Semua budak berpusu-pusu menuju ke meja makan di bahagian dapur kerana mereka kelaparan. Kemudian, Adam dan Danial mahu mandi dan diarah menggunakan tandas di ruangan bawah tanah kerana tandas di tingkat satu digunakan oleh Mia untuk mandi dan tandas di kawasan dapur pula digunakan oleh Hakim. Mereka berdua pergi ke tangga menuju ke ruangan bawah tanah. Kelihatan keadaan bawah amat gelap dan menyeramkan tambahan pula waktu mahu menjelang senja. Adam menekan suis plug lampu dan cahaya kuning mentol berkelip menerangi ruangan bawah tanah. Adam mendahului adiknya turun ke bawah. Kreuk... bunyi tangga menambah lagi kesuraman sekeliling. " Abang tak ada zombi ke atau hantu kat bawah?" Danial menyoal. " Tak de rasanya. Mesti abang Jack dan Jill sudah periksa sekeliling rumah. Baca doa kalau takut. " Adam mengarahkan dan kedua-dua mereka membaca Al Fatihah. Terdapat dua buah mesin basuh, satu kotak besar dan barangan lain tersusun rapi pada rak besi dan mereka menjumpai tandas. " Jom abang mandi sekali?" Danial menyoal. "Ok" Adam bersetuju. Kemudian mereka berkumpul di ruang tamu dan mendengar cerita Hakim. "Jadi sekarang ni kita tiada hala tuju jadi apa yang penting adalah bekalan dan senjata kerana geng Bob pasti akan cari kita." Bennet memberitahu. "Umm, mungkin saya dan Adam serta Danial akan ke Keyah kerana mahu mencari bapa mereka." Hakim mengumumkan semula niat mereka. "Kamu yakin dapat jumpa bapa mereka?" Jack menyoal. "Saya tak pasti tapi tak salah mencuba kerana jika berjaya kami boleh berlindung di kem yang selamat. Lagipun saya yakin dengan adik beradik ni kerana mereka tahu tempat kerja bapa mereka terpisah daripada orang ramai jadi kemungkinan bapa mereka selamat adalah peratus tinggi. " Hakim memberitahu. "Papa kalian bekerja sebagai apa?" Lisa pula menyoal. " Kami pun tak pasti tapi papa cakap kaji pasal umm apa ye.. Ah, pasal sel badan rasanya. Papa kerja dengan syarikat kawan dia di Keyah. Sebelum ni papa ada bawa kami masa kecil pergi ke tempat kerja papa semasa mula-mula start kerja. Tempat kerja papa besar sebab bangunan tu kalau lihat daripada luar dua tingkat je tapi sebenarnya tempat papa kerja di tingkat satu dan pejabat papa di tingkat bawah tanah. Bangunan tu terletak di sebuah tasik kecil di atas pergunungan di Keyah. Kami ingat jalan ke sana kalau sudah sampai di pekan Keyah." Adam menceritakan panjang lebar.
" Kalau begitu kita semua akan berpecah. Lisa ,Bennet dan budak-budak duduk di sini manakala saya, Jack,Jill, Hakim,Adam dan Danial akan pergi ke Keyah. Satu kumpulan akan tunggu di rumah ni jika tidak menjumpai bapa mereka, kita akan berpatah balik ke rumah ni. Saya tak boleh biarkan Adam pergi kerana dia dapat membantu dalam membuat vaksin untuk zombi setelah dia telah digigit oleh zombi tetapi dia sembuh. Jika bernasib baik, bapa mereka yang mungkin seorang biologist dapat membantu buat penawar zombi. Di samping itu, kita yang akan ke Keyah kena cari bekalan makanan di pekan sana nanti." Will memaklumkan. Kemudian semua budak bersurai untuk masuk tidur namun dua anak lelaki Nadia menahan Will dan Bennet. " Abang Will,kami berdua nak tahu mana ayah,ibu dan abang Ching ? Kami lihat mereka tiada di sini bersama-sama kita ?" Jayden, anak kedua Nadia menyoal." Will menelan air liur dan menutup matanya. Amat berat baginya untuk menerangkan bahawa ibu bapa mereka telah pun mati dan abang sulung mereka pula enggan pergi dan mati akibat luka ditembak lalu terkorban dalam letupan bom. Bennet melihat kegelisahan pada riak wajah Will kerana dia faham beban ditanggung oleh Will akibat kematian kedua ibu dan bapanya. Bennet menarik nafas panjang dan duduk di sofa memandang Jayden dan Nick. "Kami berdua minta maaf pada kalian. Kalian pasti perasan akan gegaran semasa kalian berada di dalam lori. Seperti kalian lihat kini hanya tinggal kita sahaja. Chen, Nadia, Ching, John,Harry dan Julie telah mati. Harry terpaksa meletupkan mall untuk bunuh Luke sebab dia zombi mutasi. Bapa kamu mati dibunuh oleh David dan ibu kamu mahu tinggal menemani ayah kalian dan Ching mati akibat kehilangan banyak darah dan dia tinggal bersama-sama ibu kalian. Maafkan kami sebab tak dapat selamatkan mereka dan Harry terpaksa letupkan mall untuk tumpaskan Luke kerana mereka mahu mendapatkan Adam yang mungkin kebal daripada virus zombi ni." Bennet menerangkan dan menepuk bahu Nick. " Tak abang tipu! Mereka masih hidup, mari Nick kita patah balik ke mall dan selamatkan ayah,ibu dan abang Ching." Jayden bangun dan menarik tangan Nick. Namun begitu, Nick hanya kaku dan terduduk sambil menangis namun dia tidak berganjak walaupun ditarik oleh Jayden. " Jayden geram dan memegang dagu Nick untuk memandang ke arahnya. "Kamu jangan percaya cakap abang Bennet. Hahaha dia tipu. Will dan Bennet suka buat lawak dari dulu lagi. " Jayden memandang mata adiknya. Nick bangun dan meletakkan dahinya dan dilagakan dengan dahi Jayden. " Jayden, kita kena terima kenyataan yang mereka sudah mati. Abang lihat sendiri bukan? Buat apa Bennet dan Will nak menipu kita. Huhu..." Nick menangis teresak-esak. "Tak, semua ni tipu! Semua ni jadi lepas Adam dan Danial sertai kumpulan ni. Sebelum kehadiran mereka berdua kita semua bahagia. Adam yang bawa si Luke tak guna tu datang sini dan bunuh yang lain. Semua ni salah adik-beradik tu! Aku akan bunuh mereka Nick, atas apa yang jadi pada kumpulan kita." lalu Kayden yang berang mahu ke atas bagi mengejar Adam dan Danial berada di tingkat atas untuk solat dengan Hakim.
Will menahan Jayden dan menampar mukanya. "Budak bebal! Bukan engkau sahaja yang hilang bapa dan ibu, semua di sini juga hilang orang yang mereka sayang. Kamu kena terima hakikat dan pasti ada sebab mengapa semua ni terjadi. Kita kena pertahankan Adam sebab dia satu- satunya orang yang tak bertukar menjadi zombi walaupun kena gigit. Dia pernah ceritakan pada abang apa yang Luke lakukan pada dia tetapi abang tak percaya. Kalau kamu nak salahkan mereka baik kamu salahkan abang sahaja sebab biarkan ibu, bapa dan abang kamu mati! Kamu jangan sia -siakan pengorbanan mereka kerana jika kita berjaya bawa Adam ke kem kita boleh dapatkan penawar dan tamatkan benda zombi tak guna dan mengarut ni! " Will yang hilang sabar akibat letih,kecewa dan kesedihan menumbuk meja berdekatan sofa dan mengejutkan mereka semua di situ. "Kalau kamu mampu, pergi berlindung sendiri, aku penat dengan semua ni. Kalau kalian nak gaduh salahkan sesama sendiri, sila teruskan! Aku penat! Penat...! " Will yang berang juga terus berjalan laju dan ke bahagian pintu depan keluar daripada rumah itu. " Huhuhu...." Kayden menangis dan berasa menyesal kerana bertindak melulu. Dia faham akan situasi perit yang dihadapi oleh mereka semua namun dia sedih kerana hilang keluarga mereka. Lisa yang turut berada di situ memandang lesu ke arah Bennet dan dia juga sedih kerana Amelia iaitu rakan baiknya juga telah menjadi kambing hitam seperti David. Lisa memeluk Kayden dan Nick yang menangis teresak-esak. " Sudahlah kalian, berdoa sahaja semoga ibu, bapa dan abang kalian dapat hidup bahagia di sana. Sekarang bukan masa untuk menyalahkan sesiapa kerana kita perlu berkerjasama untuk selamat daripada musibah ini. Kalian berdua lebih tua berbanding Adam dan Danial. Mereka baru berumur 9 dan 10 tahun tapi cuba bayangkan apa yang dah jadi pada mereka, Danial kena tembak dan diculik manakala Adam dijadikan eksperimen oleh Luke. Kalau dibandingkan dengan kalian dugaan mereka akan datang lebih berat dengan beban sebagai antivirus zombi ni. Jadi kita kena kuat dan lalui semua ni bersama-sama okay? Kasihan pada Will sebab dia sekarang jadi ketua kita dan perlu bertanggung jawab jaga kumpulan ni. Tolong ringankan beban dia." Lisa memujuk dan diangguk setuju oleh Kayden dan Nick. Di samping itu,Bennet beredar keluar untuk menenangkan Will yang sedang stress di luar rumah itu.
Waktu tengah malam menjelma dan semua sudah pun masuk tidur akibat keletihan. Adam dan Danial yang tidur di ruang tamu bersama-sama Bennet dan Will. Adam perasan akan sikap dingin Kayden dan Nick terhadap dia dan Danial lalu meminta izin untuk tidur di ruang tamu bagi meredakan keadaan. Kayden dan Nick tidur bersama-sama Jack dan Jill di tingkat satu manakala Lisa dan Mia tidur di bilik lain. Adam yang sedap dilamun mimpi terbangun kerana ingin ke tandas. "Aduh, nak kencing pula!" dia mengeluh dan melihat semua di ruang tamu tidur. Akibat suasana gelap dia mengejutkan Danial untuk menemaninya. "Jom, teman abang pergi tandas." Lalu Danial pun bangun sambil mengesat matanya dan menguap. Mereka pergi ke tandas dapur dan Adam masuk dahulu sementara Danial tunggu di meja makan. Selepas Adam selesai membuang hajat dia membasuh tangan dan di hadapannya terdapat sebuah cermin kecil. Adam melihat mukanya pada cermin dan terpandang pada tingkap kecil di atas jamban. Tiba-tiba muncul kelibat seseorang sedang merenung ke arahnya dan Adam terkejut lalu segera keluar. " Adik, ada orang intai abang! Maksud abang ada orang di luar rumah!" Adam memberitahu sambil menarik tangan adiknya ke pintu keluar belakang rumah.
Notes daripada pengarang ?? :
Hai semua mula-mula ingat nak tulis jalan cerita simple tapi bila lama menulis banyak pula idea dan plot twist yang seronok untuk dimasukkan. Tapi yang pasti harap maaf jika lambat update kerana perlu sesuaikan idea dengan jalan cerita. Tqvm sebab sudi baca. Assalamualaikum.??
Share this novel