BAB 9

Short Story Completed 93520

Ratna menghadap luar tingkap.Dia tidak mampu untuk menghadap muka Arjuna.

"Sayang...."panggil Arjuna dimuka pintu.Dia melangkah masuk ke dalam bilik isterinya.Tubuh itu tidak berpaling menghadap dirinya.Mungkin masih marah dengan sikapnya.

"Awak pergi balik....saya tak perlukan awak dalam hidup saya.Biarkan saya hidup dengan anak saya"ucap Ratna perlahan.

Arjuna mendekati belakang Ratna."Abang masih cintakan Ratna.Abang takkan balik selagi sayang tak maafkan Abang.Abang tak kuat tanpa Ratna.Kita balik rumah kita"ujar Arjuna.

Ratna berpaling memandang wajah Arjuna dengan kesal.

"Stop acting.Get away of my life"ucap Ratna sambil menahan air matanya dari jatuh.

Arjuna merenung tepat ke dalam anak mata isterinya.

"Abang nak betulkan semua kesilapan Abang pada Ratna, anak kita dan keluarga Ratna"

"Semua tu dah tak penting.Yang penting sekarang ni saya hanya nak besarkan anak saya dan berpisah dengan awak"ucap Ratna tepat ke muka Arjuna.

"Its up to you.Saya masih ada masa untuk pujuk awak.Saya akan duduk sini jaga awak lagipun Umi awak izinkan saya jaga awak dekat sini.Saya akan guna peluang ni untuk dapatkan isteri saya Ratna Zinnirah"kata Arjuna sebelum meninggalkan bilik Ratna.

"Aku tak perlukan kaulah"jerit Ratna.Dia menarik nafas sedalam-dalamnya.

*******

Terkelip-kelip Datin Nelly melihat anak keduanya melangkah ke laman rumah.Datin Habsah yang duduk di hadapannya ikut sama menoleh ke belakang,. melihat apa yang dia lihat.

Pelik, Baru balik keluar balik.Dengan baju blouse berskrit pendek, wajah yang disolek.

"Rina nak pergi mana tu?"
Afrina yang menonong ke arah keretanya buat tidak peduli dengan teguran itu.Memandang bonda yang sedang duduk dengan "bakal mak mentua".Dia tidak mahu memotong mood sendiri.

Jangankan nak berborak dengan bakal mak mentuanya itu nak jumpa pun kadang malas.

Datin Habsah sekadar memandang langkah Afrina.Sikap dan perangai Afrina sangat lain dengan apa yang Datin Nelly bahaskan.Datin Nelly kata anaknya seorang yang baik dan sopan tetapi ini menghormati orang tua pun tidak.

Perasaannya sedikit gusar sekiranya Afrina menjadi menantunya.Lagi-lagi untuk Arjuna, bercakap pasal Arjuna.Sudah dua tiga hari dia tidak nampak kelibat anaknya itu.

"Rina, I'm talking to you, kamu nak pergi mana ni?"Datin Nelly bingkas bangun membontoti langkah Afrina.Risau pula bila Datin Habsah melihat perangai Afrina.

Afrina membiarkan bondanya mengekori dari belakang.Alarm kereta ditekan dan dia segera menguak luas pintu keretanya.Dia mahu cepat-cepat berlalu.Dia yakin benar sekejap lagi bonda akan mendesaknya berbual-bual dengan Datin Habsah.Jangan haraplah semua itu takkan berlaku.

"Kenapa ni? Rina tak dengar bonda tanya?" Datin Nelly memegang pintu kereta Afrina, menghalang anaknya menutup pintu itu.

Afrina masih bereaksi selamba dengan duduk di seat pemandu dan menghidupkan enjin kereta.

"Rina, cuba bagitahu bonda kamu nak pergi mana? Datin Habsah ada tercongok kat sana tu, kamu tak hormat langsung"

Tajam matanya memandang bondanya.

"Rina ada hal dekat luar.Lagipun Bonda kan ada jadi boraklah berdua sampai esok pun tak pe.I will stay out of anything!"bentak Afrina dengan nada sedikit tinggi.

Terkejut besar Datin Habsah mendengar pekikan "Bakal menantunya".Dia mengurut dadanya dan mencapai gelas yang tersedia air.

"Dahlah bonda, tepi"

Datin Nelly rasa serba salah dengan Datin Habsah.Afrina benar-benar buat dirinya malu sekarang ni.

*******

Ratna tidak bercakap langsung dengan Arjuna.Dia ibaratkan Arjuna sebagai halimunan sahaja.

Walaupun lelaki itu cuba membantunya tetapi Ratna mengelak terlebih dahulu.

"Makan Arjuna tapi lauk rumah Umi ni biasa-biasa aje"ujar Puan Samsiah kepada Arjuna yang dari tadi hanya memerhati Ratna.

"Lauk macam ni pun sedap Umi.Lagipun Ratna pun selalu masak macam ni"puji Arjuna.

Ratna mahu bangkit dari duduknya.Arjuna memegang lengan Ratna."Awak nak pergi mana? Makanan awak belum habis lagi?"soal Arjuna.

"Tak ada selera pulak tiba-tiba"ujar Ratna menuju ke sinki.Arjuna mendekati Ratna.

"Kalau macam tu Abang buatkan sayang susu.Susu manga yang sayang suka minum tu"pelawa Arjuna.

"Tak perlu tunjuk baik dekat sini"

"Ratna tak baik cakap dekat suami macam tu"tegur Puan Samsiah.

Ratna terus meninggalkan dapur.

"Abang Juna duduk sini lama ke?"soal Indah yang dari tadi hanya memerhati.

"Insyallah kalau Arjuna ada urusan dekat KL.Arjuna balik kejap.Selebihnya Juna boleh buat dekat sini sambil tengok-tengokkan Ratna"ujar Arjuna.

"Kamu bila nak rujuk semula dengan Ratna?"soal Puan Samsiah.

"Insyallah saya akan uruskan semua tu.Tapi Juna minta Umi dengan Indah tolong Juna juga"pinta Arjuna.


********

"Juna kamu tidur sinilah kalau duduk rumah Umi"kata Puan Samsiah membawa toto, bantal dan selimut buat Arjuna.

"Terima kasih Umi.Susahkan Umi aje"kata Arjuna.

"Pasal Ratna lama-lama dia lembut hati nanti.Banyakkan berdoa untuk hubungan kamu"

"Insyallah Umi.Ni esok pagi subuh nanti Juna ingat Juna nak solat dekat surau depan ni.Takpekan Umi"

Puan Samsiah tersenyum manis.

"Boleh aje.Nak solat takkan Umi nak marah kamu.Dah tidur rehatkan badan.Besok nak tenaga lagi pujuk Ratna"pesan Puan Samsiah.

"Ehh.. Umi tadi susu yang Juna buat.Ratna habis kan tak?"soal Arjuna pada Puan Samsiah.

"Habis tadi tengok.Takpelah Umi masuk tidur dulu"pesan Puan Samsiah berlalu meninggalkan Arjuna diruang tamu.

Arjuna memandang syiling kapur yang putih itu.Lama-lama dia terlelap kerana kepenatan harini.

******

Ratna rasa dahaga tekaknya.Dia bingkas bangun dari katil dan membuka pintu bilik.Matanya terpandang ke arah ruang tamu.Disitu dia memandang suaminya yang tidur berseorangan.

Dia berjalan ke arah Arjuna baringkan diri.Dia menunduk memandang wajah Arjuna yang tenang.Wajah itu yang selalu dia pandang setiap kali Arjuna tidur.

Ya Allah ampunkan dosa aku sekiranya aku berkasar dengan suamiku

Arjuna terpisat-pisat dan terkejut melihat Ratna yang duduk disebelahnya.

Ratna turut terkejut melihat Arjuna yang tersedar dari tidur.Ratna cepat bangun dari duduknya.

"Ratna kenapa?" Arjuna bangun mendapatkan Ratna.Ratna mati kutu.Takut dituduh melihatnya.

"Saya nak ambil air dekat dapur"ujar Ratna kepada Arjuna.

"Air??? Awak nak air? Takpe saya pergi ambil air.Awak duduk dekat sini"kata Arjuna meminta Ratna duduk dikerusi.

*****

Arjuna menghulurkan segelas air kepada Ratna.Dia menyambut huluran gelas Arjuna.

Arjuna duduk disebelah Ratna.Dia memerhati Ratna yang sedang minum.Ratna rasa tak selesa dipandang Arjuna.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?"soal Ratna dengan nada suara perlahan kerana risau akan membangunkan Umi dan Indah nanti.

"Saja pandang isteri saya yang cantik dan comel ni.Mesti anak kita keluar comel nanti kan?"soal Arjuna.

"Anak kita? Nope pembetulan anak saya"ucap Ratna tepat kena batang hidung Arjuna.

Arjuna mendengus perlahan."Okay anak awak.Saya mengalah"kata Arjuna sambil mengangkat tangan.

Ratna memberikan gelas kepada Arjuna.Dia bangun dari kerusi."Awak anak pergi mana?"soal Arjuna.

"Nak sambung tidurlah lagipun sekarang pukul 3 pagi.Takkan awak nak ajak saya pergi pasar borong"ujar Ratna.

"Uishh...awak nak pergi saya boleh bawakan.Ikan-ikan pagi ni segar-segar tau."ujar Arjuna cuba melawak dengan Ratna.

Ratna memukul lengan Arjuna dengan jelingan maut buat suaminya.Sebelum berlalu masuk ke dalam bilik semula.

Arjuna tersenyum.Dia suka menyakat isterinya itu.Wajah Ratna kalau marah memang mencuit hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience