Bab 5

Fantasy Completed 13895

"JANE BANGUN!" Tuk tuk tuk.. Pintu bilik diketuk seperti hendak roboh.

"ye ye mak! Kejapp" jane bangun dan melihat jam di dinding biliknya.

Hah?! Dah pukul 8.00 oh tidak!
Gadis itu bingkas bangun dan berlari menuju ke dalam bilik air untuk bersiap.
___________

Puan erika menggelengkan kepala melihat anaknya tergesa gesa memakai kasut di depan pintu.
"kenapa lambat bangun jane? Selalunya bangun sendiri"

"malam tadi jane tak dapat tidur la mak.. Er jane pergi dulu mak bye" laju gadis itu mengorak langkah menuju ke sekolah setelah dia menghadiahi ciuman di pipi maknya.

"jane jaga diri"
_________________

Jane menarik nafas panjang setelah berlari lari anak untuk sampai ke sekolah. Penatnya.
Dia melihat jam di tangannya menunjukkan waktu 8.20. Ada lagi 10 minit.

Baru kakinya hendak melangkah tiba tiba...

"budak lembik"

Jane menoleh ke tepinya. Kai? Dia pun lambat?

"dah jom masuk kelas" ujar kai sambil menjeling sekilas ke arah gadis di sebelahnya.

Eh? Dia ajak aku ke?

"paul"

"ya tu.. Eh kai.." Paul tersenyum ke arah jane. Nasib baik tak tersasul panggil tuan. Eric dan martin hanya mengangguk kecil memandang jane.

Jane menggigit bibir. Budak baru? Boleh tahan juga.. Eh jane jangan nak menggatal.
___________

Suasana di dalam kelas terus senyap apabila mereka melangkah masuk.

Kai buat tak kisah. Dia berlalu masuk dan duduk di tempatnya.

Habis Paul, eric dan martin dikerumuni oleh para pelajar yang kebanyakannya perempuan yang ingin berkenalan dengan mereka.

Jane berlalu masuk. Dia berjalan di balik ributan manusia di tengah kelas yang sibuk dengan pelajar baru. Kalau boleh dia tak mahu ada orang perasan yang dia baru datang dan masuk kelas sama waktu dengan si kai. Lebih lebih lagi sarah a. K. A singa betina. Tidak sama sekali.

Kelas dimulai apabila puan heni masuk dan mula mengajar. Harini guru wanita itu agak berlainan.

Jane memerhatikan cikgunya dari atas ke bawah. Boleh ke pakai skirt atas lutut? Lengan pendek dan ketat ke sekolah?

Mata puan heni tidak putus putus memandang ke arah kai. Dah kenapa?

"puan heni lawa lah hari ni" jerit salah seorang pelajar lelaki. Kata-katanya disahuti dengan anggukan beberapa orang pelajar lelaki.
"peewitt" suara suara nakal mula kedengaran.

Jane semakin pelik memandang tingkah laku Puan heni yang semakin tersipu malu memandang kai di tepinya.

Jane mengerutkan dahi memandang kai. Dia ni tak perasan ke tak ada perasaan?
_____________

Kringg.. Bunyi loceng rehat berbunyi.

Sarah menoleh memandang kai. Dia tersenyum. Segera diatur langkahnya menuju ke arah lelaki itu. Harini dia mesti rehat dengan aku!

"kai.. Jom rehat dengan saya?" manja sarah bertanya sambil tangannya diletakkan di atas bahu kai yang masih lagi meletakkan kepalanya di atas meja sambil menutup mata.

Aduh perempuan ni lagi Menyemaklah! Rungut kai dalam hati. Tanpa berlengah lelaki itu segera bangun dan berjalan keluar dari kelas tanpa memandang wajah sarah. Rimas!

Sarah terdiam. Dia memandang tidak percaya. Apa?! Kau tak pandang pun muka aku? Siallah. Tak apa.. kau jual mahal.. Kau tunggu kai..

Jane masih tekun menulis sesuatu di buku kesayangannya. Dia masih tidak menyedari ada aura hitam yang sedang memerhatikan dirinya.

Sarah memandang benci jane di hadapannya. Budak bodoh sial!
"eh budak bodoh.. Kau jangan cari pasal dengan aku kalau kau tak nak sakit" bisik sarah berbaur amaran kepada jane sambil menunjukkan jari telunjuknya tepat di wajah gadis itu.

Terkebil-kebil gadis itu memandang sarah. Dia hanya mampu mengangguk saja. Haih.. Apalah nasib.
______________

Paul mengangkat keningnya ke arah eric dan martin untuk mengajak mereka keluar mengikuti langkah kai.

Masing-masing hanya mengangguk dan segera bangun keluar dari kelas.
________________

Jane melabuhkan punggung di tempat duduk di tepi kolam. Dia mengeluarkan sebuku roti dan mula mengunyah perlahan-lahan.

Satu persatu cebisan roti yang dikoyak di masukkan ke dalam mulutnya sambil  termenung.

"kenapa makan kat sini?" satu suara menyapa.

Hah? Jane tersedar dari lamunannya. Dia tertoleh toleh mencari dari mana datangnya suara itu.  Aku mengigau kot.

"budak lembik" selamba kai duduk bersebelahan dengan gadis itu.

Jane segera menoleh ke arah kirinya. Alamak!
Bingkas gadis itu bangun.
"awak buat apa kat sini? Tolonglah jangan ganggu saya lagi."

"kau rasa aku kacau kau ke?" ujar lelaki itu sambil memandang tepat ke wajah Jane yang tersembunyi di sebalik rambutnya.

"bu...bukan macam tu.... Saya.. Saya cuma tak.."

"dahla" potong lelaki itu.
Kai terus bangun dan berlalu pergi meninggalkan jane.

"eh kai!" aku tak habis cakap lagi. Dia merajuk ke? Aduh jane! Kau buat apa nii?!
Gadis itu menepuk dahinya.
_______________

"tuan....kenapa terlalu kisah dengan perempuan tu?"
Paul menyoal sambil mengikuti langkah kai dari belakang.

"bukan urusan kau.." kai menoleh memandang paul.
"kau bertiga jaga dia"

Hah? Eric dan martin berpandangan sesama sendiri. Tapi kenapa?

"kenapa tuan?" Paul mengerutkan dahinya keliru.

"sebab aku yang suruh." ujar kai ringkas dan terus berjalan masuk ke dalam kelas.

Tercengang mereka bertiga melihat kai. Boleh pula macam tu.
____________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience