“Assalamualaikum, Helo Akim?” Auni berkata sebaik sahaja menerima panggilan Akim.
“Waalaikummussalam Auni, cuba pandang depan sekarang ni” Sebaik sahaja Auni memandang ke hadapan dia terlihat Akim yang sedang tersenyum dan melambai kepadanya. Dalam hatinya berkata, Ya Allah bala apa yang nak datang ni???.
“Hai Auni. Sorang je ke?” Tegur Akim sambil menarik kerusi yang kosong di hadapanku.
“Eh ! Taklah, ada orang ni. Tak nampak ke saya tengah duduk dengan seorang diri?” Sindirku tajam.
“Oh ! Boleh saya duduk dengan awak?” Akim berkata.
“Awak dah duduk sekarang ni kan?” Boleh si Akim tingtong ni tanya aku padahal dia dah duduk dah pun.
“Hahaha ! Lawaklah awak ni” Akim tergelak, sebenarnya aku tahu yang dia sedang tergelak menyindir. Aku hanya memberikan Akim pandangan yang tajam.
Auni, awak tengah buat apa tu?” Akim sengaja menguji kesabaran ku.
“Saya tengah gali kubur ni, tak nampak ke?” Aku membalas pertanyaan Akim dengan pertanyaan juga.
“Auni, saya nak cakap sikit ni, boleh tak?” Aku hanya mengangguk. Selepas tiga minit Akim berdiam diri, dia membuka mulutnya.
“Lepas kita habis semesta ni, saya nak masuk meminang awak boleh tak? Serius Auni, saya memang suka awak semenjak pertama kali saya terserempak awak. Boleh ya terima saya?” Aku terkejut dan terkaku, aku juga terus tidak boleh berfikir dengan betul tetapi aku masih kaku dan memandang ke lantai.
Sementara itu air yang aku pesan telah tiba, dan aku menjadi semakin terkejut apabila melihat gerangan orang yang menghantar pesanan aku tadi. Itukan Danish, Ya Allah !!! Hatiku berkata. Jantung aku seperti hendak gugur selepas melihat Danish.
“Hei, Danish kau kerja sini ke?” Tegur Akim kepada Danish selepas melihat Danish menghantar pesananku.
“Ha’ah aku ambil kerja Part-time kat sini, biasalah kau tahu kan aku bukannya suka minta duit daripada mama dan Daddy aku” Balas Danish. Aku memandang Danish dengan pandangan yang aku sendiri tidak tahu. Tetapi aku perasan yang Danish memberikan pandangan tajam tetapi bermakna di mataku.
“Oh ! Aku faham. Ha ! Lagi satu kau ada terdengar ke perbualan aku dengan Auni tadi?” Akim bertanya.
“Oh ! Aku ada terdengar sikit tadi, maaflah ya. Tahniah buat kau Akim, tahniah juga Auni. Kalau macam tu, aku pergi dulu ya ramai lagi pelanggan yang aku nak ambil pesanan ni.” Permit Danish.
Semasa Danish berpaling, aku terlihat wajahnya yang kecewa. Apa semua ini?? Adakah Danish menyukai aku? Kenapa Danish mengucapkan tahniah kepada aku dan Akim tingtong ini? Padahal Akim baru sahaja hendak bertanya kepadaku ? Kenapa? Kenapa?
“Jadi Auni? Awak setuju ke tidak kalau saya masuk meminang awak selepas habis semesta ini?” Bicara Akim selepas beberapa minit kami mendiamkan diri.
“Aku menyedut minuman yang ku pesan sehingga setengah. Lalu aku menarik nafas sedalam-dalamnya. “Auni kalau awak tak jawab, saya anggap yang awak setuju.”
Dalam hati Auni berkata, maaf Akim aku tak boleh terima kau sebab dalam hati aku hanya ada Danish Uwais sahaja. Bukannya kerana kau tak kacak. Ya aku mengaku kau kacak tetapi aku hanya cintakan Danish Uwais !! Faham tak? Hanya Danish Uwais !!.
Share this novel