Bab 31

Romance Completed 53836

Napa Irah tak beritahu Umi nak datang ke sini? Boleh Umi masak dulu kita makan sekali tengah hari nanti. Bersuara Puan Ruziah senang saja melihat Munirah pulang ke rumahnya. Sudah lama ia ingin berjumpa dan melihat perkembangan diri Munirah. Selalu mendapat tahu dari Mikhail saja. Munirah melabuhkan dirinya di atas sofa. Penat saja rasa hari ini tetapi dia bukan melakukan kerja apa pun. Munirah pulang ke sini sendiri kerana Azhar masih tidak sihat. Di biarkan Azhar rehat dekat rumah dahulu. Hampir 24 jam asyik nak berkepit saja dengan Munirah. Sudah seperti menjaga bayi baru lahir lagi. Munirah sudah pandai memandu sendiri. Kereta Myvi putih milik Azhar telah menjadi miliknya sepenuhnya. Tidak perlu lagi dia menyusahkan diri Azhar mahu menghantar dan mengambilnya di tempat kerja nanti.

Ermm..tak apalah..Irah tak nak susahkan Umi. Lagi pun Irah tak boleh lama dekat sini. En suami pula demam panas. Itulah yg Irah datang sorang. Abang kirim salam dekat umi. Rasa bersalah dia tak dapat datang sekali tadi. Jawab Munirah meleretnya kerana rasa penat saja sejak dua tiga hari ini. Kepalanya dilenturkan sedikit di atas sofa. Rasa macam mahu melelapkan mata sekejap saja. Penghawa dingin pula menerpa ke arahnya kena dengan waktu panas ini. Puan Ruziah memerhati saja gelagat Munirah seperti itu. Terlihat banyak perubahan pada dirinya. Jadual selalu sibuk seperti orang dewasa.

Waalaikumsalam. Kesian Umi dekat Azhar tu. Sampai demam dibuatnya. Tak apalah nanti umi masak bubur untuk dia. Bagi suam sikit badan tu. Irah umi nak tanya ni..Macam mana hubungan kamu dengan keluarga Azhar?? Mereka layan kamu dengan baikkan? Soal Puan Ruziah sudah lama ia mahu bertanya tentang hal ini. Puan Ruziah teringat tentang kejadian di mana Azhar mencari Munirah sampai ke sini. Dia masih tidak tahu hal yg sebenar apa yg telah berlaku tentang hari itu. Munirah menhembuskan nafasnya perlahan lalu menatap wajah umi yg setia menunggu jawapan dari Munirah.

Ermm..macam tu lah. Tak mudah orang luar nak terima diri Irah. Maklumlah..Irahkan berkahwin atas sebab..Ermm..macam tu lah.."tak ngam". Irah tak kisah pun semua tu. Dahagalah..Irah nak pergi minum air sekejap. Ujar Munirah sambil memberikan senyuman kepada Puan Ruziah. Dia terus bangun lalu berjalan menuju ke arah dapur. Terkedu Puan Ruziah mendengar semua itu dari mulut Munirah. Dia tahu Munirah mahu meluahkan segala apa yg tersirat di dalam hatinya tetapi Munirah cuba menahan semua itu. Rasa dirinya masih lagi mampu menyimpan semua ini. Puan Ruziah kenal sangat dengan diri Munirah. Bukan mudah anak perempuannya ini membuka aib orang lain. Munirah memejam matanya rapat sekali. Di hembus nafasnya banyak kali. Bukan dirinya tidak mahu berkongsi cerita tetapi Munirah takut akan menangis di depan Umi nanti. Cukuplah dirinya yg merasai semua ini tetapi bukan keluarganya. Munirah tidak mahu melihat keluarganya menangis lagi. Munirah dan Puan Ruziah banyak berbual kosong saja di dapur. Munirah menolong Puan Ruziah masak bubur ayam untuk Azhar. Sudah lama mereka berdua tidak membuat aktiviti ibu dan anak seperti ini. Munirah tersenyum riang dapat juga melupakan sekejap masalah yg dihadapi olehnya. Melihat wajah umi mengukirkan senyuman dan ketawa riang sudah cukup untuknya. Munirah cuba mengumpul kekuatan dari Umi untuknya terus bertabah menempuhi semua ini. Semangat seorang ibu yg selalu menyokong anaknya. Selalu menjadi benteng untuknya terus bertahan.

...............................................................

Sayang..sayang...sayang....sayang!!! Jerit Azhar kuatnya apabila Munirah tidak menjawab sahutannya itu. Hampir 15 minit juga Azhar berkurung di dalam tandas. Terketar badannya menahan sejuk. Dipeluk tubuhnya yg tanpa seutas benang pun.

Oiiii...terjerit-jerit dah kenapa? Sabar jap!!! Saya dekat dapur!! Jerit Munirah kembali geram saja Azhar menjerit seperti itu. Tahulah rumah dua tingkat tapi tak perlulah menjerit bagai. Kang jiran kata apa pula nanti. Munirah yg terdengar jeritan Azhar segera menutup api dapur dan berlari naik anak tangga. Langkah seribu diambilnya. Nasib saja dia memakai lagging. Bolehlah langkah besar ala-ala seorang gimnastik. Perasan. Silap hari bulan patah gigi sebaris baru tahu langit itu tinggi atau rendah.

Haaa...nak apa?? Tanya Munirah selepas sampai di depan pintu tandas itu. Terkejut Munirah sekejap baru perasan di tangannya juga membawa senduk sekali. Semua ini sebab Azharlah buat dirinya risau sampai tidak sedar terbawa sekali senduk. Munirah memasukkan senduk itu di dalam apron. Nasib saja dia memakai apron berpoket. Boleh juga sumbat masuk ke dalam ini.

Sayang...abang..abang terlupa bawa tuala lah..boleh ambilkan kain tuala dalam bilik abang?? Kata Azhar dalam ton suara manjanya ke arah Munirah.

Again??..Ermm..ye lah..Jawab Munirah meleretnya terus berlalu pergi ke dalam bilik Azhar. Selalu saja dia terlupa membawa kain tuala. Munirahlah mangsa keadaan yg kena pergi mengambilnya.

Ishhh..masih lembablah kain tuala ni..Tak tukar ke apa?? Mana kain tuala lebih ehh..dalam almari ke?? Cakap Munirah sendiri terus melemparkan kain tuala yg lembab itu ke dalam bekas pakaian. Munirah mencari helaian kain tuala baru yg mungkin di simpan di dalam almari. Munirah membuka almari pakaian Azhar lalu mencari kain tuala. Semasa Munirah mahu menarik kain tuala baru itu keluar, Terjatuh sebuah kotak di atas kepalanya.

Aduhh...shit!! Astagfirulallahalazim!! Mengucap Munirah lajunya apabila tercarut sedikit tadi. Di tonyoh kepalanya yg terasa sakit ditimpa kotak bersaiz kotak kasut itu. Munirah mengambil kotak itu dan mengoncangnya. Nasib isi di dalamnya tidak berat kalau tidak sudah jatuh pengsan dekat sini.

Kotak apa ni ehhh?? Nak buka ke tak..nak buka ke tak?? Ehh dah terbuka..Kata Munirah selepas berfikir banyak kali terus membuka kotak itu. Terbutang matanya melihat segala isi kandungan di dalam kotak itu. Benda yg menarik perhatian Munirah adalah sekotak cincin tetapi tiada isi di dalamnya. Fikiran Munirah terus tertangkap sesuatu. Segera Munirah menutup kembali harta yg paling berharga untuk Azhar ini di letakkan semula kotak itu di tempat asalnya. Munirah menutup kuat pintu almari Azhar. Tidak tahu kenapa tetiba saja badannya mula membahang.

Tok..tok..tok!!!! Buka pintu ni..Kuat saja suara Munirah selepas mengetuk banyak kali pintu tandas itu. Hampir luruh jantung Azhar dibuatnya dengan tindakan Munirah seperti ini.

Yee..yee sabar..Nanti luruh pintu ni kang.. Napa lama sangat sayang..terketar badan abang dibuatnya. Ingatkan nak keluar macam ni jee kalau sayang tak jumpa kain tuala. Kata Azhar selepas menguak sedikit pintu tandas itu. Semakin besar dan membuka sepenuhnya. Dia melihat merah padam muka Munirah apabila melihat keadaannya tanpa seutas benang itu. Tanpa membuang masa lagi Munirah melempar terus kain tuala itu di muka Azhar. Di hentak kakinya banyak kali. Azhar selalu berbuat begini kepadanya. Kalau dia tahu dibiarkan saja azhar berbogel di situ.

Ehh sayang..sayang!!! Panggil Azhar serangkah dengan gelak ketawa. Terkena juga Munirah kali ini. Sebelum ini bolehlah Azhar malu tetapi kali ini tidak lagi. Apa yg dilakukannya itu tidak perlu sembunyi lagi. Saja Azhar mahu melihat sejauh mana Munirah dapat bertahan dengan perangai sebenarnya ini. Selalu Azhar saja melihat perangai Munirah itu. Biar mereka berdua sebati dengan perangai memasing barulah sempurna kehidupan mereka. Tegang saja wajah Munirah sambil menyediakan makanan untuk Azhar. Setiap apa yg dilakukannya berbunyi kuat saja. Azhar masih tersenyum riang di meja makan itu. Melihat saja kerenah mongok Munirah seperti ini.

Sayang...sayang marahkan abang pasal tadi. Bersuara Azhar sambil melihat Munirah mencedok nasi ke dalam pinggannya. Kelihatan banyak sekali menu yg di masak sendiri oleh Munirah kali ini. Sejak Azhar jatuh sakit Munirahlah yg selalu keluar masuk ke dalam dapur. Menyediakan segala keperluan kepadanya. Semakin hari masakan Munirah ada penambah baikkan. Berselera anak tekak Azhar makan masakan Munirah. Pernah sekali hampir nak terbakar dapur disebabkan Munirah menanak nasi atas api dapur. Dia ingat ini zaman perang jepun lagi kot, nampak sangat tidak biasa masuk dapur. Azhar tak akan lupa semua kenangan itu. Terhibur dirinya seketika lalu tertawa sedikit selepas memori itu mula bermain di kepalanya.

Dah kenapa gelak sorang-sorang ni? Apa yg kelakar?? kata Munirah memandang tajam saja ke arah wajah Azhar. Pada masa yg sama cair Munirah memandang lama wajah Azhar yg hensem ni. Rambut yg masih basah sedikit baru selepas mandi. Aroma hidungnya dapat menangkap bau sabun jenama watsons yg selalu Azhar gunakan. Mengalah perempuan saja guna sabun kat Watsons. Wajah Azhar yg kulit berwarna koko sedikit tetapi licin dan gebu saja. Munirah menurunkan pandangannya ke bawah semula. Tidak mahu Azhar berfikir bukan-bukan pula nanti. Munirah menadah tangannya apabila Azhar mahu membaca doa makan. Bibirnya kembali mengunturkan senyuman. Suasana seperti ini tidak jemu dilalui oleh mereka berdua pada setiap hari. Makan bersama, berbual kosong dan bergelak ketawa.

Ehh salah ke nak ketawa..Btw..Terima kasih selalu masak untuk abang. Sedap tau semua masakan ni. Love u sayang. Ujar Azhar lalu memegang tangan kiri Munirah. Dia mula makan dengan berseleranya. Munirah melihat saja Azhar menjamah masakannya itu sudah membuat dirinya terasa kenyang. Isteri mana tak rasa gembira bila suami suka masakan kita kan? Itulah yg dirasai oleh Munirah ketika ini. Rasa dirinya sangat dihargai oleh Azhar. Hanya lelaki di depannya inilah menerima segala sisi baik dan buruknya. Menerima segala kekuatan dan kelemahannya. Dan selalu memahami dirinya yg serba kekurangan. Hati Munirah mula bermekar untuk Azhar. Rasa cintanya tidak dapat di simpan lagi.

................................................................

Mira..bangunlah nak..Sudah 2 hari kamu tak sedarkan diri. Buka mata kamu..Tiap hari Eisya panggil "Mummy..Mummy..Nak Mummy" Mama dah tak tahu nak jawab apa dekat Eisya. Mama tak sanggup nak tengok Eisya tunggu kamu setiap hari. Dia rindukan kamu. Bangun Mira..kuatkan diri kamu. Cakap Datin Zubaidah sendiri sambil megenggam erat tangan Mira. Kelihatan banyak saja wayar di tubuhnya. Alat bantuan pernafasan di dalam mulutnya. Keadaan Mira sangat kritikal semasa sampai di sini. Mujur saja Allah swt berinya kesempatan bernafas lagi di muka bumi ini. Jika Mira pergi dalam keadaan begini, hati Datin Zubaidah akan hancur dan luruh. Ibu mana yg sanggup melihat keadaan anaknya macam ini. Baru ia sedar Mira tidak bahagia selama ini. Terlihat tubuh Mira penuh dengan kesan luka lama. Seperti di dera oleh bekas suaminya. Air mata Datin Zubaidah tumpah lagi. Tidak dapat gambarkan apa yg telah Mira tempuhi selama bergelar isteri kepada lelaki kejam seperti itu. Datin Zubaidah haramkan lelaki itu jejak kaki lama ke rumahnya untuk berjumpa dengan Eisya. Hak jagaan anak sudah dapat hak sepenuhnya kepada Mira sendiri selepas Iqbal langsung tidak hadir ke mahkamah. Datin Zubaidah ingatkan Iqbal adalah seorang lelaki yg bertanggungjawab tetapi firasatnya meleset sekali. Lelaki itu hanya bertopengkan manusia dan berjiwa syaitan. Rasa menyesal mengahwini Mira untuk lelaki mula membelegu dirinya. Ini adalah salah dia dan suaminya sendiri. Mira tidak bersalah dalam hal ini. Segala keperitan hidup yg ditanggung Mira perit dan meninggalkan kesan di jiwa.

"Aku dah katakan jangan tunggu aku pulang??!! Engko ni bodoh tak benak ni?? orang cakap sekali pun kau tak faham??!! Tengking Iqbal kuatnya di sebelah telinga Mira. Sedikit pun dia tidak peduli diri Mira yg tengah menahan sakit kerana rambutnya di tarik kasar olehnya.Terasa bahang dan geram apabila melihat wajah pucat Mira yg sudah mengalirkan air mata. Cepat saja perempuan di depannya ini lemah dan tidak berdaya melawan semula tindakannya ini. Iqbal terus menolak kasar tubuh Mira sehingga jatuh tersungkur ke lantai. Di biarkan saja perempuan sial ini berterusan menangis. Setiap hari kena balik hadap muka Mira yg pucat itu sudah seperti mayat hidup saja dalam rumah ini. Iqbal rasa jijik dan mahu saja memukul diri Mira. Mira tidak layak merasai apa itu kebahagian untuknya. Iqbal sungguh bencikan diri Mira."

titt...titt..tittt kedengaran bunyi jantung Mira berdegup kencang. Segera Datin Zubaidah memanggil doktor. Air mata terus mengalir di wajah Mira. walaupun masih dalam keadaan tidak sedarkan diri tetapi memori lama yg tercetus di fikiran Mira mula menyedarkan dirinya. Mira cuba berlari dan terus berlari. Sejarah hitam masih mengejarnya. Mendapatkan diri Mira semula.

Ya Allah...aku rela nyawaku ditarik daripada aku terus tersiksa begini...Itu sajalah yg mampu Mira ungkapkan di dalam hatinya. Perlahan demi perlahan kedengaran dengupan jantungnya kembali lemah..dan lemah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience