DIA 20

Romance Completed 131781

Syaza membawa Hanis masuk ke dalam ruang di mana majlis tersebut akan dilangsungkan. Syaza mengarahkan Hanis agar berada di tepi pentas serta menghulurkan sekeping kertas berisi dialog yang perlu Hanis katakan. Hanis mengangguk faham.

Lagipun ini. Bukan kali pertama dia menjadi pengacara majlis, sebelum ini dia juga pernah menggantikan pengacara yang tidak hadir di majlis dan Hanis menjadi heroinnya.

"Okay... Betul okay ni Hanis?" Ujar Syaza untuk meminta kepastian. Hanis mengangguk perlahan.

"Baiklah, saya pergi dulu lagi 3 minit awak mula berbicara boleh?" Soal Syaza lagi.

"Bolehlah. Berapa kali awak nak tanya saya ni Syaza?" Ujar Hanis sambil tertawa kecil.

Syaza tersengih. Dia menoleh ketepi dan ternampak Nazrul, Syaza mengukir senyuman nipis.

"Hanis, bakal tunang saya dah sampai, saya pergi jumpa dia dulu eh?" Pamit Syaza lalu beredar dari situ.

Hanis cuba melihat sang lelaki yang bakal bergelar tunang kepada Syaza tetapi pandangannya dihalang oleh beberapa orang tetamu. Hanis mengeluh kecil.

"Hi bie!" Ujar Syaza teruja.

"Hi sayang. Mana kawan yang awak cakapkan hari tu? Awak kata diorang datangkan?" Soal Nazrul sambil tangannya berada di dalam koceknya.

Terketar-ketar tangan Syaza ketika cuba menunjuk ke arah Hanis tetapi hampa. Pandangan mereka sudah terhalang oleh beberapa orang tetamu. Syaza menghelakan nafas lega, tapi belum lagi, ada lagi yang paling besar.

Tiba-tiba ada seseorang yang menepuk bahu Nazrul beberapa kali. Nazrul menoleh ke belakang kemudian mengukir senyuman yang lebar apabila melihat Hazzar dan juga Ikram. Tidak ketinggalan MRKL atau Mark, Ruzaini, Kaef dan Luqman.

"Nasib korang datang tepat pada masanya sebab majlis tak lama lagi akan bermula." Ujar Syaza.

"Biasalah kalau lambat pun mesti sebab..." Mark membuat isyarat menunjuk ke arah Hazzar.

Hazzar sedar akan apa yang Mark lakukan.

"Eh sebab dia jugak..." Kali ini Hazzar menunjuk ke arah Ikram.

"Aku jugak yang kena." Rungut Ikram sambil berpaling ke arah lain.

"Memang pun, kau jugak yang sibuk nak cerita pasal bidadari kau tu." Marah Hazzar.

Dalam mereka bergaduh, Hanis sudah memulakan percakapannya.

"Selamat malam kepada semua hadirin yang dihormati sekalian. Mohon anda semua untuk duduk di kerusi masing-masing ya." Ujar Hanis.

Semua para tetamu mengikut arahan yang diberikan oleh Hanis seketika tadi. Dia juga turut melabuhkan punggung di atas kerusi yang disediakan.

"Selamat datang kepada para hadirin yang sudi hadir di majlis ini, iaitu majlis yang dibuat oleh Tan Sri Khalid, Puan Sri Karisya dan semestinya satu-satunya puteri mereka, cik Syazalina." Sambung Hanis.

Kedengaran bunyi tepukan dari para tetamu.

"Dengan ini, saya ingin menjemput cik Syazalina untuk memberi sepatah dua kata. Dipersilakan." Sambung Hanis lagi.

Syaza bangun dari duduk lalu melangkah naik ke para tetamu tidak henti-henti memberi tepukan yang gemuruh.

"Wei aku pergi tandas sekejap eh?" Ujar Hazzar. Mereka yang lain mengangguk faham.

Hazzar bangun lalu melangkah ke tandas diluar dewan.

"Hi semua. Sudah semestinya kamu semua mengenali saya sebagai Syazalina kan? Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke majlis ini. Saya sudah lama merancang untuk buat majlis ini dan baru dapat dijayakan pada hari ini malam ini. Seperti yang saya pernah katakan yang saya akan umumkan sesuatu yang istimewa pada anda semua ya. Tidak lama lagi, lagi seminggu dua, saya akan mendirikan masjid bersama seseorang yang istimewa dalam hidup saya."

"Woo!!" Semua orang jerit dengan kuat.

"Baiklah. Pasti anda semua pun teringin nak tahu siapakah bakal suami cik Syazalina kita ni dan saya juga turut teringin untuk melihat siapa beliau, jadi mari kita menjemput bakal suami cik Syazalina untuk naik ke pentas." Ujar Hanis.

Tanpa teragak-agak, Nazrul bangun dan berjalan menghampiri Syaza. Jantung Syaza sudah berdegup kencang macam nak meletup je! Hanis masih sibuk membaca dialog pada kertas dan langsung tidak melihat Nazrul yang sedang menghampiri Syaza.

Hanis angkat muka dan menoleh ke arah Syaza dan Nazrul, Nazrul membelakangi Hanis. Baru sahaja Hanis ingin memulakan bicara, Nazrul menoleh ke arahnya. Masing-masing terpaku. Hanis tidak terkata. Mikrofon di tangan jatuh ke lantai. Semua orang menutup telinga apabila mendengar bunyi akibat mikrofon yang jatuh itu.

Ikram menoleh ke arah Hanis dan terkejut Hanis turut berada di sana? Dia melihat Nazrul dan Hanis bersilih ganti, ada sesuatu yang tidak kena.

Hanis berjalan meninggalkan majlis tersebut. Syaza terpaku. Nazrul menoleh ke arah Syaza dengan dahinya yang berkerut.

"Sayang awak jemput, Hanis?" Syaza mengangguk.

"Tak salahkan? Dia hanya bekas kekasih awak jadi apa salahnya?" Soal Syaza. Nazrul mengeluh lalu menarik Syaza ke dalam dakapannya.

Ikram bangun lalu mengejar Hanis. Mereka yang lain hairan melihat situasi yang sedang berlaku. Hanis berlari kemudian sampai di hadapan lif. Dia menekan butang lif beberapa kali, lambat! Tidak lama selepas itu, seseorang menekup mulut Hanis lalu menariknya ke belakang. Hanis meronta-ronta tetapi tiada guna, lelaki tersebut lagi kuat darinya.

Ikram tiba di hadapan lif. Dia melihat sekeliling, Hanis tiada. Mana Hanis pergi ni? Ikram mengundur sedikit lalu cuba mencarinya ditempat lain.

Hanis menggigit tangan lelaki tersebut dan cuba melarikan diri tetapi lelaki itu sempat menarik tudungnya. Hanis memegang tudungnya akibat ditarik. Hanis menoleh ke arah lelaki tersebut, tepi telapak tangan lelaki itu memukul bahagian leher Hanis.

Hanis rebah dan tidak sedarkan diri. Dengan mudah lelaki itu menggendong tubuh Hanis dan membawanya ke depan lif. Butang lif ditekan. Dia melangkah masuk ke dalam lif lalu menekan butang tutup lif. Apabila mereka sudah memasuki lif, Ikram kembali ke situ dan mencari Hanis di tempat di mana Hanis pengsan tadi.

"Mana Hanis pergi ni?" Soalnya hairan.

Lelaki itu masuk ke bilik nombor 211 bersama dengan Hanis. Perlahan-lahan tubuh Hanis dia letakkan di atas katil bersama seorang lelaki yang sudah tiada sehelai benang pada tubuhnya.

Tanpa rasa segan, lelaki tersebut membuka seluruh pakaian Hanis dan dicampakkan ke tepi. Tubuh Hanis yang sama dengan lelaki di sebelahnya, tiada sehelai benang di badan dan hanyalah selimut yang menutupi badan mereka berdua.

Tangan lelaki itu diatur agar nampak seperti memeluk tubuh Hanis dan kepala Hanis diletakkan pada dada bidang lelaki tersebut. Lelaki misteri itu tersenyum puas.

Telefon diletakkan di telinga.

"Dah siap?" Soal Kasih.

"Settle. Aku baru je lepas letak perempuan tu atas katil dengan jantan yang kau suruh tu." Balas lelaki itu.

"Kau tak sentuh dia kan?" Soal Kasih lagi.

"Kalau nak diikutkan hati, nafsu aku membuak-buak bila tengok badan minah ni tapi itulah. Kalau kau tak ingatkan aku memang dah lama aku hanyut. Ingat, aku dah siap. Bayar upah aku." Balas lelaki tersebut sambil matanya lekat memandang wajah Hanis.

"Bagus. Kau tahu apa aku buat kalau kau sentuh dia kan?" Soal Kasih lagi.

"Tahu jangan risaulah."

Lelaki itu menamatkan panggilan lalu melangkah keluar dari bilik tersebut. Dia melihat kiri kanan, takut-takut ada yang memerhati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience