. Macam itulah. You know what? Qisha.. is just like you." jawab Tuan Essa dengan sengih.

Datin Maira memandang Tuan Essa dan hanya tersenyum sinis mendengar. Tidak dapat memastikan ianya sebuah bait pujian atau pun lontaran kejian.

"Eric! Stop! Eh, Eric! Ericcc!!" jerit Qisha sewaktu mengejar langkah Eric yang hanya beberapa meter di depan.

Pap!

Qisha berjaya memaut lengan Eric. Membuat lelaki itu segera berpaling.

"Apa?!" jawab Eric sambil menepis pautan Qisha itu.

"Eh, kau memang sengaja kan nak kotorkan baju aku?! Kau tahu tidak baju ini mahal?!" pekik Qisha di tengah lobi restoran. Kain ropol di pehanya diangkat sehingga menampakkan peha Qisha yang tiada seurat benang itu.

"Habis, baju kau je? Baju aku ini murah ke?!" pekik Eric dengan sinis.

Qisha terpempan menahan geram. Hatinya masih tidak puas. Eric segera melangkah mengambil topi keledar hitamnya di atas kaunter. Qisha hanya melihat Eric menghidupkan motorsikal Kawasaki Ninjanya yang berada di bahu jalan.

"Eh, Qisha! Kau nak tahu tidak kalau baju kau ini putih kan, kau dah boleh jadi bendera Selangor kot! Bahahaha.. Okay, s.. sorry! Rambut dah merah, baju pula kena rendam dengan air oren. Serius, sama weh! Hahahaha.." tawa Eric semakin kuat kerana geli hati. Sambil menyarungkan topi keledar dia menggeleng kepala apabila masih membayangkan perkara itu.

"Tidak kelakarlah, Eric! By the way, ini maroonlah bukan merah!!" teriak Qisha sambil menayangkan rambut maroon paras pinggangnya itu.

Klak!

"Whatever, herm nak aku hantar kau balik?" tanya Eric seusai menguak cermin topi keledarnya.

Qisha berkerut.

"Tunggulah lepas kau sah jadi adik tiri aku! Bye, Qishaaa!" laung Eric dengan tawa. Dia menutup semula cermin topi keledarnya dan meluncur laju meninggalkan Qisha yang terpinga di situ.

"Erghhhh!! Ericccc!!" jerit Qisha sambil mengetap gigi. Sakitnya hati diperlakukan sebegitu. Bukannya boleh dapat kenakan Eric malah dirinya juga terpaksa makan asap motor si Eric itu!

Klak!

Zack menutup rapat pintu yang dikuak selepas dirinya dan Aysar telah memasuki bilik gerakan mereka.

Ianya sebuah markas rahsia yang sederhana besar yang berada di dalam SE Mart, kedai serbaneka milik Aysar. Hanya untuk mengaburi mata-mata yang memerhati dan memudahkan kegiatan gelap mereka agar tidak mudah dihidu.

"Tuan Aysar.." sapa Mona yang berambut potongan bob. Satu-satunya wanita yang mampu bekerja dengan Aysar. Sudah empat tahun dia bersama Aysar mengendalikan segala kerja dalaman buat kumpulan mereka ini.

"Tuan Aysar.." sapa Nufail, Kimi dan Epul yang tegak berdiri kerana hormat.

Nufail merupakan ahli yang baru jua termuda direkrut atas cadangan Zack tempoh hari. Seorang yang agak penakut malah bertubuh kurus kering untuk bekerja di lapangan. Kalau ditiup angin sepoi pun boleh jatuh risau sebab bakal dilayangkan!

Kimi, pemuda berkepala botak dan berbadan separa gempal. Bekas atlet angkat berat negara peringkat kebangsaan. Sebaya Zack dan Aysar. Mahir bertinju dan berlawan.

Epul, ahli kumpulan yang paling tua. Berumur 30 tahun. Seorang anggota polis yang bekerja sebagai kerani di balai polis terdekat. Namun, selok-beloknya di dalam kerja lapangan bukan lagi calang-calang.

"Erm, duduk!" arah Aysar seusai dirinya melabuhkan punggung.

Masing-masing mengambil tempat di meja segi empat yang panjang itu. Mulai fokus untuk perbincangan mereka malam ini.

"Mona, start." pinta Aysar.

"Okay, so kerja kita malam lusa kita kena escort our billionaire Tan Sri Ramond ke Pelabuhan Klang. Jongkong emas yang dibawa sekali itu nilainya hampir mencecah 2 billion ringgit. Dia orang gerak cuma dengan sebuah Alphard dan sebuah Ford Ranger. For now, it is super easy and clean. Sebab, just escort dia dari rumah ke pelabuhan then we are done. Once barang dah bertukar tangan kat sana ia bukan lagi tanggungjawab kita. Dan, potential enemy dia is none. Tapi, bak kata Tuan Aysar air yang tenang itu jangan disangka tiada buaya.." Mona tamatkan penjelasan dengan pesanan keramat dari Aysar itu dengan senyuman.

Masing-masing tersengih simpul. Lali akan perangai Aysar yang sentiasa berjaga-jaga dan bersedia di dalam setiap tugasan yang terlibat.

"Alright, thanks Mona. So, plannya. Aku, Epul escort naik motor. Zack dengan Kimi naik satu kereta follow dia orang. Nufail kau tolong Mona kat sini. Macam biasa, always stick together and back up each other. Memandangkan escort ini escort biasa so nothing much. Just alert and be prepared! Faham?!" pesan Aysar buat anak-anak buahnya. Walau kerja yang diterima itu sekecil dan semudah ABC, dia sentiasa beringat agar tidak terjadi apa-apa yang buruk pada mereka semua.

"Fahamm!" jawab mereka semua dengan penuh semangat. Masing-masing membuat kerja sendiri selepas tiada apa-apa lagi perkara yang berbangkit.

Sebelum beredar, Aysar menepuk sekali bahu Epul dan menyandarkan punggungnya di sisi meja.

"Epul, macam mana?" tanya Aysar. Dia mahukan suatu jawapan dari mulut lelaki itu.

"Maaf, Tuan Aysar. Still negative buat masa sekarang." jawab Epul yang serba salah.

"Okay, tidak apa. Teruskan apa yang awak buat ini. Anything, just let me know.." ujar Aysar dengan harapan yang terasa datar.

"Baik, Tuan Aysar." Epul mengangguk.

Terk!

Aysar memasukkan kunci motorsikalnya ke dalam lubang kunci seraya menghidupkan enjin jentera berkuasa besar itu. Dia menoleh pada Zack yang mendekat.

"Aysar, jomlah!" ajak Zack yang tersengih macam kerang busuk.

"Apa?"

"Jomlah, lepak! Tak kan nak pi clubbing pula?" sindir Zack.

Aysar tertawa sinis.

"Kalau kau teringin nak mati cepat, kau jejaklah tempat macam itu!" jawab Aysar dengan jeling lalu memakai topi keledarnya.

Buk!

"Eii, aku guraulah! Gila? Selagi kau hidup manalah aku berani." Zack mencebik selepas menepuk sekali bahu Aysar.

"Habis, kalau aku dah mati?" tanya Aysar spontan.

"Err, sama juga tidak berani! Hehehe.." Zack garu kepala dengan sengih. Mana mungkin dirinya membuat sesuatu yang tidak disukai Aysar baik lelaki itu hidup mahupun telah mati.

"Tahu pun! Aku ada hal. Tidak join. Lepaklah dengan dia orang. Choww!" Aysar terus beredar sambil mengangkat tangannya ke udara.

Vrommmmmmmm!!!

"Weh, Aysar! Aysarr!" jerit Zack. Hasratnya terbantut untuk mengajak lelaki itu keluar bersama. Ekor matanya mengiringi pemergian Aysar sehingga kelibat lelaki itu hilang dari pandangan.

Jemput follow, rate dan komen ya gais!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience