Call Girl 56

Romance Series 1321945

Call Girl 56

MAJLIS DOA selamat yang baru saja berakhir buat pertama kalinya diadakan di mansion mewah Carlos sangat meriah.

Zahra tersenyum melihat kerenah Carol yang gembira melayani kanak-kanak yang sebaya dengannya. Carlos telah menyewa sebuah inflatable playground khas untuk Anak-anak yatim yang juga turut dijemput untuk memeriahkan majlis doa selamat itu.

Terkejut Zahra apabila diberitahu bahawa Yayasan anak yatim yang dijemput Carlos ke majlis ini, Ditubuhkan oleh seorang model yang sangat terkenal. Sheren Irene.

Bertuah Zahra kerana dapat mengenali wanita itu hari ini.Wajah ayu di hadapannya dipandang. Wanita di hadapannya yang manis bertudung, tersenyum manis membalas senyuman. Ramah wanita itu melayan Puan Fatihah.

Sebulan telah berlalu. Puan Fatihah sudah beransur pulih. Teruk wanita itu di pukul kerana tidak memberikan maklumat yang di minta.

"Ummi dah lewat ni." Sapa satu suara lelaki menghentikan perbualan mereka. Langkah Luq mendekati meja itu.

"Tak apa lepas ni Min bawa Ummi rehat. Abang layan la tetamu dulu." Balas Jasmine bibirnya menarik senyuman.

"It's Okey,Awak borak la dulu. Saya boleh bawa Ummi."Ujar mendatar.

Mati senyuman Jasmine saat itu. Dia menjatuhkan kepala. Terasa tangannya di usap lembut kepalanya kembali di dongakkan memandang Puan Fatihah yang tersenyum lembut memandangnya.

Selepas kejadian itu berlaku dan selama itulah Luq bersikap dingin dengannya. Usah di kata berapa banyak kali Jasmine memohon maaf kerana bersangka buruk pada Lelaki itu tetapi apakan daya Luq masih kekal dingin dengannya.

Jasmine melepaskan keluhan.

"Maaf Reen, Lily.. Auntie minta diri dulu ya." Pamit Puan Fatihah.

"Tak apa Auntie rehatlah. Lagi pun dah petang ni. InsyaAllah next time kita boleh borak-borak lagi.." Jawab Sheren lembut.

Puan Fatihah tersenyum.

"Ara Ummi masuk dulu." Luq membantu Puan Fatihah untuk berdiri.

Jasmine di sebelahnya di pandang lalu kepala yang di baluti dengan selendang itu di usap lembut. Bibirnya menarik senyuman. Dia tahu apa yang terjadi pada rumahtangga anaknya. Jasmine telah meluahkan segalanya. Dia juga cuba menasihati Luq namun Luq masih tetap sama.

Setelah Puan Fatihah beredar dari meja itu, Perlahan-lahan air mata Jasmine jatuh. Sakit. Puas dia menahan diri namun kali ini dia tidak mampu bertahan lagi.

Zahra memalingkan wajahnya. Apabila terpandang wajah mendung Jasmine segera tubuh Jasmine di peluk menyalurkan kekuatan. Manakala Lily dan Sheren sudah berpandang.

"Abang Luq masih dingin dengan you Jasmine?" Lembut Zahra menyoal.

Jasmine hanya mengangguk. Keluhan berat dilepaskan. Bagaimana lagi cara untuk dia memohon maaf. Atau pun dia harus tekad melepaskan semua ini. Demi kebaikan mereka bersama agar tiada lagi sakit yang akan di rasakan lagi.

"Nanti I cuba cakap dengan Abang Luq."

"Tak apa la Ara.."

"You jangan risau Ok. I tahu la nak cuci kepala otak abang I tu."

"Gaduh dengan Husband ke Jasmine?" Mendengar soalan itu Jasmine dan Zahra meleraikan pelukkan. Terkebil-kebil Zahra dan Jasmine memandang Lily.

"Mulut kau ni main terjah je kan cuba jaga emosi orang sikit." Marah Sheren.

"Buat apa nak berkias aku cakap terus terang senang."

Membahang wajah Jasmine menahan malu. Seminggu dua ini emosinya kerap terganggu.
Sekarang boleh pula menangis dekat depan orang ish.. Malu betul.

"Ada salah faham sikit." Jawab Zahra bagi pihak Jasmine.

"Ala lelaki ini senang je nak pujuk..Kalau tak boleh pujuk cara A, you kena try cara B..You nak belajar tak?" Ujar Lily sambil sebelah matanya di kenyitkan.

Zahra dan Jasmine berpandang seketika. Perlahan-lahan Jasmine jatuhkan kepalanya. Cara apa lagi yang berkesan untuk dia memujuk suaminya itu. Sungguh dia sangat rindukan Luq yang lembut melayaninya.
Melihat anggukan Jasmine, Lily tersenyum.

"Reen apa lagi, Ajar la cara-cara memikat suami kau kan master bab-bab ni."

Berkerut Dahi Sheren. Tajam matanya memandang Lily yang tersengeh. Dah la sibuk rumah tangga orang. Lepas tu senang-senang je petik nama orang.

"Apa hal pulak aku yang kena ni."

Zahra yang setia menjadi penonton hanya tersenyum mengeleng kepala. Manakala Jasmine sudah terkebil-kebil melihat Dua wanita di hadapannya.

"Kau tak nak tolong dia tak apa, Biar aku yang tolong." Ujar Lily.

"Eh!" Sheren mengelengkan kepalanya.
Malas nak masuk campur. Lily dan gilanya berpisah tiada.

"Nak cara kasar ke halus?" Ujar Lily sambil merapat tubuhnya ke meja seakan berbisik.

.......

Zahra melangkah merapati Carlos yang duduk diam di sofa. Wajah itu serius sahaja memandang Ipad di tangannya.
Dia berdiri di hadapan Carlos. Tapi Carlos masih fokus dengan kerjanya. Langsung tidak angkat kepala memandang sekeliling.

Zahra memegang perutnya wajahnya di kerutkan mahu menyedarkan lelaki itu akan kewujudan dia di situ.

"Auch!"

Carlos angkat kepala. Mati senyuman Carlos. Dia cemas apabila melihat wajah Zahra yang sudah berkerut seperti menahan sakit.

"Love kenapa nak bersalin ke? " Tanya Carlos nada suaranya cemas. Dia segera berdiri memegang bahu Zahra. Wajah berkerut Zahra di pandang.

"Belum. Kalau tak buat macam ni awak tak sedar pun saya dekat sini."Ujar Zahra meleret.

Melihatkan Carlos yang terdiam sendiri. Zahra terus tersenyum. Tangan Carlos di tarik lalu lelaki itu di dudukkan kembali di sofa itu. Zahra melabuhkan kepalanya di atas paha Carlos.

Carlos tak menolak. Malah kedudukkannya di betulkan. Zahra terus baring mengiring baju Carlos di selak sedikit dengan sengaja kepalanya di masuk ke dalam baju itu.

"Ara ganggu hubby ke?" Tanya Zahra perlahan. Haruman suaminya dihidu dalam.

"Tak."

"Abang selesa tak kalau Ara macam ni?" Tanya Zahra lagi. Bimbang juga jika Carlos tak selesa.

"Selesa." Tangan Carlos mengelus lembut belakang kepala Zahra dan kemudiannya turun menyentuh lembut perut isterinya.

"Lepas ni jangan main-main sakit lagi.. Aku risau kau tunggu hari je ni kan?"Ujar Carlos lembut.

"Janji tak buat dah" Zahra menggeleng kecil sebelum wajah disembam ke perut Carlos. Kembali menghidu haruman yang sangat menenangkan.

Carlos senyum nipis. Dia tunduk mencium lembut sisi kepala Zahra yang masih berselumbung di dalam Tshirtnya. Tangannya pula sudah mengusap lembut belakang Zahra. Tiba-tiba Zahra mengeluarkan kepalanya. Dia bangun lalu kembali duduk di atas riba suaminya. Zahra mendepakan tangan sebelum dia memeluk pula tubuh Carlos.

"Nak tidur..mengantuk."

Carlos sembunyi senyum melihat tingkah manja Zahra. Dia menepuk lembut belakang tubuh Zahra seperti mendodoikan isterinya. Dia tahu Zahra pasti letih melayani tetamu yang hadir ke majlis doa selamat hari ini. Tak lama selepas itu, kedengaran bunyi dengkuran halus. Tanda Zahra sudah lena.

Carlos jatuhkan kepala di atas kepala Zahra .Tangan mengusap lembut perut besar isterinya itu. Dahi Zahra di kucup lembut.

"Good night sayang..."

.......

Jasmine memandang pantulan dirinya di cermin. Satin dress berwarna putih paras paha yang tersarung di tubuhnya dipandang lama. Dia senyum nipis sebelum melangkah mendekati Luq yang berdiri di Luar balkoni.
Sempat Jasmine menjeling jam di dinding Jam sudah beranjak ke angka 11 malam.

Luq berdiri di balkoni biliknya sambil memerhati suasana pada malam itu. Dia seperti dalam di dunia dia sendiri. Tubuh yang hanya memakai Tshirt putih dan seluar tracksuit paras lutut dibiarkan disapa angin malam.

"Abang"

Tegur Jasmine perlahan. Langkahnya di atur ke arah suami dia yang termenung jauh itu. Nampak macam tak sedar saja kehadiran dia disitu.

"Abang"

Panggil Jasmine sekali lagi. Masih tiada balasan daripada Luq. Jasmine mengeluh. Dia membetulkan baju tidur berkain satun yang melekat pada tubuh dia. Apabila angin malam menyapa lembut tubuhnya.

"Abang masih marahkan min?"Soal Jasmine perlahan.

Tiba saja di belakang Luq. Jasmine memeluk tubuh lelaki itu erat. Kedinginan malam itu membuatkan badan dia sedikit memgigil. Tetapi apabila memeluk tubuh suaminya itu terasa sedikit haba panas.

Tangan yang melingkar di pingangnya leraikan.
Tubuhnya dipusingkan ingin beredar dari situ. Namun Luq terkelu sendiri saat tersedar akan sesuatu. Dia mendengus kasar sebelum terus memeluk tubuh. Mata terkalih memandang ke tempat lain.

"Tak ada baju lain nak pakai?"Ujar Luq perlahan. Tapi matanya sedikit pun tidak memandang Jasmine.

Jasmine menunduk memandang tubuhnya sendiri. Jangan kata ini pun tak menjadi.

"Nak tayang badan dekat luar ni ke?." Soal Luq. Wajahnya merah menahan marah. Tak puas hati.

"Tak.."

"Dah tu tak reti nak masuk?"

"Tapi.."

"Ish.. Tak ada tapi-tapi. Masuk.Dan. Pergi. Tukar. Baju. Tu." Arah Luq satu per satu. Dengan nada tegas.

Jasmine terdiam sendiri. Tiba-tiba bibir tersenyum sinis. Tangan naik menyentuh rahang Luq dan perlahan-lahan turun ke leher dan dada lelaki itu. Terus mengeras tubuh Luq.

"What are you doing Jasmine?"Soal Luq.

Luq terkelu sendiri saat Jasmine merapat ke arahnya. Diam. Jasmine tidak membalas dia terus merapati Luq. Namun Luq berundur saat Jasmine terus merapatinya.

"Enough!" Tangan Jasmine di dada dicapai dan di tempis perlahan.

"Abang tolak min ke?" Tanya Jasmine perlahan. Bergetar suaranya

Berkerut dahi Luq mendengarnya.

"Abang dah tak sayang Min kan?" Tanya Jasmine lagi.

"Abang tak cintakan Min kan?" Kali ini mata Jasmine sudah berkaca. Dia mula mengundur setapak kebelakang.

Luq diam.

Lama Jasmine memandang wajah suaminya. Keluhan berat dilepaskan. Bibirnya kembali mengukir senyuman.

"Min minta maaf kalau Min buat abang terasa hati dulu. Min minta maaf sebab tak percayakan abang.. Kalau abang masih perlu ruang dan masa lagi Min janji min tak kacau abang lagi.. Maaf sebab ganggu masa abang"

Usai berkata Jasmine berundur kebelakang.
Saat tubuhnya sudah membelakangi Luq dan ingin membuka langkah meninggalkan Lelaki itu, Namun Luq menarik tangan Jasmine ke arahnya.

Luq terkaku sendiri saat pandangan mendung Jasmine melanggar lama pandangannya.
Air mata Jasmine sudah membasahi pipi.

"Jasmine..."

Tangan Luq naik mengusap pipi Jasmine
Lama suasana hening sebelum Jasmine menolak tangan itu jatuh ke sisi. Bibirnya menarik senyuman. Walaupun dada terasa sesak. Nafas ditarik dalam-dalam sedaya upaya cuba bertenang.

"I masuk dulu."

Dan ya hilang sudah panggilan manja mereka. Sekali lagi Jasmine mengalah.

"Jasmine!" Panggil Luq. Jasmine terus memusingkan tubuh selepas itu langkah diatur ke dalam bilik. Pintu sliding door yang memisahkan bilik dan balkoni luar di tutup rapat.

Bammm.

Ternaik bahu Jasmine apabila kuat kedengaran pintu Sliding door itu di hempas.Suasana tiba-tiba berubah dingin. Jasmine terkaku. Dia tak mampu hendak menoleh ke belakang.

Luq muncul menarik lengan Jasmine. Tangan itu bertindak menarik Jasmine mendekatinya.
Terasa nafas hangat Luq di telinga Jasmine.
Tubuh Jasmine kaku seketika.

"Are you planning to run away from me?" Soal Luq perlahan namun nada yang sangat keras di dengari di telinga Jasmine.

Tubuh Jasmine mengeras. Dia tergamam.

"N..No" Menggeletar suara Jasmine ketika itu.

"No? Then explain this Jasmine?! Kalau Abang tak jumpa tiket flight ni memang Min dah tak ada esok kan?" Ujar suara ada sedikit nada kecewa.

"Min cuma..."

"Cuma apa?" Dingin suara itu menyoal.

Jasmine menelan liur apabila lelaki itu menyentuh tangannya dari pengelangan tangan naik ke lengan dan leher yang terdedah itu. Sentuhan itu membuatkan Jasmine terkaku.

"Answer me Jasmine!" Dan kali ini tangannya Luq naik memaut dagu Jasmine memandangnya.

"I cuma nak bagi you ruang dan masa yang You minta sebelum ni.." Tertelan liur Jasmine melihat wajah serius Luq. Sepasang mata itu memandang tajam ke arahnya. Matanya di pejamkan. Takut.

"I minta maaf.." Jasmine menunduk, airmatanya semakin lebat jatuh ke pipi.
Dia tak tahu kenapa dia terlalu emosi. Luq terlalu dingin atau dia yang terlalu tertekan.

Luq menghelakan nafasnya.Sesaat kemudian dia ketawa perlahan. Namun sinis. Dia merapati Jasmine.

Luq menghelakan nafasnya apabila melihat Jasmine menangis. Tembok yang di bina perlahan-lahan retak.

"Abang tak perlu masa.."

"Tak apa I faham, You ambil la masa untuk pulihkan hati You" Potong Jasmine tanpa sempat Luq meneruskan bicaranya.

"Maaf. Kalau Perkahwinan kita ni membebankan You. Jangan paksa diri You untuk terima I. I tak kisah kalau You nak lepaskan I. Kalau itu saja cara You maafkan I. I terima." Jasmine tertunduk sendiri. Tangan tak henti-henti menyeka airmata yang enggan berhenti mengalir.

Sunyi.

Tiada balasan dari Luq.Jasmine mendongak ingin memandang suaminya. Ketika itu, Dia terkelu saat melihat Luq memandangnya.

Luq menarik lengan Jasmine dan melabuhkan punggung di birai katil. Luq menepuk pehanya meminta Jasmine duduk diatas pahanya. Jasmine diam dan patuh.

"Jangan menangis lagi sayang. Abang tak perlu masa dan ruang itu lagi. Abang cuma kecewa dengan diri abang. Abang tak ada dengan Min dan Ummi dalam saat Min dan Ummi perlukan abang..Abang rasa bersalah. Abang sayang min, Abang cinta Min..Abang tak akan tinggalkan Min. Abang Ikhlas dengan perkahwinan kita sayang.."Jelas Luq lembut. Ibu jarinya naik menyeka air mata di pipi Jasmine.

Jasmine hanya diam.

"Perkahwinan ini sangat berharga. Abang minta maaf kalau sebulan ni sikap abang buat Min terluka.." Pujuk Luq. Tangannya naik melingkar kemas di pinggang Jasmine.

"Abang Cintakan Min sepenuh hati abang.Abang rindu Min."

Jasmine tak dapat tahan rasa di hati. Air mata terus mengalir jatuh. Namun laju dia menyeka air mata itu.

"Min rindu abang tak?" Tanya Luq. Ibu jarinya naik menyeka airmata di pipi Jasmine
Jasmine laju mengangguk dan ketawa kecil. Melihat tawa itu, Luq turut tersenyum sama.

"Rindu tapi nak terbang jauh tinggalkan abang." Perli Luq.

Terus Jasmine gigit bibir bawah apabila mendengar perlian dari Luq.

"Sayang pakai macam ni sebenarnya nak goda abang atau nak pujuk abang?"Tangan kanan Luq naik menyentuh sisi leher Jasmine. Dibawa rapat ke tubuhnya sebelum dia jatuhkan bibir ke lekuk bibir Jasmine.

Berbahang wajah Jasmine mendengar soalan itu. Idea Lily memang daring tapi sekurang-kurangnya dia berjaya menarik perhatian Luq.

Jantung Jasmine terasa bagai mahu meletop. Mula berdegup kencang dan lari dari rentak normalnya.

Gila.

Luq tunduk membawa bibir rapat ke cuping telinga Jasmine.

"My Jasmine..." Bisik suara garau itu. Gemersik. Dan cukup hangat.

Jasmine tenggelam dan lemas dalam rasa itu. Sentuhan hangat dan cukup lembut. Nafas terasa diragut sekali lagi. Dan tubuh terasa mencair ke dalam dakapan hangat milik suaminya.

.....

Bunyi alarm dari telefon buat Carlos menggeliat kecil. Usai subuh pagi tadi dia dan Zahra kembali lena. Pergerakkannya sedikit berat apabila tubuh Zahra separuh menindih tubuhnya. Deruan nafas wanita itu jelas terasa di lehernya.

Sebelah tangan yang tadi melingkar di pinggang Zahra diangkat meraba-raba telefon
bimbit lalu dimatikan. Perlahan-lahan Carlos
bangkit daripada katil dan mengalihkan
sedikit tubuh Zahra. Dia mahu membersihkan diri.

Beberapa minit kembali Carlos keluar daripada bilik air sambil mengesat rambutnya yang basah.

Carlos menyelak langsir di bilik dan terus melangkah ke bilik wardrobe, Almari baju dibuka. Tshirt tanpa lengan dan seluar tracksuit tiga suku disarung pada tubuh.

Selesai itu, Dia terus melangkah menghampiri Katil. Berkerut dahinya apabila melihat dahi Zahra sudah berpuluh dan wajah isterinya itu sudah kemerahan seperti menahan sakit.

"Sayang.." Selimut ditubuh Zahra di selak terbuntang matanya melihat katil itu sudah basah.

"Hubby sakit.." Suara Zahra begetar.
Perutnya semakin kuat mengeras. Dahinya sudah berpeluh-peluh.

"Tahan sikit sayang kita pergi Hospital."

Zahra menahan tangisnya, kemudian dia mengalungkan lengannya di leher Carlos Dengan cepat, Carlos mendekatkan tubuh Zahra padanya dan mendukung gadis itu. Langkahnya terus diatur ke keluar dari mansion itu.

Jason yang sentiasa bersedia di rumah itu terkejut melihat Carlos membawa Zahra di dalam gendongan dengan Zahra yang nampak lemah dan Ada sedikit basah pada baju yang dipakai gadis itu di bahagian bawah.

"Jason. hospital" perintah Carlos.

Faham dengan maksud bosnya itu. Jason segera berlari membuka pintu kereta, lalu Carlos bergegas berjalan ke arah keretanya dan masuk bersama Zahra dalam pelukan di belakang penumpang.

Tidak perlu menunggu waktu lama, Jason segera mengerakkan kereta meninggalkan perkarangan rumah besar itu menuju ke hospital.

Carlos menunduk mengusap peluh yang mengalir di kepala Zahra. Zahra terus menerus mengerang kesakitan sambil memejamkan matanya menahan rasa sakit itu.

Wajah Zahra dan bibirnya mula pucat.
Tangan kasar Carlos dapat merasakan kesejukan pada wajah Zahra. Dia makin risau.

"Hubby sakit."

Tangannya tidak berhenti mengusap wajah Zahra menyalurkan lagi kehangatan tubuhnya pada tubuhnya.

"Ikut aku sayang...Lailaha illa Anta subhanaka inni kuntu minadhdhalimin" Carlos meraih tangan Zahra, lalu mulai mengembuskan nafas hangatnya di tangan Zahra. Di rapatkan tubuh Zahra pada badannya sebelah tangannya naik mengusap perut itu.

Zarja sudah tidak mengerang kesakitan. Kini hanya mengikut dan mengulangi ayat yang di baca suaminya. Dia sedikit tersentuh dengan usaha Carlos mendalami agama Islam.

Zahra membuka matanya, lalu menatap Wajah tampan Carlos yang sedang sibuk memberikan haba pada tangannya. Dia meringis kesakitan apabila merasakan perutnya yang kembali tegang.Air mata Zahra mengalir laju.

"Maafkan saya." bisik Zahra pelan. Carlos menatap wajah Zahra tidak mengerti dengan ucapan isterinya itu.

"Maafkan saya hubby." kemudian Zahr memejamkan matanya kembali. dia sudah tidak mampu untuk membuka matanya lagi.

Carlos berubah panik.

"Love." tangannya menangkup wajah Zahra Kenapa tubuh Zahra terasa kaku.

"Open you eyes please sayang.. Jangan buat aku takut.."Carlos merayu dengan nafas memburu cepat.

"Cepatlah, Jason! kau tak boleh bawa laju lagi ke!" teriak Carlos panik.

Jason mengangguk.Kakinya terus menekan padel minyak. Laju kenderaan itu membelah jalan menuju ke hospital berdekatan.

.......

Share this novel

norsila
2022-03-29 07:21:16 

yeaa!! zahra nk bsalin...


NovelPlus Premium

The best ads free experience