Bab 20 : HV

Mystery & Detective Series 29168

~Its the connection, we can't explain.~

Eshan nekad ke Terengganu cari siapakah gerangannya disebalik nama yang hanya dikenali sebagai Juwita. Adham Sulaiman dan Munir turut dikerah mengikutinya ke sana. Walaupun sebelum ini 'trauma' Eshan untuk kembali beraksi di jalan raya sudah berjaya dipecahkan tapi untuk hari ini dia tiba-tiba rasa berdebar. Mungkin kerana perjalanan yang agak jauh, jadi Eshan terpaksa mengaku kalah. Dia masih ada rasa gemuruh. Gementar seluruh tubuh.

Nombor telefon milik 'Juwita' didail lagi. Tetap sama, talian tidak berjaya disambungkan. Eshan resah. Sudah dua tiga hari nombor itu cuba didail selepas kejadian si dia dihujung sana 'diserang' oleh seseorang. Sejak hari itu Juwita sudah berhenti menghubunginya. Juwita seolah-olah sudah hilang dari radar. Kerana resah itu, dia mengambil keputusan untuk ke Terengganu pada hari ini.

"Juwita tu stay Terengganu area mana?" tanya Eshan kepada Adham di sebelah pemandu. Nampak sangat dia tidak baca sangat info tentang Juwita sepenuhnya.

"Di Besut boss," jawab Adham. Tangannya masih setia pegang Ipad yang memaparkan maklumat peribadi Juwita binti Junaidi melalui hasil penyiasatannya.

"So, kita tuju ke sana sekarang?"

"Rasanya better kita cuba cari dia di tempat kerja dia dulu boss. Mana lah tahu kalau dekat sana lagi mudah kita nak dapatkan maklumat dia and probability untuk kita jumpa dia itu tinggi."

"Okay. Dia kerja dekat mana?"

"Hospital Terengganu boss."

"Hospital?" Sedikit terkejut Eshan bertanya.

"Ya boss. Doktor Juwita."

Eshan terdiam. Cerna maklumat baru.

* * *

Eshal Maisarah genggam erat tangan tua Mak Som. Tangan yang banyak berasa dengannya itu diusap lembut. Kemudian Eshal angkat tangan itu lalu dibawakan ke pipinya. Sesekali Eshal kucup kekura tangan itu. Sedikit basah tangan Mak Som kerana air mata Eshal yang tidak berhenti-henti mengalir sejak dari tadi.

Baariq dan Bazilah hanya mampu pandang Eshal dengan emak mereka dengan perasaan belas kasihan dengan nasib yang menimpa Eshal. Kesian Eshal Maisarah. Hidup wanita itu tidak henti-henti di duga.

Eshal bergelar anak yatim piatu sejak dari belasan tahun lagi setelah kedua orang tuanya meninggal dunia serentak dalam kemalangan jalan raya. Eshal membesar tanpa sempat merasai nikmat kasih sayang dari keduanya. Permergian mereka menjadikan Eshal sebatang kara. Tiada adik beradik, tiada saudara mara.

Eshal berkahwin dengan Waeez. Walaupun sekejap cuma, Eshal sempat merasai kebahagian alam berumahtangga sebelum suaminya pergi dijemput Ilahi. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata tetapi keduanya sudah dibawa pergi dari pangkuannya oleh manusia yang berhati syaitan. Manusia yang sanggup memisahkan seorang suami dari sang isteri dan sanggup pisahkan seorang ibu dari anak-anaknya.

"Mak..." Untuk sekalian kalinya Eshal merenggek kepada Mak Som yang sudah dianggap seperti ibunya. Eshal tatap sayu raut Mak Som yang tidak kurang sepertinya. Muka basah dengan air mata.

Lihat tiada respon dari Mak Som, Eshal goncang sedikit tangan Mak Som, meraih perhatian Mak Som. Eshal sebenarnya sedang berusaha memujuk Mak Som supaya jangan bersetuju dengan rancangan mereka tapi nampaknya diam Mak Som itu lebih kepada bersetuju.

Mak Som tidak betah lagi, tidak tahan lihat air mata Eshal yang makin galak mengalir, cepat sahaja tangannya paut tubuh Eshal lalu dipeluk erat.

"Mak..." Eshal sudah mengongoi dalam pelukan Mak Som. Makin deras dari tadi.

"Eshal pergi ya?" Mak Som memujuk lagi. Hatinya resah, hatinya risau dengan keselamatan Eshal. Siapa yang tidak terkejut bila tiba-tiba sahaja dia dikejutkan dengan berita Eshal diserang oleh orang yang tidak dikenali beberapa hari lepas, semasa pulang dari taska Nafla.

Eshal menggeleng laju.

"Ini untuk kebaikan Eshal. Keselamatan Eshal. Mak tak nak Eshal jadi mangsa sesiapa lagi. Mak dah tak sanggup lihat Eshal menderita lagi... Eshal pergi ya?"

Lagi laju Eshal menggeleng dari tadi. Dia kalau boleh langsung tak nak ada kaitan dengan keluarga itu lagi. Dia sedar dia bukan lagi 'Sarah' Eshan.

"Eshal tak nak mak. Eshal nak tinggal sini. Eshal nak duduk dengan Mak, dengan Ilah, dengan abang. Eshal tak nak tinggal dekat sana, mak." Eshal masih dengan keputusannya walaupun semua mendesak dia supaya bersetuju sahaja dengan rancangan Nafla.

Malah Nafla dan Tengku Naina juga ada di sini sedang memujuk dia. Nampaknya berita tentang dia diserang tempoh hari bukannya main-main lagi. Ya, dia diserang. Bukan diragut. Bukan dikejar anjing gila tapi dia diserang oleh orang-orang Datuk Waazin. Macam mana mereka boleh jumpa dia di sini? Tentu jawapannya, mereka sudah lama mengintip setiap pergerakannya. Itulah perkara yang ditakutkan oleh Mak Som, Baariq dan keluarga Tengku Naina. Takut bila Eshal sudah berjaya dikesan.

"Eshal... Eshal tengok sini.. Tengok Mak..." Mak Som menguraikan pelukan mereka lalu menerkup kedua belah pipi Eshal, angkat sedikit muka itu supaya Eshal tengok mukanya. Biar Eshal yakin dengan apa yang cuba disampaikan olehnya. Sempat tangannya menyeka air mata Eshal.

Eshal menggeleng kecil, mencebik-cebik bibirnya. Air mata masih membasahi pipi.

"Eshal, Eshal tahu kan macam mana Mak sayang Eshal?"

Eshal mengangguk. Itu yang dia tahu, Mak Som sangat sayangkannya tidak ubah seperti anak kandung wanita itu sendiri. Dia yakin itu.

"Mak sayangkan Eshal. Sebab Mak sayangkan Eshal lah Mak terpaksa ikut rancangan Mak Ku dan Cik Nafla. Mak tahu Eshal akan selamat disana. Kami semua risau dengan keselamatan Eshal. Eshal faham kan?"

Eshal pegang erat tangan Mak Som yang begitu utuh menerkup pipinya. Berbalas renungan seketika sebelum Eshal bertindak menekur lantai. Tidak boleh pandang sepasang mata tua itu lama-lama. Hatinya rapuh.

"Eshal, Mak bukan minta Eshal tinggalkan Mak, abang dan Ilah terus. Mak cuma minta Eshal tinggal dekat sana untuk sementara waktu saja. Bila keadaan dah okay, Eshal balik tinggal dengan Mak semula. Boleh?" pujuk Mak Som lagi.

"Tapi sampai bila Mak? Keadaan tak pernah okay! Sejak dari dulu, keadaan tak pernah okay Mak. Eshal tak nak terus jadi pelarian macam ni. Kalau dia rasa dengan ambil abang dan adik belum buat Eshal menderita, dia silap Mak. Eshal separuh mati bila anak-anak Eshal dibawa pergi dari Eshal. Eshal dah tak ada apa-apa dalam dunia ni. Semua harta dan orang yang Eshal sayang sudah pergi. Dia ambil anak-anak Eshal, dia seksa Eshal. Belum cukup lagi kah? Atau dia mahu Eshal mati dulu baru dia rasa cukup? Rasa puas?" Eshal sudah meraung sekuat hati, meluahkan segala bebanan yang ditanggung setelah sekian lama.

Mak Som sekali lagi peluk Eshal. Belakang Eshal dielus perlahan-lahan. Eshal mengongoi kembali dalam pelukan Mak Som. Mak Som melirikkan matanya kepada Tengku Naina yang berada tidak jauh darinya. Dia mengangguk kecil, merestui permintaan Tengku Naina dan Tengku Nafla Maryam untuk membawa Eshal Maisarah pergi dan tinggal bersama mereka.

Itu rancangan Nafla. Nafla mahu Eshal tinggal bersama mereka untuk kembalikan ingatan Eshan. Manalah tahu kalau Eshal dekat dengan Eshan, Eshan mampu mengingat semuanya sekali. Tapi satu yang masih belum berubah, Eshan masih tidak tahu kewujudan Sarah dalam diri Eshal. Eshan cuma kenali Eshal sebagai pekerja di taska kakaknya sahaja. Lagipun Nafla sendiri mahu Eshan kenal dan bercinta dengan Eshal sebagai Eshal bukan sebagai Sarah lagi.

Walaupun bagaimanapun rancangan ini pada awalnya ditentang hebat oleh Baariq dan Mak Som beberapa bulan yang lepas tapi selepas peristiwa Eshal diserang beberapa hari yang lepas, telah memaksa mereka untuk bersetuju dengan rancangan Nafla. Berharap dengan tindakan itu, Eshal mampu 'disembunyikan' dari mata-mata anak buah Datuk Waazin. Eshal Maisarah sekali lagi perlu disembunyikan tapi kali ini biarlah disamping Eshan.

Tengku Naina mengesat sisa air matanya dengan sapu tangan kecil. Hatinya betul-betul terseksa melihat keadaan Eshal. Secara mata kasarnya, dia sudah melihat perubahan anak angkatnya itu. Fizikal Eshal bukan seperti Sarah lagi. Terlalu banyak kesan yang Datuk Waazin tinggalkan. Terkilan. Sungguh dia terkilan dengan perbuatan Datuk Waazin terhadap Eshal Maisarah.

Tengku Naina rasa sangat kesal dengan kesilapan dia dan suaminya. Silapnya cuma satu, dia tidak terus cari Sarah selepas Eshan ke Turki dulu. Demi menebus kesilapannya, dia tekad mahu bawa Eshal balik ke rumahnya dan menjalankan beberapa rawatan kesihatan terhadap Eshal. Kisah Eshal diserang tempoh hari betul-betul buat dia rasa... dia perlu lindungi Eshal.

Siapa yang serang Eshal tempoh hari? Kes itu masih lagi menjadi tanda tanya sebab Eshal tidak dapat mengenali siapa penyerangnya tetapi Baariq dan Mak Som yakin 'mereka' itu ialah orang-orang Datuk Waazin. Mungkin penghijrahan mereka sekeluarga semula ke sini sudah sampai ke telinga Waazin lalu dihantar orang-orang bawahannya untuk mengintip pergerakan Eshal. Siapa tahu kan?

"Eshal... Jangan cakap macam tu nak. Mak tak sanggup dengar. Mak tahu anak Mak ni kuat. Dia tak cepat mengalah. Jangan jadi lemah macam ni. Perjuangan Eshal masih jauh. Eshal perlu kuat. Kita kena sama-sama kuat, untuk abang dengan adik. Boleh?"

Eshal mengangguk dalam tangisannya. Dia melepaskan lelah dan sisa tangisannya di dada Mak Som. Biarkan saja air mata mengalir tanpa pedulikan Tengku Naina dan Nafla yang sedang menontonnya.

Baariq bergerak sedikit ke hadapan. Mendekati Eshal. Bahu Eshal di sentuh perlahan. Eshal merasakan ada sentuhan itu, perlahan-lahan kalihkan pandangannya.

"Eshal, Eshal ada abang. Abang tak akan biarkan dia buat Eshal macam tu lagi. Abang ada di sisi Eshal. Kita sama-sama perlu kuat untuk abang dan adik. Eshal ingat apa amanat Waeez yang terakhir?" Baariq mencelah, mengingatkan Eshal tentang satu amanah yang ditinggalkan oleh arwah Waeez untuknya.

Eshal tidak memberi jawapan. Dia rasa takut. Takut tak mampu dan takut ada yang tak sudi.

"Eshal tak mampu abang..."

Baariq senyum segaris dengar jawapan Eshal.

"Eshal mampu. Dia tak pernah lupakan Eshal. Abang yakin siapa pun Eshal, dia boleh terima."

"Tapi... Eshal bukan Sarah lagi..." Sekali lagi air mata Eshal menitis. Benci dengan kenyataan baru tapi apa boleh buat? Ini adalah takdir hidupnya. Siapa dia mahu melawan? Siapa dia mahu menidakkannya?

"Eshal..." Giliran Tengku Naina pula berganjak dari tempat duduknya. Tangan Eshal dicapai lalu dielus perlahan. Terasa parut timbul ditangan Eshal di jarinya bila dia mengelus tangan itu.

"Han tak pernah lupakan Sarah. Sarah kenangan lama dia tapi dia tak pernah lupa. Dia rasa Sarah dekat dengan dia walaupun dia tak tahu siapa Sarah yang ada depannya sekarang. Umi yakin, cinta dan sayang Han kepada Sarah masih tetap utuh macam dulu."

Eshal jadi sebak dengar pengakuan dari mulut Tengku Naina. Begitukah pengharapan mereka kepada hubungannya dengan Eshan?

"Tapi Eshal takut umi... Eshal tak nak apa-apa berlaku pada keluarga umi lagi. Lebih-lebih lagi Han. Eshal tak nak pisang berbuah dua kali, umi..."

Tengku Naina menghembus nafas berat. Ada satu rahsia yang semua orang tidak tahu. Rahsia yang sekian lama tersimpan.

"Eshal... Waazin memang mahukan Sarah menderita. Kalau bukan sebab arwah Waeez pun, dia memang nak Sarah menderita sebab dia tahu siapa Sarah."

Eshal kerut kening. Kini air matanya sudahpun kering. Tumpuan diberikan kepada Tengku Naina. Ada sesuatu yang ingin dia dengar dari umi angkatnya itu.

"Tuan Maisarah binti Tuan Mahmud." Tengku Naina menyebut nama asal Eshal perlahan namun masih jelas ditelinga semu orang. Meremang bulu roma Eshal tatkala nama itu disebut.

"Sarah anak kepada Tuan Marlia dan Tuan Mahmud. Sudah sampai masanya untuk Eshal tahu siapa orang tua Eshal."

Berdebar Eshal menanti penjelasan dari Tengku Naina.

Rupanya sebab... selama ni Sarah sendiri musuh Waazin! ='( Tq to all the readers. HV.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience