3 MINGGU KEMUDIAN...
Mesyuarat antara pemegang saham dalam MR Holdings berjalan pada petang itu setelah di khabarkan sejak akhir-akhir ini prestasi syarikat semakin merosot.
"Kami sebagai pemegang saham di syarikat ini mengusulkan cadangan penarikkan diri dari melabur di syarikat MR Holdings jika tiada kemajuan yang dapat mengawal kemelesetan prestasi dan kewangan pada 2 bulan akan datang." Dato Zulkifli, salah seorang pemegang saham bersuara bagi mencadangkan usul pada mesyuarat tersebut.
"2 bulan masa yang sangat singkat. Tak boleh ke extend lagi masa Dato' ? Saya yakin kami boleh selamatkan syarikat ini."
Balas Megat Haider membangkang cadangan Dato' Zulkifli itu.
"Maaf Encik Haider. Kami dah bagi banyak sangat masa dan peluang kepada syarikat ni. Takkan kami nak biarkan saham kami terus jatuh ?".
Pap ! ketukan gumpalan penumbuk di hentak di atas meja. Megat Rusydi menahan rasa kesal yang menggunung kini. Syarikat ini menuju arah muflis. Seperti tiada harapan. Dia tahu pasti ada dalang yang sedang berbuat khianat.
"It's okay. After 2 month kita akan adakan lagi meeting. Masa tu kita akan putuskan." Megat Rusydi bersuara bagi meredakan keadaan. Jiwanya kacau saat ini. Tahap kesihatan juga tidak membaik.
"okay boleh." Balas Dato'Zulkifli dan di sertai oleh anggukan pemegang saham yang lain.
"Macam mana ni papa ? 2 month tak cukup !". Kata Megat Haider setelah bilik mesyuarat itu kosong dan hanya tinggal mereka berdua.
"Kita kena ambil sikit dana dari company yang Qisha handle sekarang ini. Itu je cara yang ada untuk selamatkan MR Holdings."
"Qisha setuju ke papa ? Lingas Holding tu kena keluarkan banyak dana bukan sikit". Megat Haider ragu-ragu.
"Dia perlu setuju. Syarikat tu papa tubuhkan untuk backup MR Holdings jika ada apa-apa berlaku. And... tolong cari pengkhianat dalam Company ni secepat yang mungkin." Megat Rusydi berjalan keluar tanpa balasan daripada Megat Haider. Ini semua pasti dalang. Dia tidak silap lagi.
Lingas Holdings merupakan syarikat kedua yang di miliki oleh Megat Rusydi. Sebuah syarikat pengurusan sistem keselamatan dan elektronik yang membekal kepada beribu-ribu pasaran di dalam dan luar negara. Lingas Holdings di berikan pada Puteri Qisya untuk menguruskan syarikat itu. Dan puterinya itu sangat berdedikasi dalam menguruskan perniagaan tersebut.
Tanpa di sedari ....
Pita rakaman perbualan suara antara dua beranak itu di hentikan. Cukup setakat itu sahaja bukti yang perlu dia ada. Pita rakaman di masukkan ke dalam poket seluar dan dia melangkah penuh gaya tiada sumbang menuju ke lif utama. Terukir sedikit riak senyuman sinis di wajahnya namun dengan berita tentang wujudnya Lingas Holding tidak begitu mengembirakan dia dan majikannya.
"I'M pretty sure yang Jasmine rindu nak makan masakan Indonesia kan?".
Nurjihan menongkat dagu sambil tersenyum memandang wanita Indonesia di sebelahnya itu.
"Ngak papa (tak mengapa) sih, okay je makan masakan apa pun asalkan sedap." kedua-dua matanya di kenyitkan kepada Nurjihan.
Hubungan mereka yang lama kelamaan itu menjadi semakin akrab. Bagi Bellinda, Nurjihan itu adalah idolanya dan nyamannya terasa bila bersama dengan gadis ini ibarat keluarga sendiri. Bagi Nurjihan Jasmine juga seperti kakak yang harus dia hormati kerana jelas Jasmine adalah lebih dewasa. Sungguh sejak dari dalam dunia maya lagi dia merasa selesa berkawan dengan Jasmine.
"Dekat kuala selangor ni la satu-satunya restoran masakan padang yang best, Sebab tu kitaorang decided nak bawak Jasmine datang makan dekat sini Jauh pun jauh la... Suka tak ?" Nurjihan begitu teruja.
"Iya sukalah ! deco kedai ini cantik sangat. Calm and peace "
Bellinda memejamkan matanya menghirup udara segar tatkala di buai angin petang yang datang dan di temani oleh bunyi replika air terjun buatan di sudut pondok restoran yang berkonsepkan 'outdoor'.
"Ini menu cik." Tegur seorang pelayan yang baru datang ke meja mereka dan menghulurkan 3 buah buku menu makanan untuk rujukan pelanggan mereka.
"Ok terima kasih. Kejap lagi kalau nak order kami panggil ye ?" Balas Hawa kepada pelayan tersebut.
"Okey." Pelayan itu berundur dengan sopan dan beredar dari meja mereka.
Bagai ada yang tidak kena dengan sistem pencernaan perutnya, Hawa sedang memicit-micit lemak di perutnya.
Errr aduh...sakit perut pulak.
"Jihan kau order je apa-apa untuk aku...aku nak ke tandas kejap. Tak tahan...arghhh". laju dia bergegas turun dari pondok tersebut dan berlari mencari tandas wanita.
Tap !
Ada barang yang terjatuh akibat dari pelanggaran siku Hawa itu.
"oihh ! ishh dia ni.."
Dengan segera Nurjihan mengutip dompet milik Jasmine yang terjatuh itu. Bagai terkena pukauan bila dia terpandangkan sekeping gambar yang terjulur keluar dari atas permukaan dompet.
"So cute, budak perempuan ni Jasmine ke?" Dompet dan sekeping gambar berpotretkan seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan yang memakai uniform sekolah menengah sedang tersenyum itu di hulur semula kepada tuan empunya.
Jasmine tersenyum lalu mengganguk.
"Siapa budak lelaki tu?". Nurjihan berasa ingin tahu walaupun itu tidak sopan menanyakan hal peribadi milik orang lain.
"This is my ex-boyfriend. Kami membesar sama-sama. Salah satu tujuan saya datang ke Malaysia adalah untuk mencarinya semula. Ada kesalahan yang sedang saya pikul terhadap dia."
Nurjihan berasa simpati. Kesalahan apa? biarlah ia menjadi peribadi. Tidak usah lagi jauh bertanya.
"Awak dah berpisah dari sekolah menengah ke ? bukan ke wajah dia dah berubah? macam mana nak cari ?"
Bellinda menggeleng dan tersenyum lagi. Lalu sekeping gambar yang terselit rapi di keluarkan dan di tunjukkan pada Nurjihan.
"Ini rupa dia sewaktu dewasa."
Kini kepingan gambar kedua itu berpindah tangan.
Bagai angin berhenti menghembus, dia terpana seketika.
How come ?
Nurjihan merasa mukanya kebas menahan gigilan di rahangnya. Apakah yang sedang berlaku ini ? Macam mana gambar suaminya ada dalam simpanan wanita lain.
Pelanduk dua serupa kah ?
"Macam biasa lihat kan? " lamunannya di hambat oleh persoalan Bellinda.
"Ha ? tak sure. Kenapa Jasmine tanya macam tu ?". Debaran di dada kian kencang.
Setelah itu Bellinda ketawa.
"No, i mean... dia itu successful businessman in Malaysia. Agak terkenal gitu lo. I though you know him."
Sedikit lega. Namun masih tidak dapat mengehela nafas lega sepenuhnya.
"Ouh, tak..saya tak kenal pun walaupun dia famous dekat malaysia."
Kata Nurjihan sambil menggaru-garu belakang cuping telinganya.
"Nama dia Syed Iqwal Founder of Syediq Group." Bellinda tersenyum manis memandang gambar yang ada di tangan Nurjihan itu.
Zrap ! bagai terdengar carikkan kain yang di koyakkan sekali laju begitu jua keadaan jantungnya kini bila di ibaratkan.
Benarlah, lelaki itu suaminya. Dan pasti yang di hadapannya ini.........
Bellinda ?
Sepasang matanya tidak berhenti menatap ke arah 'Bellinda' yang ralit itu.
Bagaimana kalau Bellinda tahu statusnya sebagai isteri bekas teman lelakinya itu adalah aku ? dapat ke dia nak terima ? dari jauh dia datang untuk mencari Tuan Syed.
"Jihan !".
Terkejut dia bila terasa ada tangan yang menampar kecil di bahu kanannya itu dari arah belakang.
"Jom ikut aku jap. Nak ambil makanan. Aku dah order. Tunggu korang lambat sangat. Waiter pulak busy. Aku lapar sangat ni. Jom pergi ambil sendiri. Dah siap tu." Ajak Hawa laju dalam berkata tanpa dapat di celah sedikit pun.
Nurjihan yang masih terkebil-kebil itu hanya menjadi pak turut mengikuti langkah Hawa menuju ke dalam restauran.
"Tunggu sekejap tau Jasmine." Kata Hawa.
Jasmine mengganguk dan tersenyum.
Dulang yang di penuhi makanan itu di pegang perlahan dan sekali lagi Nurjihan terkejut bila tangannya yang menggigil itu di pegang kejap oleh Hawa menahan dia dari mengangkat dulang tersebut.
"Aku dah dengar semuanya tadi. Dia tu ex Tuan Syed yang dulu tu miss world dari Indonesia tu kan ?"
Mata Nurjihan berkaca. Lalu mengganguk.
"Apa aku nak buat beb ? macam mana kalau dia berubah lepas tahu aku ni isteri Tuan Syed ?"
Hawa meraup wajahnya.
"Kenapa kau tak siasat latar belakang dia dulu sebelum kau nak buat kawan Jihan....? sekarang ni aku yakin nama dia mesti bukan Jasmine ?."
Nurjihan mengganguk lemah...
Hawa tidak sampai hati melihat Keadaan Nurjihan seperti itu. Baru hendak merasa bahagia muncul pula yang lain cuba-cuba untuk menagih kasih si suami.
"Kau relaks dulu. Buat macam biasa. Biar je kalau dia nak cari Tuan Syed. Pastikan kau tu jangan bagi kantoi yang kau tu kenal Tuan Syed, lagi-lagi isteri Tuan Syed. Biar dia sendiri jumpa Tuan Syed kalau boleh cepat sikit, biar kita tahu apa yang dia nak sebenarnya dari Tuan Syed."
Nurjihan mengganguk, dia harus dengar pendapat Hawa tatkala ketika ini mindanya bercelaru dalam menyusun tingkah. Mujur tidak ketahuan di pandangan Bellinda.
"Auuuhhh aduh..aa sakit ." Ngilu dan pedih rasanya bila jari terhiris dek pisau yang tajam mematikan lamunannya tentang Bellinda pada kelmarin hari.
"Heyy, careful !". Pantas jari yang terluka itu di tarik kasar oleh Tuan Syed Iqwal dan dengan spontannya jari telunjuknya itu berada di dalam mulut suaminya. Darah yang terkeluar itu di hisap lembut oleh Tuan Syed Iqwal.
Nurjihan terpaku dengan perlakuan Tuan Syed Iqwal.
Dari mana datangnya lelaki ini ? kenapa tiba-tiba boleh ada di sini ?
Dia menggeleng mengusir lamunan yang meralitkan mindanya.
"Bila Tuan Syed sampai ?" Sedikit kekok bila mereka di dalam keadaan seperti itu.
"lama dah, saya ada je duk perhati awak dari tadi berangan. Lain kali hati-hati bila guna benda tajam tu jangan nak berangan sangat. Ingat apa tak tahu tu ?"
Perli Tuan Syed Iqwal sekilas lantas menjeling.
amboi !
"Tuan Syed tak apalah, nanti saya letak plaster aje dekat luka tu." Nurjihan jadi malu.
"Tak apa biar saya stopkan darah ni dulu. panjang juga luka ni. Haishh." Lagi sekali dia menghisap darah yang tersisa di jari Nurjihan itu.
"Tuan Syed tak geli ke ?"
Opps ! Soalan apa ni ?
"Geli ? awak isteri saya kan ? buat apa nak geli pulak. Anythings that will heal you. I'll do it."
Bagai terlupa mereka berada di mana sekarang ini bila perlakuan mereka itu di perhatikan oleh seseorang yang terkejut dengan kemesraan mereka berdua.
"Someone please explain this ?" Suara Puan Diana menyertai mereka yang berada di dapur itu.
"Ami !".
"Aunty !".
Wanita tua itu hanya berpeluk tubuh memandang ke arah mereka.
"Iq buat apa ni ? Iq dah ada isteri kan ?. Apa ni ?."
Sungguh dia tidak mengerti. Siapa yang cuba menggoda siapa sekarang ni ?
"Ami...ye memang Iq dah ada isteri. Tapi kalau yang terluka ni isteri Iq, tak salah kan kalau Iq tolong ?" Perlahan nada suara yang di jelaskan kepada Puan Diana itu.
Nurjihan hanya menunduk bila mendengarkan penjelasan dari Tuan Syed Iqwal itu. Kali ini biarlah tidak jadi rahsia lagi. Dia juga kasihan pada lelaki itu yang perit berlakon di hadapan ibu sendiri. Dia juga tidak mahu menyimpan banyak lagi rahsia. Apa pun penerimaan atau penolakkan dari Puan Diana dia akur.
"Wuuu..what ? Jihan ini isteri Iq ? Betul ke ni Jihan ?" Puan Diana mahukan kepastian lagi.
Nurjihan dan Tuan Syed Iqwal serentak mengganguk.
Benar ....tiada lagi keraguan.
Hampir rebah dia terduduk di lantai dapur itu.
"Kenapa tak cakap awal-awal ? kenapa nak rahsia benda baik ni ? Aduh.... budak-budak ni.. peninglah." Kepalanya yang terasa berdenyut itu di picit perlahan.
"Sorry aunty. saya takut Aunty terkejut yang saya ni menantu aunty. Masa mula-mula kenal pun saya tak tahu yang Aunty ni mak Tuan Syed." Nurjihan berasa bersalah yang teramat !
"Jihan takut ami tak boleh terima dia. Itu yang kami rahsiakan dulu.".Tuan Syed Iqwal mencelah.
"Kenapa tak boleh terima pulak ? apa halnya ?" soal Puan Diana.
"Sebab...saya orang miskin. Tak sama taraf dengan anak aunty". Nurjihan menggenggam kain yang di pakainya itu menahan rasa.
Puan Diana tercengang mendengarkan kata-kata dari Nurjihan itu. Gadis ini mengingatkan kembali pada peristiwa silam kehidupannya yang di buang oleh bapa mertua kerana berlainan darjat.
Keperitan ini tidak lagi akan berulang kepada keturunannya. Dia tidak akan benarkan sama sekali !
"Kenapa ? orang miskin tak makan ikut mulut ? tak berfikir guna akal ? kita semua sama Jihan. Janganlah fikir macam tu. Manusia ni sekata je. Aunty tak pernah pandang hina dekat orang miskin. Asalkan hati budi awak tu kaya dah cukup memadai bagi aunty."
Sepasang matanya kini berkaca. sungguh dia terharu dengan penerimaan ibu mertuanya itu.
Terasa bahunya di peluk kemas dari arah belakang dia tertarik rapat ke arah Tuan Syed Iqwal.
"I told you right ? Don't let the insecurity destroys your happiness."
Nurjihan mendongak memandang Tuan Syed Iqwal. Dia malu, lalu membenamkan kepalanya di dada lelaki itu.
"Sorry."
"Mari sini dekat ami. Alahai menantu kesayangannya sorang ni."
Nurjihan pergi menuju ke arah Puan Diana yang sedang mendepakan tangan menunggu Nurjihan untuk memeluknya.
Share this novel