Bab 37

Romance Series 113890

Malam tu apabila Aniq sampai di rumah, dapati kereta Yus tiada di garaj. Ke mana pulak perginya malam-malam macam ni. Balik rumah arwah abah ke?

Telefon dicapai, nombor didail.

"Assalamualaikum Amy" ucap Aniq.

"Waalaikumsalam abang Aniq" balas Amy.

"Mm.. Maaflah abang call lewat malam macam ni. Abang nak tanga, Kak Afya ada kat situ tak?" soal Aniq terus.

"Ada. Petang tadi Amy balik tengok akak dah ada. Akak cakap rindu nak balik rumah ni. Akak cakap dah bagitau abang nak datang sini" ucap Aniq.

"Oh, ada. Telefon abang bateri habis, tak perasan Kak Afya hantar mesej. Kalau macam tu tak apalah. Sampaikan salam abang pada semua ye" ujar Aniq.

"Hm.. Abang.. Walaupun Kak Yus tak cakap apa-apa tapi saya tau mesti ada sesuatu yang berlaku. Amy tak nak masuk campur hal abang dan kakak cuma Amy nak bagitau. Amy sayangkan kakak dan abang. Amy dah anggap abang macam abang kandung Amy. Amy hanya ada akak dan abang je. Kalau ada masalah, abang selesaikan dengan baik ye. Kalau abang nak datang sini pun saya tak halang. Kakak isteri abang." panjang kata Amy.

"Terima kasih Amy sebab memahami. In sha Allah abang akan selesaikan perkara ini dengan Afya" ucap Aniq.

"Okey lah, Amy nak sambung tidur. Esok pagi ada metting dengan client. Takut lambat. Assalamualaikum abang" ucap Amy.

"Waalaikumsalam" balas Aniq.

Talian dimatikan.

+++

"Kak, kau tak nak balik rumah ke? Orang bukan tak suka atau nak halau tapi akak tu isteri abang Aniq. Tempat akak bersama dia. Apa pun masalah akak dengan abang, selesaikan dengan baik" ucap Amy semasa sarapan pagi sebelum pergi kerja.

"Kalau kau jadi akak, kau boleh terima ke apa yang dia buat? Kenapa nak berahsia sangat?" tegang suara Yus. Tak selera nak makan. Sudu di letak semula dalam pinggang nasi goreng.

"Kak, kau pernah terfikir tak kenapa abang Aniq buat macam tu. Kalau akak jadi abang Aniq, akak nak cerita tak pada isteri yang dia dihalau dari rumah oleh papa sendiri sehingga mama abang Aniq diceraikan pada waktu yang sama kerana memihak pada akak? Akak tak rasa bersalah ke disebabkan akak, mama akak diceraikan. Selepas diceraikan dan dihalau, papa abang tak pernah sekalipun mencari abang Aniq dan mama dia. Tak pernah nak ambil tahu kepayahan, kesusahan abang Aniq yang waktu itu masih lagi belajar di luar negara dan memerlukan kewangan. Keperitan abang Aniq dan mama dia harungi. Perlu ke dia buka kembali cerita yang macam tu sedangkan sekarang ni abang Aniq dah cukup bahagia bersama isteri dan keluarga. Perlu ke untuk membuka sejarah yang memedihkan tu. Kita tak berada di tempat abang Aniq dan mamanya. Bagaimana mereka harungi hidup waktu tu. Pernah tak akak terfikir?. Cuba akak letakkan diri akak di tempat abang Aniq. Abang Aniq mungkin akan beritahu juga suatu hari nanti cuma dia perlukan masa dan kekuatan." panjang nasihat Amy pada Yus.

Yus yang pada ketika itu sudah menitis air mata. Seakan baru tersedar.

"Tapi yang pasal Mona tu kenapa nak sorok juga?" soal Yus masih ada lagi rasa tidak puas hati.

"Kak.. Kau rasa kalau abang Aniq bagitau Mona tu adik dia, kau rasa kau akan diam macam tu je ke? Orang kenal sangat kau kak, kalau akak nak sesuatu tu, akak akan cuba sampai dapat. Kalaulah abang Aniq bagitau yang Mona tu adik dia. Dah tentu akak akan siasat pasal Mona dan nanti dah tentu perkara yang sama akan terjadi. Kisah silam abang Aniq akan terbuka. Boleh bayangkan tak kalau perkara tu berlaku?" jawab Amy panjang lebar.

"Akak fikir dalam-dalam apa yang orang cakap ni. Orang tak sebelahkan mana-mana pihak, orang tak ada sapa dah kak. Orang ada kau dengan abang Aniq je." tambah Amy.

Yus masih lagi menunduk sambil tangan menguis nasi dalam pinggan dengan hujung sudu.

"Tapi macam mana kau boleh tau pasal abang Aniq, sapa bagitau?" soal Yus pelik.

Keluar keluhan halus dari bibir Amy.

"Orang pun secara tak sengaja dengar arwah abah dengan arwah along berbual dalam bilik. Masa tu pintu bilik kerja arwah abah tak tutup rapat. Dah alang-alang dengar, orang dengar la sampai habis." terang Amy.

"Dah tu kau tak bagitau akak pun" marah Yus.

"Akak, bukan hak orang untuk bagitau perkara yang sensitif macam ni" jawab Amy.

Terdiam Yus.

"Dah tu akak nak buat apa sekarang?" tanya Yus.

"Lepas balik kerja nanti, akak balik la rumah akak. Lagi pun tak silap saya akak cakap esok mama abang Aniq nak buat kenduri doa selamat kan? Bukan patutnya lepas solat jumaat ni akak dah bertolak ke?" soal Amy.

"Allah... Akak lupa. Dah tu macam mana?" tanya Yus lantas berdiri kerana terlupa langsung dengan kenduri sabtu ni.

"Macam ni la, hari ni pun rasanya tak ada yang urgent, metting dengan client pagi nanti orang yang hadir. Akak balik, kemas beg. Buat apa yang patut." cadang Amy.

"Akak kena mintak maaf ke nanti?" soal Yus dah macam orang bodoh.

"Adui la hai... Kakak aku ni. Cakap bangang nanti kata kurang ajar pulak. Dah salahkan. Minta maaf la. Dah la kau tinggi suara dengan abang Aniq. Syurga kau tu kak" ucap Amy.

"Eh mana kau tau akak tinggi suara dengan abang Aniq? Dia mengadu kat kau ke?" tinggi suara Yus.

"Bukan dia tapi abang Syam. Tu la seronok sangat bergaduh sampai ada orang lain kat situ pun tak perasan" marah Amy.

"Ohh.. Ye la." adui.. Malunya kat Syam. Apa la Syam cakap pasal aku nanti.

"Dah, berdosa buruk sangka pada suami. Sekarang ni, akak balik rumah" kata Amy.

"Ye.. Akak balik. Tak payah la halau" Yus terus pusing mahu naik ke bilik.

"Orang bukan halau, orang suruh balik" ish, payah kalau bercakap dengan dia ni.

"Okey la kak, orang dah lambat ni. Orang gerak dulu" ucap Amy dan berjalan ke arah Yus yang berada di anak tangga paling bawah. Tangan kakaknya itu disalam dan bahu kakaknya digosok perlahan.

"Sampai rumah, bagitau" pesan Amy.

"Ye, nanti akak bagitau. Thanks tau" lantas tubuh Amy dipeluk.

"Dah, dah, nak peluk lama-lama, pergi peluk abang Aniq" usik Amy.

"Kau ni.."

"Okeylah. Orang pergi dulu. Assalamualaikum"

Amy kemudian keluar rumah untuk ke pejabat.

+++

"Kau dah kenapa dari tadi dok tenung telefon tu? Nak call siapa. Yus? Kalau nak call, call je la." ucap Syam yang masih lagi berada di dalam bilik metting.

Semua anggota team sudah pun keluar. Tinggal Aniq dan Syam sahaja dalam bilik ini.

"Tak, aku nak call mama nak bagitau kitaorang tak dapat balik" jawab Aniq.

"Hah! Biar betul?" soal Syam tidak percaya.

"Dah tu aku nak cakap apa? Takkan aku nak balik sorang-sorang pulak."

"Kau tak call ke, mesej ke kat Yus ke?"

"Buat apa aku nak call atau mesej dia. Kalau dia ingat dia tu isteri aku, dia yang cari aku" balas Aniq marah.

"Aku tau, kau masih terasa hati dengan Yus. Tapi takkan nak kecewakan mama kau pulak" ucap Syam.

"Kau tak tau pedih dan sakit hati aku dengan apa yang Afya cakap hari tu. Paling aku tak boleh terima bila dia cakap dia menyesal kahwin dengan aku. Dia tau tak, aku sayang dan cintakan dia sepenuh hati. Dari kali pertama aku tengok gambar dia masa dapat fail arwah abah dulu. Aku dah jatuh cinta dengan hanya pandang gambar je. Hari-hari asyik dia yang aku ingat? Pedih hati aku, kau tau tak Syam bila dia cakap macam tu" luah Aniq.

"Hm.. Aku pun tak tau nak cakap apa Aniq. Cuma aku doakan jodoh korang berpanjangan dan cuba selesaikan perkara ni." ucap Syam.

"Dah la, aku nak call mama jap"

Baru Aniq mahu dail nombor telefon mama, mesej whatsapp masuk.

Yus : Sayang dah siap kemas beg nak balik kampung petang ni. Esok mama ada buat kenduri doa selamatkan. Sayang tunggu abang kat rumah kita.

Bahasa dah kembali pada abang sayang. Hm.. Rasa bersalah la tu. Eh.. Eh.. Kau pun sama je, salah juga. Dua-dua salah dalam hal ni.

Selepas baca mesej tersebut, Aniq pandang Syam.

"Dah kenapa kau pandang aku macam tu?" soal Syam.

"Afya hantar mesej"

"Yus cakap apa?"

"Dia bagitau, dia dah siap kemas beg nak balik kampung. Dia tunggu aku kat rumah." jawab Aniq.

"Ha, dah tu, kau tunggu apa lagi. Pergi la balik. Dah dekat jam empat ni. Nanti jalan jem" ucap Syam sambil tergeleng kepala.

"Hah, nanti dalam kereta jangan nak bercakar pulak. Kau tu lelaki. Sabar sikit" nasihat Syam.

"Abis, kau tak balik ke?" tanya Aniq.

"Nak balik la ni. Nanti bising lagi mak aku tu" ucap Syam sambil bangun dan kemaskan kertas di atas meja dan menolak kerusi masuk.

"Dah. Jom gerak turun sekali" ajak Syam.

+++

Yus perhatikan chat dia dan Aniq. Hm.. Blue tick je. Mesti dia tengah marah lagi. Hadap je la, dah memang kau yang salah.

Yus menunggu Aniq di ruang tamu bersama dua buah beg, satu beg pakaian miliknya dan satu lagi milik Aniq. Lama sangat menunggu hingga terlena Yus di sofa.

Aniq masuk ke dalam rumah dan lihat terlentok Yus tidur di sofa. Lama tunggu la tu..

Aniq berjalan menuju ke tempat Yus terlena. Hm... Rindunya pada wajah ni.

Elok sahaja Aniq mahu menyentuh wajah itu, Yus terjaga.

Disebabkan terkejut dengan wajah Aniq yang dekat, terus berdiri tegak. Nasib baik Aniq sempat mengelak, kalau tidak tak pasal-pasal terantuk lagi.

"Abang dah balik?" soal Yus sambil tangan Aniq disalam.

"Hm.." jawab Aniq. Masih ada rasa sakit di hatinya.

Kemudian Aniq terus berjalan menuju ke bilik. Laju Yus mengekori dari belakang sambil menunduk.

'Buk'

Kepala Yus terlanggar bahu Aniq. Terus Aniq toleh ke belakang.

Kelam kabut Yus gosok bahu Aniq.

"Sorry-sorry tak sengaja" ucap Yus.

"Saya nak mandi pun nak ikut ke?" soal Aniq.

"Hah? Nak. Eh. Eh.. Tak tak." kalut Yus jawab.

Kau ni dah kenapa Yus. Yang nak ikut dia masuk bilik tu kenapa, dah tentu dia nak mandi. Baru balik kerjakan. Cuba kau ke dapur buat air kat dia. Adoi.. Kata Yus dalam hati sambil kepala terangguk-anguk.

"Dah kenapa teranguk-anguk macam burung belatuk ni?"

"Hah! Tak ada apa, sayang ke dapur buat air ye" laju kaki menghilang ke dapur.

Tersungging senyum dibibir Aniq.

Macam mana la abang nak marah sayang lama-lama. Comel je tengok sayang kelam kabut tadi. Hai la..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience