"Sebab Mak Long,Pak Long punya."
Kata-kata itu sering berlegar-legar di fikiran Anis Raihanna sejak dua hari ni. Bibirnya tak henti mengukir senyuman setiap kali teringat peristiwa tersebut.
"Mak Long, jom lah main dengan Aidil." pinta Aidil dengan nada yang manja.
Terhenti terus lamunannya sebentar tadi. Anis Raihanna mengeleng kepala. Dirinya tak ubah seperti orang sedang angau dengan cinta. Tangannya mengusap kepala kanak-kanak lelaki itu.
"Aidil nak main apa?" soal Anis Raihanna lembut.
Sudah dua hari dia dan Afiq Raihan menjaga Aidil. Penat juga mereka berdua melayan kerenah anak buah yang seorang tu.
Macam-macam soalan yang dilontarkan oleh Aidil sehingga membuatkan mereka berdua terkedu. Nasib baik Afiq Raihan tolong cover line. Harapkan Anis Raihanna pecah la rahsia mereka berdua.
Antara soalan yang pernah diberikan oleh Aidil.
"Kenapa Mak Long dengan Pak Long tak tidur sama-sama? Mama dengan papa selalu tidur sama-sama tau."
"Pak Long sayang Mak Long tak?"
"Mak Long sayang Pak Long?"
Naik pening kepala nak menjawab segala pertanyaan kanak-kanak yang berusia dua tahun itu. Ada saja akalnya.
"Aidil nak main sorok-sorok, jomlah main dengan Aidil, Mak Long." balas Aidil teruja.
"Jom! Biar Mak Long kira." kata Anis Raihanna gembira.
"Yeay!" sorak Aidil teruja.
???
Ding dong! Ding dong!
Loceng rumah berbunyi. Anis Raihanna mengerutkan dahi. Siapa pulak yang datang ni? Kalau Afiq Raihan, mesti dah masuk dah.
"Aidil, tunggu kejap eh. Mak Long nak tengok siapa yang datang." kata Anis Raihanna.
Aidil hanya menganguk sambil bermain dengan kapal terbang mainan miliknya. Anis Raihanna menuju ke pintu rumah.
Tombol pintu itu ditarik ke dalam. Dia mengukir senyuman sebaik melihat gerangan yang datang.
"Aira! Kenapa datang tak bagitahu! Jom masuk dalam." pelawa Anis Raihanna.
"Aku saja nak buat surprise hehe. Jom lepak nak? Aku tak kerja hari ni. Kau tak kerja jugak ke?" jawab Aira sambil tersengih.
"Kalau aku kerja, macam mana aku boleh ada dekat rumah ni Aira oi. Kau duduklah dulu aku buat air jap." balas Anis Raihanna.
Aira mengambil tempat di sofa yang disediakan di ruang tamu. Matanya dilirikkan ke arah Aidil yang sedang leka bermain dengan permainannya. Dia mengerutkan dahi.
"Anis, sejak bila kau ada anak ni hah? Oh kau...kata tak suka la apa la. Tapi sekarang dah ada anak lagi. Baik kau cerita dekat aku." kata Aira kepada Anis Raihanna.
Anis Raihanna menghampiri Aira sambil menatang dulang yang berisi makanan dan minuman. Dia mengeleng kepala. Suka sangat loyar buruk Aira ni.
"Nah, minum lah dulu. Tu anak buah aku lah mak cik. Bukan anak aku. Kau kalau tak merepek tak boleh ke Aira?" sindir Anis Raihanna.
"Ala gurau je. Manalah tahu kan? Kau tak kerja sebab jaga anak buah kau ni lah ye? Apa nama dia? Comel!" balas Aira sambil merenung Aidil.
"Aidil, meh sini dekat Mak Long kejap." panggil Anis Raihanna.
Aidil yang sedang leka bermain menoleh. Dia berjalan ke arah Anis Raihanna sambil memegang kapal terbang mainan miliknya.
"Kenapa Mak Long? Siapa pulak kakak ni?" soal Aidil polos.
"Ni mak cik Aira. Dia kawan Mak Long." balas Anis Raihanna.
"Oi, ada pulak aku yang cantik ni kau panggil mak cik. Aidil, panggil je Aunt Aira." celah Aira geram.
Aidil tersengih. Dia meluru pergi ke arah Aira. Tangan kecilnya memeluk kejap tubuh gadis itu.
"Aidil, rindu mama. Aunt Aira macam mama. Bila mama nak balik?" soal Aidil sayu.
Aira memandang Anis Raihanna memohon bantuan. Dia tak tahu nak jawab apa. Pelukan Aidil dibalas olehnya.
"Aidil, esok mama dengan papa balik. Janganlah sedih. Nanti kita pergi taman dengan Pak Long nak?" pujuk Anis Raihanna.
"Betul cakap Mak Long tu. Aidil mainlah dulu dengan kapal terbang. Jangan sedih-sedih. Tak comel dah." pujuk Aira pula.
Dia menyeka air mata yang mengalir di pipi gebu itu. Aidil mengukir senyuman.
"Tak nak la sedih. Nanti tak comel macam Aunt Aira dah kan?" balas Aidil.
Aira dan Anis Raihanna menghamburkan tawa. Kata-kata Aidil mencuit hati mereka.
"Aunt Aira je comel? Mak Long tak? Tak apalah. Mak Long tak nak kawan Aidil dah." Anis Raihanna pura-pura merajuk. Bibirnya dimuncungkan.
"Mak Long pun comel la. Semua comel macam Aidil. Kan?" pujuk Aidil pula.
Sekali lagi, mereka menghamburkan tawa. Perangai siapa la yang turun pada Aidil ni.
"Mak Long, Aidil nak sambung main kapal terbang boleh?" pinta Aidil.
"Pergilah, sayang." balas Anis Raihanna. Dia mengukir senyuman.
Aidil tersenyum lebar sebelum kembali bermain. Aira sekadar menjadi pemerhati.
"Aira, kau dengan Adam macam mana?" soal Anis Raihanna memulakan perbualan.
"Cakap pasal Adam, aku lupa nak bagitau kau. Hari tu dia jumpa mak ayah aku wei. Dia masuk meminang! Kau tahu tak betapa terkejutnya aku." cerita Aira dengan penuh teruja.
"Hahaha...baguslah tu. Perkara yang baik tak elok ditangguh-tangguh." balas Anis Raihanna sambil ketawa.
Senang hatinya bila mendengar khabar berita gembira itu. Tak sangka yang Adam Syahmi serius dengan Aira. Ingatkan main-main je. Hahaha.
"Ha elok sangatlah tu gelakkan aku. Kau tak rasa cepat sangat ke kalau aku dengan dia nak bertunang? Baru sebulan kenal kot. Aku takutlah." luah Aira risau.
"Tak payah takut sangatlah. Kalau betul dia jodoh kau, takkan kemana Aira. Kau sendiri pernah nasihat aku dulu kan?" nasihat Anis Raihanna.
"Terima kasih Anis. Kau dengan Afiq Raihan macam mana?" soal Aira menukar topik.
"Macam tulah. Kita orang okay jer. Kadang-kadang, tu ada lah bergaduh. Tapi nanti baik jugak. So far, semua okay jer." balas Anis Raihanna sekadar berbasa basi.
Dia memalingkan wajah ke arah lain. Tak mahu bertentangan mata dengan Aira. Risau sekiranya sahabatnya dapat menebak isi hatinya.
"Anis, kau tahu tak kita ni dah kawan lama. Aku tahu kau sebenarnya sayang dia. Bila kau nak berterus terang dengan dia hm? Aku tak nak kau menyesal bila dah terlambat. Aku yakin dia mesti sayangkan kau jugak." pujuk Aira.
Anis Raihanna merenung wajah Aira lama. Tak sangka sahabatnya dapat menebak isi hatinya. Seraya itu, dia menarik Aira ke dalam pelukan.
"Aku takut Aira. Macam mana kalau dia tak cintakan aku? Kau tahu kan lagi dua bulan, kita orang berpisah. Aku tak nak, Aira. Aku tak nak." luah Anis Raihanna sayu.
Dia menahan diri daripada menangis. Terlalu lama dia pendam perasaan ini. Baru sekarang, dia ada kesempatan untuk meluahkan semuanya.
"Anis, kau kena cuba bagitahu dia. Sekurangnya, dia akan tahu perasaan kau. Aku tahu kau terseksa pendam semua ni. Kau kena kuat untuk bagitahu dia. Kau kuat kan, Anis?" pujuk Aira lagi.
Dia mengemaskan pelukan. Digosok lembut belakang Anis Raihanna untuk menenangkannya.
"Terima kasih Aira. Aku tak tahu nak luah dekat siapa dah. Kau doakanlah aku eh." balas Anis Raihanna. Dia meleraikan pelukan.
"Aku sentiasa doakan kau Anis. Kau pun doakanlah aku dengan Adam tau." balas Aira.
Anis Raihanna mengukir senyuman. Kata-kata Aira bagai menyuntikkan semangat baharu kepada dirinya.
Kau kena kuat, Anis!
???
Fakhrul menyimpan gambar yang diambilnya tempoh hari di tempat yang selamat. Hanya gambar itu yang boleh dijadikan bukti kegiatan Aria.
Dia masih mengekori Aria untuk mencari sarang persembunyian gadis itu. Satu nombor didail sebelum memulakan rancangannya.
Apabila ternampak sahaja Aria bersendirian, Fakhrul cuba menangkapnya. Dia mahu menyoal siasat Aria untuk mengetahui motif disebalik rancangan jahat gadis itu.
Tanpa amaran, Fakhrul merentap lengan Aria ke belakang. Terdorong ke tanah gadis itu dibuatnya. Pistol diacu tepat ke arah kepala Aria.
"Kenapa kau kacau hidup Afiq Raihan dengan Anis Raihanna, Aria? Apa salah Anis sampai kau tikam belakang kawan kau sendiri? " soal Fakhrul tegas.
Rahangnya kelihatan bergerak-gerak menahan marah. Dia sendiri tak sangka rupanya identiti sebenar Aria adalah Aira!
Aria mengukir senyuman sinis. Dia sedikit pun tak gentar dengan pistol yang diacu ke arahnya. Dia sudah menjangka perkara ini akan berlaku.
Hal ini kerana sejak beberapa hari ini, dia terasa seperti diekori seseorang. Nampaknya benarlah apa yang dirasakan selama ini.
"Kau tak terkejut bila tahu yang aku sebenarnya Aira? Tak percaya ni aku?" balas Aria sinis.
"Diam! Jawab soalan aku tadi. Kau nampak pistol ni? Dengan sekali tembakan, kau boleh mati tahu tak?!" lantang Fakhrul bersuara.
Geram dengan sikap acuh tak acuh Aira. Seraya itu, dia menarik picu pistol untuk menakutkan Aira.
"Kau nak bunuh aku? Bunuhlah! Aku takkan jawab soalan kau! Kenapa kau perlu menyibuk hal aku? Suka hati akulah nak buat apa dekat dia orang!" nada suara Aira meninggi.
"Aku bagi peluang dekat kau untuk ringankan hukuman kau. Terpulang untuk kau putuskan macam mana, Aira. Sama ada kau meringkuk dalam penjara atau beritahu aku siapa yang upah kau buat semua ni." nada suara Fakhrul mula mengendur.
Aira mula menangis teresak-esak. Riak mukanya tidak setegang tadi. Dia menangis sambil memeluk lututnya bersama.
"A..ku sayangkan Anis. Aku cuma..tsk..tsk..tsk.." kata Aira berselang dengan tangisannya.
Fakhrul menarik nafas lega. Akhirnya, Aira sudi menyerah diri. Mukanya diraup kasar. Pistol dialihkan dari kepala Aira lalu dimasukkan ke dalam sarung pistol yang terletak dibahagian pinggangnya.
Dia melutut untuk menghampiri Aira. Esakan gadis itu semakin lama semakin kuat.
"Cuma apa Aira? Jom ikut aku. Kita pergi balai untuk tamatkan semua ni, boleh?" pujuk Fakhrul lembut.
Psikologi berbalik merupakan salah satu teknik Fakhrul untuk menyelesaikan kes yang diuruskan olehnya. Dia yakin dengan cara ini Aira akan berterus terang tentang semuanya.
"Cuma..."
Kata-kata Aira masih sama seperti tadi. Fakhrul hanya menunggu gadis itu untuk menyambung semula kata-katanya. Dia faham keadaan yang dialami oleh Aira sekarang ini.
"Cuma apa?" soal Fakhrul lagi.
"Cuma aku nak Afiq Raihan mati!" jerit Aira sekuat hati.
Fakhrul terkejut dengan jawapan dari Aira. Dia segera mencapai pistol di bahagian pinggangnya.
Belum sempat Fakhrul bertindak, sebilah pisau ditikam pada bahagian abdomen lelaki itu. Aira tersenyum sinis.
Dia segera menarik pisau tersebut sebelum ditusukkan kembali pada bahagian yang sama. Darah merah membuak-buak keluar daripada luka tikaman tersebut.
Fakhrul jatuh melutut. Kepalanya mula berpinar-pinar kerana kehilangan darah yang sangat banyak.
"Aku dah cakap jangan kacau urusan aku. Tapi...kau degil! Inilah padahnya kalau kau cari pasal dengan aku!" kata Aira dengan nada yang mengejek.
Fakhrul cuba menghentikan pendarahan dengan kedua-dua tangan. Aira tersenyum sinis apabila melihat keadaannya sebegitu.
"Untuk pengetahuan kau, aku bukan Aira. Tapi aku sebenarnya Aria! Kau dah tertipu dengan topeng muka aku ni." sambung Aria lagi.
Topeng muka berwajahkan muka Aira ditanggalkan. Kini terserlah rupa sebenar Aria. Dia tahu dengan cara ini tiada sesiapa yang tahu identiti sebenarnya.
Fakhrul tersentak. Tak sangka Aria sebegitu licik. Sehinggakan dia tertipu secara hidup-hidup oleh gadis itu.
"Kenapa Fakhrul? Kau terkejut?" sinis nada suara Aria bertanya.
Aria mencangkung sambil merenung Fakhrul yang sedang menahan kesakitan. Erangan daripada Fakhrul memuaskan hatinya.
"Any last word? Sebelum kau mati dalam tangan aku?" kata Aria sinis.
Fakhrul hanya diam tak membalas. Kepalanya semakin pening. Pada bila-bila masa sahaja, dia boleh mati kerana kehilangan darah yang terlalu banyak.
Tanpa berlengah-lengah, Aria mengacu pistol ke arah kepala Fakhrul. Picu pistol tersebut telah ditarik oleh Aria.
"Bye Fakhrul..."
Bang!
Satu tembakan dilepaskan oleh Aria. Namun, ianya tersasar apabila siren ambulans mula kedengaran. Aria segera melarikan diri kerana risau sekiranya ditangkap.
"Tak guna! Ingat Fakhrul, urusan kita tak selesai lagi!" ucap Aria sebelum melarikan diri.
Fakhrul terbaring di tanah sambil menunggu bantuan yang datang. Terlebih dahulu dia telah menghubungi ambulans seakan mengetahui sesuatu yang buruk bakal terjadi kepadanya.
"Encik? Encik?" soal petugas perubatan yang sampai. Dia memangku kepala Fakhrul.
Sepantas yang mungkin Fakhrul dibawa ke dalam ambulans. Pendarahan luka tikamannya makin teruk.
"Afiq..Saya nak cakap dengan Afiq Raihan."
???
"Assalamualaikum.." ucap Afiq Raihan sebaik saja sampai ke rumah.
Dia melangkah masuk ke rumah dengan kaki kanan. Tali leher yang dipakai dilonggarkan. Beg kerjanya diletakkan di tempat yang disediakan.
Pandangan diliarkan ke sekeliling. Mahu mencari kelibat Anis Raihanna dan Aidil. Jam dinding dikerling sekilas.
Jam menunjukkan pukul 9.00 malam. Afiq Raihan melepaskan keluhan berat. Penat. Itu sahaja yang mampu menggambarkan perasaannya pada ketika ini.
Kerjanya yang menimbun menyebabkan dia terpaksa bekerja hingga lewat malam. Lagi-lagi apabila dia mengambil cuti dua hari yang lepas untuk menenangkan diri menyebabkan banyak kerjanya yang tertangguh.
"Pak Long dah balik? Penat Aidil tunggu tau. Baru nak pergi taman hari ni." ucap Aidil yang baru tiba.
Dia mengambil tempat diatas riba Afiq Raihan. Muka cemberut jelas terpamer pada wajah kanak-kanak itu. Nampak sangat merajuk. Afiq Raihan tersenyum nipis.
"Alololo...Aidil majuk dengan Pak Long eh? Nanti kita pergi taman. Pak Long ada kerja tadi." pujuk Afiq Raihan.
Pipi kanak-kanak itu dicubit lembut. Geram sangat dengan pipi pau Aidil. Rasa nak gigit jer!
"Esok mama papa balik dah. Aidil bolehla pergi taman dengan mama." sambung Afiq Raihan lagi.
"Ye ke Pak Long? Yeay! Rindu mama papa!" sorak Aidil teruja.
"Eii, geramnya Pak Long dengan Aidil ni.." kata Afiq Raihan geram.
Dia mengeletek segenap tubuh Aidil. Terkekek-kekek Aidil dibuatnya.
"Eh, Aidil. Mak Long mana? " soal Afiq Raihan tiba-tiba.
Dia menghentikan tindakannya.
Pelik apabila kelibat Anis Raihanna tidak kelihatan dari tadi.
"Mak Long dah tidurlah Pak Long. Pak Long lah balik lambat sangat." balas Aidil polos.
"Ohh. Aidil tunggu jap eh. Pak Long nak mandi. Nanti kita tidur sama-sama tau." pesan Afiq Raihan kepada Aidil.
"Okay!" balas Aidil ringkas.
Afiq Raihan terus menuju ke bilik tidurnya. Dia melirik ke arah Anis Raihanna yang sedang lena diatas katil.
Ya sepanjang dua hari ni juga mereka tidur bersama. Ini untuk mengelakkan Aidil keliru dengan keadaan mereka berdua.
Usai membersihkan diri, Afiq Raihan membawa Aidil ke dalam bilik untuk ditidurkan. Aidil hanya menurut tanpa membantah.
"Pak Long nak dodoi..Mak Long selalu dodoikan Aidil kalau nak tidur." pinta Aidil manja.
Seraya itu, Afiq Raihan mendodoikan Aidil sehingga kanak-kanak itu terlelap. Lalu, Aidil dibaringkan diantara dia dengan Anis Raihanna.
Selimut dinaikkan hingga paras bahu mereka berdua. Satu ciuman hangat dihadiahkan pada dahi Aidil dan Anis Raihanna. Dia mengukir senyuman nipis sebelum melelapkan mata.
"Pak Long pun sayang Mak Long"
Share this novel