Eiyad dan Arjuna jalan beriringan menuju ke sebuah Cafe.Mereka mengambil tempat duduk.Arjuna duduk dengan perlahan kerana terasa ngilu pada bekas luka pembedahannya.
Eiyad menyilangkan kakinya sambil melihat menu ditangannya.
"Macamana senang tak kau nak keluar tadi?"soal Eiyad pada Arjuna.
"Senang kau kata, aku nak soalan Ratna macam peluru tu.Kau pun tahu Ratna risaukan aku"ujar Arjuna pada Eiyad.
"Adui kau ni tulah manalah Ratna tak risau dengan kau.Dia takut hilang kau lagi Juna.Jadi cukup-cukuplah buat dia risau"kata Eiyad.
"Oh yeah apa yang penting sangat sampai tak boleh cakap dekat rumah?"soal Arjuna pada Eiyad.
Eiyad menghembuskan nafasnya.
"Straight to the point okay.Sebenarnya malam kau kena pukul tu ada saksi yang terserempak dengan orang yang pukul kau ni.Dan apa yang orang tu cakap dia kata lelaki yang pukul kau ni ada parut dekat dahi dia macam bekas parut lama"jelas Eiyad pada Arjuna.
Arjuna mengerutkan dahi dengan seribu persoalan.Parut? Dahi? Siapa ada parut dekat dahi?.
"Orang tu cakap itu aje?"soal Arjuna dengan soalan semula.
Eiyad angguk perlahan.
"Parut dekat dahi? Tak mungkin dia?"ucap Arjuna tiba-tiba.
"Siapa dia? Kau ada kenal mana-mana orang yang ada parut dekat dahi ke?"soal Eiyad pada Arjuna.
Arjuna membetulkan duduknya dan mendekati Eiyad.Arjuna membisikkan sesuatu pada Eiyad.Muka Eiyad berubah sedikit.
"Maksud kau yang pukul kau ni kawan sekolah kau?"soal Eiyad.
"Aku just rasa dia.Tapi aku tak tahu motif dia sebab apa? dan last aku jumpa dia waktu zaman sekolah dulu."cerita Arjuna pada Eiyad.
Eiyad memandang tepat ke arah Arjuna.
"Nama kawan kau ni Raiqal ke?"soal Eiyad dengan nada mendatar.
Arjuna terkejut dengan soalan Eiyad.Macamana Eiyad boleh tahu pasal Raiqal?.
"Chopp!!! macamana kau tahu nama dia Raiqal?"soal Arjuna dengan nada serius.
Eiyad tersenyum nipis.Dia meneguk kopi yang ada dihadapannya.
*********
Datin Habsah mencium sesuatu yang saat sedap dirongga hidungnya.Dia mencari-cari mana datang bau yang sedap dan manis.
Dia menjengah ke dapur.Ternampak Ratna mengeluarkan sesuatu daripada oven.
"Ratna....ratna buat apa?"soal Datin Habsah.Ratna tersenyum manis.
"Ratna buat kuih bakar.Abang kata Mummy suka makan kuih bakar"ujar Ratna.
Datin Habsah tersenyum melihat Ratna yang berusaha membuat kuih bakar.
"Erm....patutlah Juna pilih Ratna serba serbi pandai.Sekarang nak cari anak dara yang pandai masak memang susah.Bau sampai atas Mummy boleh bau.Mesti sedap ni"puji Datin Habsah walaupun belum lagi menjamah kuih bakar buatannya.
Ratna memotong sedikit kuih bakar dan menyuap Datin Habsah.Ibu mentuanya merasa kuih bakar Ratna sambil memejam mata.
"Masyallah Sedapnya Ratna.Arjuna mana dia pun suka kuih bakar ni"puji Datin Habsah.
"Abang keluar dengan Eiyad.Tak balik lagi"kata Ratna.
"Keluar? Kan masih belum sihat lagi?"soal Datin Habsah.
Ratna hanya mendiamkan diri.
********
Raiqal memerhatikan Arjuna dan seorang lelaki yang tidak dia kenali figuranya.Tetapi selalu ada dengan Arjuna dimana-mana.
Dia mahu mengikut gerak Arjuna tetapi telefon pintarnya berbunyi tertera nama Afrina diskrin.Dia menjawab panggilan itu.
"Hello kau nak apa lagi?"soal Raiqal dengan nada marah.
"You tolong I . I tak tahu nak buat apa sekarang? I pregnant anak you tau?"soal Afrina didalam talian.
"You yakin ke tu anak I? Entah-entah anak dalam kandungan you tu anak jantan lain"kata Raiqal sebelum menamatkan panggilan telefon dan matanya melilau mencari kelibat Arjuna.
Dia mengetuk stereng keretanya dengan kuat berkali-kali.Tak guna! Afrina.
*******
Ratna masuk ke dalam bilik dia melihat Arjuna tekun membaca buku di atas katil.Dia mendekati Arjuna yang masih khusyuk.Buku ditangan suaminya diambil.
"Sayang...kenapa ni?"soal Arjuna.Dia mengambil balik buku dibelakang badan Ratna.
" Abang ni sejak petang tadi banyak diam saja.Makan tadi pun tak banyak cakap.Kenapa ni? Abang ada masalah ke?"soal Ratna pada Arjuna.
Arjuna menghela nafas berat.Dia memandang wajah Ratna sedalam-dalamnya.
"Tak ada Abang okay.Sayang okay tak?"soal Arjuna memegang bahu Ratna.
"Besok Sayang ada check up baby.Abang boleh temankan Ratna pergi hospital"ujar Ratna.
"Ermmm....boleh pukul berapa nak pergi?"soal Arjuna.
"Dalam pukul sembilan macam tu"kata Ratna pada Arjuna.
"Okay mari sini duduk sebelah Abang"panggil Arjuna sambil menepuk tilam.
Ratna duduk disebelah Arjuna.Arjuna mengusap rambut Ratna dan mencium ubun-ubun isterinya.
Ratna rasa pelik dengan perubahan Arjuna malam ini.Timbul kerisauan dalam hatinya.Dia mendongak memandang wajah suaminya.
*******
Selesai pemeriksaan kesihatan kepada Ratna dan anaknya, Arjuna memegang tangan Ratna tidak mahu lepas.
"Sayang Abang pergi ambil kereta kejap.Sayang tunggu sini kejap"kata Arjuna pada Ratna.Ratna mengangguk perlahan.Arjuna berjalan ke arah tempat parkir kereta.
Tiba-tiba ada sebuah kereta membrek secara mengejut dihadapan Ratna membuatkan dia sedikit terkejut.
Seorang lelaki keluar daripada kereta dan menarik Ratna .Arjuna yang berpaling ternampak kereta yang mencurigakan.
Arghhhhh!!!!!
Jeritan Ratna mengejutkan Arjuna dikereta.Dia nampak seseorang menarik tangan isterinya masuk ke dalam kereta.Dia cuba mengejar kereta itu.
"Ratna!!! Ratna!!!"jerit Arjuna.Lalu dia pantas menuju ke keretanya dan cuba mengejar kereta tadi tapi kereta itu menghilang dengan laju.
Dia menghubungi Eiyad.
"Hello....Eiyad tolong....aku Ratna....kena culik"ucap Arjuna bergetar suaranya.
*******
"Lepaskan saya!!! kalau kau nak duit kau boleh mintalah"kata Ratna pada lelaki itu.
"Kau diam!!!! aku bunuh anak kau kalau kau bising"jerit lelaki itu.
Ratna memegang perutnya takut kalau pisau ditangan lelaki yang dia tidak kenal itu menikam perutnya.
Ya Allah Arjuna tolong saya.Saya takut sekarang.Mana awak Arjuna.
*******
Eiyad berlari ke arah Arjuna yang mundar mandir risaukan keselamatan Ratna dan anaknya.
"Kau ingat tak nombor plat dia?"soal Eiyad pada Arjuna.
"Aku cuma ingat kereta dia warna putih jenis bmw X3 turbo.Nombor plat depan JIA 345.Tolong aku Eiyad isteri aku dengan anak aku "kata Arjuna merayu pada Eiyad.
Eiyad menghubungi seseorang yang dikenalinya sudah sekian lama.Tidak lama Arjuna menanti ada satu panggilan dengan nombor private.
Dia menjawab panggilan itu.
"Raiqal"
Suara lelaki membawa kerutan pada dahu Arjuna.Dia toleh kepada Eiyad yang masih dalam panggilan.
"Oh tak perlu susah-susah aku nak kenalkan diri aku lagi.Aku bagitahu kau lokasi sekarang.Ingat pesan aku, aku boleh seksa isteri kau ni sampai kau muncul.Dan ingat kalau kau bawa orang lain kau akan tengok mayat isteri dengan anak kau aje.Semua tu tanggungjawab kau"Pesanan itu keras dan yakin.
Alamat dibaca.Arjuna mengerutkan dahi dan talian terus mati.
"Damn!!"Eiyad mahu mencampakkan telefonnya dengan kasar.
"Berhenti, Eiyad"ucap Arjuna.
"Arjuna?"
"Ini tanggungjawab aku.Aku kena selamatkan Ratna dengan anak aku"pinta Arjuna.
"Aku ikut kau!"ujar Eiyad.
"Tak boleh"
Arjuna berlari menuju ke keretanya.Pedal minyak ditekan dengan laju.Eiyad cuba mengikut gerak kereta Arjuna.
Dia menyelit ke semua laluan yang dirasakan lapang.Setiap detik adalah penting untuknya.Ratna dan anaknya tak perlu menanggung kesannya.Dia tidak mahu sesiapa sakit lagi.
Berharap moga tidak apa-apa yang terjadi pada Ratna.Apa saja, tapi bukan Ratna dan anaknya.Kali ini saja tuhan.
Share this novel