BAB 36

Romance Completed 67139

         “HA, balik pun Leo. Ingat dah tak tahu jalan balik rumah mama.” Perli Puan Rossa. Aiden hanya mampu membalas dengan senyuman. Tangan ibu kandungnya itu dicium. Pipi milik Puan Rossa turut dikucup sekilas.

Tindakan itu berjaya membuatkan Puan Rossa tersenyum. Dia menarik tubuh anak lelakinya ke dalam pelukan. Bahu lebar Aiden ditepuk lembut.

“Mana Adara?” Tanya Puan Rossa, matanya mencari kelibat satu-satunya menantu kesayangannya itu. Sudah lama tak bersua dengan Adara. Rindu rasanya.

“There she is.” Puan Rossa tersenyum lebar, tubuh Adara ditarik ke dalam pelukannya. Mahu melepaskan kerinduan di dada. Aiden hanya memandang kedua wanita kesayangannya itu.

“Attenta, mamma. Si soffocherà se la abbracci troppo forte. ( Careful, mama. She's going to choke if you hug her too tight. )

“Leo, she's fine. Haih. Kan Ara kan?” Puan Rossa meleraikan pelukan. Adara yang tak faham apa yang dikatakan suaminya hanya mengiyakan saja kata mertuanya. Janji Aiden tak mengutuk dia depan mama sudah.

“Adara dah makan? Nak makan apa-apa ke? Ada rasa tak sihat? Mual? Tak ada?” Tanya Puan Rossa ingin tahu, Adara menggeleng kepala mendengar soalan yang keluar dari mulut mertuanya.

Dia menjeling sekilas Aiden yang tersenyum senget. Apa senyum-senyum? Tumbuk kang. Adara memberi amaran dengan isyarat matanya kepada Aiden. Aiden hanya buat tak endah.

“Ara sihat, mama. Okay je. Tak ada pun rasa mual ke apa. Mama jangan risau.” Jawab Adara tak mahu Puan Rossa risau tentang dirinya. Dia melemparkan senyuman. Puan Rossa menarik lembut tangan menantunya.

“Jom, nanti tetamu nak datang dah. Apa pulak kata orang kalau Adara dengan Leo tak siap lagi. Mama buat majlis ni nak gantikan wedding kamu berdua yang mama tak dapat datang. Leo, tukar baju cepat. Adara ikut mama ya?”

Lantas, Adara ditarik oleh Puan Rossa ke ruangan atas rumah agam mertuanya. Dia sekadar mengikut. Tak berniat pun nak membantah. Meninggalkan Aiden berseorangan duduk di atas sofa panjang di ruang tamu.

“Bye, padan muka tinggal seorang.” Sempat Adara mengusik Aiden. Lidah dijelirkan kepada suaminya sengaja menambahkan lagi kegeraman Aiden.

“Woman-” Belum sempat Aiden menghabiskan kata-katanya, Adara sudah berlari mengejar langkah Puan Rossa. Aiden menayang muka jengkel.

That beautiful woman sure loves annoy him to death.

“Woi, pergilah tukar baju cepat. Aku report dekat aunt nanti.” Aryan mengambil tempat di sebelah Aiden. Dia sudah lengkap mengenakan sepasang sut merah hati untuk majlis Aiden dan Adara hari ini. Rambutnya juga sudah digayakan.

“Diam, Aryan. Ini majlis aku. Bukan kau. I'll wear whatever I want. I still look good than you. That's it.” Aiden menyandarkan badan pada sofa. Mahu berehat seketika. Ekor matanya mengerling hiasan yang sudah sedia menghiasi ruangan tamu milik Puan Rossa.

“Halah kau. Menyampah aku layan kau. Baik aku layan skandal aku. Layan kau, apa pun tak dapat.” Aryan menolak kasar bahu Aiden. Dia yang baru bangun mahu meninggalkan Aiden kembali duduk apabila teringat sesuatu.

“Apahal? Tadi nak blah sangat.” Sindir Aiden. Matanya mengerling jam tangan sekilas. Lagi 5 minit, dia naik bersiap.

“Aku ikut kau balik Malaysia. Dayyan ada call aku suruh balik. Eh, kes Iqbal tak habis lagi kan? Bapak kau tak datang ke nanti ni?” Soal Aryan mahukan kepastian. Segalanya sudah sampai ke dalam pengetahuan dia. Itupun sebab Dayyan yang bagitahu.

Harapkan Aiden? Huh. Kawan dia tu suka simpan semuanya sendiri. Tahu-tahu, semuanya dah selesai diselesaikan Aiden dalam diam.

“Tahulah aku nak uruskan Iqbal. There's something on my mind. Malik? Don't even mention his name. I want to puke.”

Aiden bingkas berdiri. Rosak moodnya apabila mengenangkan bapa kandungnya. Ada sesuatu yang dia sedang siasat dalam diam selama ini. Terutamanya tentang bapanya Tuan Malik yang secara tiba-tiba meminta mahu berjumpa dia dan Adara.

Something's off with his father. And he knows it.

Nak jumpa dia? Then, come to him. Tapi nak jumpa Adara, his wife?

“Over his dead body first.”

???????•°?°•?? ??????

       ADARA berdiri menghadap sebuah cermin panjang di dalam kamar tidurnya bersama Aiden. Terlebih dahulu lagi dia sudah menghalau Aiden keluar. Tak mahu berduaan dengan suaminya itu apabila mereka berdua perlu segera bersiap.

He loves distracting her.

Tangan Adara dilarikan pada fabrik gaun putih yang tersarung elok pada tubuhnya. Gaun putih khas yang diberikan oleh Puan Rossa kepadanya tadi. Terukir senyuman lebar pada wajah Adara.

Kata mama, itulah baju yang sama dipakai ketika dia berkahwin dengan ayah Aiden. Walaupun perkahwinan Puan Rossa hanyalah mengandungi memori yang pahit, sekurangnya memori bahagia Aiden dan Adara dapat disimpan bersama gaun perkahwinan itu nanti.

Adara berjalan mendekati lagi cermin panjang yang terletak di hujung bilik. Tubuhnya dibalikkan. Mahu mencari zip baju gaun putih itu yang dari tadi tak jumpa. Tangan diraba sambil mata mengerling pantulan belakang tubuhnya yang terdedah.

“Nak marah tapi kena sabar.” Rungut Adara. Belakang baju gaun putih itu bukan saja perlu dizip. Tapi siap perlu dibutangkan lagi. Naik lenguh tangan Adara cuba mencapai zip tersebut. Belakang badan sudah sejuk terkena penghawa dingin yang dipasang.

“Need my help, precious?”

Suara maskulin milik Aiden memenuhi ruangan bilik tidur tersebut. Adara menoleh kepala mengikuti suara suaminya.

Figura Aiden yang kini lengkap mengenakan tuxedo bersama bow tie berwarna merah pada kolar bajunya berada dalam pandangan Adara. Senyuman senget pada wajah tampan suaminya menambahkan lagi kesegakan jejaka yang bergelar suaminya itu.

Aiden yang menyandarkan badannya pada pintu tadi kini berjalan mendekati Adara. Rambut hitam perangnya digayakan ke belakang. Menampakkan dahi licinnya.

“Let me help you, hm?”

Suara husky milik Aiden jelas kedengaran pada tepi telinga Adara. Kini, Aiden sudah berada di belakangnya. Tangan kasar suaminya perlahan-perlahan menyentuh zip baju gaun yang dipakai.

Sesekali, jari jemari Aiden secara tak sengaja menyentuh kulit Adara membuatkan tubuhnya mengigil. Anak mata Aiden tepat merenung ke dalam mata Adara melalui pantulan cermin. Membuatkan Adara terdiam tak mampu mengeluarkan sepatah kata.

Dia bagai terpukau dengan pandangan Aiden padanya. Satu persatu butang baju Adara dibutangkan dengan Aiden. Nafas hangat suaminya menerpa pada kulit lehernya.

“All done.”

Aiden perlahan-lahan menarik tubuh Adara ke dalam pelukannya. Tangannya memeluk pinggang Adara sambil dielus lembut. Sisi wajah Adara dicium.

“You looks stunning, my love”

Aiden menyembamkan wajah pada leher jinjang Adara. Kepalanya diletakkan pada bahu isterinya sambil matanya memandang pantulan mereka berdua.

“And you looks handsome, husband. Thank you.”  Adara menolehkan wajah menghadap wajah Aiden yang direhatkan pada bahunya. Dia tersenyum simpul.

“Just thank you? Where is my kiss?”

Chup!

Satu ciuman hinggap pada pipi Aiden. Aiden tersenyum puas hati. Baru sahaja bibirnya mahu mencium pipi Adara, wajahnya ditolak oleh isterinya.

“No, no, no. Don't you dare seduce me again. Duduk sana. Nak pakai tudung.” Adara meletakkan jarinya pada bibir Aiden sambil kepalanya digelengkan. Tubuh suaminya ditolak menjauhi dia.

Did she just reject his kiss?

Yes.

And he hates rejection?

Hell yes.

Aiden menjeling Adara tak puas hati. Dia melabuhkan punggungnya di birai katil sambil matanya tajam memandang ke arah Adara. Tangan sudah membuka butang teratas bajunya yang terasa ketat. Tiba-tiba, rasa panas.

Adara tersengih kerang melihat wajah masam Aiden melalui pantulan cermin. Lah, marah ke. Hihihi.

“Abang, keluarlah. Nanti mama cari. Muka tu jangan berkerut sangat. Nanti kedut, sayang lari.” Usik Adara masih galak tak tahu apa yang berada dalam fikiran Aiden sekarang. Kepalanya sudah dibalut tudung.

“Shut your mouth, woman. Before I use my lips instead.”

“Uuuuu, takutnya.”

Adara yang sudah siap memakai tudung membalikkan tubuh menghadap Aiden. Dia berpeluk tubuh. Tahu Aiden sedang menahan diri. Nampak sangat dia punya struggle. Adara menahan tawa apabila melihat wajah Aiden yang sudah mula menyinga.

“Adara Qalyssa, you're asking for it.”

Aiden berjalan mendekati Adara. Adara  menapak langkah ke belakang. Muka mula cuak. Ha sudah.

“Abang--”

“No. I don't want to hear anything right now.”

Aiden mengepung Adara daripada lari ke mana-mana. Wajah pucat lesi Adara membuatkan dia semakin teruja. Itulah tadi berani sangat.

“You reject my kiss before, love. And I hates rejection.”

Aiden menolak dagu Adara ke atas. Ibu jarinya mengusap lembut bibir Adara. Membuatkan jarinya tercalit sedikit lip balm yang dipakai oleh isterinya.

Strawberry. Sweet.

Baru sahaja Aiden mendekatkan wajahnya pada Adara, pintu bilik mereka diketuk kuat dari luar.

“Oi, pengantin lama keluarlah cepat!” Suara Aryan memekak dari luar bilik membuatkan Aiden menjulingkan mata ke atas.

That idiot.

“Oh, Aryan dah panggil. Jom!” Adara serta-merta menolak dada Aiden menjauh darinya. Mengambil kesempatan itu untuk menyelamatkan diri daripada singa tengah mengamuk.

Sepantas kilat, Adara sudah lari keluar dari bilik mereka berdua. Nasib tak terjatuh saja terpijak kain sendiri. Mahu malu saja nanti.

Aiden hanya tersenyum mengejek.

“You can't run from me, love. Not even once.”

???????•°?°•?? ??????

“KAU pahal muka macam tu? Kena reject ke?” Aryan melagakan penumbuknya pada bahu Aiden. Sebelah tangannya menghirup air minuman. Aiden menjeling Aryan. Ada jugak yang berlaga penumbuk nanti.

“It's all your fault.”

Aryan pandang Aiden dengan wajah berkerut. Salah dia? Bila pulak dia buat salah? Tiba-tiba, dia baru teringat kejadian tadi. Oh.

“Mama kau yang suruh panggil eh. Bukan salah aku.” Bidas Aryan, mempertahankan diri. Wajah tak serba salahnya ditayang.

“Still your fault.”

Ucap Aiden tanpa menoleh ke arah Aryan. Matanya melirik pada Adara yang bersama dengan ibunya, Puan Rossa. Kelihatan beberapa lagi wanita yang berada di situ bersama mereka berdua. Tetapi semuanya langsung tak menarik perhatian Aiden.

He's already got his woman.

“She's hot.” Puji Aryan sambil menyiku Aiden supaya memandang ke arah lain. Mahu menunjukkan seorang gadis yang berbaju merah yang tak jauh daripada mereka.

“I know, and beautiful too.”

Aryan pandang Aiden dengan riak muka tak percaya. Betul ke apa yang dia dengar ni. Ke dia salah dengar?

“Woi, kau jangan curang gila dengan Adara. Aku bagitahu Adara kang.” Ugut Aryan sudah berura-ura mahu bangun melaporkan kepada Adara. Aiden tayang muka dingin.

“Siapa kata aku curang? Aku cakap pasal Adara. Not that woman.”

Aryan melepaskan nafas lega. Ingatkan Aiden tiba-tiba terbuka hati nak ikut langkah dia. Memang dia takkan benarkan.

Tak lama selepas itu, kelihatan seorang lelaki mula datang mendekati Adara. Mata lelaki itu laju memandang tubuh Adara sekilas. Aiden mengetap rahang.

“Gotta go. Some bastard trying to get what's mine.”

???????•°?°•?? ??????

         “CHE bella signora, sei solo? ( What a beautiful lady, are you alone? )
  
Adara menjeling kedua belah tempat kiri dan kanannya. Mamat ni tegur aku ke? Adara pandang sekilas wajah lelaki asing yang berada di hadapannya ini.

Dia memandang wajah lelaki itu tanpa riak. Bukan apa, tapi tak faham apa yang ditanya lelaki itu. Lagi satu, Aiden lagi handsome. Baik dia diam buat tak tahu.

“Sorry, I'm Zackry. Are you lost babygirl?”

Lelaki bernama Zackry itu memperkenalkan dirinya. Kali ini, lelaki itu sengaja menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan Adara.

Adara menyibukkan diri. Buat-buat tak dengar. Lantaklah kalau dia dicop biadab sekali pun. Dah orang tak nak tu faham jelah. Nak makan penampar ke?

“I'm talking to you, signora.”

Secara tiba-tiba, tangan Adara dipegang lelaki itu tanpa amaran. Adara cuba melepaskan tangannya daripada pegangan tangan lelaki tersebut. Sebelah tangan sudah naik mahu melempang jantan tak berguna di hadapannya.

“Let go of my wife's hand before I break yours.”

Suara penuh autoriti Aiden mencelah perbualan mereka berdua. Mata helang Aiden sudah mencerlung ke arah lelaki bernama Zackry tersebut. Adara menurunkan tangannya tadi. Lalu, dililitkan pada lengan Aiden.

Ha, padan muka!

“Relax, dude. We're just talking.”

Zackry melepaskan tangan Adara. Muka tak serba salah ditayang. Tangan diangkat ke udara. Aiden mengukir senyuman sinis.

Bullshit.

“Then, let's talk. Shall we?” Sinis nada Aiden. Dengan kasar, tubuh Zackry ditarik mengikutinya ke satu tempat. Adara yang menjadi pemerhati mahu mengikut tetapi ditahan oleh Puan Rossa.

“Nak pergi mana? Tolong mama kejap, boleh?” Pinta Puan Rossa. Adara mengangguk kecil. Matanya masih memandang ke arah Aiden tadi. Dia mengikut langkah Puan Rossa.

“Keep talking while I punch your face. ”

Buk!

Satu tumbukan dilayangkan pada wajah Zackry. Membuatkan kepalanya terteleng ke tepi. Aiden tersenyum kepuasan.

Well, that's feel good.

Buk! Buk! Buk!

Bertubi-tubi tumbukan dikenakan pada bahagian abdomen lelaki itu pula. Zackry terbatuk mengeluarkan darah. Senak perutnya apabila dikenakan tumbukan padu daripada Aiden. Mata yang hampir tertutup memandang Aiden.

“Enough, I don't know she's your wife.” Zackry menunduk memohon maaf daripada Aiden. Aiden hanya memandang sepi perlakuan lelaki tersebut. Dia mencangkung dihadapan Zackry. Wajah Zackry yang sudah lebam membiru dicengkam kuat.

“Drop the act. Don't you ever think to fool me like this, Zack. Aku tahu kau budak King. He sends you right? ” Aiden menyengetkan kepala sambil bibir tersenyum mengejek.

Zackry atau lebih dikenali dengan nama Zack itu tersentak. Aiden tahu?

“Don't touch my wife when you're not ready to face your death. Marks my words.”

Aiden mencengkam pula batang leher Zack sehingga lelaki itu mula menggerakkan tubuhnya cuba melepaskan diri daripada pegangan Aiden.

“Go tell your King to kill me properly. No need to kill me twice, when I can kill him thrice. Don't you think so?” Aiden melepaskan Zack. Tetapi tangan lelaki itu pula menjadi mangsa.

Krak!

“Argh!” Bunyi tulang yang patah diselangi dengan jeritan Zack memenuhi ruangan. Aiden bangun bersama senyuman di bibir. Kakinya memijak kuat tapak tangan Zack.

“That's for touching what's mine.”

???????•°?°•?? ??????

ADARA melilaukan pandangan mencari kelibat Aiden. Tetamu yang ramai menyukarkan dia mencari suaminya. Adara mula risau. Haih. Mana dia ni?

“Looking for me, huh?”

Tak semena-mena, tubuh Adara dipeluk oleh Aiden daripada belakang. Pipinya dicium Aiden berkali-kali. Aiden bertindak seperti tiada apa yang berlaku.

“Abang pergi mana? Mana lelaki tadi?” Aiden menjulingkan bebola matanya dengan rasa jengkel. Pegangan tangan pada pinggangnya diketatkan.

“Don't talk about him. I hate it.”

Adara diam. Tiba-tiba, Adara terpandang Aryan yang seperti membawa seorang lelaki keluar. Bila terpandang sahaja wajah lelaki tadi yang penuh dengan lebam, Adara membulatkan mata.

“Apa abang buat dekat dia!” Soal Adara, dia bercekak pinggang. Lagak seperti sedang memarahi anak kecil. Tapi ini marah bapak budak.

“I don't know. Maybe jatuh tangga. Well, he deserves it.” Aiden angkat bahu dengan selamba. Kedua-dua belah tangan Adara dilingkarkan pada lehernya. Tangannya pula memegang pinggang Adara.

“Don't bother him, love. Let's dance with me.”

Adara melepaskan keluhan berat. Pening kepala dia. Tapi salah jantan tu jugak. Gatal sangat. Kan dah terima padah.

“Kenapa abang buat macam tu, hm?” Lembut sahaja nada Adara bertanya. Aiden merenung ke dalam mata Adara. Tangan mengelus wajah cantik isterinya. Bibir mencium dahi wanita kesayangannya itu.

“I'm just protecting what is mine, precious. If I lose you, I got nothing else to lose.”

Updated! Nak sentuh Adara? Nak patah tangan ke tu hehehe Morning kesayangan's<3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience