Markah

Humor Series 496

Kertas peperiksaan di tangan di lihat dengan tiada perasaan. Nombor 28 yang tertera dihujung kertas membuatkan dia terkedu. 28...? 28? Tangannya menggenggam kertas tersebut dengan kuat hingga hampir renyuk. Derumannya tidak dapat di tahan lagi. Kenapa 28?  Kertas peperiksaan di buka beberapa kali untuk memastikan apa yang salah. Semua careless mistakes! Bodoh. 

    “Yang kau growling macam singa apasal Faiz?” Enrique yang berada disebelah menggenggam bahu Faiz dengan perlahan. Takut dengan perangai kawan sekelasnya yang tiba-tiba menderum macam orang kena histeria. Kertas ditangan Faiz dilihat. 

    “Kau dapat berapa?” Kertas ditangan Faiz cuba dirampas.

    “Mind your own business, Enrique.” Faiz dengan mukanya yang serupa gorilla menyentak kertas peperiksaannya yang cuba dirampas Enrique. Enrique terkedu. Raid yang berada disebelah Faiz dipandang.

    “Whats wrong with him?” Faiz disebelah hanya membungkam. Kepalanya dilentokkan ke meja. Mukanya jelas menunjukkan dia tengah frust. Frust menonggeng kalah orang putus cinta. Raid menjongket bahu. 

    “Dunno.” 

    “Kau dapat berapa?” Faiz yang kepalanya terlentok di meja memandang Raid dengan kosong.

    “93.” Katanya dengan muka selenge. Mata Faiz terbuntang luas. 

    “Meh sini. Aku nak tengok.” 93? Tangannya dengan spontan merampas kertas peperiksaan  di tangan Raid. Dia langsung tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Kertas itu di buka. Selepas beberapa minit dia memeriksa kertas peperiksaan Raid, dia memulangkan semula kertas itu kepada tuan punya badan. Muka Raid masih selenga macam tadi.

    “Kenapa?” Soal Raid sepatah. Faiz menggeleng. kertasnya tadi dicampak ke bawah meja. Raid yang berada disebelah hanya membiarkan Faiz dengan perasaan kecewanya. Kerusi yang didudukinya dijongket-jongket. 

    “Hoi!” Rifqi yang datang entah dari mana menghempas kertasnya di meja Raid. “Yang kau gundah gulana macam laki mati bini ni apasal Faiz?” Rfiqi mengambil kerusi dan melabuhkan punggungnya dihadapan Faiz yang masih lagi kepalanya di atas meja. Faiz menjeling tajam.

     “Kau nak apa?” Nada suaranya yang lebih dalam dan sejuk dari lautan dekat Antartik membuatkan Rifqi menikus. Matanya yang dingin merenung Rifqi dengan tajam. Rifqi mula berpeluh-peluh macam baru lepas lari 100 kilometer. Dengan perlahan dia menjauhkan dirinya daripada Faiz yang nampaknya sedang bad mood.

    “Kenapa dengan kawan kau tu? Seriau aku tengok dia.” Rifqi membisik perlahan kepada Raid.

    “Aku dengarlah!” Jerit Faiz yang berada disebelah. Raid pula tersengih. 

    “Aku tak tau.” Jawabnya sambil menjongketkan kerusinya. 

    “Kau dapat berapa?”  Faiz yang moody bertanya pula soalan cepu emas kepada Rifqi. Macam mana dia boleh tersenyum lagi? aku tak fahamlah dia ni. “Tadi kau kata kau nak tambah markah.”

    “Dah tambah dah.” Rifqi melihat kertas peperiksaannya dengan gembira. 

    “Yelah, berapa?”

    “Alhamdulillah. Dua angka.” Jawabnya dengan bangga. Terjatuh rahang Faiz. 

    “Maksud kau?”

    “Tadi aku dapat sembilan. Lepas tu aku suruh cikgu tambah dapatla sepuluh.” 

    Haaaa.....?

    Muka Rifqi berseri-seri. Rifqi yang berada dihadapannya tersenyum gembira. Kawan sekelasnya yang lain mula berkerumun di meja Faiz dan Raid. Faiz masih lagi dalam keadaan yang terkejut.

    “Kau dapat berapa, Ki?” Farhan dengan ketawa yang masih bersisa merampas kertas Rifqi. “10?” Ketawanya sekali lagi terburai. “Sama!” Jeritnya dengan gembira. Rifqi ketawa sekali. 

    “Yang lain dapat berapa?” Kertas soalannya mula bergerak ke seluruh pelusuk kelas.

    “Mat dapat 18, Siva dapat 20,  Enrique kau dapat berapa?” Jerit Farhan memanggil Enrique yang sibuk berbual dengan pelajar kelas lain di pintu kelas.

    Aku tak faham dorang ni. kenapa dorang boleh jadi carefree sangat?

    “45.” Balas Enrique dengan suara yang kuat. Sekali lagi tawa mereka pecah. 

    “Kebanyakkan dalam kelas dapat bawah 50.”  Mat yang sedang menyandarkan punggungnya di meja Faiz mencelah. Mat menggulung kertasnya dan memukul perlahan kepala Faiz. “Lek la Faiz. Ni baru ujian selaras satu.” Mat cuba menenangkan Faiz.

    “Yelah. Nama pun Addmath. Memanglah semua senang fail. Lepas ni Insya-Allah semua boleh buat.” Rifqi pula mencuba nasib. Namun gagal. Faiz masih lagi diam. “Kecuali Raid. Dia nampak je bengap. Tapi dalam bab kira-kira dia nombor satu.” 

    Raid tersengih. Ingin sahaja dia cuba memujuk Faiz tapi dia langsung tak tahu ayat yang sesuai untuk dicakapkan. Kalau salah cakap tak ke naya aku? Faiz menarik nafas dalam-dalam. 

    “Tak, semua salah aku sendiri. Apa yang aku jawab mostly careless mistakes.” Faiz menutur perlahan. Sedikit sebanyak apa yang dikatakan kawan-kawannya meringankan hatinya yang sedang berat. Kertas di bawah meja di ambil semula dan diletakkan ke atas meja. 

    “Okey lah tu 28. Daripada aku dapat 8 je.” Suara Kumar yang muncul dari mana membuatkan semua ketawa sakan. Melihat gelagat rakannya yang lain membuatkan Faiz menguntum senyuman kecil.

    “See, at least kau tau apa yang kau buat salah. Well, we learn from our mistakes, am I right?” Mat menepuk bahu Faiz perlahan. Apa yang dikatakan Mat betul belaka. 

    “Betullah tu.” Buku latihan Addmath dikeluarkan dari beg. “Dah, baik sekarang korang buat correction. Sementara ada masa ni.” Mood rajinnya kembali.

Semua yang berada di sekelilingnya mula buat muka.  Satu persatu beredar ke tempat masing-masing. Malas ereka hendak berada di situ lama. Raid tersengih. Kelakarlah dorang ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience