Rate

LUDS -1

Romance Series 21896

DUNIA Sewa? Kelly Adeline ingatkan rumah dan premis aje boleh di sewa, rupanya manusia pun boleh di sewa?

Fuh, menakjubkan...

Dengar macam tak masuk akal, kan? Tapi itulah realitinya yang akan wujud dalam hidupnya. Itulah realiti yang akan dia lakukan demi memuaskan hati dan perasaannya sendiri.

Rupanya manusia pun sanggup di bayar untuk melayan manusia lain?
Dahsyat sungguh dunia sekarang. Dunia ini tiada yang luar biasa jika ianya sudah menjadi biasa.

Tapi tak semestinya menyewa manusia itu seperti melanggan pelacur dan gigolo di kelab malam.

Dia bukanlah perempuan murahan yang sanggup nak serah diri dekat mana-mana lelaki dengan mudah. Tambahan pula lelaki itu hanya lelaki yang di bayar untuk menjalankan agendanya.

Di dalam dunia realiti yang dipenuhi dengan berbilion manusia, perkara yang difikirkan mustahil itu sebenarnya boleh menjadi kenyataan.

Kadangkala di dalam sebuah kehidupan, keadaan yang memaksa untuk kita buat sesuatu perkara yang kita sendiri tak pernah nak jangka.

"Betul ke apa yang aku buat ini Peggie? Kau tak rasa aku ni terdesak sangat ke?"
Kelly Adeline mengembungkan pipi seraya ekor matanya masih meliar ke arah Peggie. Si gadis masih ragu-ragu dengan apa yang ingin dia lakukan sekarang ini.

"Kita dah sampai dekat dalam kelab ni, kan? Kita dah duduk dekat table ni dah pun. Jadinya engkau perlu teruskan tekad untuk gunakan perkhidmatan tu,"
tutur Peggie masih beria-ia.

Kelly yang dicurangi tapi dia pula yang rasa di sakiti. Sanggup dia minta Kelly gunakan khidmat sewa untuk membalas dendam atas perbuatan Zoey, kononnya. Sedangkan mereka sendiri tidak tahu samada lelaki itu benar-benar curang ataupun tidak.

"Aku tak mahu jadi macam engkau tau? Sewa mamat dalam kelab ni untuk jadi teman lelaki upahan, sekali dia dah jadi suami atas permintaan uncle Joe dan Auntie Wai Ling," automatik Peggie tertawa sendiri. Terasa lucu pula bila teringatkan kenangannya bersama suaminya yang tercinta.

Dulu kononnya beria nak berkahwin dengan lelaki bekerjaya seperti Juruterbang mahupun ahli perniagaan, rupanya dia berkahwin dengan anak pemilik kelab malam di sini.

Nasiblah lelaki pilihannya itu anak orang kaya walaupun lelaki itu pernah menjadi laki sewaan di dalam kelab bapanya sendiri. Kalau tidak, tak merasalah dia nak berkahwin awal.

Maklumlah, mummy dan daddy nya mahu mengadakan majlis perkahwinan yang gilang-gemilang untuknya. Kalaulah
tidak ada sejumlah wang yang banyak untuk mengahwini dirinya, sudah tentu lamaran lelaki itu di tolak sejak awal lagi.

Mungkin akan di tolak mentah-mentah.

Keluarga Peggie sangat mementingkan reputasi. Bagi mereka, Peggie perlu mencari seorang suami yang setaraf dengan keluarga mereka. Kalau tidak... Jangan harap.

"Aku tersangkut dengan dia disebabkan aku memang tak ada boyfriend. Engkau tu ada boyfriend, kan? Mana mungkin engkau nak tersangkut dengan mamat tepi jalan. Cita rasa engkau tu tinggi. Anak VVIP engkau layanlah." Kelly Adeline mengangguk. Senyumannya mula terukir nipis.

That's right!

"Zoey tu dah cukup kaya dah untuk aku. Apa yang aku mahukan, semua dia boleh bagi. Kau rasa, kalau aku pilih lelaki sewaan dalam kelab malam ini untuk di jadikan pasangan hidup? Apa jadi? Mampu ke dia belikan barang berjenama untuk aku? Mampu ke dia nak berbelanja beribu ringgit untuk aku, setiap bulan. Setakat beli barang pasar malam, memang aku tak pandanglah." suaranya diselangi dengan gelak tawa.

Kehidupannya mewah sejak kecil lagi. Mana mungkin dia memilih lelaki kategori bawahan?

"Mana tahu lelaki dalam kelab ini pun sekaya suami aku." saja Peggie buat ayat menduga. Kelly jeda buat seketika.

Sekaya suami dia? Uih, mana mungkin.

"Tuah tu bukannya boleh datang bergolek dekat semua orang. Mungkin engkau bertuah, tapi aku ni pula mungkin bernasib malang kalau terjatuh hati dengan lelaki sewaan tu." Kelly Adeline menarik nafas sedalamnya.

Apa salahnya cakap yang baik-baik, kan? Dia tak mahu ke kalau tuah tu datang bergolek ke dalam hidup dia?

"Hidup engkau tu baik setiap tahun tau? Setiap apa yang kau lakukan, mesti di permudahkan. Mungkin akan ada tuah yang lebih baik untuk kau nanti." balas Peggie lagi. Dia percaya yang kehidupan ini akan sentiasa memberi tuah jika seseorang itu sentiasa yakin dengan diri sendiri.

"Dan aku berharap supaya aku dapatkan kepastian yang sahih tentang Zoey. Kalau betullah dia tu curang dengan aku, memang sampai mati pun aku tak akan maafkan dia. Waktu itu juga aku akan tinggalkan lelaki macam dia." tegas Kelly. Dia tidak mahu cintanya di dustai. Dia tidak mahu kesetiaannya di khianati.

"Kau tak rasa rugi ke kalau engkau lepaskan dia?" persoalan Peggie menduga perasaan Kelly. Wajah si kawan mula direnung sambil mindanya ligat berfikir

"Kalau dia dah curang, tak akan pula aku nak simpan?" Kelly mengeluh berat.
Tangan mula mendongak dagu.

Sejujurnya, dia sayangkan Zoey. Baginya lelaki itu segala-gala buat dia. Tapi, dia tidak sanggup untuk menghadam perbuatan Zoey jika ia meninggalkan luka yang tidak berparut.

"Dia tu banyak aset. Dia memang mampu untuk miliki lebih dari seorang perempuan untuk puaskan kehidupan dia. Tak salah rasanya kalau engkau berkongsi.

Peggie kata tak salah? Senangnya dia berkata-kata.

Tak ada satu perempuan pun dalam dunia ini yang rela berkongsi kasih.

"Senang aje kau cakap, kan? Cuba engkau bayangkan kalau Jackson ada perempuan lain. Engkau tak kisah ke kalau nak berkongsi?" Peggie terlongo. Terus terkedu dari berkata-kata.

"Ouch..." saat mereka leka berbual, ada satu bahu mula merempuh. Terkejut Kelly Adeline dibuatnya. Dia tayang wajah garang di hadapan wanita yang sudah terjelopok ke lantai.

"Apa langgar-langgar orang ni?" dia mula memicit-micit tangan yang kian terasa pedih. Beg tangannya tercampak ke lantai. Habis tumpah air di atas begnya. Terjerit kecil Kelly.

"Maafkan makcik ya? Makcik tak sengaja." wanita itu teresak-esak dalam tangisan.

"Hei, beg ni dahlah limited edition! Senang-senang je nak minta maaf macam itu. You ingatkan I beli beg ni dengan air liur saja ke?" Kelly menjerkah kasar.

"Jaranglah I tengok perempuan bertudung datang kelab," tutur Kelly nada menyinis.

"Makcik cari anak makcik. Jumpa dia tak?" sudahlah dia baru saja mendatangkan masalah, boleh pula dia tanya pasal anak dia.

Apalah masalah orang tua ini.

"Kelab ni besar makcik, bukannya anak makcik seorang je yang berjoget-joget dalam ni. Hurm, I tak kiralah kalau you nak cari anak you sekalipun, beg I ni dah rosak ni terkena air. I nak you bayar balik kerugian beg ini." butang mata wanita itu. Orang sekeliling sudah saling berpandangan.

"Maaf, makcik tak mampu." terketar-ketar suara wanita itu. Kelly rasa sakit hati.

"Kau sini orang tua! Kau tahu tak beg ni harga berapa?" tangan Kelly sudah mencengkam kuat pergelangan tangan wanita itu. Pantas tangannya meminta agar mata si wanita memerhatikan beg tangannya berwarna emas.

"Kalau bengang sekalipun, jangan nampak biadab sangat." satu suara menengking dari arah belakang. Lelaki berjaket hitam terus menarik wanita itu agar bangkit dari duduknya.

"Dia dah rosakkan beg I yang mahal ni! Mana boleh lepaskan macam itu je." Kelly Adeline mengetap bibir. Dia paling pantang bila barang berharganya rosak.

"Engkau tahu kut zaman sekarang ni zaman viral. Kalau kau pukul makcik ni, cepat je video kau tular dekat media sosial."  lelaki di hadapannya lancang berkata-kata. Semakin membara api di hati Kelly.

Dia mahu menuntut haknya kepada wanita, boleh pula datang hero penyelamat yang entah muncul dari mana.

"You ni anak makcik ni ke?" Peggie mula bersuara dan bertanya. Nampal gayanya lelaki di hadapan mereka sangat mempedulikan keselamatan wanita tersebut. Tonny Alvin menggeleng laju.

"Makcik ni memang selalu datang ke Pirrates Club. Bodyguard dekat sini pun dah sedia maklum tentang hal ini. Sebab itulah pihak kami tak halang jika dia masuk ke kawan kelab. Kalau wanita datang ke sini dan tercari-cari anak dia, itu bermakna penyakitnya datang balik. Dia rindukan arwah anak dia."
Kelly ketawa mengilai. Rasa makin sakit hati mendengar kenyataan yang harus dia terima malam ini.

"Dah tahu perempuan ni gila, kenapa benarkan dia masuk ke dalam!"suara Kelly Adeline semakin kasar. Dia menghamburkan segala kemarahannya.

"Anak dia pekerja dekat sini. Anak dia mati dalam kelab ni. Dari dia meroyan lebih baik kami izinkan." Tonny masih tenang menjelaskan walaupun dia tahu yang si gadis makin garang menyinga.

"Gila! Disebabkan orang tua tu, beg I dah jahanam. What the hell." Kelly merungut lagi.

"Halalkan ajelah. Engkau ni mesti anak orang kaya, kan? Tak akan setakat sebuah beg pon engkau nak berkira?"

What?

Senangnya dia cakap...

"Kalau pihak kelab ini tak bayar semula ganti rugi beg ni, I akan saman owner kelab ni." Kelly membeliakkan biji matanya.

"Weyh, owner kelab ni bapa Jackson. Kau janganlah nak mengugut macam itu sekali." Peggie di sebelah mula menggelabah. Dia tidak mahu hal ini menjadi rumit kerana isu saman menyaman.

"ENGKAU tolong jaga Mak Yam baik-baik. Kalau dia meroyan dekat kelab tu, susahlah hidup aku. Kita nak cari makan untuk sara hidup, jadinya kenalah fokus dalam bekerja. Aku tak mahulah asyik curi tulang semata-mata nak kena hadap kerenah Mak Yam." Tonny Alvin memberi arahan kepada orang upahan majikannya untuk menjaga wanita yang sentiasa berada di bawah jagaan mereka.

Wanita itu sering mengganggu pekerjaan mereka. Dia sering mendatangkan masalah. Jadinya mereka perlu menjaga Mak Yam sebaik mungkin.

"Perempuan dekat kelab tu yang over sangat. Kalau dia tak bising-bising dekat dalam, mesti Mak Yam tak mengamuk macam tadi. Kalau dia berbincang cara damai, mesti benda ni tak jadi isu besar. Muka je cantik, tapi perangai dia tu macam mak iblis! Bencinya aku." tempelak si jejaka. Dia juga geram melihat tingkah laku gadis yang sibuk menjerit sehingga mengganggu ketenteraman orang lain.

"Manusia kan? Bermacam perangai. Kalau aku jadi perempuan tu pun, aku akan marah sebab beg aku dah rosak." Tonny Alvin masih berfikiran positif.

"Setakat tertumpah air, cucilah balik."
Suara itu kedengaran meleret.

"Engkau ingatkan beg dia tu macam beg sekolah ke boleh di cuci dengan sabun?"
Tonny Alvin sudah menjeling dari hujung mata.

Kalaulah Blanco tak ikut cakap Mak Yam untuk masuk ke dalam Pirrates Club, sudah tentu mereka tidak menanggung kerugian semata-mata mahu mengganti beg seorang client.

"Alah, nampak gaya macam orang kaya aje. Kalau satu beg rosak, boleh aje pakai beg lain." lelaki itu masih lagi mahu mempertikaikan sikap si gadis yang membuatkan dia berasa jengkel.

"Kalau dah bersalah, jangan cari salah orng lain boleh tak? Kalau engkau pandai jaga Mak Yam, mesti dia takkan buat kecoh macam tadi," tutur Tonny Alvin tegas.

"Dia dah mejerit-jerit macam orang gila. Sebab itulah aku biarkan saja dia masuk ke dalam. Dia asyik meroyan nama Adlan saja. Pening kepala aku." jelas lelaki itu. Dahinya mula berkerut tebal. Tangannya pula mula menggaru sisi kepala.

"Engkau dah biasa dah pun melayan kerenah dia tu. Tak akanlah bila dia menangis pun engkau tak reti nak kawal?  Haih, janganlah buatkan aku ni serabut. Banyak kerja yang aku nak buat malam ini." Tonny menggigit bibir bahagian bawah. Dia melepaskan perasan sebalnya di hadapan Blanco.

"Kenapalah aku juga yang kena jaga Mak Yam? Rasanya lagi seronok kut jadi macam engkau. Boleh melayan perempuan setiap hari, tak ada nak kena layan orang gila macam dia." Blanco mengeluh lagi. Makin lama dia merasa terbeban melayan Mak Yam. Makin lama hidupnya rasa tak bebas untuk melakukan perkara yang dia sukai.

"Engkau tu orang islam, kan? Engkau bacalah bacaan apa-apa untuk tenangkan Mak Yam. Aku pernah dengar dekat televisyen dalam satu rancangan ni, yang orang islam ni selalu amalkan ayat kursi untuk elak musibah. Jadinya engkau bacalah ayat tu. Mana tahu Mak Yam tu boleh bertenang." Tonny Alvin memberi cadangan. Walaupun dia penganut agama kristian, dia banyak mendengar tentang islam. Tak salah rasanya jika dia mendalami ilmu agama lain memandangkan dia berkawan dengan rakan yang menganut agama islam.

"Aku bukan tak mahu baca, tapi aku ini bacaan Al-Fatihah pun tak lepas." si jejaka yang di panggil Blanco tersengih sipu. Malu rasanya bila dia kata begitu.

"Al-Fatihah? Apa tu?" soal Tonny Alvin ingin tahu. Pernahlah dia mendengar nama seorang wanita yang di panggil Fatihah. Tapi dia tidak tahu yang Al-Fatihah itu sejenis bacaan.

"Al-Fatihah tu surah lazim. Kalau aku nak terangkan pun bukannya kau faham." jelas rakannya lagi. Nak beritahu Tonny tentang surah itu pun, dia juga sejenis manusia yang jahil.

Rasa malu sendiri pula bila dia yang di lahirkan islam tidak mampu menerangkan tentang surah dalam Al-Quran.

"Al-fatihah tu untuk apa?" dia rasa beria pula ingin tahu.

"Aku gerak dululah. Nanti Mak Yam kesayangan kau tu meroyan lagi."

TONNY ALVIN melepaskan asap vape berperisa kiwi. Berkepul-kepul asap yang dia lepaskan. Suasana kelab yang riuh-rendah sering membingitkan telinganya. Mahu tidak mahu, dia perlu juga melayan lagu kelab yang sememangnya tidak kena dengan jiwanya. Mamat jiwang macam dia mana suka layan muzik rancak begini.
Sambil dia menghisap vape, anak matanya leka merenung setiap sudut kelab yang tidak pernah kurang pelanggannya.

Ramai betul anak muda yang menghabiskan masa di tempat begini.

"Alvin, aku ada kerja baru untuk kau." sekeping kertas di hulurkan kepadanya seraya lelaki itu duduk bersebelahan dengannya.

"Kerja baru? Kali ini kontrak berapa bulan pula ni bro?" pantas tangannya mencapai kertas tersebutm teliti saja dia merenung setiap isi yang terkandung di dalamnya.

"Kontrak 3 bulan. Kali ini aku tak mahu engkau buat silap macam sebelum ini. Jangan buat pelanggan jatuh cinta dengan engkau lagi. Faham?" Tonny Alvin menggaru sisi kepala.

Salah dirinya ke jika seseorang jatuh hati kepadanya?

Dia hanya menjalankan tugas. Sedikit pun tidak terlintas untuk membuatkan seseorang jatuh hati kepadanya.

"Kontrak 3 bulan? Lamanya bro? Sedangkan pelanggan yang sewa aku untuk sepuluh hari pun dah tersangkut dengan aku, tak akan pula perempuan tu tak akan tersangkut dengan aku. 3 bulan tu bukannya jangka masa yang pendek "
Dia mengeluh berat. Buat kali pertamanya dia berasa kurang selesa untuk menerima pekerjaan ini.
Namun, dia tidak boleh menolak kerana dia perlu bekerja untuk kelab ini selama 3 tahun. Ianya sudah termaktub di dalam kontrak kerjanya, setahun yang lalu.

"Dia tak akan mudah jatuh hati dengan engkau rasanya. Aku kenal dia. Kes perempuan ni aneh sikit tau? Selalunya orang datang menyewa sebab nak hilangkan kesunyian sebab terlalu lama single, kan?" Tonny mengangguk acuh tak acuh. Dia hanya mendengar penjelasan dari anak majikannya.

"Kenapa perempuan ni sewa lelaki dalam jangka masa yang lama?" Tonny Alvin berkobar-kobar ingin tahu jawapan yang sebenar. Tidak pernah lagi pelanggan di Pirrates club menyewa seorang lelaki dalam jangka masa yang lama. Paling lama pun selama sebulan sahaja.

"Dia nak guna perkhidmatan kita semata-mata nak cemburukan teman lelaki dia. Perempuan tu rasa cara dia dah tak berkesan untuk rapatkan hubungan dia dan teman lelakinya. Jadi dia nak engkau ajar dia resepi memikat." Tonny melopong sedikit.

Apa masalah perempuan tu sampai nak sewa lelaki lain?

Sanggup berhabis duit untuk buat kerja bodoh macam ini? Gila ke apa?

Dia nak minta ajarkan dia resepi memikat?

Hurgh, kalau nak pikat seseorang kenalah pandai pikat sendiri. Buat apa nak suruh lelaki lain yang ajarkan? Pelik sungguh...

"Eh, jangan buat hal bro. Engkau tahu kan syarat-syarat perkhidmatan kita ni apa? Kenapa engkau terima aje client kita tu?" sanggah Tonny Alvin. Dia kurang bersetuju. Kali ini dia berkira-kira untuk menerima pelanggan terbarunya.

"Aku tahu yang Pirrates Club hanya menerima gadis berstatus bujang dan available sahaja untuk menyewa. Tapi kali ini aku terpaksa setuju sebab perempuan tu kawan baik wife aku." jelas Jackson sambil tayang senyuman kambing. Siap buat gaya peace lagi.

"Oh My God. Patutlah main tangkap muat aje, rupanya perempuan tu pakai orang dalam?" Tonny sudah mengetap bibir. Geram.

Selama ini, dia sentiasa berasa tenang jika menghadapi kerenah pelanggan. Namun kali ini dia dapat merasakan yang kerjanya lebih mencabar kerana perlu melayan kerenah seorang perempuan selama tiga bulan.

Mesti perempuan itu menjengkelkan.

"Mulai isnin ni engkau perlu bekerja dengan dia. Apa sahaja yang dia suruh kau buat, engkau kena ikut ya?" pesan Jackson, mengingatkan. Tonny sudah tayang wajah bosan.

Setiap kali dia mahu menjalankan kerjanya, pasti Jackson memberi pesanan kepadanya.

Tak bosan ke?

"Kau dah tak payah pesan benda ni banyak kali boleh tak?" Tonny Alvin menjilat bibir bahagian bawah.

"Kali ni aku kena pesan banyak kali sebab client kita kali ni pelik sikit perangainya. Dia tu anak orang kaya dan dia tu cerewet tau? Aku harap kau bertahan lah dengan dia." Tonny sudah menepuk dahi berulang kali.

Bala apa pula yang Jackson serahkan kepadanya.

Kalau dah tahu client tu cerewet, kenapa serahkan kepada aku yang masih tak pro ni.

"SEBELUM engkau lelapkan mata, apa kata kita main tilik-tilik nasib nak tak? Aku ada bawa banyak kad tilik untuk kau ni." setiap kali dia tidur di rumah Peggie, pasti rakannya itu memperlawa dia untuk menarik satu kad untuk menilik nasib. Teringin sangat agaknya nak jadi peramal nasib.

"Tak habis-habis dengan kad engkau ni. Aku dah malas nak tilik nasib. Nanti perkara malang yang menimpa diri aku ni. Cukuplah beg aku dah rosak hari ini. Aku tak mahu malang lain pula yang menimpa." Kelly menjulingkan matanya ke atas. Tanda protes.

"Kali ini aku yakin yang nasib kau jadi lebih baik. Cepatlah tarik satu kad," sambung Peggie masih mahu meyakinkan Kelly Adeline.

"Ramalan yang dibuat dalam kad ni biasanya sangat umum dan dapat ditujukan kepada sesiapa sahaja. Jadinya, aku ni malas nak percaya ramalan umum macam ini." balas Kelly nada meleret.

'Tarik satu kad aje. Jomlah..." masih lagi memaksa. Peggie berharap agar Kelly menarik sekeping kad sahaja.

"Malaslah, aku tak percaya dengan ramalan secara rawak ni. Dahlah, esok sambung bual eh? Aku dah penat sangat ni." Kelly tarik selimut seraya matanya mula dipejam perlahan.

"Aku tak mengantuk lagi ni, Kelly. Jomlah teman aku sampai mata aku terpejam ke alam mimpi." Peggie menarik selimut yang sudah menyelubungi diri rakannya.

" Aku perlukan rehat yang cukup jadinya engkau janganlah ganggu aku untuk malam ini. Besok aku date dengan Zoey jam 10.30 pagi. Kalau aku tidur kurang dari 5 jam, tak bermaya pula aku nak jumpa dia nanti." cerita Kelly Adeline. Bila berceritakan hal Zoey, ceria saja nada suaranya.

Sudah hampir sebulan mereka tidak bertemu, jadinya dia rasa teruja mahu bersua si jejaka.

"Nak jumpa Zoey jam 10.30 pagi? Eh, bukan ke tadi dia ada update status yang dia ke indonesia jam 10 malam tadi?" Kelly tersentak bila Peggie kata begitu.
Membulat bibir Kelly dibuatnya. Hatinya bagai di campak kuat ke dinding. Sakit.

Dia mula telan liur yang terasa kesat.

Segera aplikasi Fac di buka.

Beberapa detik kemudian, matanya mula berkaca.

"Dia pergi ke indonesia? Biar betul? Dia dah janji untuk keluar dengan aku tau hujung minggu ni. Dia pergi ke sana buat apa?"

Bingo.

Share this novel

white strawberi
2021-01-05 23:20:29 

kelly adline tu islam ke


NovelPlus Premium

The best ads free experience