BUNYI loceng di pintu memecah kesepian di bakeri tersebut. Akief yang sedang sibuk melayan beberapa orang pelanggan tersenyum menerima kedatangan Ashraf.
" Hai adik ipar" Akief menyambut mesra.
Ashraf sudah di hadapannya dengan senyuman melebar. Suka apabila dipanggil sebegitu.
Mereka bersalaman sebelum melabuhkan duduk di sofa yang letaknya tdk jauh dari cashier.
" Nak apa-apa tak? Coffee? Tea? Or other than that?"
" Ehhh takpelah. Aku dah minum tadi. Saja datang nak jenguk kau"
" Jenguk aku ke jenguk Airra?"
Akief tersenyum apabila terperasankan rona merah pada wajah Ashraf. Malulah tu!
" Tunggu sini. Aku buatkan coffee" Akief bangkit dr duduk lalu menapak ke pantri, yang letaknya hanya bersebelahn dgn ruang santai itu. Tidak lama kemudian, dia kembali kepada Ashraf dgn membawa dua cawan kopi.
" Minumlah. Kopi bujang je. Biasanya, Airra yg suka bancuh kopi. Tapi harini dia takde. So, takde rezekilah kau nak rasa kopi dia"
Ashraf menurut. Kopi di atas meja dicicip sekejap. Teringat akan tujuannya ke mari, dia segera menegakkan duduk lalu memandang Akief. Sementelah Airra tiada di situ, inilah peluangnya satu-satunya.
" Airra pergi mana?" Sengaja dia memulakan mukadimah.
" Kedai. Katanya, nak cari bahan utk buat kuih. Dia tu, sejak dah mewarisi kepandaian ibu, tak habis-habis nak buat resepi baru. Yang jadi mangsanya aku lah" jawab Akief sambil tergelak. Terasa lucu dgn hobi terbaru Airra.
Ashraf turut tergelak sama. Terbayang-bayang wajah Airra yg dipenuhi tepung dan messy itu, mesti dia comel!! Arghhhh hati ni jadi tak sabar pulak!
" Sebenarnya aku datang sini memang nak jumpa kau. Ada benda sikit aku nak tahu dari kau"
Akief mengangkat kening. "Sounds serious?"
" Pasal Airra"
" Ohhh... apa yg kau nak tahu pasal Airra?"
Ashraf membatu seketika. Ralit dia mencari kata-kata utk mengelakkan sebarang salah faham. Risau pula sekiranya Akief tdk memberikan kerjasama yg dia inginkan.
" Her past"
Akief sedikit tersentak. Wajah serius Ashraf ditatap. Utk apa masa silam Airra diungkit?
AIRA menolak troli ke bahagian barang basah. Barusan ibu menelefon, memesan utk membeli ayam dan sayur serta beberapa ekor ikan. Menurut ibu, keluarga Ashraf ingin bertandang ke rumah. Jadi, ibu ingin masak-masak dan menyediakan makan malam utk menyambut kedatangan mereka.
Tergopoh-gapah dia menerima berita itu. Mak Datin ni suka buat suprise tiba-tiba! Kadang-kadang, tdk menyempat, ada-ada saja plan mak Datin yg diluar jangkaannya. Fikirnya, setelah selesai membeli bahan-bahan utk dibuat kuih, dia akan segera kembali ke bakeri dan menyiapkan kerjanya yg tertunggak. Tetapi berita yg dibawa oleh ibu membatalkan niatnya. Hmmmm, terpaksalah hadap si Ashraf tu lagi! Tapi itu jugak permintaan dia kan? Utk memberi ruang kpd Ashraf memikatnya. Jadi mahu atau tidak, dia akan sering berhadapan dgn sepasang mata hazel itu.
" Sorry" Dalam tidak sedar, Airra terlanggar troli seseorang. Mengelamun lagi! Airra menepuk dahi sendiri. Dia lihat lelaki yg dilanggarnya itu tdk berkedip memandangnya. Airra jadi tdk selesa. Ada apa-apa ke kat muka aku ni?
" Ohhhh takpe" Suara garau itu menyahut. Airra bungkam. Suara itu spt pernah singgah di pendengarannya. Dan wangian dari lelaki itu spt pernah dia hidu. Kenapa hidungnya suka akan bauan tersebut? Dia mengerutkan dahi. Ligat saja otaknya berfikir, mencari jawapan. Tetapi dia tdk mampu fokus sementelah masalah Ashraf yg menjadi agendannya saat ini.
Airra menoleh ke kiri dan ke kanan. Dalam sekelip mata saja, lelaki bersuara garau itu ghaib dari pandangan matanya.
" Ehhhh mana dia pergi? Hmmmmm"
Berputus asa utk terus mencari, Airra menapak ke bahagian yg menempatkan ayam dan beberapa jenis ikan. Dia harus segera melunaskan kerjanya agar semuanya dapat berjalan lancar hari ini.
Dari jauh, Azrul memerhatikan gerak geri Airra. Dia tahu, Airra mencarinya kerana sesudah mereka bersua muka, dia terus melarikan diri kerana tdk sanggup utk berhadapan dgn sikap Airra yg spt tdk mengenalinya. Sejauh itu sudah kau berubah, Airra! Tapi kenapa? Ada sesuatu yg tak kena. Dia akan cari tahu perkara itu!
Azrul tolak troli menuju ke cashier. Dilihatnya Airra juga sedang beratur di kaunter dua. Pantas, dia mengambil posisi di belakang Airra. Inilah saatnya utk mengetahui akan perubahan gadis itu.
Dia berdiri tepat-tepat di belakang gadis itu. Haruman cologne dari gadis itu benar-benar menggodanya. Dia ingat bau itu. Kerana dialah yg menghadiahkan Airra cologne itu sempena hari jadinya yg ke 20 tahun pada 4 tahun lepas. Dia pakai barang yg aku beri tapi kenapa dia tak kenal aku? Dah dua kali kami bertemu, tapi tak satu pun pertemuan kami dia tegur!
Airra mengerutkan dahi. Bauan itu seakan hampir dgn dirinya. Aneh!!
" Semuanya RM67 cik" Suara seorang gadis di kaunter mencantaskan lamunannya. Azrul lihat Airra tercari-cari akan sesuatu. Mungkin mencari pursenya barangkali.
" Kejap ya kak. Errrr, saya rasa purse saya tertinggal kat rumah. Errrrr, saya tak bawak" Airra mulai cemas. Rasanya, purse itu memang ada dia bawa sebelum ke bakeri tadi. Sudahlah dia tdk memiliki sebarang telefon bimbit, bagaimana mahu menelefon Akief? Kereta pun dia tdk bawa. Tadi dia menaiki teksi ke mall itu.
" Saya bayarkan" Azrul tawar pertolongan. Mungkin ini langkah pertamanya utk mendekati Airra semula.
Airra yg sibuk menggeledah isi kandungan begnya segera menoleh. Ehhhh ni lelaki tadi!
"Saya bayarkan ye? Kak, kira sekali yg saya punya ye?"
" Ehhhh takpe bang. Saya boleh uruskan"
Azrul tersentak. Abang?
" Nak uruskan macam mana dek? Dari tadi awak dok kalut cari purse, tapi tak jumpa-jumpa. Awak tak nampak ke queue panjang ni?" Airra sempat menilik ke arah barisan panjang di belakang mereka. Hmmm. Dia berfikir. Daripada dia buang masa mencari pursenya yg sememangnya dia tdk bawa ,di tambah pula dgn long queue saat ini, ada baiknya dia menerima saja niat ikhlas lelaki itu.
" Terima kasih" Airra menundukkan kepalanya sedikit, malu dgn situasi itu.
" Kasih diterima" tukas Azrul, senang. Selesai membuat pembayaran, dia membantu Airra memunggah barang-barangnya. Airra menegah tetapi dia terlebih dahulu mencapai beg plastik tersebut lalu berjalan mendahului Airra.
Airra hanya membatu sementelah penolakannya tdk mendapat sebarang tindak balas dr lelaki itu. Dia membontoti Azrul dr belakang. Mereka tiba di hadapan pintu mall.
" So which one is your car?" Azrul memandang sekeliling. Dia tahu, Airra tdk akan memandu kerana setahu dia gadis itu trauma dgn jalan raya setelah pernah melanggar kereta orang sebanyak empat kali suatu masa dahulu. Dia menguntum senyuman apabila teringat peristiwa itu.
" I wasn't driving" luah Airra jujur.
" Were you? So tadi naik apa? Grab?"
" Nope. Handphone takde. Macam mana nak booking grab? Saya naik teksi tadi"
Azrul tdk terkejut. Melalui informasi yg dia dapat dari Badri, Airra sudah dijauhkan dr segala perkara atau benda yg bisa mengingatkan gadis itu tentang dirinya. Ini semua kerja Akief! Dia yg merampas semua kebebasan gadis itu. Kesian Airra!
" Nevermind. I ride you home?"
" Errr tak susahkan awak ke? Dahlah tadi tolong bayarkan barang saya. Sekarang nak hantarkan saya pulak"
" Ehhhh taklah. Buat baik berpada-pada, buat jahat jgn sekali. Jommm. Kereta saya kat depan tu je" Azrul terlebih dahulu mendahului tanpa sempat mendengar jawapan dr Airra. Dia memunggah barangan Airra ke bonet kereta.
" Masuklah. Ke nak saya dukung jugak ni?" Azrul sengaja berseloroh. Sengaja mendekatkan diri dgn Airra namun gadis itu pantas meloloskan diri ke dlm perut kereta. Azrul tergelak. You have never changed Airra!
ASHRAF memandu pulang dgn perasaan yg bercampur baur. Geram, kesian, takut dan macam-macam lagi yg dia rasakan. Setelah berpuas hati dgn informasi yg diperolehinya daripada Akief sebentar tadi, dia pamit diri utk pulang. Tak terjangkau dek akalnya nasib Airra sebegitu malang.
" Airra, as you know. Dah banyak kali cuba utk bunuh diri since boyfriend dia tinggalkan dia. Benda ni dah empat tahun berlalu Raf. Tapi parutnya tetap ada. Dalam tempoh empat tahun tu, Airra lost her mind when she decided to end her life! Our nightmare! Lagi-lagi ibu. Airra seorang yg ceria dan periang. Rumah kami tak sah kalau takde bunyi gelak tawa dia. Tapi disebabkan lelaki tu, semuanya hancur macam tu! " Akief mula membuka cerita. Setelah diasak dgn pelbagai alasan oleh Ashraf ,dia akhirnya mengalah juga. Lagipula, Ashraf itu bakal suami Airra. Jadi ada baiknya sekiranya Ashraf mula mengambil tahu akan masa silam Airra supaya tdk berlaku sebarang perkara yg tdk diingini nanti.
" Kali pertama dia bunuh diri?" Ashraf tdk sanggup utk meneruskan ayatnya. Terasa perit utk diungkapkan.
" Sebulan selepas dia ditinggalkan. Kami jumpa pil-pil tidur dlm bilik dia. She was overdosed! Kami sempat selamatkan dia. If not..." Akief terhenti di situ. Terimbau kembali saat-saat Airra dikepung ke hospital. Azabnya melihat keadaan Airra yg tak ubah spt mayat hidup. Bernafas namun tiada aura.
" Second trial for her suicide... dua bulan lepas percubaan pertama. Dan kali ni, more worst" Mata Akief mula berkaca. Dia benci utk mengulang kembali peristiwa pahit itu. Namun terlanjur sdh membuka kisah, dia teruskan saja agar Ashraf bisa memahaminya.
Ashraf tekun mendengar. Sedikit sebanyak dia dapat merasakan betapa hebatnya cinta Airra pada lelaki itu. Kalau tdk, masakan dia sanggup utk membunuh diri? Itupun banyak kali percubaan. Dia mula diserang perasaan cemburu. Kalau saja dia meninggalkan Airra, adakah gadis itu sanggup membuat keputusan spt itu?
" Dia cuba utk gantung diri di kipas. Sayangnya usaha dia tak berhasil sebabkan pintu bilik tdk terkunci. Jadi memudahkan kami utk selamatkan dia. Tapi itupun nyawa dia di hujung tanduk"
Akief kesat air mata yg jatuh ke pipi. Sudah puas ditahan namun mutiara jernih itu tetap degil. Ashraf menepuk-nepuk belakang Akief, cuba menyalurkan kekuatannya.
" Sejak dari itu, dia selalu cuba utk bunuh diri. Banyak kali Raf sehingga kami semua terpaksa berjaga dr tidur semata-mata utk pastikan keselamatan dia terjamin. Ibu selalu batuk, demam dan sakit sejak Airra berubah. Sebab mungkin ibu rapat dgn Airra ,jadi kesakitan dan keperitan Airra, ibu dapat rasa. Sehinggalah satu hari tu..."
Akief berjeda. Air mata yg semakin galak mengalir diseka perlahan-lahan. Ashraf membiarkan saja kelakuan Akief, sengaja dia memberikan ruang dan masa utk lelaki itu bertenang. Rasa bersalah pula menerpa dirinya setelah melihat keadaan Akief. Tampak sangat mereka sekeluarga terluka dgn apa yg pernah menimpa Airra. Tapi dia tdk sanggup pula utk terus hidup dgn teka-teki.
" Airra on the way balik dari hospital. Entah macam mana ada satu kereta ni meluru ke arah dia dan bukkkkk... Airra terdorong ke tengah jalan. Dia berlumuran darah Raf. Nafas dia tercungap-cungap. Dari situlah dia koma. Empat bulan kami diuji lagi bila Airra disahkan koma ,itu pengesahan dari kau sendiri. Dan lebih perit, bila kau cakap. Airra akan sedar dr koma tapi akan hadap dua komplikasi. Sama ada amnesia or lumpuh separuh badan. Luluh hati kami mendengar berita tu. Tapi Allah beri Airra tubuh badan yg sihat tapi Dia tarik semua memori Airra. Mungkin utk buat Airra lupa siapa dia pada masa lalu"
Ashraf bungkam sekejap. Cerita Akief benar-benar memeranjatkannya. Sampainya hati lelaki tu buat Airra menderita. Dan siapa yg langgar Airra? Orang yg sama langgar dia tempoh hari ke?
" Kau tahu ke siapa yg langgar Airra?"
Akief menggeleng kepala. " No idea. Kami tak sempat nak buat laporan polis. Sebab masa tu nyawa dan keselamatan Airra lebih penting. Kami pun dah lupa pasal kes tu. Dah empat tahun berlalu kan?"
Bunyi hon yg bertalu-talu dari kereta belakang menyentakkan Ashraf. Dia terlupa yg dia terlalu lama 'menghabiskan' masa di atas jalan sehingga tdk sedar lampu sudah bertukar ke hijau.
Keretanya membelok ke kiri lantas berhenti di bahu jalan. Enjin kereta dimatikan. Badannya disandarkan ke dada kerusi. Mata dipejam sambil tangan kirinya memicit-micit dahi. Terlalu banyak yg difikirkannya saat ini.
Siapa yg melanggar Airra empat tahun lalu? Adakah orang yg sama melanggar Airra tempoh hari? Kalau ya, apa motif dia? Dan paling penting, siapa dia? Bunyi deringan lagu Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta dr kumpulan Spring menjerit-jerit minta diangkat. Sejak jatuh cinta dgn Airra, pembawakannya agak berbeza sedikit sehingga dia sanggup menukar ringtones yg bernada rock kepada jiwang spt ini!
Nama umi tertera di skrin telefon.
" Ya umi. Waalaikummussalam"
" Umi dgn abah ada dinner mlm ni. Kat rumah Airra. Raf nak ikut tak?"
Ashraf senyum sendiri.Rugilah kalau tolak. Rumah kekasih hati tu!
" Nakkkkkk!"
" Amboiii, kemain yeee? Sebut pasal Airra je, terus setuju" Datin Hamidah sempat mengusik. Riang hatinya mendengar suara ceria dari mulut anak bujangnya itu.
" Haiiii umi pun dah join geng Akief ke sekarang?"
" Geng Akief apanya?"
" Geng menyakat!"
" Merepeklah kamu ni Raf! Balik cepat, tahu sangat dah tak sabar nak jumpa pujaan hati!" Umi usik lagi. Kali ini, tawa Ashraf meledak. Setelah itu, perbualan ditamatkan. Iphonenya dicampakkan ke sebelah. Dia harus melarikan diri seketika dari memikirkan perkara yg mengganggu fikirannya tadi. Kini fokusnya hanya satu. Airra Farisha!
Share this novel