Bab 4

Action Series 3232

"Abang nak bawak Dira pergi mana ni?" Nadira menatap wajah suaminya yang tengah memandu itu. Si bulus diatas ribanya diusap lembut. Setiap kali mereka hendak berjalan mana-mana, kunyit wajib dibawa sekali. Nadira tidak mahu jikalau kunyit mempunyai tekanan perasaan sehinggakan bulu-bulu orennya berteraburan didalam mansionnya.

Tengok kunyit rindu pula dia terhadap Billie di rumah ibubapanya.

Seminggu selepas Nadira tinggalkan rumah itu, Billie kelihatan diam dan tidak mahu makan. Mujur la Nadia memujuknya dengan bagi makanan royal canin, baru lah si Billie makan bagaikan tak ingat dunia.

Belagak betul.

"Jalan-jalan. Lama abang tak bawak isteri abang ni berdating. Selama ni abang sibuk kerja." Tutur Damien Louis dengan mendatar. Rayban yang terletak dimatanya ditambah pula memegang stereng menggunakan tangan kirinya membuatkan jejaka itu kelihatan hot dan sexy.

Nadira menyembunyikan senyumannya melihat sisi suaminya itu.

"Lagipun sayang terperap dalam rumah. Langsung tak keluar mana-mana, abang rasa bersalah dekat Dira." Sambung Damien Louis dengan matanya sekali imbas memandang isterinya disisi. Sejak mereka sudah menetap di negara ini, boleh kira beberapa kali sahaja Damien Louis membawa Nadira jalan-jalan makan angin. Nak bawa jalan secara kerap, risau nanti mereka diekori oleh musuhnya.

"Dira faham la abang." Nadira mengukir senyuman pahitnya. Memang bosan bila terperap dalam rumah, tetapi nak buat macamana kena la terima hakikat suaminya terlalu sibuk dalam pekerjaannya.

"Mulut tak selari dengan hati. Kan sayang?" Duga Damien Louis dengan senyuman sinisnya. Nadira mengemam bibirnya.

Haih, tak boleh betul nak menipu sikit dengan suaminya. Pandai betul baca reaksi wajah orang.

"Mana ada. Kunyit, tengok daddy ni over acting sangat." Matanya tertacap kearah kunyit yang baring diatas riba Nadira. Tak sampai destinasi lagi dah tidur budak oren ni.

"Kunyit pun taknak layan sayang." Damien Louis ketawa kecil melihat anak bulusnya diatas riba isterinya.

Kunyit adalah hadiahnya untuk Nadira supaya buat peneman dimansionnya.

Harapkan Daniella Luna datang rumah, adiknya juga ada kerja perlu dibuat. Gadis itu tak ubah seperti pemgarah syarikat itu terlampau sibuk sehinggakan lupa nak balik ke mansion papa mammanya. Jadi memandangkan isterinya sayang kucing, kunyit lah jadi anak mereka buat masa kini.

Biarpun akan datang nanti mereka sudah ada anak, kunyit tetap akab jaga sampai bila-bila.

Cuma bila Belle dan Ece Hande keluar, Damien Louis terpaksa menyuruh Daniella Luna atau yang lain membawa keluar kunyit dari mansion tersebut kerana 'mereka berdua' bencikan kucing terutama sekali Belle.

Risau nanti terjumpa kunyit, Belle akan bunuh binatang bulus itu. Walaupun Belle nampak gedik, acah diva namun tetap ada sisi gelapnya. Dia psiko lagi teruk daripada Eva. Sekejam Ece Hande sekalipun, dia tiada niat sikitpun nak bunuh kunyit sebab dia tahu Nadira adalah pencinta kucing.

"Huh baru jer keluar, dah tidur mengada betul anak bulus mummy ni." Gumam Nadira sambil mengusap bulu kunyit dengan lembut. Tersenyum sendiri dia memikirkan hal kehidupannya yang semakin bahagia. Suaminya selalu melayannya tak ubah macam bidadari. Semoga hal ini berkekalan kehendakknya.

.
. .

"Hey! Ini tempat kita mula-mula dating kan. Food truck dia makin cantik. Dah maju perniagaan diorang sekarang ye." Nadira tersenyum gembira melihat foodtruck dihadapannya.

Disinilah bermulanya Nadira dan Damien Louis berdating selepas sahaja gadis itu menyelamatkan lelaki itu daripada terjun dari jambatan.

Dalam erti kata lain, Damien Louis hampir pernah bunuh diri akibat depressed teruk. Terlalu mengikut ilusi dan kata hatinya menyebabkan dia membuat keputusan terburu-buru.

Dalam bebanan masalah keluarganya yang menimpa-nimpa, dan ditambah pula orang yang dia cinta mati bunuh diri. Walhal perhubungannya mereka amat baik dan langsung tiada pergaduhan.

Sejak dari itu, pintu hatinya untuk gadis lain sudah tertutup. Malah penyakit yang dia hadapi itu semakin teruk. Ubat yang pakar pskiatri bagi dia hanya buang dalam bakul sampah. Biarlah dia hidup dibelenggu kisah silamnya. Buat apa dia nak pulih lagi, hidupnya sudah terumbang ambing. Orang lain dah tak mahu nak jaga dia.

Namun, kehadiran Nadira yang menyelamatkannya membuatkan Damien Louis terkedu tak terkata. Pada awalnya dia benci akan gadis itu. Dan melihat telatah comel gadis itu membuatkan Damien Louis tekad yang gadis comel ini akan jadi miliknya.

Tak akan dia lepaskan gadis itu sampai bila-bila.

Dia sanggup berjumpa dengan pakar pskiatri kembali demi mencari Nadira dalam beberapa tahun kemudian. Walaupun dia masih belum pulih lagi sampai sekarang. Hanya bergantung dengan ubat ubatan sahaja.

Dan akhirnya, Nadira sudah jadi isterinya yang sah.

Adra Nadira... Bukan hanya dia sahaja yang Damien Louis cintai, tetapi 'mereka' juga perlu mencintai dan perlu dijinakkan.

Huh, dijinakkan? Kerana ada dikalangan 'mereka' yang sedang membencinya. Perkara mudah bagi Damien Louis dalam hal itu.

"Diorang dah ada cafe sendiri dah pun. Tapi masih nak jual kat sini. Sini kan tempat orang ramai selalu beriadah." Terang Damien Louis kepanjangan. Nadira hanya meng'oh'kan sahaja.

"Sayang duduk sini, abang pergi order. Sayang nak ais krim jugak kan?" Nadira melabuhkan punggungnya diatas kerusi kayu. Bagpack pet carrier yang didalamnya ada kunyit diletakkan dibawah meja. Biar kunyit duduk dalam bag itu dahulu. Nanti sampai taman, mereka akan bebaskan kunyit dibawah pengawasan pasangan itu. Perlu kena ikat tali harnes supaya kunyit tak hilang.

"Macam biasa."

"Aiskrim chocolate kan. Abang order okey." Damien Louis mengucup dahi Nadira dan terus order aiskrim untuk mereka. Nadira tersenyum malu akan kelakuan suaminya yang berbuat demikian dihadapan khalayak ramai.

Orang ramai hanya tersenyum nipis memandangnya, ada yang menunduk hormat kepadanya. Duduk di Itali ni makin tinggi darjatnya ya.

Asal terjumpa dengan orang ramai, pasti ada yang menunduk hormatnya. Pelik betul. Bukannya dia permaisuri Itali pun sampai nak hormat macam tu sekali.

Bila ditanya, suaminya membalas tak payah layan.

Hanat.

Dalam Nadira tak tahu, rakyat eropah perlu menunduk hormat apabila terjumpa dengan The Kaysher family. Memang dari zaman nenek moyang The Kaysher, rakyat marhaen perlu berbuat sebegitu. Namun, pada zaman Tuan Danzel Kaysher menjadi ketua mafia, segala peraturan sudah dilonggarkan. Tak perlu nak menunduk hormat lagi terhadap mereka lagi. Tetapi masih ada lagi yang berbuat demikian.

Nak buat macamana, sudah melarang mereka tetap buat lagi. Mereka biarkan sahaja kesudahannya.

"Auch..." Tubuh belakangnya dilanggar kuat oleh seseorang. Sakitnya bukan main kepalang. Nak marah tapi kena sabar.

"Mi dispiace signorina." Ucap lelaki yang berhoodies hitam itu dengan menunduk.

"It's okey, no problem sir." Balas Nadira dengan mendatar. Fuh, baik pula kau sejak duduk Itali. Kalau di Malaysia ni memang lunyai lelaki ni dibelasahnya.

Lelaki itu memandangnya. Pandangan mereka bersabung.

"Signora... I'm sorry." Ucap lelaki itu dengan nada ketarnya. Terus dia berlalu pergi meninggalkan Nadira yang terpinga-pinga itu. Wajah lelaki itu langsung tak kelihatan. Mask hitam menutupi diseluruh wajahnya hanya menampakkan iris mata biru cerah itu.

"Err... Lantak lah."

Mata dah cantik, tapi buta. Punya la luas nak berjalan, boleh lagi terlanggar dia ya. Hanya mampu simpan barannya dalam hati sekarang ini. Sudah jadi isteri orang, perangai brutal dia kena kurangkan.

Hanya di Itali sahaja.

Bila sampai di Malaysia, jangan harap dia nak lemah lembut.

"Sayang? Pandang siapa?" Lamunannya tersentak dikala suaminya memegang bahunya dengan lembut.

"Err.. Takde siapa-siapa lah." Bohong Nadira mendatar. Takkan nak cakap dia pandang lelaki yang langgarnya tadi. Lagipun Damien Louis paling pantang kalau ada orang langgar Nadira walaupun tak sengaja. Nanti pengakhiran orang itu adalah kematian.

Tiba-tiba bahu Nadira dicengkam separa kuat oleh Damien Louis. Gadis itu meringis menahan sakit. Tubuhnya dibawa berhadapan dengan suaminya.

"Jangan pandang lelaki lain. Abang tak suka." Anak mata Damien Louis menikam tajam kearah anak mata Nadira.

Rahangnya diketap kuat. Ujaran dingin itu cukup membuatkan bulu roma Nadira menaik.

Jangan bangkitkan amarah suami wahai Nadira. Mood baran suaminya lagi teruk darinya.

Tetapi mujur si suaminya jenis tak pernah berkasar dan angkat tangan terhadapnya. Namun sekadar tinggikan suara, itu dah biasa. Tak lama beberapa minit kemudian, Damien Louis akan minta maaf kepadanya kembali.

Nadira mempamerkan senyuman manis. Kedua rahang tajam suaminya mengelus lembut.

"Buat apa Dira nak pandang lelaki lain, suami Dira cukup hensem dimata Dira tau. Jangan la jeles." Dan senyuman manis tadi telah bertukar menjadi senyuman menyeringai.

"Dan abang pun, jangan nak sesekali bermain mata dengan perempuan lain. Kalau Dira nampak..." Wajah Nadira didekatkan ditelinga suaminya.

"Nahas abang Dira kerjakan." Bisiknya dengan nada sensual seraya digigit lembut cuping telinga Damien Louis.

Damien Louis terkesima dengan perbuatan isterinya yang seolah cuba menggodanya. Lalu bibirnya terukir sinis.

I like it.

"Jom makan, nanti aiskrim cair."   Pamit Nadira dengan kembali senyum manis. Baru hendak mulakan suapan pertama, Damien Louis memegang tangan kanannya dengan separa kuat.

Alis kening Nadira dinaik. Kau dah kenapa?

"Buat muka tak bersalah ye, dah la gigit telinga abang depan orang." Ujar Damien Louis dengan senyuman sinisnya. Ni mesti dah khatam tengok ketiga-tiga series 365 days ni, patut nakal Nadira lain macam.

Tak boleh jadi ni, siaran netflix nanti dia akan potong dan biar Nadira tengok series turki yang bertemakan mafia sahaja. Tak lupa ceramah-ceramah agama juga patut dia menyuruh isterinya menonton.

"Bukannya diorang berani nak kacau kita pun, ni tempat abang kan." Nadira menjuih bibirnya sambil mengerling tajam kearah suaminya. Lalu dia menyambung kembalikan menyuapkan aiskrim kegemaran dimulutnya.

Layan kerenah suaminya memang takkan habis. Nak mengusik pun tak boleh. Takut tergoda lah tu. Tapi taknak mengaku.

Ego tinggi betul Damien Louis Kaysher ni.

"Dah berani ye sekarang. Siapa ajar ni?" Damien Louis mencuit bahu Nadira dengan lembut. Setahu dia, Nadira malu nak mengusiknya dikhalayak ramai. Yang tak malu hanya Belle sahaja yang berbuat demikian.

Tiba-tiba Nadira menunduk kepalanya dengan mata terpejam. Lalu tak sampai beberapa saat wajahnya diangkat kembali dan matanya dicelik luas.

Iris mata merah kehitaman menghiasi dianak matanya.

Eva Alexandra.

"Aku yang ajar." Balas Eva dingin. Damien Louis terpempan.

Eva? Dah lama dia tak kembali selepas kisah dendam Nadira dah terbalas. Kalini dia kembali semula.

Tapi kenapa?

"Eva?" Damien Louis cuak melihat Eva memegang kepalanya dengan wajahnya yang seolah menahan sakit itu. Jelas nampak air matanya mengalir dipipi mulus gadis itu. Lalu jejaka itu membawa tubuh kecil itu dipelukkannya. Kepala gadis itu disandar didada bidangnya.

Kepala gadis itu diusap dengan lembut. Bibirnya berkali-kali mengucup puncak kepala isterinya sehinggakan gadis itu kembali terdiam.

Risau akan isterinya yang kaku tiba-tiba itu, Damien Louis melihat wajah isterinya yang iris mata berwarna hitam pekat, bukan lagi iris mata merah kehitaman macam tadi.

Nadira.

"Dira pening la abang." Adu isterinya dengan nada lirihnya. Entah mengapa kepalanya tiba-tiba boleh jadi sakit, seolah mencucuk-cucuk.

"Sayang okey? Makan ubat ya." Ujar Damien Louis dengan lembut. Nadira hanya mengangguk lemah. Teruskan menyuap aiskrim coklatnya walaupun dalam keadaan sakit dan kepalanya masih melekat didada bidang suaminya.

Malu juga bila berada diposisi sebegini, namun ini kan bumi Itali. Siapa yang berani nak kutuk mereka? Lain la di Malaysia, acik-acik bawang bersepah dan pasti mereka suami isteri akan kena kutuk.

Acik-acik bawang dengki kita ada laki hensem.

.
. .
. .

To be continue

komen la...

25 Sept 2022

09:53

1745 words

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience