BAB 6

Romance Completed 67139

SEPASANG baju kurung moden berwarna merah jambu menjadi pilihan Adara bagi majlis pertunangan dia dan Iqbal pada hari ini.

Digayakan lagi bersama kain lace yang menunjukkan setiap perincian baju tersebut, semakin menyerlahkan lagi seri si pemakai. Membuatkan Adara kelihatan seperti puteri dari kayangan.

"Ya Allah, cantiknya kau Ara!" Jerit Adila tak dapat menahan suara yang sememangnya sudah kuat. Adara menutup telinga dengan tapak tangan. Bingit!

"Shhh, janganlah kuat sangat Dila. Kau tertelan mikrofon ke apa hah?" Tegur Adara, pantas mulut Adila ditekup. Adila segera mengalihkan tangan Adara yang berada pada mulutnya.

"Cantiknya kau. Aku nak tunang jugak lah macam ni." Rengek Adila mengada. Adara mengeleng kepala tanda tak bersetuju. Pening kepala dia melayan kerenah minah seorang ni.

Belum sempat Adara membuka mulut untuk berleter, pintu bilik tidur miliknya dibuka oleh Nek Kalsum. Serta-merta, pandangan mereka berdua bergerak ke arah susuk tubuh Nek Kalsum berada.

"Ni kenapa tak siap- " Kedengaran suara Nek Kalsum menerjah ke dalam gegendang telinga. Kata-kata milik Nek Kalsum tak sempat dihabiskan apabila pandangannya jatuh pada Adara yang sudah lengkap berpakaian.

"Ara..." Nama satu-satunya cucu kesayangannya itu dipanggil. Tanpa berlengah, Adara sudah mendapatkan Nek Kalsum dengan riak wajah yang risau.

"Ya nek. Kenapa ni? Ara ada buat salah ke?" Laju sahaja Adara menyoal. Tangan Nek Kalsum digenggam erat oleh Adara.

"Ara buat salah dekat Nek ke? Tak apa, biar Adila ajarkan." Sampuk Adila, dia mengambil tempat di sebelah Nek Kalsum yang sedang duduk di atas katil bersama Adara di sebelah.

Nek Kalsum hanya diam. Dia kini mula menilik wajah Adara lama. Tak lama kemudian, kolam air matanya mula bertakung.

"Nek, kenapa ni? Cuba cakap dengan Ara." Pujuk Adara lembut. Lemah hatinya melihat nenek kesayangannya yang sudah dianggap sebagai ibu bapanya sendiri bersedih sebegitu.
Tangannya naik mengusap air mata Nek Kalsum yang mula bergelinangan.

"Tak ada apa, Ara. Nek cuma teringatkan arwah mama. Kalau mama dengan ayah ada mesti dia bangga tengok Ara sekarang." luah Nek Kalsum sambil mengoyak senyuman nipis.

Wajah Adara yang mirip arwah Puan Alyssa membuatkan Nek Kalsum teringat kembali kepada anak perempuannya yang sudah lama kembali ke Rahmatullah bersama menantunya, Zarul.

Adara menghela nafas lembut tanda lega. Dia segera memeluk tubuh Nek Kalsum. Adila pula meniru perbuatan sahabatnya itu tanpa banyak tanya.

"Arwah mama dengan papa pun mesti happy bila tahu Nek yang jaga Ara dari dulu sampai sekarang." Ucap Adara jujur.

Perasaan sebak dirasakan pada ketika itu apabila dia membayangkan jika kedua-dua ibu bapanya dapat menghadiri majlis pertunangan dia dan Iqbal pada hari ini.

"Ara... Janganlah buat aku nangis." Adu Adila cuba menahan sebak. Dia mengetatkan pelukan pada tubuh Nek Kalsum dan Adara.

"Nanti rosak makeup aku tu. Dah jangan nangis." Marah Adila cuba menukar topik. Adara dan Nek Kalsum melepaskan tawa halus. Tindakan Adila serta-merta menceriakan suasana.

Segaris senyuman naik mengukir di bibir Nek Kalsum. Pandangannya masih tetap pada Adara. Raut wajah cucunya itu dielus lembut. Tangannya mengusap kepala Adara dengan penuh kasih. Tindakan itu dilakukan terhadap Adila juga.

"Dah besar cucu-cucu Nek ni." Omel Nek Kalsum perlahan.

Terasa seperti baru semalam dia mula menjaga Adara. Kini, pada hari ini cucunya itu akan menjadi tunang orang. Dia tak percaya betapa cepat masa itu berlalu dalam sekelip mata. Nek Kalsum mengeleng kepala dengan perlahan.

"Dah, cepat siap. Kesian tetamu tunggu dekat luar dari tadi. Nanti keluarga Iqbal datang kata apa pulak kalau Ara lama lama dalam bilik kan. Nek pergi dulu nak layan tetamu. " ucap Nek Kalsum sudah bangkit dari duduk.

Terpamer senyuman pada wajahnya. Sebuah ciuman dihadiahkan pada pipi Adara sebelum dia pergi. Meninggalkan Adara dan Adila di dalam bilik tersebut.

"Ara, alololo sini tak mau nangis. Nanti comot makeup aku." Panggil Adila cuba memujuk. Tangannya pantas membetulkan semula eyeliner pada kelopak mata Adara yang sedikit comot.

"Mana ada aku nangis. Habuk masuk matalah." Bidas Adara tak nak mengaku. Bibirnya tersenyum senget melihat Adila yang sudah tayang muka menyampah.

"Tak nangis? Yelah Ara, yelah." Adila mengalah pada akhirnya. Malas nak cari gaduh. Lagipun hari ni hari bahagia untuk Adara. Jadi dia masih baik hati untuk lepaskan Adara pada hari ini.

Tengok, Adila ni baik kan? Sangat.

"Ok, done! Perfect." ucap Adila sambil membuat gaya chef kiss pada hasil kerjanya. Adara melepaskan nafas lega. Mana taknya, punya lama dia terpaksa duduk di situ semata-mata untuk mekap yang dipakai dibetulkan semula.

"Finally." Ucap Adara perlahan. Sekilas, dia menilik wajah di cermin. Dia tersenyum tanda puas hati. Tak sia-sia dia jadi patung cendana di situ.

"Ok, jom! Keluar cepat. Kesian tunang kau tunggu." Ajak Adila, tubuh Adara ditolak keluar dari bilik. Kedengaran riuh rendah para tetamu yang hadir.

Adara meliarkan pandangan cuba mencari kelibat Iqbal. Pandangan tetamu terhadapnya dihiraukan sepenuhnya. Dia melemparkan senyuman apabila beberapa tetamu datang menegurnya.

"Ara, Iqbal dah sampai." Bisik Adila pada Adara. Secara serentak, mata Adara menangkap susuk tubuh seseorang memakai baju Melayu yang senada dengan dirinya.

Tanpa dipinta, senyuman bahagia sudah terlakar di wajah milik Adara. Hanya dengan kehadiran lelaki itu sahaja sudah mampu membuatkan dia tersenyum seperti orang gila.

"Assalamualaikum." Sapa suara seseorang membuatkan Adara melebarkan senyuman. Adara mengangkat kepala menemui pandangan lelaki itu. Anak mata mereka bertembung.

Serta-merta, senyumannya tadi mati. Diganti dengan riak wajah yang keliru. Adara memerhatikan seraut wajah yang berada di hadapannya sekarang. Riak wajahnya dikerutkan.

Kerana lelaki itu bukanlah tunangnya, Iqbal. Tetapi orang asing yang tidak pernah dia kenali sebelum ini.

"Awak siapa? Mana Iqbal?"

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

SEBUAH beg bagasi berwarna hitam dipenuhkan dengan pakaian. Passport dan beberapa dokumen penting diasingkan ke dalam tas hitam kecil yang berlainan.

Kedengaran bunyi punat butang kekunci ditekan oleh seseorang cuba membuka sesuatu. Hanya dengan sekali cubaan, peti besi yang tersorok di ruangan bilik tersebut dibuka dengan mudah.

Tanpa berlengah, beberapa buku wang tunai dikeluarkan dari peti besi tersebut sebelum dimasukkan pula ke dalam beg pakaian tadi.

Iqbal menyarungkan sepucuk pistol di bahagian pinggangnya selepas memastikan kelongsong pelurunya diisi dengan penuh. Tangannya pantas mendail nombor seseorang.

"Mana Ara?" Soal Iqbal sebaik panggilan itu disambungkan. Jarinya pantas membuka loudspeaker. Sehelai jaket kulit yang berada di dalam almari pakaiannya dikeluarkan.

"Perfectly safe. Macam mana dengan payment aku?" Kedengaran balasan suara seseorang dihujung talian. Iqbal menyarungkan jaket yang dikeluarkan tadi pada tubuh.

Dia memakai mask hitam mahu mengelakkan dirinya dikenali oleh orang suruhan Aiden.

"Send bukti dekat aku yang kau dah buat macam mana yang aku arahkan. Only after that, aku akan serahkan payment kau macam mana yang aku janjikan sebelum ni." Arah Iqbal mahu memastikan keselamatan Adara terjamin sepenuhnya.

Tak lama selepas itu, sebuah fail dihantar ke dalam inbox milik Iqbal. Fail yang mengandungi beberapa keping gambar Adara di dalamnya yang selamat berada di majlis pertunangan mereka berdua pada hari ini.

Wajah bahagia Adara membuatkan dia hampir membatalkan segala plan perancangannya hanya untuk bersama di samping gadis yang dicintainya itu. Namun ditahan niat itu buat masa ini.

Pandangannya kini jatuh pula pada sepasang baju melayu yang sepatutnya dia pakai pada hari pertunangan mereka pada hari ini. Iqbal segera melarikan pandangan. Tak sanggup lagi menambah perasaan bersalah di dalam hati.

"Pastikan dia selamat and inform aku kalau ada apa-apa yang jadi dekat Ara. Yang paling penting, make sure Aiden stay away from her. Got it?" Pesan Iqbal sambil bergegas keluar dari kawasan rumahnya.

"Got it." Dengan itu, panggilan tersebut ditamatkan oleh Iqbal. Beg pakaiannya dan beberapa keperluan yang lain sudah siap dimasukkan di dalam kereta.

Simkad telefon pintarnya dikeluarkan sebelum dibuang keluar tingkap. Gambar Adara yang dijadikan lock screen direnung lama bersama senyuman pahit terukir di bibir. Lalu, iPhone miliknya itu dimatikan serta-merta.

Iqbal mengetatkan pegangan pada stereng kereta. Deruman bunyi Audi R8 yang dibawa olehnya memenuhi koklea telinga milik Iqbal.

Tanpa membuang masa, laju sahaja kereta tersebut dipandu meninggalkan pekarangan rumahnya secepat yang mungkin.

"Forgive me, love."

Updated ! Happy reading <333 Update every day at 8 a.m. Stay tune !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience