BAB 4

Romantic Comedy Completed 648

“Mak, Ila nak cakap sikit,” kataku sewaktu memasak puding tembikai susu
di dapur.

Ibu yang sedang memotong daging untuk dibuat juadah berbuka puasa hanya
mengangguk.

“Mak boleh ajar Ila buat Kuih Goyang?”

Ibu angkat muka. Mujur jari tidak terhiris pisau pemotong daging.
“Kenapa? Kalau buat siapa nak makan nanti? Noni dan Ila bukannya suka
makan kuih tu.”

Aku faham perasaan ibu. Seboleh-bolehnya ibu tidak mahu kuih itu wujud
lagi di rumah itu selepas pemergian ayah. Kini baru aku faham, ibu
sebenarnya bukanlah seorang yang terlalu kuat.

“Macam ni, mak. Orang tu… suruh Ila buat Kuih Goyang.” Aku harap ibu
akan berlembut sedikit.

Ibu menyambung semula kerjanya. Namun mulut ibu bagaikan terkunci. Lama
ibu mendiamkan diri sehinggakan aku rasa seperti tidak ada harapan untuk
menunaikan permintaan Mukhriz kali ini.

“Dua-dua nak makan kuih goyang?” Ibu bertanya tanpa mengangkat muka.

“Sorang saja, mak. Sorang lagi nak makan Biskut Almond London. Tapi yang
itu, Ila tahu buat.”

Ibu diam kembali.

Puding yang aku masak sudah pun siap. Perlahan-lahan aku tuangkan ke
dalam acuan. Sedang aku mengangkat periuk kosong ke dalam sinki, ibu
berkata sesuatu yang tidak aku sangka.

“Buatlah. Dua hari sebelum raya, mak ajar.”

Aku tersenyum lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience