LZ 1: Permulaan

Drama Completed 177635

TUBUH Ikha diangkat pada bahu lalu terus dibawa masuk ke dalam bilik. Jeritan dan rontaan gadis itu sama sekali tidak membantutkan niat Yazid dari meneruskan perbuatannya. Ikha dihumban begitu sahaja ke atas tilam sebelum Yazid terus menerkam tubuh itu dengan rakusnya.

Dengan Yazid, Ikha cuba bergelut untuk mempertahankan diri dari menjadi mangsa serangan seksual oleh sepupunya sendiri. Meski dia tahu tenaga Yazid terlalu kuat untuk dia takluki, tapi selagi mampu melawan, dia akan cuba bertahan.

Mengapa Yazid berubah dan menjadi sekejam itu?

***

IMBAS KEMBALI

"YAZ. Yaz pakailah tanjak tu. Kita kan nak kahwin," suruh kanak-kanak perempuan itu pada sepupunya. Manakala dia sendiri sudah siap mengenakan crown mainan lengkap dengan velt berwarna merah jambu di kepalanya.

"Haish, asyik-asyik main kahwin-kahwin, asyik-asyik main kahwin-kahwin. Boringlah, tak ada permainan lain ke? Main bola ke, guli ke," komplain Yazid yang tiada mood untuk menyertai permainan itu.

Namun kerana tiada pilihan, dia pun menurut akhirnya untuk bermain kahwin-kahwin bersama sepupunya, Zulaikha yang mesra dipanggil Ikha.

"Yaz handsome pakai tanjak tu. Crown Ikha cantik tak?" tanya Ikha, meminta pendapat pada Yazid. Yazid sendiri hanya membuat muka toya, seperti tiada mood mahu menjawap.

"Yaz, jawaplah. Cantik ke tak crown Ikha?"

"Erm, yelah. Cantik," jawap Yazid akhirnya, walau tidak ikhlas.

Namun Ikha tetap berpuas hati dengan jawapan itu, lantas terus mengajak Yazid untuk duduk di kerusi yang mereka anggap sebagai pelamin.

"Haa, main kahwin-kahwin lagi."

Mereka terperanjat bila suara itu muncul dan menyergah. Keduanya menoleh untuk melihat siapa pemiliknya.

"Ish, Paksu Jul ni, terkejut tau," marah Ikha pada bapa saudaranya yang telah tiba di situ dan mengacau permainan mereka.

"Haish, tak ada permainan lain ke? Asyik kahwin-kahwin je. Nanti lama-lama kahwin betul baru tahu," usik Panjul si bapa saudara. Saja menyakat kedua anak saudaranya.

"Yaz ikut je ni, Pakcik Jul. Dah tak ada kawan lain. Yaz kalau ikutkan nak main bola sepak, gasing, guli. Dah Ikha je yang ada, main jelah," adunya. Tidak bersemangat.

"Tak apa, kalau macam tu kejap lagi main bola dengan Pakcik Jul je. Nak tak?" Panjul mengusulkan.

"Nak nak... Yay, nak main bola, nak main bola." Yazid girang dan melompat riang, serta bangkit dari kerusi pelamin yang di dudukinya.

Kanak-kanak berusia sembilan tahun itu sememangnya cukup rapat dengan Panjul, bapa saudaranya yang masih solo sehingga kini. Yazid kini telah menanggalkan tanjak dari kepala dan mengembalikan benda itu pada Ikha.

Ikha tidak puas hati. Gadis kecil yang berusia sebaya dengannya itu malah membuang muka serta berpeluk tubuh. Tidak setuju dengan tindakan Yazid yang menyudahi permainan kahwin-kahwin mereka begitu sahaja.

"Tak nak kawan Yaz," rajuk Ikha.

Yazid sendiri sudah kebingungan dan cuak mukanya. "Ala, cukuplah dulu. Kan dah setengah jam main kahwin-kahwin tadi." Yazid memujuk.

"Eeii, main jelah dengan Ikha," paksa Ikha.

"Ikha, betullah cakap Yaz tu. Kan dah lama main kahwin-kawin. Bagilah Yaz main bola pula." Panjul pula selaku orang dewasa di situ cuba memujuk anak buah dari abang Ngahnya itu.

"Pakcik Jul la ni. Sebok datang sini kacau kita orang. Dah Yaz tak nak main dengan Ikha lagi," komplain Ikha. Mukanya merengut tidak puas hati pada bapa saudaranya itu.

"Ala, kan dah main dari tadi. Tak elok main kahwin-kahwin lama-lama tau. Nanti kahwin betul macam mana?" usik Panjul lagi. Yazid di sisi lalu ditoleh. Kanak-kanak itu sudah ternganga. Panjul tersengih.

"Apa salahnya kalau kahwin betul pun? Kan Yaz, kan?" Ikha malah senang, dan tersenyum pada Yazid sepupunya.

Yazid malah meringis serta mengundur kakinya selangkah. Seram pula dia melihat senyum Ikha yang comel itu.

"Ish, tak naklah kahwin dengan Ikha. Mana boleh," bantahnya.

"Yaz..." Ikha tidak puas hati. Nama panggilan Yazid dijerit olehnya.

"Kita sepupulah, Ikha. Mana boleh kahwin," tambah Yazid lagi.

"Siapa cakap tak boleh? Kat sekolah tak belajar ke? Tulah, time cikgu ajar Yaz main-main. Kan dah tak tahu," omel Ikha pula. Macam mak nenek.

"Ala, tak kesahlah. Yang pasti kita tak boleh kahwin. Eeeww, gila ke nak kahwin dengan Ikha? Main kahwin-kahwin bolehlah. Bukan kahwin betul."

Ikha terus senyap dan tidak lagi membalas kata-kata Yazid. Malahan gadis kecil itu terlihat seperti termenung sambil menatap Yazid tidak berkedip. Tidak lama, terdengar dengusan nafasnya yang kesal. Tyara di kepalanya direntap dan dibuang begitu sahaja. Dirinya juga terus berpaling selepas menyembur Yazid dengan kata-katanya.

"Tak nak kawan Yaz. Ikha benci Yaz!"

Ikha kemudian terus berlalu menjauh meninggalkan tempat itu dengan mukanya yang sudah memerah mahu menangis.

"Eh, Ikha. Ikha... Ala, Yaz gurau jelah. Ikha..." Yazid pun menggelabah bila dilihat Ikha sudah merajuk. Cuba dipanggilnya namun Ikha sudah tidak mempedulikan lagi.

Yazid menjatuhkan tangannya, wajahnya juga berubah sayu. Niatnya tadi hanya mahu bergurau. Tidak tahu pula Ikha menganggapnya serius.

"Bertabahlah, Yaz. Orang perempuan memang macam tu. Sebab tu Pakcik Jul memilih untuk tidak berkahwin sampai sekarang."

Yazid mendongak ke samping bila sebuah tangan telah menepuk bahunya bersama kata-kata itu. Dia mengeluh perlahan lalu merundukkan wajah sayunya.

Harap saja Ikha tidak merajuk berlarutan. Kalau Ikha merajuk lama, siapa lagi dia nak ajak bermain? Ikha sahajalah sepupu dan kawan yang dia ada sepanjang cuti sekolah ini.

Namun nampaknya kerisauan Yazid terus berpanjangan, bahkan sehingga mereka tamat tingkatan lima. Ikha masih lagi belum selesai merajuk padanya.

***

SAAT INI...

Ikha semakin menikus ke dinding bila undurnya sudah tidak dapat diteruskan. Busana berona putih pertunangan yang dikenakannya sudah hampir rabak akibat pergelutan yang barusan berlaku demi mempertahankan dirinya. Solekan diwajahnya sudah hancur bila Yazid berusaha meratah bibirnya dengan penuh rakus.

"Yaz, jangan macam ni, Yaz. Yaz tak kesihan Ikha ke? Yaz tolong, Yaz," rayunya semakin lirih. Kain tudung yang sudah tidak lagi menutupi kepala cuba dibetulkan agar auratnya terjaga.

Namun, Yazid terus mara kearahnya dengan membawa langkah perlahan-lahan, semakin membangkitkan debar di hati Ikha bertambah kencang. Lelaki itu menghujamkan tenungan membunuh yang amat menakutkan. Ikha semakin mengigil dibuatnya.

"Dari kecil hingga besar, puas Yaz cuba pujuk Ikha. Tapi apa Ikha buat pada Yaz? Ikha tolak Yaz mentah-mentah, disebabkan Yaz salah cakap masa kecil tu je. Tapi sampai ke besar Ikha pendam."

"Tak Yaz. Bukan sebab itu. Ikha tak ambil hati pun pasal tu."

"Jadi sebab apa? Sebab Yaz study dekat Italy?Ikha dengar khabar yang bukan-bukan pasal Yaz lalu Ikha berubah hati? Begitu? Sekarang, jangan salahkan Yaz jika Yaz terpaksa berbuat begini. Yaz tak boleh tengok Ikha dengan lelaki lain."

"Jangan, Yaz. Jika Yaz lakukan itu pada Ikha, Ikha akan benci Yaz sampai bila-bila."

"Aku tak peduli, Ikha!" Yazid telah mengubah intonasi bicaranya. Ikha bertambah cemas.

"Bertahun aku tunggu kau. Bertahun aku cuba pujuk tapi kau langsung tak beri aku peluang. Pabila aku mahu masuk meminang kau, macam-macam alasan kau bagi. Sekarang, dengan mudah kau kata yang kau nak bertunang dengan orang lain. Kau buat aku macam tak ada perasaan, kan?"

"Yaz, soal perasaan mana boleh dipaksakan, Yaz. Ikha ada pilihan sendiri, dan Yaz kena faham." Ikha merayu kembali.

Namun, Yazid bertambah gerun merenungnya sambil menghampiri Ikha perlahan-lahan. "Ya, Ikha ada pilihan sendiri. Tapi Yaz pun ada kehendak Yaz sendiri. Dan Yaz hanya mahukan Ikha, jadi milik Yaz seorang. Sampai bila-bila."

Ikha mengengsot di lantai cuba mencari walau sekecil-kecil ruang. Dia tahu dirinya saat ini tidak akan dapat menyelamatkan diri lagi. Lelaki itu telah menyambar tubuhnya dan melumatnya dengan kejam. Tiada sedikitpun ehsan yang tersisa. Jeritan dan rayuan Ikha langsung tak diendahkan.

Pergelutan kembali berlaku pabila Yazid semakin mengganas dan Ikha sekali lagi cuba mempertahankan diri. Namun dibanding tenaga lelaki yang sedang dirasuk nafsu seperti Yazid, tentunya amat mustahil bagi Ikha untuk menakluki. Bahkan ia hanya membuang tenaga sahaja.

"Yaz, jangan Yaz. Lepaskan Ikha, Yaz."

Tangisan Ikha semakin lirih saat tubuhnya sudah tidak mampu berbuat apa-apa di atas tilam apabila Yazid telah menindih di atasnya. Hanya air mata dibiar mengalir pasrah saat Yazid dengan mudah mengoyak keperawanan yang sepatutnya dia simpan untuk Aydan, bakal tunangnya.

"Aku tak nak sakiti kau, Ikha. Tapi kau memaksa aku melakukan ini. Aku tak boleh, Ikha, aku tak boleh! Aku tak boleh tengok kau dengan lelaki lain. Biar aku miliki kau dulu sebelum kau dimiliki oleh sesiapa. Aku cintakan kau, Ikha." Yazid berujar penuh geram sambil meneruskan perbuatannya.

Sementara itu, Ikha sudah tidak memperlihatkan sebarang emosi lagi pada wajahnya. Hanya mampu pasrah membiarkan tubuhnya menjadi santapan nafsu jalang lelaki itu. Air mata yang mengalir adalah sebagai saksi bahwa dia sedang menahan sakit zahir dan batin.

"Aku benci kau, Yaz. Aku takkan maafkan kau sampai bila-bila." Ikha bergumam pelan, cukup untuk sekadar didengari oleh telinga Yazid yang berada begitu rapat dengan dirinya saat ini.

"Silakan! Bencilah aku, aku tak kesah pun. Yang penting aku dah miliki kau. Aku puas, Ikha. Aku puas!"

alamakk... terpublish pulak

Share this novel

Nur Ain
2022-01-29 23:05:56 

nk beli novel ni mcm mana ye

Nur Ain
2022-01-29 23:05:54 

nk beli novel ni mcm mana ye


NovelPlus Premium

The best ads free experience