Bab 17

Crime Series 28563

Qarl mendakap aku seerat yang mungkin.

"Let me go!"

Aku mendengus marah.

"No way!"

Qarl makin mengetatkan dakapan.

Melampau la dia ni. Suka hati kau je. Nak buat aku macam perempuan simpanan.

"Qarl... Tolong... Sakitlah."

Aku cuba memujuk dia.

"Taknak. Kahwin dengan aku."

Aku menghela nafas.

"Answer me, Anna. Yes or No?

"Kalau jawapan saya No?"

Aku cuba menduga dia. Adakah aku akan mati di tangan dia?

"Kalau ko reject aku, aku bunuh kau."

Gulp.

Nekad betul mamat mafia ni. Nak bunuh aku pulak.

"Kalau macam tu tak gunalah saya jawab."

Giliran aku pulak sakit hati.

"Kau takde pilihan lain, Anna. Terima je."

Taknak. Aku taknak kahwin dengan dia.

Aku cuba memusingkan badan, mahu menghadap dia.

"Itu dikira memaksa saya. Awak lupa ke siapa saya? Dan siapa awak?"

Qarl senyum.

"Kau Anna. Aku Qarl."

Eh dia ni. Main-main pulak.

"Pergilah kahwin dengan May."

May lagi padan dengan dia.

"Taknak. Aku da tak sayang dekat May."

Oh really?

"Habis tu, sayang kat siapa? Saya?"

"Err..."

Qarl tak mampu nak jawab.

Aku pandang anak mata dia. Cuba untuk mencari jawapan.

Kelam. Kabur.

Apa perasaan dia sebenar pada aku?

Tiada cinta antara kita, Qarl. Kau cuma penculik.

"Kau tak boleh terima aku disebabkan aku ni ketua mafia ke?"

Soalan dia...

Membuatkan aku terkedu.

Bukan macam tu.

Aku suka bila dia jadi Lee. Bukan Qarl yang macam ni. Buat aku takut.

"Atau sebab aku ni bunuh orang?"

Bukan.

"Aku ni takde rupa? Kau nak yang handsome?"

Bukan.

"Habis tu apa?"

Eh, dia macam boleh baca fikiran aku je.

"Sebab awak Qarl. Saya nak Lee yang masa mula-mula saya kenal."

Qarl mencebik.

"Aku juga Lee. Qarl Lee. Orang yang sama."

Tak sama.

Lee baik. Qarl jahat.

Aku tak boleh terima.

Aku cuba menolak lengan dia. Dia taknak lepaskan pegangan.

"Bak pistol."

Aku meminta pistol daripadanya.

Qarl mengerutkan dahi.

"Nak buat apa?"

"Kill me now!"

Apakah aku sudah gila? Meminta dia menembak aku.

"Anna... Kau terus tak sihat eh?"

Dia meraba dahi aku.

"Tembak aku sekarang!"

"Anna..."

Mata aku mencerlung marah.

"Aku tak bergurau. Memang aku takde rasa apa kat kau. Tapi aku taknak kau tinggalkan aku."

Shit. Gila.

"Stop it, Qarl. Saya taknak dengar semua ni lagi. Saya bukan May. Kalau rindukan May, pergilah dekat dia."

Kenapa aku rasa cemburu dengan May?

"Kau jealous? Sebab May pernah jadi orang yang aku sayang?"

Tak.

Aku menggeleng.

"Dah tu... Kenapa sebut nama May? Aku da lama lupakan May."

Huh. Sebab kau perlukan aku macam kau perlukan May.

I'm not her, Qarl. Aku Anna Adriana.

"Aku ikut kau balik rumah. Jumpa mak ayah kau, boleh?"

Alahai.

"Tak payahlah."

Aku taknak ramai bertanyakan tentang Qarl.

"Aku gurau jela. Bukan sekarang. Tunggu lepas semua selesai."

Dia mencuit hidung aku.

Lantas, dia melepaskan pegangan.

Lega. Akhirnya dia merungkaikan pelukan. Lemas aku jadinya.
. .
. Aku ligat menyediakan bahan masakan untuk dinner.

Shark memasuki ruang dapur.

"Anna."

Aku memandang Shark.

"Kenapa bos nampak happy je tu?"

"Entah."

Jawabku ringkas. Malas mahu melayaan pertanyaan Shark.

"Ala... Tanya je pun."

"Shark pergi la tanya dia sendiri."

"Kalau saya tanya, confirm dia melenting."

Hahaha. Takut jugak kau dengan bos.

"Kalau macam tu, duduk diam-diam je."

Shark terus keluar dapur setelah aku membidas dia.

Hmm.

Tanya aku macam-macam. Memanglah aku takkan jawab.

"Hai, Anna."

Qarl tegur aku dengan ceria. Senyuman tak lekang dari bibir dia.

"Yes."

Aku mengacau kuah di dalam kuali.

"Kau masak apa? Aku dah lapar."

"Bihun sup utara."

Dia turut menjenguk ke kuali lalu bersandar di dinding kabinet.

"Kau memang suka memasak eh?"

Aku mengangguk.

"Aku pun."

"Oh okay."

Jawabku dua patah.

"Anna..."

Apa dia nak?

"Kau suka apa eh?"

"Maksud awak?"

"Yela. Apa yang kau suka. Apa yang kau benci?"

Pertanyaan jenis apa ni?

"Entahlah."

Malas aku nak layan. Pelik-pelik je mamat ni.

"Suka makan apa? Suka color apa? Suka travel ke mana?"

Aduhai.

"Suka makan nasi ayam. Suka color biru. Suka pergi Sabah. Puas hati?"

"Anna, kau marah aku ke? Pasal aku ajak kau kahwin?"

Bukan.

Sebab pagi tadi... Masa aku nak kemas bilik dia, aku dengar dia sebut nama May dalam tidur.

Tersiat hati aku.

Agaknya dia rindukan May dia tu.

Aku memandang dia sekilas. Terus menutup api dapur.

"Jawapannya ada pada awak. Fikirkan perkara pagi tadi."

Cuba memberi dia klu. Tapi, mungkin dia tak ingat apa-apa tentang mimpi dia pagi tadi.

Qarl menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Aku berlalu pergi meninggalkan dia. Tanpa mahu bersembang dengannya.

Erk? Kau cemburu ke, Anna? Kata tak suka kat Qarl?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience