BAB 24

Other Completed 58987

Khalish sedar airmatanya sedang mengalir di pipi cepat cepat dia kesat buat apa mahu menangis sepatutnya gembira dapat bertemu dengan orang yang dicintai lebih dari nyawanya sendiri.

"Boss..Err bos..boss!!!"panggil lelaki itu untuk menyedarkan bossnya yang sedang termenung ke arah Aishah

"Err...ye ye..ada apa"tanya Khalish

"Ni cik ni datang nak sign dari boss..apa namanya..Err"kata lelaki itu

"Aishah!!"kata Khalish

Aik macam mana boss aku tahu nama dia Aishah..dia kenal.. ke kata lelaki itu dalam hati

"Err..boss kenal cik ni"tanya lelaki itu

"Kenal sangat"kata Khalish

Patutpun termenung tak berkelip mata kata lelaki itu dalam hati

"Takpelah saya pergi dulu ye boss"kata lelaki itu meminta diri

"Okayy!!"kata Khalish

"Aishah awak sihat"tanya Khalish

"Emm saya sihat..awak pula"tanya Aishah pula

"Saya sihat...jom pergi makan saya belanja"kata Khalish

"Ehh takpelah..saya nak sign dari awak je"tolak Aishah

"Kenapa awak tolok Aishah..saya ikhlas ni"kata Khalish

"Ok lah kalau macam tu"kata Aishah

Selepas Khalish tamatkan sekolah dia tidak lagi memanggil dengan cikgu dia hanya memanggil Aishah sahaja..Yelah tak lama lagi nak jadi isteri kan takkan nak panggil cikgu lagi kan..tapi Aishah terima Khalish tak?

Sesampainya di restoran Khalish turun dari perut kereta.Khalish membawa keretanya sendri Aishah juga membawa keretanya sendiri pada mulanya Khalish sudah ajak naik kereta miliknya namun Aishah tolak tawaran itu katanya saya ada bawa kereta saya naik kereta sendiri je.

Didalam restoran Khalish duduk berhadapan dengan Aishah selepas membuat pesanan mereka diam sahaja dan salah seorang dari mereka membuka bicara.

"Tolong sign boleh tak"kata Aishah sambil menghulurkan dokumen itu

"Ohh ye"kata Khalish lalu menyambut dokumen itu.

Sungguh Aishah tak sangka Khalish adalah boss yelah dulu nakal,kurang ajar tak hormat.Sungguh berbeza Khalish dulu dan sekarang dia sudah matang,bersegak dan lebih lebih lagi Aishah jujur Khalish dah bertambah handsome dengan jambang.

"Kenapa awak pergi macam tu je Aishah"kata Khalish

"Maksud awak"tanya Khalish berpura pura tak tahu.

"Maksud saya kenapa awak pergi macam tu je ke luar negara tak bagitahu saya pun"kata Khalish

"Perlu ke saya bagitahu awak..awak sape hanya pelajar saya saje..saya tak perlu pun cakap dengan pelajar saya,saya pergi mana"kata Aishah

"Aishah awak tahu tak hari hari saya doakan awak semoga awak cepat balik..saya cintakan awak Aishah dah dua tahun Aishah"kata Aishah

"Awak kata awak akan terima saya bila saya dapat keputusan yang cemerlang..saya dah dapat keputusan yang cemerlang macam awak minta..Tapi awak mungkir janji awak kan..saya tahu Aishah awak tak benci saya,awak suruh ain cakap macam tu sebab awak nak saya lupakan awak..semua saya tahu Aishah"kata Khalish panjang lebar

"Ye saya mungkir janji awak..tapi tolong faham lah saya bukan jodoh awak..saya tua dari awak..awak akan dapat perempuan yang lebih baik dari saya..dan bagi pengetahuan awak saya takde ape ape perasaan pun pada dulu sampai sekarang awak hanya pelajar saya tak lebih dari itu..so please understand okay"kata Aishah lalu beredar dari situ.Tapi benarkah aku takde perasaan pasa dia?Benarkah aku tak sayang dia?fikiran itu yang bermain di kepalanya

"Aishah tunggu"

"Aishah!!! jerit Khalish

Namun Aishah tidak layan dengan panggilan Khalish

"Maafkan saya Khalish kalau dah lukakan hati awak"itu sahaja yang keluar dari mulut Aishah dalam hati

Happy reading:-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience