Bab 46

Romance Series 113890

"Kau..?" ucap Aniq terkejut.

"Kenapa, terkejut? Kau tak payah nak buat-buat terkejut la Aniq" balas lelaki itu.

"Tapi kenapa? Aku tak faham" soal Aniq yang keliru.

"Kau tak faham atau kau saja buat-buat tak faham? Atau nak aku bunuh bini kau ni baru nak faham!" jerkah lelaki itu lalu tutup kepala Yus dibuka dan pistol walter dihala ke dahi Yus.

Yus yang pada waktu itu keliru dan terkejut dengan rasa sejuk muncung pistol di dahinya lantas menggeleng-gelengkan kepala tambahan pula dapat dilihat Aniq di hadapannya lebih kurang satu meter. Yus hanya mampu geleng-gelengkan kepala sahaja kerana mulutnya sudah diikat dengan kain.

"Kau jangan nak apa-apakan isteri aku la" marah Aniq geram dengan tindakan lelaki itu. Tiba-tiba Tai yang berdiri di tepi Yus datang meluru ke arah Aniq terus menghentak 'butt' pistol ke pipi Aniq. Tertoleh ke kiri muka Aniq menerima hentakan tersebut, bergerak-gerak rahang Aniq menahan marah, meleleh darah merah di pipi. Nasib baik tangan diikat, kalau tidak, dah lunyai Tai dikerjakannya.

Yus yang berada di hadapannya sudah bangun meluru ke arah Aniq di hadapan.

"Eh, perempuan, kau nak mampos ke ha! Nak sangat?" marah lelaki itu lalu menyepak badan Yus yang berada di tepi Aniq.

Yus ditarik duduk di bawah dan ikatan di mulutnya dibuka.

"Aku tau, kau nak sangat bercakapkan. Mulut kau pun sama naik dengan kaki dan tangan kau. Merasa juga aku buku lima kau" kata lelaki itu sambil mengusap pipinya yang ada kesan merah dengan hujung pistol.

"Sekarang dah faham, dah ingat?" soal lelaki itu sambil ketawa dengan kuat.

"Macam mana aku nak faham Amir! Cuba kau bagitau!" jerit Aniq geram. Dia tidak tahu apa yang sebenarnya.

"Kau memang tak pernah faham. Pembunuh!" jerit Amir lalu kerusi yang diduduki Yus tadi dilempar ke dinding. Ketawa mengekek Tai yang memerhatikan tindakan Amir.

Terkejut Aniq dengan tuduhan Amir.

"Apa kau cakap ni? Aku bunuh siapa?" tanya Aniq.

"Nampak sangat kau dah lupakan bila dah dapat bini cantik kau ni" kata Amir geram sambil menarik tudung Yus yang sudah senget-senget.

"Lepas la sial!" jerit Yus.

"Kalau berani kau buka tali ni biar aku belasah kau!" ucap Yus.

"Oo.. Nak tunjuk hero. Tai" panggil Amir sambil menggangguk ke arah Tai.

Tai laju datang ke arah Yus.

"Amir! Kau nak buat apa dengan Afya?" soal Aniq bimbang.

"Aku nak tengok, kuat sangat ke bini kau ni." ucap Amir lalu tali mengikat tangan Yus dibuka Tai.

Tanpa berlengah, pantas Yus menanduk hidung Tai yang berada di atas kepalanya yang belum sempat Tai membuka tali.

"Tak guna kau perempuan" marah Tai lalu menolak Yus jatuh tersungkur tanpa sempat tali dibuka.

Menjerit Aniq melihat Yus diperlakukan begitu. Luluh hatinya.

"Amir.. Aku rayu.. Tolong lepaskan isteri aku" minta Aniq merayu.

"Pandai kau merayu. Eh, kau tau tak disebabkan kau Fatin mati! Kau tau tak? Patutnya malam tu kau yang mati, bukan Fatin!" jerit Amir dan macam orang kena sampuk.

"Apa maksud kau?" soal Aniq.

"Kalau bukan sebab kau, Fatin, sepupu yang aku sayang takkan jadi polis dan dia takkan mati! Kau bunuh dia!" jerit Aniq lagi sambil datang rapat dan menghentak pistol ke muka Aniq. Semakin berdarah wajah Aniq. Yus sudah menjerit-jerit.

"Dari dulu Fatin bercita-cita nak jadi seorang doktor tapi disebabkan cinta dan kasih dia pada kau, dia lupakan cita-cita dia nak jadi doktor. Dia ikut kau jadi pegawai polis walaupun masa tu kau dan dia dah lost contact!" marah Amir.

"Disebabkan kau juga Mak Ngah aku, mak Fatin meninggal kerana tidak boleh terima hakikat yang anaknya sudah tiada. Kau tau tak! Kau memang bangsat!" lalu perut dan badan Aniq dipukul.

"Aku tak pernah paksa Fatin untuk jadi pegawai polis, dan aku dah lost contact dengan dia bila aku ke luar negara. Aku tak tau pun Fatin masuk latihan asas polis" jawab Aniq hiba sambil tertunduk kepalanya.

"Tak payah kau nak buat muka sedih. Kau tau tak, malam tu patutnya kau yang pandu kereta tu dan kau yang patut mati dalam kemalangan tu! Bukan Fatin! Bukan Fatin!" Amir sudah menjerit macam orang hilang kawalan.

"Malam tu aku ikut kau dari rumah, seharian aku ikut kau. Aku ingat kau yang akan mati bila aku potong brek kereta tu... Tapi aku tak sangka Fatin yang pandu kereta tu lepas aku potong brek.." ucap Amir sambil terduduk di atas lantai. Muncung pistol pula diketuk-ketuk di kepalanya..

Pada waktu itu Yus sudah mengesot untuk dekati Aniq tetapi tidak sedar bahawa Tai nampak lalu Tai menarik tudung Yus hingga tercabut tudungnya.

Menjerit-jerit Yus. Pada waktu itu Amir bangun lalu menarik Yus dan menyauk tangan kanannya pada leher Yus sambil mengacukan pistol pada kepala Yus.

"Aku minta maaf.. Aku tak tahu tapi bukan aku yang paksa Fatin. Tolonglah lepaskan isteri aku Amir.." rayu Aniq.

Sedang Aniq memujuk Amir supaya melepaskan Yus, Aniq mengeluarkan pisau lipat yang disimpan di celah lengan baju lengan panjang yang dipakainya. Perlahan Aniq cuba memotong tali itu dalam masa yang sama masih melayan Amir bercakap untuk mengalihkan tumpuannya. Aniq berjaya memotong tali tersebut tetapi tali mengikatnya masih dipegang supaya tidak terjatuh.

Yus pada waktu itu sudah tercekik kerana lehernya disauk dengan tangan Amir manakala Tai sedang bermain-main pistol dimukanya.

"Kau tau tak, Mak Ngah aku hampir bunuh diri disebabkan perkara ni. Aku yang banyak bantu Mak Ngah. Kau! Mana kau masa tu? Kau sikit pun tak ambil tahu pasal keadaan mak mertua kau kan dan sekarang kau boleh bergembira dengan bini baru kau ni. Ada kau fikir tak pasal Fatin? Ada? Tak ada. Lepas Fatin mati, kau terus hilang. Macam tu lelaki yang Fatin sayang sangat tu?" marah Amir sambil lengannya pada leher Yus diketatkan dan muncung pistol diketuk-ketuk kepala Yus.

"Amir, aku juga sengsara pada waktu tu dan cuba untuk terima hakikat dan sedih apa yang berlaku. Fatin isteri aku Mir. Isteri aku mati di pangkuan aku yang tak dapat aku selamatkan dan orang yang menjadi punca adalah kau! Kau yang bunuh Fatin bukan aku. Kau yang potong brek kereta tu!" jerit Aniq.

"Memang aku yang potong brek kereta tu tapi untuk kau, bukan Fatin la sial! Kau memang tak guna sama macam bini kau ni. Patut mampos je. Eloknya tadi aku campak kat gaung biar mereput kat situ!" Amir sudah macam orang kerasukan.

Sedang Amir sibuk menyalahkan Aniq, tiba-tiba terdengar

"Polis! Sila letakkan senjata! Tempat ini sudah dikepong"

Aniq cam, itu adalah suara Tuan Yunus yang bercakap melalui loudhealer.

"Tak guna, aku dah cakapkan kalau kau datang bawak konco-konco kau, bini kau mati!" jerit Amir.

Aniq yang tadi memberi isyarat mata pada Yus. Yus seakan faham dengan apa yang Aniq isyaratkan lalu Yus mendongak lalu kepalanya menghentak dagu dan serta merta tangan Amir pada leher Yus terlepas dan Yus menunduk.

Amir pantas mendongak dan

'Bang!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience