BAB 4

Romance Completed 212059

CUTI penggal akhir sesi persekolahan baru bermula. Tempoh cuti kali ini 4 minggu. Tentulah sudah banyak perancangan percutian dibuat. Oleh kerana subjek yang diajar Adrina telah pun menjalani peperiksaan semasa minggu akhir persekolahan jadi dapatlah dia berehat seketika. Sementelah tahun ini juga bukan giliran dia menjadi pengawas peperiksaan.

Sedang dia leka berbual bersama ibunya Adrina menerima panggilan yang tidak dikenali. Jadi dia biarkan sahaja. Selalunya begitulah. Tetapi jika sudah dua atau tiga kali dia dihubungi panggilan itu akan diangkat juga.

" Waalaikumussalam. Rin", sapa suara itu mesra sahaja. Namun Adrina tidak dapat mengenalpasti tuan empunya suara. Sepertinya dia pernah mendengar.

" Mama ni",

Mama? Adrina termangu seketika. Kepalanya cuma menaakul. Siapa? Oh. Mama Zarina?

" Oh mama. Mama sihat?", teruja suara Adrina. Hampir lima tahun dia tidak berhubung dengan wanita anggun itu. Semuanya gara-gara Faisal.

" Alhamdulillah. Rin sihat?" ,

" Alhamdulillah ma sihat",

" Tok Ma call ibu ke?", Adrina dapat mendengar suara Aliya di hujung talian. Tentu sahaja kerja Aliya. Adrina sudah dapat mengagak.

Setelah hampir setengah jam juga perbualan mereka Adrina menamatkan panggilan. Hatinya diserbu sayu. Adrina terdiam seketika.

" Siapa?", soal Suhaila.

" Mama Arwah Rina mak",

" Oh..Lama tak dengar cerita dia. Apa khabar dia?",

" Alhamdulillah..Sihat mak. Mama ajak kita ke rumah dia mak. Kenduri kahwin Zaila adik Zarina",

" Bila?",

" Minggu depan",

" InsyaAllah kalau tak ada aral",

" Mak nak pergi ke?", soal Adrina memandang ibunya.

" Kalau Rin bawa mak pergi. Nak pulas kereta sendiri tak pandai", Suhaila berlucu.

Adrina tergelak. " Kalau abah free kita pergilah mak.", Adrina membuat keputusan kerana sebenarnya jika ikutkan hati dia malas kerana tentu akan bertemu dengan Faisal. Entah kenapa sejak kejadian malam itu dia perasan Faisal semakin dingin dengannya. Atas punca apa dia tidak tahu.

Sudahnya dia mengambil langkah buat tidak tahu sahaja. Biarlah Faisal dengan jiwanya. Jika lelaki itu masih benci masih marah kerana hal lama dulu dia tidak peduli. Dia tidak mahu Faisal menjejaskan dirinya. Dia tidak mahu kerana Faisal hidupnya tidak tenang. Biarlah Faisald
dengan caranya. Tidak terjejas pun jika dia tidak berbaik dengan Faisal.

KEHADIRAN Adrina dan Suhaila disambut ramah oleh Datin Zulaikha. Kuat pelukan Zulaikha kepada Adrina bagai menyimpan rindu tertunda.

" Kenapa dah lama tak contact mama", soal Zulaikha.

" Oh. Rin hilang nombor mama lepas tukar handphone dan nombor", alasan klise.

" Patutlah mama call nombor lama tak dapat", ada nada kecewa pada suara Zulaikha. " Minta dengan Faisal pun tak diberi", lurus bicara Zulaikha.

Zulaikha membawa Adrina dan Suhaila ke tempat jamuan. Majlis gah begini buat Adrina rasa kerdil sangat. Jauh sungguh beza keluarga dia dan keluarga ini. Namun keluarga ini tidak pernah memperkecilkannya dan meneruma dia seadanya.

Sedang Adrina dan Suhaila menjamu selera Aliya datang menghampiri.

" Ibu datang juga", manis suara Aliya menyapa. Selamba sahaja dia memaut lengan Adrina. " Ibu. Aliya ikut ibu balik boleh?", soal Aliya.

" Hah?", Adrina terpinga seketika. " Nak ikut ibu balik Pahang?",

" Hmm. Boleh tak?", Aliya tersengih sahaja. " Boleh nek?" soalnya kepada Suhaila pula.

" Papa bagi ke Aliya nak ikut nenek ?", soal Suhaila.

" Aliya tanya papa kejap", tanpa pamitan Aliya terus berlalu mencari papanya.

Lama juga Aliya menghilang sehinggalah dia datang semula. Wajahnya cemberut sahaja. " Papa tak bagi",

" Papa tak bagi tak payahlah. Nanti kan nak sekolah Aliya balik juga",

" Aliya nak bercuti dengan ibu",

" Teman Tok Ma kat sini lah", pujuk Adrina.

" Ya lah", meleret suara Aliya seakan tidak puas hati.

Sebelum balik Aliya bertemu dan bergambar bersama pengantin baru. Majlis di hotel ini nampak gah dan sangat elegan. Seperti majlis Zarina dan Faisal dulu. Sedang dia menuju ke pintu keluar dewan nama Suhaila dipanggil.

" Mak cik Su",

Suhaila berpaling. Wajah Faisal mempamerkan senyum manis. Faisal mendekat dan bertanya khabar.

" Terima kasih Is tolong Rin hari tu. Tak tahu pula Mak Cik Su kalau Aliya tak cerita tadi",

Faisal terkaku seketika. Tidak lama kepalanya terus terlayar kejadian malam itu. " Oh. Tak ada apa mak cik", lunak suara Faisal.

Adrina menjauh sedikit. Kebetulan dia ternampak Zainal abang sulung Zarina cepat dia menghampiri. Sebenarnya dia malas mendengar bicara Suhaila dan Faisal.

Sesekali mata Faisal melirik memandang Adrina yang berbual mesra dengan Zainal. Dulu semasa zaman universiti pernah Adrina mengikut keluarga Zarina bercuti ke Pulau Tioman. Jadi hubungannya bersama keluarga Zarina agak rapat juga.

Suhaila tersedar lelaki di hadapannya ini sesekali memandang Adrina walaupun mereka sedang berbual. Suhaila tersenyum dalam hati.

" RIN bergaduh dengan Faisal ke?", soal Suhaila apabila mereka berjalan menuju ke kereta.

" Taklah",

" Nampak macam Rin mengelak je dari dia tadi",

Adrina mengerut kening." Taklah. Tadi mak berbual dengan dia Rin malaslah nak menyampuk. Mak berbual apa?", sengaja dia berlagak bersahaja.

" Tak ada apa. Cerita fasal pindah sekolah je",

" Oh..",

Adrina dan Suhaila masuk ke dalam kereta. Baru sahaja Adrina memulakan pemanduan. Suhaila bersuara.

" Lain kali jangan biar lelaki sentuh sentuh Rin", lembut suara Suhaila. Namun tegas nadanya. Terkejut juga dia mendengar cerita Aliya tadi. Faisal mengangkat anaknya itu ke bilik. Nauzubillah. Mujur ada Aliya dan Ali bersama. Jika tidak tak tahulah apa akan jadi.

" Bukan Rin suruh dia angkat Rin mak. Rin pun dah halang. Tapi masa tu Rin tak larat sangat. Tak terlawan kudrat dia", Adrina membela diri. Dia bukan seorang perempuan yang suka-suka membenarkan lelaki menyentuhnya.

" Lain kali. Jangan mudah bagi lelaki sentuh",

" Ya. Rin tahu mak. InsyaAllah Rin ingat segala pesan mak ", Adrina mengiakan sahaja.

" Mak dengan abah dah bagi Rin ajaran agama sebaiknya. Bila depan mata mak. Mak boleh tegur-tegur. Kalau dah belakang mak abah Rin kena ingatlah pesan mak abah",

" Ya mak. Mak jangan cakap dengan abah ya", gusar suara Adrina.

Suhaila mengeluh perlahan.

" Maaf", sepatah sahaja.

Suhaila diam. Dia tahu keadaannya anaknya terdesak ketika itu. Namun dia mahu Adrina beringat selepas ini. Dia percayakan anaknya. Tetapi sebagai ibu menegur itu perlu selalu supaya anak-anak tidak alpa. Tidak leka.

Kalau Aliya tidak bercerita tentu sahaja dia tidak akan tahu cerita itu. Anaknya itu tentu tidak akan membuka cerita apa yang berlaku. Mujur juga tiada perkara buruk berlaku. Rumah Suhaila agak ke dalam. Jiran kiri dan kanan juga tiada kerana mereka juga menunaikan umrah bersama. Kalaulah..Kepala Suhaila terus memikir bukan- bukan.

Kepalanya terus teringatkan kelakuan Aliya tadi. " Baik sangat Aliya tu dengan Rin sampai nak ikut balik", tegur Suhaila.

" Kan dari dulu lagi Rin memang baik dengan anak arwah mak",

" Ya mak tahu. Tapi Aliya tu macam tak nak berenggang dengan Rin",

" Budak tak ada mama mak",

" Rin nak jadi mak dia ke?",

" Hish ke situ pula mak ni. Rin dah cakap dengan mak. Rin tak nak kahwin kan. Kalau Rin nak kahwin dulu lagi Rin dah kahwin mak",

" Sampai bila?" kendur suara Suhaila.

" Sampai bila-bila", tegas suara Adrina.

Suhaila diam. Bukan tiada lelaki yang masuk meminang anaknya itu namun tanpa fikir panjang Adrina akan menolak.

" Dahlah mak. Tak payahlah cerita hal ni lagi. Datanglah kerabat raja ke jutawan ke Rin takkan terima mak",

" Hmm. Cubalah buka hati kamu Rin",

Adrina diam. Suhaila juga diam. Setiap kali soal nikah kahwin dibuka pasti itulah jawapannya. Suhaila juga akan hilang kata.

FAISAL mahu pulang setelah selesai majlis perkahwinan adik iparnya. Aliya sudah naik ke bilik hotel yang ditempah Zalia. Tujuannya untuk keluarga dan saudara maranya berehat. Dia naik ke bilik mahu membawa Aliya dan Ali balik ke rumah. Sampai di rumah Faisal terus berbaring di katil. Penat juga walaupun kerjanya hanya melayan tetamu.

Untungnya memggunakan perancang perkahwinan adalah dapat berehat awal kerana semua urusan sebelum semasa dan selepas majlis diuruskan pihak tersebut. Jimat tenaga itu sangat betul. Cuma soal perbelanjaan itu tentulah perlu mengikut kemampuan masing-masing.

Majlis resepsi dia dulu juga banyak ditaja oleh adik beradik Zarina. Jika ikut kemahuannya tentulah mahukan majlis sederhana sesuai dengan status dan kewangannya yang berkerja sebagai guru. Namun kerana Zarina mahukan majlis di sebelahnya dibuat di hotel makanya terpaksa juga Faisal menurut. Kata Zarina. Hotel itu adalah milik datuknya. Semuanya ditaja. Terbelalak mata Faisal.

Ya dia tahu Zarina agak berada namun langsung tidak diduga kekayaan datuk Zarina. Hampir juga dia membatalkan pernikahan mereka kerana status Zarina. Dia hilang keyakinan untuk masuk dalam keluarga itu. Namun kerana penerimaan Zulaikha ibu mertuanya buat Faisal lebih yakin. Bapa mertuanya? Ah sampai sekarang lelaki itu tidak dapat menerimanya.

" Kenapa Rina tak jadi macam adik beradik Rina yang lain? Usahakan perniagaan papa", soal Faisal

" Rina nak jadi cikgu", itu jawapan Zarina dengan senyuman.

" Papa dengan mama okay? Mereka tak bantah? Ya lah. Biasa mak ayah bisnes ni nak anak dia wariskan perniagaan mereka",

" Taklah. Tak semua macam tu. Itu semua klise drama je. Ada je yang mak ayah orang bisnes bagi peluang anak dia nak jadi apa. Mungkin sebab mama beranak ramai. Abang Zainal, Abang Zakuan kan ada. Biarlah mereka uruskan bisnes papa",

" Hmm. Kalau Rina tak belajar dekat sini tak adalah berjodoh dengan Is", Faisal merangkul pinggang Zarina sambil dagunya singgah di bahu Zarina.

" Rina sayangkan Is. Rina cintakan Is",

" Is sayangkan sayang. Is cintakan sayang", rambut Zarina dikucup lembut.

Zarina berpaling. " Kalau umur Rina tak panjang. Rina nak Is kahwin dengan Rin",

" Apa benda ni sayang? Hari ni hari anniversary kita kenapa cakap macam tu", Faisal tidak suka dengan ujaran Zarina terus melepaskan pelukannya.

" Is tahu tak. Rin pernah suka Is?",

" Cerita mengarut apa ni sayang. Is tak nak dengar kisah orang lain. Is nak dengar kisah kita. Kisah cinta kita sampai syurga", wajah Zarina diusap perlahan. Kucupan lembut singgah di dahi, hidung, bibir sehinggalah ke perut Zarina yang memboyot.

" Papa!", ketukan di pintu mengejutkan Faisal. Dia meraup wajah. Kasar. Ah! Aku rindu Rina! Aku rindukan dia Ya Allah.

" Ya. masuk", arah Faisal. Sejak dari kecil anaknya diajar jika mahu masuk ke bilik mama dan papa mesti ketuk pintu dahulu.

" Papa",

" Ya", balas Faisal malas. Dia masih berbaring. Kepalanya ditopang dan tubuhnya mula mengiring memandang daun pintu yang telah terbuka.

" Cantik kan ibu hari ni", Aliya yang mendekat berbicara manja.

Faisal tepuk dahi. " Aliya masuk bilik papa nak cakap tu ke?"

" Ya" Aliya mengangguk laju. " Kalau ibu pakai baju pengantin mesti lagi cantik kan?", Aliya teruja. " Nak pula kalau kahwin dengan papa. Papa kacak. Ibu cantik. Sama cantik sama padan. Bagai pinamg dibelah dua", Aliya seronok menjodohkan Faisal dan Adrina.Ketawanya begitu riang dan bahagia.

" Jangan memandai Aliya", keras suara Faisal. " Cikgu Adrina ke yang ajar ni?", soalan namun berbaur tuduhan.

" Taklah",

" Papa tak suka Aliya buat macam ni", makin keras suara Faisal.

" Aliya nak ada ibu. Aliya nak papa happy",

" Habis selama ini Aliya ingat papa tak happy?",

" Tak", balas Aliya bersahaja.

Mencerlung tajam mata Faisal merenung wajah anak perempuannya. Namun melihat mata Aliya yang berkaca Faisal mula dihimpit rasa pilu.

Dia bangun dan duduk di birai katil. Kedua tangannya mencapai kedua pergelangan tangan Aliya. Tegak Aliya berdiri di hadapannya. Kepalanya hanya menunduk. Tangan Faisal memaut wajah Aliya supaya mereka saling memandang. " Pandang mata papa. Dengar apa papa nak cakap. Papa happy ada Aliya. Papa happy ada Ali. Papa tak perlukan orang lain. Ali dan Aliya je kebahagiaan papa.", lembut suara Faisal.

" Tapi Aliya nak ada ibu. Aliya sayang ibu", Aliya terus menangis. Ah! Manja Aliya masih belum hilang walaupun anaknya itu sudah mula meningkat remaja.

" Aliya kan ada papa", pujuk Faisal menyeka air mata yang mengalir laju.

" Aliya nak papa dengan ibu",

Faisal mengeluh kasar. Dia hilang kata. Aliya terlalu muda untuk dia menjelaskan soal hati orang dewasa. Bukan cerita budak sekolah. Ini soal hidup berumah tangga alam orang dewasa. Mungkin fikir Aliya ada papa ada ibu itu barulah disebut bahagia.

Soal hati? Tak mungkin Aliya faham soal hatinya yang terlalu cintakan mama mereka hingga sukar untuk perempuan lain singgah di hatinya.

" Sayang papa tak?",

" Mestilah Aliya sayang papa",

" Dengar cakap papa. Papa dengan ibu hanya kawan. Kawan sekerja. Tak lebih dari tu. Papa tak kahwin dengan ibu pun Aliya tetap boleh jumpa ibu kan. Hari- hari boleh jumpa",

" Sabtu ahad",

" Sabtu ahad kan cuti. Masa ibu berehat. Jangan kacau ibu berehat",

Aliya diam seketika. " Kenapa papa tak nak kahwin dengan ibu. Nanti kalau papa tak kahwin dengan ibu. Cikgu Arif kahwin dengan ibu. Bawa ibu balik Sarawak macam mana?", ada sahaja mahu dipersoalkan. Jiwa anak-anaknya masih belum hilang.

" Kita pergi Sarawak", balas Faisal laju.

" Tak nak. Aliya nak ibu kahwin dengan papa. Kalau papa tak kahwin dengan ibu. Aliya tak nak mak baru", Aliya berlalu.

Faisal menggeleng. Memamg menguji kesabaran sungguh. Dia ingat kahwin ni macam tu je ke? Masalahnya manalah dia dapat idea nak jodohkan aku dengan si Rin tu! Pandai pulak. Umur baru setahun jagung sibuk nak jadi match maker! Gerutu Faisal dalam hati.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience