Call Girl 50

Romance Series 1321945

Call Girl 50

Zahra tersenyum memandang rumah besar itu. Rindunya dia dengan mahligai ini. Dia melangkah mengelilingi kawasan mansion itu sekali matanya meliarkan mencari milik susuk tubuh yang amat dia rindui.

Jasmine dan Puan Fatihah sudah berangkat ke rumah wanita itu. Di bawanya juga Carol bersama mereka dengan alasan memberi ruang untuk dia melepaskan rindu.

Zahra memusingkan tubuh apabila mendengar derapan tapak kaki mendekatinya.

"Madam?" Sapa Jason. Tubuh di bongkokkan sedikit ke arah Zahra.

"Jason. how are you?" Tanya Zahra dengan senyuman.

"Baik. Madam apa khabar?"

"Alhamdulillah sihat. Awak dari mana ni?" Soal Zahra. Dia menunduk sama membalas sapaan lelaki itu. Dia kenal dengan beberapa lelaki yang berdiri depannya ini. Anak buah suaminya yang selalu berjaga di mansion mewah ini.

"hm kita orang baru je tukar shif. Monsieur (Tuan) minta kami stan..." Kata-kata Jason terhenti. Bibirnya di kemam.Baru teringat arahan yang di terima pagi tadi.

"Madam baru sampai?" Terus di alihkan topik perbualan.

Zahra tersenyum nipis. Kepala dijatuhkan sedikit tanda jawapan.

"Ehm Tuan kau orang mana ya? Dia masih di pejabat ke?" Tanya Zahra perlahan.

Dia tahu Carlos terlalu sibuk kerana terpaksa menguruskan dua Syarikat dalam satu masa.
semuanya kerana dirinya.

"Madam tak tahu ke? Mansieur(Tuan) kena tembak dua hari lepas. Raymond kata nasib kena bahu je. auccch sakit la sial." Sampuk satu suara di belakang Jason. Setelah itu suara itu merunggut menahan sakit.

Jantung Zahra bagai direntap kasar mendengar kata-kata yang keluar dari bibir lelaki itu. Jantungnya bagai di rentap.

Hubby.

"Where is he?" Soalnya perlahanan terasa menggigil hebat tubuhnya bersama kaki yang terasa lemah.

Ya Allah.

Kerana ini ke hatinya tidak tenang di sana.Lindungi suamiku Ya Allah. Jason yang melihat wajah pucat isteri majikannya itu mula bimbang.

"Madam.."Tegur Jason.

"Where is he?" Tanya Zahra sedikit tegas.

"Mansier(Tuan) mungkin di biliknya."

Zahra menjatuhkan kepalanya. Kenapalah dia tidak terus masuk ke dalam tadi. Dia mengeluh perlahan.

"Saya hantar Madam ke bilik. Mari Madam." Ujar Jason apabila melihat wajah Zahra kelihatan pucat.

Zahra akur. Membiarkan sahaja Jason mengiringi langkahnya masuk ke dalam mansion mewah itu. Sepanjang Langkahnya Zahra hanya mendiamkan diri. Tangannya mengeletar kecil.

Bimbang.

Takut.

Bagaimana keadaan suaminya?

Dia cuba menenangkan diri. Tapi gagal. Dadanya berombak kasar dan tapak tangan mula berpeluh.

Ya Allah.

Tanpa berlengah, Zahra terus melangkah. Kakinya diatur ke pintu kamar miliknya bersama Carlos.

Tiba di depan pintu bilik itu dia diam seketika. Perlahan-lahan dia memusingkan tombol pintu. Baru sahaja ingin melangkah masuk, langkah kakinya terhenti melihat seorang lelaki yang berpakaian serba hitam itu berdiri tegak di sebelah Carlos

Zahra terkaku. Dua pasang mata itu memandang ke arahnya.

Lama.

Siapa dia?

Dada Zahra berasa sesak sendiri. Apa lagi yang masih di rahsiakan suaminya ini?

"Maaf mengganggu. Saya keluar dulu." Ujar Zahra. Dan dia terus pusingkan tubuh. Tak betah berlama-lama di situ. Sesak nafas di buatnya dengan panahan tajam dua lelaki itu.

"Just stay sayang" Arah suara garau milik Carlos. Perlahan sahaja nadanya. Tapi cukup membuatkan tubuh Zahra mengeras di situ.

"Allez de l'avant avec ce que nous avons prévu (teruskan sahaja apa yang telah kita rancangkan) Thanks sudi melawat aku."

Lelaki itu menjatuhkan kepalanya.

"Sama-sama. Setakat datang melawat . Tak ada hal lah. Aku minta diri dulu. Take care bro."

Lelaki bertubuh tegap dan tinggi lampai itu melempar satu senyuman selepas melintasi Zahra sebelum dia menutup pintu itu rapat.

Sepi seketika suasana.

Sunyi.

"Sini sayang." Arah Carlos.

Zahra diam. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dia akur. Langkah diatur tenang dan kemudian berhenti di sebelah katil lelaki itu.
Zahra melabuhkan punggungnya di sebelah suaminya itu.

Sepi lagi.

"Bila Love sampai?" Tanya suara itu lembut.

Tangannya naik membelai rambut ikal milik Zahra, Dan satu tangan lagi melilit kemas melingkar di pinggang isterinya. Tangan itu menariknya lembut agar merapati tubuh hangatnya.

Rindu.

"How are you my wife?" Tanya Carlos.

"Sihat."Jawab Zahra perlahan.

Carlos senyum nipis. Tangannya menarik tubuh itu ke dakapannya sebelum dia jatuhkan wajahnya ke leher jinjang isterinya itu.
Haruman yang terbit pada Zahra di hidu dalam.

"I miss you love.." Luah Carlos.

Zahra terus mengalirkan air mata sebaik sahaja mendengar suara hangat yang meluah rasa rindu itu. Tanganya naik menyeka air mata yang menitis di pipinya.

"I miss you too hubby.." Tanganya merangkul erat leher Carlos.

Carlos memejam matanya apabila luka tembakkan itu berasa sakit. Tetapi dia mengabaikannya. Tangannya naik membalas pelukan erat Zahra.

"I miss both of you sayang." Bisik Carlos.

Carlos melepaskan pelukkan. Dia tersenyum.

"You look tired?" Ujar Zahra. Tangannya naik menyentuh pipi Carlos. Wajah Tampan itu kelihatan lesu. Bagai kepenatan.

"Penat sikit je." Carlos masih menatap anak mata Zahra.

Tangan Carlos menekup pipi Zahra. Pantas dia cium lembut pucuk kepala isterinya. Kemudian jatuh pula ke sepasang mata yang masih merah. Selepas itu bibirnya mencium lembut kedua pipi gebu milik isterinya.Memerah wajah Zahra dibuatnya.

Malu!

"Hubby..."Tersentak itu bibirnya terkunci lembut.

Ciumanan yang menghayalkan.

Zahra tersedar dari terus tenggelam. Terus dia tolak bahu Carlos.

"Auch!" Carlos mengaduh sebelum mendesis perlahan. Terasa sakit dibahagian bahunya apabila ditolak Zahra.

"Sorry Hubby. Tak sengaja. Sakit sangat ke?" Tangannya naik menyusap lembut bahu yang berbalut lelaki itu. Rasa serba salah. Terlupq pula yang suami cedera.

"Sakit sangat love." Adu Carlos. Berkerut dahinya. Bagai menahan sakit.

"Huuuh huuuh?"Tanpa sedar Zahra menuip lembut balutan luka lelaki itu.

"Sakit.."Adu Carlos mengaduh perlahan. Bibir menyenget nakal melihat wajah risau Zahra.

"Maaf..." Zahra mengusap lembut balutan itu.

Carlos memegang tangan. Jari jemarinya disulam antara jari jemarinya sebelum tangan itu digenggam kemas.

Zahra menundukan kepalanya. Dia berasa bersalah. Carlos memaut dagu isterinya itu matanya memandang lama sepasang mata milik isterinya.

Diam seketika.

"Did he do this to you?" Tanya Zahra Suaranya bergetar perlahan.

"Hmm." Mendengar jawapan Carlos, Zahra menundukkan kepalanya.Sampai bila hidup mereka mahu dibayangi lelaki itu?

"Sayang..."Carlos memaut semula dagu Zahra menatap wajahnya.

"Jangan risau ya sayang, I'm fine."Ucap Carlos apabila melihat wajah Zahra yang kembali di basahi air mata.

"Ara takut..Disebabkan keluarga Ara hubby kena macam ni.. Ara takut kehilangan hubby." Pinggang Carlos terus di peluk erat. dan disembankan wajahnya pada leher lelaki itu.

"Don't worry sayang. Everything will be fine."

........

"Ayah Luq."Carol memeluk tubuh Lelaki yang berdiri di hadapannya.

"I want Mummy and Daddy.."Rengek anak kecil itu.

"Kita bagi Mummy dengan Daddy rehat dulu ye sayang, Esok Ayah Luq bawa Princess balik ."Pujuk Luq. Kepala anak kecil itu di usap penuh kasih sayang.

"kenapa ni?"Soal Jasmine. Dia mendekati mereka. Ketika itu Carol mula menangis. Jasmine mencuba untuk menghulurkan tangannya hendak memujuk anak kecil itu tapi Carol mengelengkan kepalanya.

"Dia rindu Mummy, Daddy dia sayang."Beritahu Luq. Tubuh anak Kecil itu di gendong lalu belakang badan Carol di usap pelahan.

"She's just sleepy Abang." suara lembut Jasmine.

"That's why dia mencari Mummy dan Daddy biasakan dia tidur dengan Ara." Tersenyum Jasmine melihat layanan Luq pada Carol.
Kasih seorang bapa. Mudah-mudahan Anak-anaknya juga berpeluang merasakan kasih sayang ini.

"Kejap dah tidur. mengantuk sangat lah tu." Jasmine menepuk pelahan Carol yang masih berada di gendongan Luq. Bibirnya mengukir senyuman.

"Alhamdulilah. Lepas ni abang nak kena tolong tidurkan Mama min dia pula." Kata Luq lalu sebelah matannya di kenyitkan pada Jasmine bibirnya tersenyum nakal.

"Abang!" Membulat mata jasmine.

"Rindu la sayang...."Meleret suara lelaki itu.

"Boleh ehhh."

Jasmine mengeleng kepalanya.

Luq menundukkan kepalanya. Reda sahaja gayanya orang tak sudi.

"Okey tak apa sayang mesti penatkan abang letak Carol dalam bilik dia dulu." Luq mula melangkah.

"Min tunggu abang dalam bilik kita ya."Ujar Jasmine laju langkahnya melepasi Luq. Malu.

Mendengar bicara Jasmine, Bibir Luq tersenyum senang.

"Malam yang panjang......."Gumamnya perlahan.

........

Berselera Zahra menyuap nasi lemak di warung tepi jalan itu. Dia perasan akan tenungan mata Carlos disebelahnya yang dari merenungnya lama.Tangan lelaki itu di tongkat di bawah dagu. Rasa berbahang juga wajah bila ditenung seperti itu.

Dia sangat bersyukur walaupun dalam keadaan sakit, Carlos masih sudi melayani kerenah mengidamnya. Manakan tidak, Seawal 7 pagi dia telah meminta lelaki itu membawanya ke warung yang menjual nasi lemak.

"Ara makan comot ke hubby?"Soalnya pelahan. Tisu di ambil lalu di kesat mulutnya.

"Tak Love, aku suka tengok kau makan macam ni. Nak tambah lagi tak?"Carlos tersenyum mata tak lepas memandang Zahra.

Zahra mengelengkan kepalanya.

"Hubby tak nak makan ke?"

"Tengok kau makan pun aku dah kenyang. Sayang." Ujar Carlos lalu hidung Zahra sengaja di ciut.

"Hubby!" Bentak Zahra.

Dan saat itu Iphone milik Carlos yang berada di atas meja menyala satu pesan masuk.

-He is following you. Take care.

Berkerut Dahi Carlos membaca pesan itu. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman sinis.

Iphone miliknya kembali di letakkan di atas meja. Rambut Zahra yang ikal itu segaja di main mengunakan hujung jarinya.

"Nak tambah lagi tak?" Soal Carlos perlahan sengaja dia merapatkan tubuhnya pada isterinya itu.

Zahra tersenyum lalu kepala di gelengkan.

"Betul dah kenyang sangat-sangat nak jalan pun tak larat." Perutnya yang sedikit membukit di usap lembut.

"Thanks Hubby..I really appreciate."Ujarnya perlahan.

Bibir Carlos mengukir senyuman lalu tubuh Zahra di tarik rapat dengannya, satu ciuman hinggap di dahi Zahra.

"Sama-Sama kasih sayang."
........

Gib setia menunggu seseorang di hadapan sebuah bangunan berwarna biru putih itu.
Mata-mata yang memerhatikan sedikit pun dia tidak mempedulikan.

Suit yang tersarung di tubuhnya itu di buka butangnya. Panas. Menyesal tak bawa kereta.
Badannya masih bersandar pada motor superbike R1 miliknya itu.

Melihat susuk tubuh yang sudah melangkah keluar dari bangunan itu, bibirnya tersenyum. Sesaat kemudian senyuman itu mati apabila melihat gadis itu jalan beringin bersama seorang lelaki. Terukir senyuman manis dibibir gadis itu. Sayangnya senyuman itu bukan untuknya.

Tiba-tiba Iphone miliknya bergetar. Suit yang di pakai di selak sedikit lalu di seluk ke dalam poket di bahagian dalam Suit itu, dan panggilan itu terus dia jawab. Mendengar bicara di hujung talian Gib mengangguk perlahan. Matanya masih memandang ke hadapan.

"15 minit aku sampai." Ujar Gib. Panggilan itu terus di matikan.

Dia terus menyarungkan helmetnya di kepala. dan Motor superbike itu ditunggangnya. Enjin di hidupkan. Throttle motor itu sengaja di pulas kuat. Mengaung bunyi enjin Motor berkuasa tinggi R1 itu.

Farah yang tadinya leka berborak dengan kenalannya seakan terkaku apabila mendengar kuat bunyi deruan enjin itu.
Dia segera memaling wajahnya ke hadapan.

Gibran.

Motor Superbike itu lalu dihadapannya perlahan. Dan Lelaki itu sengaja menjatuhkan sekuntum bunga mawar di atas jalan.

"Apa dia buat dekat sini....."Gumamnya perlahan. Langkahnya mati. Matanya masih memandang sekuntum bunga mawar yang jatuh di atas jalan itu.

"Gibran."Tanpa sedar meniti nama lelaki itu di bibirnya.

........

Eiyad menghempaskan tubuhnya di atas tilam nipis di sebuah bilik yang di diaminya dua minggu yang lalu.

Matanya tajam memandang gambar pasangan suami isteri yang kelihatan mesra dan bibir pasangan itu mengukir senyuman yang sangat bahagia.

Dia bangun lalu duduk menunjur di atas tilam itu. Botol kaca yang bertulis Tiger di hujung tilam itu di ambil lalu dia togoknya rakus. Matanya tidak lepas memandang pasangan itu.

"Kau tunggu Carlos, Aku akan buat dia kenal siapa kau. Bangsat!" Botol yang masih berisi air itu dilemparkan tepat pada gambar yang bertampal di dinding usang itu.

"Argh!" Jerit Eiyad Segala yang berdekatannya di lemparkan.

......

Gib hanya mendiamkan diri setelah mendengar apa yang di ceritakan Raymond. Dia seperti tenggelam dalam dunianya sendiri.

Wajah Gib juga serius semacam sahaja.

"Bullshit! Aku cakap dengan kayu ke!"Maki Raymond.

"Aku dengar lah sial. Lelaki tu. Kau dapat kejar?" Tanya Gib setelah agak lama dia mendiamkan diri.

"Aku nak kejar la tapi dia cross line (earpiece). Katanya biar je. Nanti pandailah dia muncul lagi. Dia relaks je macam hanat.." Cerita Jason lagi.

Gib mengeluh sebelum angkat bahu.

"Kau ikut je game dia..Dalam kepala otak dia tu banyak wiring yang masih bersimpul."
Jason automatik menjeling Gib dengan ekor mata.

"He is in danger Gib, You should do something."

Sekali lagi Gib melepaskan keluhan.

"Kita ikut sahaja rancangan dia. Always keep an eye on Zahra. If it involves her. it's very dangerous." Pesan Gib.

"Ish aku tak boleh bayang weh. Takut pula aku. Orang melayu kata Grisau."kepala Raymond di gelengkan.

"So always keep an eye on her!"

"Tapi kan...."

"Woi dah la. Tu pintu keluar sila berambus aku banyak kerja lagi nak hadap dari dengan Grisau, Grisau kau tu sssh.. Berambus."

"Eleh kau sehari dua ni mood swing memanjang." Raymond laju bangun dari duduknya dan terus memboloskan tubuh keluar dari bilik pejabat Gibran.

Gib bersandar di kerusinya. Nafasnya di helakan. Moga apa yang di rancang mereka akan membuahkan hasil.

"Welcome back Eiyad."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience