Sengaja dia menambahkan cerita untuk penyedap rasa. Bukannya dia tak nampak renungan maut Elman pada Najla tadi. Nampak sangat mata lelaki itu dipenuhi rasa dendam, bukannya rasa cinta. Sarah ketap bibir. Hati seolah-olah dapat menelah penerimaan Elman kepada kawan baiknya itu.
“Aah, aku tak kira. Kalau aku tak dapat Elman, jangan harap perempuan tu boleh bahagia dengan Elman!”
“Kau sakit ni, Aulia. Banyak penyakit yang kau hidap sekarang ni. Pertama, sakit hati tengok kebahagiaan kawan baik kau sendiri. Yang kedua, sakit mental. Aku cadangkan.. kau pergilah klinik rohani, tanamkan zikir-zikir Allah dalam hati kau tu sebelum lagi melarat. Lagi cepat kau berubat, lagi bagus.
Berguru pada orang-orang yang soleh. Dekat area rumah kau ada masjid. Jumpa ustazah di situ, minta dia ajarkan kau semula ajaran Islam yang sebenar. Buang sifat dengki yang dalam hati kau tu. Islam percaya kepada qada’ dan qadar sebab itu termasuk di dalam Rukun Iman yang wajib kita patuhi. Kau kena terima ketentuan Allah ini. Elman milik Najla dan begitulah yang sebaliknya. Aku harap kau dengar nasihat aku ni. Berubahlah Aulia. Terima kenyataan yang Elman bukan ditakdirkan untuk kau.”
Panjang lebar nasihat Sarah, berharap temannya ini berubah. Aulia yang berada di hujung talian bertambah sakit hati mendengar kata-kata Sarah. Turun naik nafasnya menahan marah.
“Sudahlah, Sarah! Sia-sia aku telefon kau kalau kau tetap menangkan perempuan tu. Mulai hari ni, kita putus kawan! Kau bukan kawan aku lagi!!”
Klik! Tanpa pamitan talian telefon dimatikan. Aulia mencari semula nama Sarah di dalam senarai kawannya. Laju nama itu dibuang. Dia geram kerana Sarah tetap memenangkan Najla. Dendamnya pada Najla semakin membara.
‘Kau takkan bahagia Najla. Kau takkan bahagia. Elman milik aku…..Aku akan pastikan Elman tinggalkan kau.’ Aulia tersenyum sinis. Dalam kepala sudah membayangkan apa yang patut dia lakukan untuk melenyapkan terus Najla Arissa dari dalam hidup Elman Putra.
Share this novel