Bab 4

Short Story Series 16005

Kesunyian di dalam kereta tanpa membuka radio membuatkan Deyna dan Hazirah kekok. Mereka saling menjeling antara satu sama lain sehinggalah Hazirah sendiri berhenti dengan menutup kedua matanya.

Dalam ralit tengok pemandangan luar tingkap, Deyna mengalihkan matanya melihat cermin pandang belakang kereta secara tidak sengaja matanya bertembung dengan mata Aidil Haziq. Cepat-cepat dia mengalihkan mata memandang luar tingkap. Dia berdehem perlahan.

"Rumah nak masuk lorong mana?" tanya Aidil Haziq sambil mata masih melekat di cermin pandang belakang. Kalau eksiden tu naya ja.

"Lepas traffic light depan tu pergi kiri lepastu terus ja nanti jumpa apartment dekat situ la rumah."tutur Deyna dengan mata lurus pandang ke jalan.

Selepas beberapa minit, kereta yang dipandu Aidil Haziq sampai depan pondok pengawal apartment.

"Rah jom dah sampai." bisik Deyna. Nak cakap kuat-kuat malu.

"Ha? Jom-jom." terus Hazirah keluar dari kereta.

Tiba ja dibelakang kereta barang-barang semua sudah dikeluarkan oleh Aidil Haziq.

"Baiklah dia" bisik hati Deyna.

"Terima kasihlaa tolong hantar kita orang sampai rumah kalau awak berdua tak ada tadi tak taulah dengan kami mungkin kami bermalam dekat situ juga." selepas berkata Deyna ketawa kecil untuk mengeluarkan diri dari suasana yang kekok.

"Tak apalah benda kecil je lagipun kau berdua perempuan bahaya kalau stay situ. Nasib kitaorang lalu jalan situ."balas Aidil Haziq dengan senyuman yang mencairkan para wanita.

"Oklah kami naik dulu ya kawan saya ni dah mengantuk dah. Assalamualaikum dan selamat malam."ucap Deyna dengan senyuman sebelum berlalu pergi sambil menarik tangan Hazirah yang mamai tu.

Masuk sahaja dalam rumah Deyna suruh Hazirah masuk bilik biar dia yang kemaskan semua. Usai sahaja membersihkan diri dan kemas barang yang baru beli Deyna terus masuk bilik sambil baring dengan mata merenung syiling bilik.

Deyna terfikir kadang rasa macam penting ke apabila dia simpan perasaan ni sebab dia seorang saja yang berasa macam syok sendiri ibarat cinta bertepuk sebelah tangan auchh sakit tapi hati Deyna juga yang tetap memilih untuk setia walaupun belum jadi hak miliknya lagi. Tanpa sedar Deyna mengeluh. Dalam ralit dia berfikir tiba-tiba dia teringat tentang misinya yang dahulu. Misi boleh dikatakan agak kebudak-budakkan.

MISI-MISI MENGORAT CRUSH
-Ajak crush makan sama-sama
-Ajak crush keluar pergi jalan-jalan(wayang,joging dan etc)
-Ajak crush buat homework sama-sama.
BILA DAH RAPAT DENGAN CRUSH
-Confess dekat crush yang kau suka dia dari dulu.
-Bila dah besar buat dinner untuk melamar crush jadi suami.(orang kata perigi cari timba)
-Kahwin dengan crush dan ada anak serta bahagia sampai jannah.
                                         Deyna Uqasha

Memandangkan harini hari cuti jadi Deyna mengajak Hazirah melepak dirumah saja kerana dia malas dan penat.

Dengan nada yang bosan Hazirah berkata "Naa kau tak nak keluar ke? Aku bosan ni. Aku tau kau penat tapi kita keluar petang nak? Pergi pantai ke tepi tasik ke eh?"

"Iyalah petang karang kita keluar but now aku nak rehat and kau JANGAN KACAU."tegas Deyna bersuara sebab minah suku ni kalau tak halang ada ja dia nak buat macam-macam.

Petang itu dalam pukul 5, Deyna dengan Hazirah dah ada dalam kereta nak pergi lepak tepi tasik. Dalam on the way nak pergi tetiba telefon aku berdering

IBU SAYANG IS CALLING

"Hello Assalamualaikum."Deyna memulakan percakapan.

"Waalaikumsalam Anak ibu."dengan suara abah aku bercakap dengan seseorang mungkin adiknya

"Kenapa ni tiba-tiba call?"Deyna bertanya

"Salahkah ibu nak call anak ibu ni dah la jaqang balik lepastu duduk pula jauh-jauh."bebel ibuku dalam loghat Penang.

Aku disebalik telefon dah tersengih. Lama tak dengar ibu membebel.

"Tak salah pun Puan Hasina tapi bila ibu telefon ni mesti ada berita apa-apakan."

"Ni haa tadi ada orang masuk minang hang tu yang telefon sebab orang sana bagi masa untuk dapatkan jawapan dari hang."jelas ibu.

Deyna yang mendengar terus tepuk dahi sebab dalam bulan ni dah masuk 3 orang datang masuk minang masuk yang ni dah kali keempat.

"Apalah yang mereka tengok dekat aku ni. Nak kata cantik biasa ja haa."mengomel Deyna dalam hati

"Siapa ibu yang masuk minang tu?"tanya Deyna

"Tu haa Lukman hat duduk lorong depan tu. Dia la kata dia berkenan dekat hang dari dulu tapi hang yang selalu tolak dia. Katanya dulu hang ada crush hat lagi hensem dari dia tu yang tak layan dia tu."

Deyna memejamnmatanya rapat. Macam mana si Lukman tu boleh tahu.
"Hmm Luk rupanya. Tak palah ibu dah nak sampai ni. Apa-apa in Shaa Allah malam ni ke bila-bilalah Qasha bagi jawapan." balas Deyna perlahan. Keluarga dia memang panggil dia Qasha katanya nak bagi nampak lembut sikit walaupun hakikatnya Deyna seorang yang kasar.

"Hmm yelah. Pikiaq dulu betoi-betoi sebelum nak buat keputusan tu. Kalau tak yakin dengan keputusan tu buat istikharah. Jangan gelojoh nak buat keputusan tu." nasihat ibu bersama dengan pelatnya.

"Ibu tutup dulu. Assalamualaikum anak ibu."

"Waalaikumsalam ibu sayang."

Tamat sahaja panggilan tersebut Deyna sudah termenung sampailah si minah suku tekan hon.

"Dah tak nak keluar ke cik Terbantut. Kau nak duduk dalam kereta ni sampai bila?" katanya sambil tersengih. Deyna menjeling tajam.

TBC...

Hambar sikit ehh bab ni.

Follow and comment to unlock new chapter

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience