Bab 114

Romance Completed 78329

Gia mengambil bingkai gambar mereka sekeluarga. Gambar mereka sekeluarga dan waktu tu dia dan Vitalika masih lagi bersekolah. Ya Allah…rindunya aku pada mummy dan daddy. Tak lupa juga pada tatay. Jika mereka masih ada di duniaMu ini Ya Allah, aku akan pastikan mereka sentiasa berada dalam keadaan gembira.

“Hey…what you doin’?” Gia pantas menyeka air matanya yang menitis keluar dari kelopak mata.

“Nothing. Just take a look at this photo. I miss this time…”

“Same to me.” Eric memahami Gia kerana dia pun turut rasa benda yang sama. Sejak mummy Valona dan daddy dah tak ada, keadaan di dalam rumah ini sepi. Tak seperti dulu walaupun dia dah ada keluarga sendiri.

“Gia masih marahkan Danial?”

Kepalanya menggeleng. “Gia dah tak marahkan dia abang. Lagipun dia dah tak ada. Tak eloklah kalau nak fikir balik pasal apa yang dia dah buat pada Gia dan Vi. Gia dah lupakan segalanya. Benda yang dah lepas, biarkan lepas.”

“Luqman?”

Gia mengerutkan dahinya. “Kenapa tiba-tiba abang mention pasal Luqman?”

“Yelah…kalau dekat Danial, Gia dah tak marah…takkan dengan Luqman masih marah lagi?”

“Tak adalah. Gia tak marah dia pun.”

“Then? What you doing here? Dekat Cebu? I know you Gia.”

“Ok…Gia tak marahkan dia cuma Gia masih tak boleh nak percayakan dia. Gia perlukan masa.”

“Are you serious?”

“Serious.”

“May gusto kang marinig (nak dengar something tak)?”

“Ano (apa)?”

“Gia yang abang kenal bukannya seorang yang mudah mengalah. Tapi, sekarang ni kenapa abang tengok Gia mengalah sangat?”

“I don’t know.”

“Reason?”

“I don’t have any reason for that.”

“Gia nak tahu something tak? Dalam alam perkahwinan ni…tak semuanya indah even abang dengan isteri abang sendiri pun pernah bergaduh dan hampir give up but why abang dengan isteri abang sekarang masih lagi bersama? Sebab ada rasa percaya untuk pasangan masing-masing. Itulah kunci kepada kebahagiaan kita yang sebenar. Kalau kita buang perasaan toksik yang ada dalam diri kita, kita akan bahagia. Trust me.”

“Thanks for your advice but…”

“No but. Trust me dan buang rasa tak percaya pada Luqman. Give him one more chance. Abang tak rasa yang dia akan ulang benda yang sama. Siya ay mabait at magiging mabuting asawa para sa iyo (he’s kind dan dia akan jadi suami yang baik untuk Gia).”

“Bigyan Gia mo lang ng mas maraming oras upang pag-isipan ito (bagi Gia masa lagi untuk fikir).”

“Suit yourself. Abang takkan paksa Gia. Abang just nak Gia fikir wisely about your future. Ingat…sekarang Gia dah jadi seorang ibu. Takkan Gia tergamak nak biarkan Hariq terpisah dari ibu dia lama-lama? I bet you are not. Abang tahu Gia rindukan Hariq.” Eric sempat menepuk perlahan bahu Gia sebelum melangkah pergi. Memberi ruang kepada Gia untuk berfikir semula.

MACTAN-CEBU INTERNATIONAL AIRPORT, Cebu City, Philippines.

Akhirnya…lepas beberapa jam di atas flight, dia tiba juga di airport Cebu. Sikit lagi nak jet lag dia dibuatnya. Eleh…dulu kau kerap ulang alik dari Malaysia ke Philippines tak ada pulak kau nak rasa jet lag?

Hahaha…dulu tu lain sebab yelah time tu terdesak dengan segala benda…tak ada rasa penat sangat. Tapi…sekarang aku datang dengan misi. Aku nak bawak Gia balik ke Kuala Lumpur. Aku nak perbaiki balik hubungan aku dengan Gia. Itu misi utama aku.

Sebaik saja dia melangkah keluar dari airport, dia disapa oleh Eric. Sememangnya Eric tahu dengan kedatangannya ke sini. Malah…support lagi supaya aku terus ada dekat sini untuk pujuk Gia.

“Welcome back to Philippines.”

“Thank you dude.”

“Are you ready?”

“Yes…I am ready.”

Jujurnya aku rasa takut jugak. Takut kalau kedatangan aku boleh mengundang rasa tak selesa dalam diri Gia.

“Don’t think too much.”

“Emmm…I don’t think so that Gia…she…”

“What are you afraid of? Come on! She is your wife and you’re her husband. Legally! Why did you afraid huh? How mad she is with you…her title is still your wife.
That’s for sure.”

“Ya…”

“I’M home!” Eric melangkah masuk ke dalam rumah bersama plastik yang berisi makanan halal untuk Gia dan Luqman. Dah kalau dia tak beli makanan halal, Gia dan Luqman nak makan apa nanti?

Aluna datang menghampiri mereka berdua dengan senyuman di bibir.

“Sinta (darling)…ito si Luqman (ini Luqman). Asawa ni Gia (suami Gia).”

“Hello…” Luqman sekadar tersenyum kecil.

“Asan si Gia (mana Gia)?”

“Nasa kwarto niya (dalam bilik dia). Gusta mo makuha ko (nak saya panggil dia)?”

“No need. Keep this as a surprise for her.”

“Ok…” Aluna faham. “Bigyan mo ako ng pagkain (bagi saya makanan tu). Ihahain ko ito para sa aming hapunan (saya akan hidang untuk dinner).”

“Thank you sinta (darling).”

Aluna membawa makanan menuju ke dapur. Anak-anak pulak bermain dalam bilik. Memudahkan kerjanya untuk membuat kerja rumah.

“Eric…did you have any room for me to stay?”

“Huh? For what? You can just stay with Gia in one room.”

“I don’t think that was a good idea.”

“You’re her husband. Why it was not a good idea though?” Eric pulak yang rasa pelik dengan apa yang Luqman cakap tadi. Rasanya tak salah untuk suami isteri tinggal sebilik.

“She still mad to me. I don’t think that she will like it if I stay in the same room with her.”

“I don’t think so. No matter what is you’re still her husband. That’s the fact. How long she will be mad with you hmmm? I know her well. Don’t think too much.”

“Ok…” Aku harap apa yang abang Eric cakap tu betullah.

Tapi…buatnya Gia tiba-tiba tendang aku keluar dari bilik dia macam mana? Ah! Kau ni Luqman! Fikir sampai macam tu sekali! Tak ada maknanya dia nak tendang kau! Kau tu selalu fikir bukan-bukan pasal dia.

GIA yang baru habis solat Asar memandang ke pintunya. Siapa pulak yang datang ketuk pintu bilik aku sekarang ni? Abang Eric? Kak Aluna? Ataupun anak-anak abang Eric? Tapi, kalau anak-anak abang Eric, mesti diorang dah panggil nama aku. Sama jugak dengan abang Eric dan kak Aluna. Tapi, ni senyap je?

Alahai Gia…yang kau nak fikir banyak-banyak sangat ni dah kenapa? Kau buka jelah pintu then kau tahulah siapa yang ketuk pintu bilik kau. Ini kalau dok fikir macam tu je…tak adanya nak boleh tahu siapa yang tengah ketuk pintu bilik kau.

Dengan telekung masih tersarung pada tubuhnya, Gia bangun dan menuju ke pintu. Pintu biliknya dibuka. Sebaik saja dia buka pintu bilik, matanya membulat melihat gerangan yang sedang berdiri di hadapannya.

“Luq?”

“Gia…aku…”

“Awak buat apa datang sini? Awak ada business apa lagi dekat sini?” Tanyanya bertubi-tubi. Dia tak terfikir langsung yang Luqman boleh ada dekat Cebu sekarang ni.

“Aku datang sini sebab kaulah.”

“Sebab saya?” Dah kenapa pulak sebab aku?

Luqman menolak perlahan tubuh Gia masuk ke dalam bilik. Dia masuk dan menutup pintu bilik.

“Luq…awak jangan nak buat macam-macam eh???”
Tiba-tiba pulak aku terfikir adegan dalam drama. Aduh! Tak suci betul otak aku sekarang ni!

“Kau fikir aku nak buat apa dekat kau?” Dahi Luqman berkerut seribu. Aku tak fikir nak buat apa pun dekat dia.
“Ke…kau fikir something ni?”

“Taklah! Mana ada!” Malas nak layan Luqman, dia kembali ke arah sejadah lalu sejadah itu dilipat. Telekung masih lagi tak dibuka.

“Awak buat apa datang sini Luq? Awak nak cari kebenaran apa lagi di sini?” Gia bersuara perlahan.

“Kau masih fikir yang aku…”

“Ya…”

“Kau masih fikir aku jahat macam tu lagi ke Gia?”

“People can change.”

“So am I. Aku boleh berubah dari jahat ke baik untuk kau. Tolong jangan buang aku macam tu je dari hidup kau.”

“Saya tak buang pun. Apa-apa pun awak suami saya.”

“Then? Kenapa reaction kau sekarang ni macam kau tak boleh terima je aku ada dekat sini sekarang?”

“Saya tak kata apa pun Luq. Awak je suka buat kesimpulan sendiri.”

“Then…tell me yang kau tak marah aku datang sini dan kau takkan larikan diri kau lagi dari aku. Deal?”

“I don’t know…”

“I knew it.” Luqman jawab perlahan. “Kau nak aku buat macam mana Gia untuk raih kembali kepercayaan kau dekat aku balik macam dulu? Bagitahu aku dan aku akan buat semuanya macam yang kau nak. Aku sanggup.”

“Tak payahlah Luq. Buang masa awak je.”

“Aku tak rasa apa yang aku buat ni buang masa aku. Aku buat untuk isteri aku dan benda tu tak salah pun. Aku tahu Gia…aku bukan suami yang baik. Awal perkenalan kau dengan aku dulu pun ibarat kau terjun dalam mimpi ngeri tapi tak semestinya Luqman yang ada depan kau sekarang ni, kekal sama macam dulu.”

“Kalau sama?”

“Kalau je kan? Kau kena tahu Gia…apa yang aku buat sekarang ni bukan sebab untuk kepentingan diri aku tapi aku buat ni untuk kebaikan Hariq dan kau jugak.”

“Ikut suka hati awaklah Luq. Apa yang saya tahu
sekarang ni saya balik ke sini sebab ada kerja. Bukan saja-saja balik.”

“Macamlah aku tak tahu kau sebenarnya ada jugak job dekat KL tu tapi kau sengaja tolak kan?”

“Mana ada.”

“Mana ada, mana ada. Aku tahulah aku dah tanya Kristine sendiri.”

“Hah?!” Yang Kristine pun bijak! Kenapalah dia pergi bagitahu dekat Luqman yang aku tolak job dekat KL tu. Hampeh punya Kristine!

“Terkejutlah tu. Tulah…kau nak lari ke mana lagi Gia? Semua pasal jadual kau aku dah tahu.” Luqman menayangkan senyuman menangnya tapi seram pada Gia. Tak pernah-pernah suaminya nak senyum macam tu pada dia.

“Dah kenapa awak senyum macam tu?”

“Hmmm? Macam mana?”

“Tak ada apalah.” Lain macam jantung aku ni berdegup tengok dia senyum macam tu.

“Errr…” Gia mula menapak selangkah ke belakang bila
Luqman mula mendekatinya. “Awak dah kenapa Luq?”

“Apa? Yang kau menapak ke belakang buat apa? Aku pun dekatlah dengan kau.” Dia faham kenapa Gia menapak ke belakang. Takut aku nak buat apa-apa dekat dialah tu.

“Ttt…taklah. Saya ke belakanglah bila awak makin dekat dengan saya.”

“Salah ke suami nak dekat dengan isteri sendiri?”
Luqman melingkarkan tangannya ke pinggang Gia.

“Errr…arrr…aw…awak ni de…demam ke apa Luq?” Bila dia peluk aku macam ni lagilah aku rasa seram. Ini bukan Luqman yang dia kenal.

“Demam apa? Peluk isteri sendiri je pun. Bukannya nak buat…” Pantas Gia melekapkan tangannya ke mulut Luqman.

“Hesy! Jangan cakap pelik-pelik boleh tak?”

“Cakap pelik apa? Aku nak cakap…bukannya nak buat kau sakit hati. Itu je. Ke…kau fikir yang bukan-bukan sebenarnya? Hmmm??? Kau fikir lain ni…hahaha!!!”

Gia menolak Luqman menjauh darinya. “Awak ni gilalah Luq. Bila masa pulak saya fikir lain?” Kakinya bergerak menuju ke katil. Telekungnya dibuka. Lagi lama aku duduk sebilik dengan Luqman, lagi panas aku rasa dengan dup dap jantung.

“Nak pergi mana?”

“Nak turun bawah. Nak siapkan dinner.”

“Tak payahlah. Stay dengan aku.”

“Nak buat apa stay dengan awak? Lebih baik saya turun ke bawah tolong kak Aluna apa yang patut.” Tanpa menunggu jawapan dari Luqman, Gia terlebih dahulu keluar dari bilik meninggalkan Luqman di dalam bilik.

Sudah jantung! Sudah! Jangan nak berdegup kencang sangat! Kalau Luqman tahu jantung kau berdegup sampai macam ni sekali, mesti lagi hebat kau kena usik dengan dia!

“Hai Gia…buat apa dekat bawah ni?” Tanya Aluna bila Gia melangkah masuk ke ruang dapur.

“Nak tolong akaklah prepare dinner. By the way, mana anak-anak akak?”

“Tak payahlah susah-susah. Hari ni semuanya halal food. Abang Eric belikan untuk Gia dan Luqman. Akak tolong hidangkan je. Emmm…anak-anak pulak tadi abang Eric bawak diorang keluar jalan-jalan ke taman permainan. Kejap lagi baliklah tu.” Jawab Aluna.

“Ok…”

“So? Macam mana? Suami dah datang tu. Tak happy ke? Muka tu…cubalah manis sikit? Suami datang cari isteri sampai ke sini. Kita sebagai isteri kena happy tau bila suami usaha cari kita sampai ke sini.”

“Alah…akak mesti komplot dengan abang Eric kan cakap macam ni dekat Gia?”

“Tak adalah. Akak cakap apa yang akak rasa dari hati akak sendiri. Akak pun pegang title sebagai seorang isteri. Kalau akak jadi Gia akak happy tau sebab dia dah tunjuk effort dia dekat kita.”

“Emmm…” Gia tak tahu nak balas apa.

LEPAS saja makan malam, Luqman segera naik ke atas untuk menunaikan solat Isyak manakala Gia pula menolong Aluna kemas dapur dan meja makan. Eric pula dah masuk ke dalam bilik dengan anak-anaknya.

Selesai saja mengemas dapur dan ruang makan, Gia meminta diri untuk naik ke atas untuk solat Isyak. Ketika dia masuk ke dalam bilik, Luqman tengah menghadap telefonnya dan bercakap sesuatu. Bercakap dengan mama kalau tak salah aku.

“Hariq macam mana ma? Ok ke? Tak banyak ragam ke ma?”

“Alhamdulillah Luq. Hariq tak banyak ragam. Menangis pun tak hari ni. Kalau menangis pun sebab lapar atau pampers dah penuh.”

“Alhamdulillah…” Bagus anak ayah.

“Hello angah!!!” Tiba-tiba saja Zahirah menyapa dari belakang dengan Zarina, suami dan anak-anaknya.

“Jangan nak kuat sangat suara tu! Terkejut anak angah nanti!” Matanya dijegilkan kepada Zahirah.

“Ops! Sorry! Hahaha!!!”

“Angah…Gia macam mana? Ok ke? Dia dah boleh maafkan kau?” Tanya Zarina.

“Entahlah…angah pun tak tahu lagi along. Setakat la angah tengok respons dia just biasa-biasa je.”

“Pelan-pelanlah angah. Along yakin dia akan lembut hati jugak dengan angah nanti. Take your time.”

“Betul tu Luq. Gentleman bro…confirm cair nanti.” Hakim angkat thumbs up. Luqman turut sama.

Luqman memandang Gia yang keluar dari bilik air dan bersiap sedia untuk menunaikan solat Isyak.

“Gia mana Luq?” Tanya Ungku Maria. Dari tadi dia hanya tengok kelibat anaknya saja. Kelibat Gia langsung tak nampak.

“Ada je ni ma. Dia baru nak solat Isyak.”

“Ohhh…”

Tiba-tiba saja rengekan suara Hariq kedengaran. Hariq yang berada di dalam dukungan Zahirah mula merengek.

“Hariq…anak ayah kenapa tu? Kenapa tu ma? Tiba-tiba je merengek?” Risau pulak dia bila rengekan Hariq mula kuat.

“Tak tahulah kenapa. Ira…pegang telefon mama ni,”
Zahirah memegang telefon mamanya manakala Ungku
Maria pula mengambil Hariq dari dukungan Zahirah. Dia cuba memujuk Hariq tapi Hariq masih tak ada tanda-tanda nak berhenti merengek.

“Dia lapar ke ma? Pampers penuh?”

“Tak. Tadi dia dah minum susu dan pampers dia kosong. Nak kata perut dia kembung tak pun.”

“Anak ayah…kenapa tu? Kenapa merengek pulak sekarang ni? Be a good boy please?”

Gia yang sedang menunaikan solat Isyak mula tak fokus bila terdengar rengekan suara anaknya. Bila melibatkan anak sendiri, memang hatinya tak kuat. Jiwa dia mula luluh. Air matanya mengalir di pipi.

“Entah-entah Hariq rindukan kak Gia tak?” Tiba-tiba saja Zahirah berkata begitu. Tapi, mungkin ada betulnya jugak.

Mereka terdiam di situ.

“Luq…” Luqman memandang Gia yang sedang memandangnya dari atas sejadah. “Saya nak tengok Hariq boleh?” Sebaik saja dia selesai solat, terus dia meminta kebenaran dari Luqman.

Luqman tak membantah. Dia turun dari katil dan menyerahkan telefonnya kepada Gia. Semuanya menumpu kepada Gia sekarang ni.

“Assalamualaikum ma…”

“Waalaikumussalam Gia…Gia sihat ke dekat sana?”

“Alhamdulillah Gia sihat. Hariq pulak macam mana mama? Kenapa merengek pulak tu?” Tangannya naik menyentuh skrin. Terasa seperti menyentuh anaknya betul-betul. Rindunya aku dekat Hariq…

“Tak tahulah Gia. Tiba-tiba saja merengek,” tapi tak lama kemudian rengekannya sudah hilang.

“Bila dengar suara mummy dia…terus diam ye?” Ujar Ungku Maria dengan senyumannya di bibir. “Rasanya Hariq rindukan mummy dia ni…”

Lagi lebat air matanya yang turun mengalir di pipi.

“Mama cakap macam tu terus mummy Hariq ni menangis,” jari Luqman naik mengelap air mata Gia di pipi.

“Gia janganlah duduk lama sangat dekat sana ye? Baliklah jumpa Hariq ni.” Sesi pujuk-memujuk bermula.

“InsyaAllah ma kalau Gia dah habis kerja dekat sini. Gia mintak maaf mama kalau Gia menyusahkan mama nak kena jaga Hariq sekarang ni.”

“Tak ada apalah Gia. Hariq ni cucu mama jugak…bukannya orang lain pun. Gia janganlah risau.” Jawabnya dengan senyuman.

Ralit mata mereka berdua memerhati mama yang sedang menidurkan Hariq.

“Oklah Luq, Gia…mama nak letak Hariq dalam baby cot dulu. Dah tidur nyenyak dah ni.”

“Ok ma…bye…Assalamualaikum…”

“Waalaikumussalam…” video call diputuskan. Gia kembali menyerahkan telefon Luqman.

“Rindu?”

Gia tak menjawab sebaliknya tangannya sibuk menyeka air mata di pipi dan kelopak matanya.

“Gia? Aku tanya ni…kau rindukan Hariq ke?”

“Soalan apa yang awak tanya ni? Saya ibu dia yang mengandungkan dia sembilan bulan. Takkanlah saya langsung tak rindu dengan anak sendiri?”

“Kalau rindu, kenapa tinggalkan dia dan saya di KL?”
Dia sendiri tak ada jawapan untuk itu.

“Sudahlah Luq, saya nak tidur…” Gia pantas bangun dan melipat telekungnya.

“Kalau kau masih marah dan bencikan aku, ok kau boleh marah dan bencikan aku tapi aku merayu dekat kau…jangan libatkan sekali dengan Hariq. Anak kita masih kecil lagi. Baru saja dua bulan.”

“Saya pergi tak ada kena mengena dengan Hariq sebab Hariq anak saya jugak. Gila ke apa nak bencikan anak sendiri?”

“Apa yang kau buat sekarang ni tak menjadi bukti lagi ke?”

“Luq! Boleh tak jangan serabutkan kepala saya dengan semua kesimpulan awak tu? Boleh tak sekali je awak tak buat kesimpulan pasal saya?” Alih-alih aku pulak yang stress!

“Aku cakap berdasarkan dengan apa yang dah jadi. Kalau dulu memang ya aku buat kesimpulan terburu-buru tapi bila melibatkan Hariq dan kau pergi tinggalkan aku dengan anak kita…kau rasa aku saja-saja nak buat kesimpulan aku sendiri ke? Kesimpulannya memang kau pergi tinggalkan Hariq kan? Salah ke apa yang aku cakap sekarang ni?”

“Ok! Awak menang!”

Luqman mengeluh kecil. Datang sini nak memujuk last-last end up bergaduh macam ni pulak. Nak buat macam mana lagi ni. Tangan Gia diraih dan digenggamnya erat.

“Sorry…aku tak bermaksud nak cari gaduh dengan kau tapi aku cakap based on apa yang jadi.”

“Tak apa. Awakkan suami…suami tak pernah salah.”

“Gia…aku tak pernah cakap yang suami betul dan isteri salah. Aku pun ada kesalahan aku sendiri. Cuma, apa yang aku nak sekarang ni ialah kemaafan kau untuk aku.”

“Awak nak saya cakap berapa banyak kali Luq?”

“Sampai aku rasa aku puas hati. Mungkin selama ni kau cakap kau maafkan aku atas dasar simpati.”

“Awak buat saya rasa bersalah tahu tak Luq? Awak buat saya rasa macam saya ni isteri yang tak baik. Tolonglah…jangan buat saya rasa bersalah lagi.”

Tubuh Gia ditarik ke dalam pelukannya. Saat dia memeluk tubuh Gia…pelbagai rasa yang menyelinap masuk ke dalam hatinya.

“Aku mintak maaf…aku mintak maaf sangat-sangat…”

“Saya nak tidur Luq. Esok saya kena fly balik ke Manila. Ada kerja dekat sana.”

“Huh? Esok?”

“Hmmm…”

“Kenapa tak bagitahu aku?”

“Saya pergi atas urusan kerja. Bukan sebab saja-saja.”

“Taklah…kalau kau bagitahu aku, aku dah tempah
siap-siap tiket ke sana jugak.”

“Ikut suka awaklah Luq.” Gia meleraikan pelukan Luqman dan menuju ke katil. Apa yang dia tahu dia kena bangun awal pagi esok. Kalau bangun lambat tak pasal-pasal terlepas flight pulak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience