8.

Romance Completed 46610

Setelah seminggu lebih akhirnya Aura pulang semula ke Malaysia. Dia disambut oleh Mama dan Papa mertuanya dengan senyuman indah didepan pintu utama rumah mereka.

"Mesti menantu Mama penatkan?" Tanya Neily.

"Penat sikit Ma." Kata Aura.

"Takpe Aura rehatlah. Dah makan ke ni?" Tanya Marzuki.

"Dah tadi Pa dekat dalam pesawat." Kata Aura.

"Ok. takpe, Aura naik, bersihman badan. Lepas tu rehat ye." Kata Neily lagi.

"Ok Ma." Aura berlalu naik kebilik Mateen. Terlihat Mateen masih bangun. Dia masuk dan meletakkan beg pakaiannya disisi pintu.

"Aku ingat kau dah tak ingat jalan balik rumah ni?" Kata Mateen.

Aura hanya senyap tanpa jawapan.

"Kau pekak ke betina." Tengking Mateen.

"Kalau kau tahu aku betina kenapa kau lafaz juga ijab da qabul tu Mateen." Aura mulai menjawab.

"Sebab aku nak buat kau menderita. Apa yang jadi dekat aku ni semua disebabkan Kau!!" Kata Mateen.

"Ok Fine. Kalau betul diaebabkan aku, Aku akan pastikan dalam masa 3 bulan ni kau mampu berjaoan semula." Kata Aura memberi jaminan.

"Ok baik. tapi kalau dalam masa 3 bulan ni aku tak sembuh, aku akan pastikan Nenda kau akan tanggung akibatnya. Kau Faham!!!" Herdik Mateen.

"Kau boleh buat apa je dekat aku. Tapi jika kau melibatkan Nenda, Aku akan oastikan kau mati ditangan aku." Kata Aura lalu meninggalkan Mateen disana.

Selesai membersihkan diri, Aura mengambil bantal dan selimut mulai berlalu keluar balkoni dan mula tidur disana tanpa memandang Mateen.

Pagi menjelang, Selesai solat, Aura mengenakan pakaian kerjanya dan memakai tudung yang senada dengan bajunya.

Dia berlalu keluar dari bilik tanpa memandang Mateen sama seperti semalam membuatkan Mateen naik hantu.

"Pergi mampuslah kau betina!!" Teriaknya.

Neily dan Marzuki yang mendengar anaknya mencaci Aura hanya mampu berdiam dimeja makan.

"Morning Pa, Ma." Sapa Aura.

"Morning. How are you today dear?" Tanya Neily.

"Biasa Ma." Balas Aura.

"Papa nak minta maaf jika apa yang dikatakan Mateen melukakan hati Aura." Kata Marzuki.

"Aura tak simpan dalam hati pun Pa." Kata Aura.

"Oo ya Ma, Petang ni, seseorang Aura akan bawa untuk cuba mengurut kaki Abang Mateen." Kata Aura.

"Tak payah susah Aura. Mama dah cuba bawa bermacam tukang urut tapi tetap sama." Kata Neily.

"Kalau macam tu, Petang ni Aura cuba balik cepat. Aura akan cuba buat menggunakan kaedah akupuntur." Kata Aura.

"Aura pandai ke?" Tanya Neily.

"Pandai siki sebab Aura pernah belajar dekat Prof masa dekat U. Cuma tak minat dalam bidang medis ni." Kata Aura.

Mereka mula melanjutkan makan sarapan. Baru dua kali suap, Aura menerima panggilan dari Adam, Ada masapah dekat tapak projek di Damansara.

"Ok kejap aku sampai." Kata Aura.

"Ma, Pa. Aura gerak dulu. Ada masalah sikit dekat tapak binaan." Kata Aura.

"Habiskan dulu mee tu." Kata Neily.

"Takpe Ma. Nanti Aura sarapan kat luar lagi bila Aura lapar." Kata Aura lalu menyalami Neily dan Marzuki.

"Hati-hati bawak kereta tu." Kata Neily.

"Ok Ma." Balas Aura dan menghilang darinbalik dinding ruang tamu.

"Hmm kesian Papa tengok Aura. Tergamak Rasyid buat anak dia macam tu. Sanggup jadikan dia pengganti Auni untuk kahwin dengan anak kita." Kata Marzuki.

"Mama bersyukur dia jadi menantu Mama. Walaupun buat masa sekarang." Kata Neily.

Marzuki dan Neily hanya mampu mengeluh. Mereka tahu perkahwinan antara Mateen dan Aura takkan kekal lama.

"Malam tadi Auraasih sama tidur dekat Balkoni." Kata Neily.

"Bukan Papa taknak campur, Mama sendiri tahu kan Mateen macam mana?" Kata Marzuki.

"Mama harap andai lepas ni Allah beri dia satu peluang untuk berjalan semula, Mama harap dia akan menerima Aura." Kata Neily.

"Kita berdoa je. Moga jodoh anak kita berpanjangan." Kata Marzuki.

"Aamiin." Neily mengaminkan doa suaminya.

Disisi lain. Uthman mula melapor diri selepas cuti panjangnya.

"Tuan." Kata pegawai bawahannya.

"Eem." Jawab Uthman.

"Leftenan janeral Uthman Ayyan, Masuk pejabat saya sekarang." Kata Jenarel Zul.

"Baik Tuan." Dia Meletakkan begnya diatas meja dan berlalu masuk kebilik Janeral Zul.

"Tuan." Kata Uthman.

"Tutup pintu tu." Balas Zul.

Uthman menutup rapat pintu dibelakangnya.

"Kau macam mana? Dah ok steady?" Tanya Zul.

"Kau tengok aku ok ke tak." Tanya Uthman.

"Susah aku nak tafsir kau ni. Sebab kau pandai berubah watak." Kata Zul.

"Kau ingat aku hantu ke? Pandai berubah watak?" Kata Uthman.

"Amboi gurau oun dah tak boleh ye?" Tanya Zul.

"Bukan tak boleh cuma masa tak sesuai." Kata Uthman.

"Eh Uth, Kau dah tahu ke?" Tanya Zul.

"Apa?" Tanya Uthman.

"Bangunan lama tu akan direnovate." Kata Zul.

"Ooo yeke? Bila?" Tanya Uthman.

"Aku tak pasti. Tapi hari ni kita 3 syarikat akan datang untuk menunjukkan kertas kerja pada Tuan Jamil." Kata Zul.

"Yang aku dengar lagi satu Syarikat yang terpilih ni, Dua orang pekerja nya pernah mewakili Syarikat renovate satu hotel dekat London baru baru ni." Kata Zul.

"Oo Really?" Tanya Uthman yang mula mengimbau pertemuannya dengan Aura.

Hingga kini Aura tidak membalas pesanan Whatsappnya.

"Aku rasalah, Mesti cantik kan jurutera tu?" Zul membayangkan.

"Selalu yang aku tahu jurutera ni lelaki. Takde nya perempuan." Kata Uthman.

"Ish kau ni. pergilah tempat kau. Merosakkan Ilusi aku je." Kata Zul menghalau Uthman keluar dari ruangannya.

Uthman seorang pegawai uniform yang berpangkat Leftenan jeneral. Leftenan paling berbakat dalam tembakan jarak jauh.

Uthman mula menaip sesuatu lalu menghantar pada Aura.

-ASSALAM HAI AWAK. APA KHABAR.- Uthman.

Beberapa minit pesanannya dibalas.

-WAALAIKUMSALAM. KHABAR BAIK. MAAF SANGAT AURA SIBUK BANYAK NAK DIURUSKAN SEKARANG.- Aura

-TAKPE. BOLEH TAK NANTI KITA JUMPA- Uthman.

-HARI NI TAK BOLEHLAH UTH. SAYA KAT TAPAK PROJEK SEKARANG. NANTI SAYA CALL AWAK BILA SAYA ADA MASA- Aura.

-BAIKLAH SAYA TUNGGU.- Uthman.

Uthman tersenyum mengingat senyuman manis dibibir Aura. Tak sama seperti Melati. Senyuman yang penuh muslihat.

Kini Uthman tinggal sendiri didalam Kondo yang disewa atas beli pada pemilik bangunan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience