BAB 5

Mystery & Detective Completed 973

8:00 malam

Telefon bimbitnya bergegar, menandakan notifikasi penerimaan
pesanan ringkas. Sebaik selesai sahaja Solat Maghrib, Wati terus menerpa
mencapai telefon bimbitnya. Sangkaannya tepat! Izzah membalas pesanan
ringkasnya.

-Ye Wati. Awak boleh masuk bila-bila masa. Kunci yang
ditinggalkan di pasu tu memang disediakan untuk penyewa.-

Wati terus tersenyum lebar sambil menaip sesuatu, membalas
mesej itu.

-Baiklah, terima kasih. Kalau macam tu hujung minggu ni lah ye
saya datang bawa barang-barang. Nak tanya, deposit macam mana saya nak
bayar ye?-

-Sabtu dengan Ahad ni saya tiada di rumah. Ahad malam baru
saya ada. Tapi tak apa, awak boleh pindah masuk dulu. Untuk bayaran
deposit, awak boleh masukkan dalam sampul, dan selitkan je bawah pintu
bilik saya. Tolak ke dalam bilik. Nanti saya ambil.-

-Ok. Terima kasih. (" ,)-

-(^o^) sama-sama-

Sekali lagi dia berjalan irama bujang lapok, sambil bersiul,
mencari ibunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience