SUDAH dua tiga kali,Harith seperti terperasan akan sesuatu di sebalik tembok rumah.Bila dia mendekati orang itu cepat larikan diri.Kali ini Harith sudah siap sedia bersembunyi di sebalik rimbunan pokok.Dia mahu melihat gerangan siapa yang bersembunyi di sebalik tembok pagar rumah.Tambahan setiap kali Adini bermain di luar rumah.
Dia bertopi hingga menutupi paras muka.Rambut diikat rapi.Setiap masa terluang pasti dia akan bersembunyi di sebalik tembok pagar.
Tersenyum dia melihat telalah si kecil.Sekejap anak kecil itu bermain bola sekejap berlari ke arah neneknya.
Bila mahu kan sesuatu si kecil akan menarik tangan neneknya.Rambut yang ditocang dua menampakkan si kecil sangat comel.Berbaju dan seluar warna merah.Sangat comel sekali.Ingin sekali dia mendekati tetapi dia takut untuk berbuat demikian.
Perlahan-lahan Harith berdiri di belakang orang itu.Rasa nak sergah saja.Tetapi hati Harith melarang.Bila orang itu berpaling ke belakang keduanya tergamam.
"Intan!"
Intan segera mahu melarikan diri.Tetapi cepat dihalang oleh Harith.
"Tunggu dulu Intan."kata Harith.Dia tak tahu apa tujuan Intan bersembunyi di situ.
Intan tak jadi melangkah.Dia harus berdepan dengan Harith.
"Kenapa you datang sini?"soal Harith.
"I..I..saja lalu di sini.."uajrnya gementar.
"Intan,I kenal you dah lama.Tak kan semudah itu you nak lalu di sini.Lagipun buat apa you datang sini.Tak ada apa pun..."balas Harith separuh menyindir.Pada hal dia dapat agak tujuan Intan datang ke situ.
Intan sedikit terasa dengan kata-kata Harith.
"I...I...err...I pergi dulu..."katanya tidak mahu berlama di situ.
"I tahu apa yang you tengok dari sini.."kata-kata Harith buatkan Intan terpampam seketika.
"Adini."kata Harith lagi, buatkan Intan tak keruan.
"Kalau you nak jumpa Adini.I benarkan..."ucapan Harith buatkan Intan berpaling laju memandang wajah Harith.Mencari keikhlasan di sebalik wajah Harith yang serius.
Bersinar muka Intan bila Harith menjemputnya masuk ke laman rumah.Puan Yasmin agak terkejut dengan kedatangan Intan.Tak disangka tiba-tiba Intan muncul kembali.
"Maafkan Intan,mama.Intan salah..."tersedu sedan Intan di bahu Puan Yasmin.Dia tunduk mencium tangan Puan Yasmin.Sepanjang perkahwinan dia tidak pernah berbuat demikian.
"Ya Allah Intan..Syujur sangat Intan dah balik.Mama salah juga..Mama terlalu kejar kesempurnaan.Sampai mama rasa diri mama lebih sempurna dari orang lain.."Puan Yasmin ikut menangis.
"Intan nak tebus balik kesilapan Intan.Intan nak jaga Adini.Bagi peluang pada Intan,mama..."tangisnya lagi.
Adini hanya melihat nenek berpelukan dan menangis bersama wanita dihadapannya.Lama dia memerhati sehingga papanya mengambil dan mendukungnya.
"Adini,ini mama..."kata Harith pada Adini sambil menunjukkan isyarat tangan.
Adini memandang Intan tanpa berkelip.Intan sudah berjujuran airmata.Anak yang dia telah tinggalkan.Anak yang dia tak pernah pandang dari lahir kini membesar menjadi seorang kanak-kanak yang comel malah anak itu persis sekali mukanya.
"Maafkan mama, Adini..."Intan peluk dan cium Adini sepuas hati.Tak dapat dia nak bayangkan betapa menyesalnya dia meninggalkan Adini.
Adini turut memeluk Intan.Dibiarkan tubuhnya dicium Intan sepenuhnya.Dia masih tidak mengerti siapa wanita yang memeluknya.
Tetapi bila papa berulang kali cakap itu mama nya,Adini hanya memerhati dan terus menyorok di belakang nenek.Dia rasa takut akan orang asing.Lebih-lebih lagi dia dipeluk cium.
Intan hanya melihat bila Adini tidak mahu mendekatinya.Berulang kali dia cuba memanggil tetapi Adini seperti takut akan dirinya.
"Bagi ruang untuk Adini kenal siapa you,Intan."Harith faham benar akan perangai Adini bila dia rasa takut.Dia pasti akan menyorok di belakang Harith atau pun Puan Yasmin.
"Maafkan I,Harith.."kata Intan.Waktu itu Adini sudah di bawa masuk ke bilik oleh Puan Yasmin.Adini yang tarik-tarik tangan nenek ajak pergi dari situ.Mungkin dia masih terkejut dengan kedatangan 'mama'.
Intan tidak terasa hati pada Adini.Sudah tentulah Adini berasa takut kepadanya.Adini langsung tidak pernah kenal siapa mamanya yang sebenar.Salah dia juga,dia yang pergi tinggalkan Adini
"Untuk apa you nak minta maaf lagi..Benda dah terjadi.."ada nada berbaur kekecewaan di situ.
"I banyak dosa dengan you,dengan mama,dengan Adini.."kata Intan sayu.
"Sudah lah Intan.Semua dah terjadi.Buat masa sekarang Adini yang lebih penting dalam hidup I."tegas Harith.
Intan terdiam.Dia tahu Harith masih marah padanya.
"Terima kasih sebab you kenalkan I sebagai mama Adini."
"Habis tu dah memang betul you tu mama Adini takkan I nak suruh dia panggil you auntie pulak."tempelak Harith.
Intan gigit bibir bawah.Harith kalau marah masih sama macam dulu.
"I dah sedar akan kesilapan I selama ni.I nak tebus kembali salah dan silap I pada you.."dia kena berterus terang pada Harith.Hati dia tak tenang selagi tidak dengar sendiri dari mulut Harith.
Dan dia juga perlu tahu statusnya yang sebenar.Andai Harith telah menceraikan dia,dia akan terima.
"Sukar I nak percaya you kembali semata nak tebus salah dan silap you.Selama dua tahun you menghilang diri macam tu saja.Sampai mama you sendiri tak tahu you pergi mana.You sanggup tinggalkan Adini.Tinggalkan keluarga you.Jadi kenapa tiba-tiba you kembali?Selama dua rahun ni you tak rasa bersalah pulak."
Apa yang Harith cakap buatkan Intan tersentak.
"Betul apa yang you cakap Harith.Sebenarnya I ego.I teringin sangat nak peluk Adini.I nak cakap I lah ibu yang paling bahagia dalam dunia ada anak secomel dia.Tapi I takut dengan bayang-bayang I sendiri.I takut satu dunia ketawakan I..."
"I silap rupanya tindakan I tinggalkan you dan Adini adalah kesilapan yang terburuk dalam hidup I.Kawan-kawan I semua marahkan I sebab tinggalkan Adini.Mereka tak nak kawan dengan I lagi sebab I sanggup tinggalkan anak yang baru dilahirkan tanpa belas kasihan..."
Intan sambung menangis lagi.
"Hidup I jadi tak menentu selepas tu.Apa yang I buat semua tak kena.I rasa keseorangan.Hidup I rasa kosong.I tercari-cari bahagia I sendiri.Tapi I tak rasa bahagia pun setelah tinggalkan you dan Adini.I selalu termimpikan Adini.I dengar Adini merayu jangan tinggalkan dia.Tapi I takut nak berhadapan dengan Adini.I malu dengan diri I sendiri."
"I dah tak tahan sangat hidup sendirian.I perlukan Adini.Perlukan you.I selalu teringatkan Adini.Satu-satunya anak yang I ada.I rasa menyesal sangat.."Intan menangis hiba.
"Tolonglah Harith..bagi peluang pada I untuk sama-sama besarkan Adini.I akan berusaha untuk menjadi ibu yang terbaik buat Adini."rayunya pada Harith.
Harith diam sejenak.Berfikir dengan kewarasan akal lelakinya.Bukan dia yang pisahkan Adini dari Intan tapi Intan sendiri yang pergi membawa diri.
"I tahu memang sukar untuk you bagi peluang pada I.Tapi I janji akan betulkan balik apa yang telah terjadi.I akan jaga Adini selagi I masih hidup.."janjinya lagi.
Harith silang tangan ke dada.Melihat ke wajah Intan yang penuh dengan penyesalan.Lama Harith mendiam dan kembali bersuara.
"I boleh bagi you peluang untuk jaga Adini tetapi boleh you janji akan ubah sikap you yang suka marah dan menjerit?"tanya Harith tanpa selindung.
"Sebenarnya I ada jumpa dengan kaunseling mengenai ini.I dah buat rawatan.Sedikit sebanyak dapat membantu I untuk mengawal emosi.Dan sebab tu I berani dekat dengan Adini.."katanya lagi.
Sepanjang tempoh dua tahun,macam-macam yang Intan kena lalui.Tambahan bila dia tergapai sendirian tanpa sesiapapun.Semua menjauhkan diri dari Intan..Auntie June juga sudah patah mengharap dia tidak mahu megambil tahu akan akan hal Intan lagi.Dia sudah patah hati dengan sikap Intan.
"I akan datang lagi esok untuk jumpa Adini.I tahu kita dah tak boleh bersama.."kata Intan.Dia dah agak tentu hubungan suami isteri mereka telah tamat.
"You boleh tinggal di sini sebagai mama Adini dan...isteri I...."kata Harith sambil mengukir segaris senyuman.
Amarahnya pada Intan masih bersisa.Tetapi dia tahu hubungan antara Intan dan Adini tidak dapat dipisahkan.Darah Intan juga turut mengalir dalam tubuh Adini.Intan juga berhak ke atas Adini.Bermasam muka akan memburukkan lagi keadaan.Kehadiran Adini benar-benar telah menguatkan semangat Harith.
Intan juga berhak diberi peluang kedua.
Tanpa berlengah terus Intan masuk ke dalam pelukkan Harith,dia tak sangka Harith masih memberinya peluang kedua dan dia tidak akan mensiakan begitu saja.Dia berjanji akan berubah dan menjadi isteri dan mama yang terbaik buat Adini.
Puan Yasmin yang melihat di sebalik dinding menitiskan airmata.Selepas ini,Adini sudah ada kasih sayang dari mama!
Share this novel