BAB 16

Drama Completed 44039

Iskandar menepuk-nepuk belakang Ikbal sambil membaca ayat kursi berulang-kali.Entah apalah yang dia rasa tetapi marah mula menyebulungi diri.Cuba dia bersabar dan meneruskan bacaannya.

Pintu rumah mula dibuka.Dapat dia melihat sekujur tubuh yang baru masuk ke dalam rumah."Sekarang pukul berapa Natasha?"Natasha mendiamkan diri.Dia melihat jam di tangannya.Sudah menunjukkan pukul 12.34 pagi.Iskandar mengeluh berat."Susukan Ikbal,"

"I nak cerai,"kata Natasha,secara tiba-tiba dan itu menyentak hatinya.Iskandar melihat isterinya yang sedang menunduk.Dia juga sudah tidak tahu mahu berbuat apa.Fikirannya kosong.

"Susukan Ikbal,"katanya dan pergi.

Baru sahaja Iskandar ingin pergi,Tuan Izzuddin dan Puan Hanim pun datang menyapa.

"Iskandar,"panggil Tuan Izzuddin.

"Abah?Mak?Buat apa...Datang sini?"tanya Natasha,cuak.

"Salah ke kami nak datang?"tanya Puan Hanim pula.Natasha menunduk.

"Kami datang sebab saja nak melawat kamu berdua.Pukul 8.30 malam tu kami dah datang sebab tahu Is akan balik pukul 9 malam tu.Kami ingatkan kamu ada kat rumah,bila tanya Is,Is kata kamu keluar dengan kawan.Kawan apa sampai pukul 12 lebih baru balik?"tanya Tuan Izzuddin kepada Natasha.Natasha menunduk.

"Natasha dah jumpa orang yang boleh jaga Natasha!Yang boleh sayangkan Natasha lebih daripada dia!Natasha tak mampu hidup dalam neraka ni!Natasha taknak!"

Iskandar menunduk.Hatinya tertanya-tanya apakah yang dia buat selama ni?Dia memberikan kebebasan kepada isterinya.Adakah itu salahnya?Mungkin balasan Allah kepadanya.Dasar suami dayus!

"Natasha,cerai ni bukan perkara main.Fikir dulu,"

"Mak faham tak yang cinta ni dah pudar!Is dah takdek dalam hidup Natasha!Is dah kosong dalam hati Natasha!Natasha benci Is!"satu tamparan hinggap di pipi Natasha.Ringan sahaja tangannya hinggap di pipi anak perempuannya itu.

"Abah..."Natasha kaku.Dia tidak sangka bahawa abahnya akan menamparnya sebegitu.

"Jaga batas kamu,Natasha.Dia suami kamu,"kata Tuan Izzuddin."Siapa lelaki tu?"tanya Tuan Izzuddin lagi.Natasha mendiamkan dirinya.

"SIAPA LELAKI TU ABAH TANYA NI?!"

"FAKHRUL!Fakhrul nama dia!Kawan sekerja Natasha!"balas Natasha.

Iskandar yang hanya mendengar sudah tidak boleh menahan lagi.Dia pun terus berdiri menuju ke arah biliknya lalu menutup pintu biliknya.Matanya merah memandang lantai.Kurangnya dia sebagai seorang suami.Lemahnya dia sebagai seorang pemimpin.Aku kalah ke?

(15 hari kemudian)

Malamnya,Iskandar menyiapkan diri untuk pergi ke rumah mamanya apabila dia mendapatkan panggilan telefon daripada adiknya pagi tadi.

"Haiwat?"tanya Iskandar yang sedang menyusun fail di pejabatnya.

"Kak bell balik.Tapi abang Thaqif takdak,"Iskandar mengerutkan dahinya.

"Aik,haiwat?"tanyanya.

"Kak bell kata abang Thaqif kahwin dengan orang lain,"

"HAH?!"terkejut Iskandar mendengar apa yang dikatakan oleh Irwan."Apa dia?Ulang balik,"

"Abang Thaqif kahwin lagi,"Irwan mengulang.Iskandar pula terkejut.Satu persatu perkara terjadi.Apa yang dah berlaku ni?

(malamnya)

Nabilla membakar ayam di halaman rumah.Irdina yang sudah bersiap sedia dengan pinggannya sudah beratur dahulu."Irdina mau ni,boleh?"

"Boleh boleh.Kejap ye,"

"Okayy,"tiba-tiba,terdengar bunyi hon kereta di depan rumah.Nabilla melihat kereta putih itu berhenti tepat di hadapan pintu rumah.Dapat dia melihat Iskandar keluar daripada keretanya.Mereka bertentangan mata buat seketika.Nabilla hanya menguntumkan senyuman tawarnya.

"Is?"

"Assalammualaikum mama,"

"Waalaikummussalam.Baguslah hang balik.Kak bell masak ayam panggang tu.Pergilah join sekali,"Iskandar mengangguk dan menutup pintu keretanya.

"Mama tak makan?"

"Belum lagi.Baru masak je tu.Irdina tu,belum masak lagi dah beratur,"

"Awalnya budak pendek beratur?"usik Iskandar.

"Paksu busuk!"

"Irdina pendek!"

"Sabar jela Irdina.Kadang-kadang,kita memang kena sabar daripada bisikan-bisikan syaitan ni,"

"Syaitan-syaitan pun,baik jugak tau,"

"Paksu nak kata kak bell jahatlah?"

"Siapa yang makan cili,dia yang rasa pedas,"

"Paksu ingat paksu baik?"

"Aku tak cakap tapi,terima kasih,"

"Haaa..Dah mula dah tu,"kata nek ma.Irdina hanya menahan tawanya.

"Dari dulu sampai sekarang,tak habis-habis gaduhnya,"sambung Bariah lagi.Masing-masing menjeling.Mata memainkan peranan penting dalam kehidupan tetapi hati?Hanya pemiliknya sahaja yang tahu.

(beberapa minit kemudian)

Nabilla mengagihkan ayam kepada anak buahnya satu persatu.Sementara dia mengagihkan ayam,Iskandar pula mengipas-ngipaskannya.

"Haa,dua singgit dua singgit dua singgit.Mari mari mari,"Nabilla tersenyum dan menggelengkan kepalanya.

"Mana ada ayam dua singgit dah paksu.Tak untung ma.Kena bagi dua.Sepuluh ringgit!"

"Mahalnya.Cekik darah betul,"kata Irwan.

"Apa yang cekik darahnya Wan?Ayam sekilo pun dah 9 setengah,"celah Iskandar pula.

"Iyeke?"

"Bukan hang yang beli,"kata Iskandar lagi,mengipas dirinya pula."Orang suruh kipas ayam,dia kipas diri dia pulak,"kata Nabilla.

"Panas,"

"Malam pun panas ka?"

"Eleh,nak cakaplah,"kata Iskandar,mengipas Nabilla pula.Nabilla tersenyum gembira.

Irwan dan Irdina melihat di antara satu sama lain dan mengangkat kening sambil tersenyum sinis.Jika difikirkan balik,ini adalah perkara yang ingin mereka lihat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience