Selepas balik dari rumah Rina ,Rayyan masuk ke bilik.
Dikerling sekilas di tilam tempatnya berada bersama Raisya semalam.
Ada tompokan merah di atasnya.
Dia cuba mengingati apa yang sebenarnya berlaku semalam.
"Raisya..kau hancurkan kebahagiaan aku"dia menarik cadar dan melemparnya sampai ke bawah.
Dia baru perasan yang tangannya masih berbalut.
"siapa yang balut tangan aku?"bisiknya.
Kembali dia teringat yang semalam dia bergaduh dengan rakannya Amar di kelab malam dan dia juga mabuk.
Sebenarnya Rina pun ada bersamanya semalam,pergaduhan antara Amar pun adalah disebabkan oleh Rina kerana seolah melayan Amar,dia cemburu
"aku mabuk...."namun sedikit pun rasa bersalahnya tidak timbul di benak hatinya.
Yang dia rasa kini sebuah kemarahan pada Raisya kerana membuat Rina ingin putus dengannya.
Kesilapan nya dia meletakkan hanya pada perempuan yang bergelar Raisya,selama ini antara dia dengan Raisya cuma seorang kawan dan dia akui pernah jua ingin mendekati Raisya tetapi Rina lebih pandai menggodanya dan akhirnya Rina yang menjadi kekasihnya.
Raisya yang lebih sopan berbanding Rina,lembut dan selalu terukir senyuman di bibir tatkala berjumpa dengannya.
Mempunyai kecantikan yang sama dengan Rina tunangnya.
Namun hatinya lebih terpaut pada Rina yang dulu mencuit hatinya.
Raisya terlalu baik padanya ,menjadi pendengar yang setia .
Tapi entah mengapa dia merasa benci bila semuanya terjadi.
Dia kebuntuan saat ini.
Dia turun ke bawah dan didapati sepasang baju melayu putih dan sebekas lauk serta nasi berada di meja.
Dia mengeluh sendiri
"jadi benarlah dia bawakan semua ini"
.......
.......
Di bilik aku terus menangis semahunya ,perutku yang lapar masih lagi tidak terisi.
Aku mengesat airmata dan kembali bangun menuju ke dapur.
Kelihatan ibu,ayah dan Rina sedang menikmati sarapan bersama.
Aku hanya mampu mengintai di balik dinding kerana tidak mahu mereka hilang selera bila melihatku.
"Rina tak akan kahwini Rayyan ibu"kata Rina.
"suka hati kau lah..bahagia atau tak di tangan kau..lagi pun ibu pun dah tawar hati nak terima Rayyan sebagai menantu ibu"ujar ibu menyuapkan nasi ke mulut.
Aku mencuri dengar perbualan mereka.
"Rina..."aku mula melangkah masuk menghampiri mereka dengan airmata masih lagi bersisa di pipi.
Mereka mendonggak memandang ku.
Aku mula gementar dan terkedu.
"aku minta maaf...tolonglah jangan putus...kau kahwinlah dengan dia.."suaraku menjadi serak kerana banyak menangis.
Rina terus bangun mencerlung ke arah ku.
"kau ingat aku teringin sangat ..setelah kau berdua buat benda terkutuk tu..kau berani suruh aku kahwin ?!lantang suara Rina sehingga aku terhinjut bahu terkejut.
"Raisya..aku nak, mulai hari ini ...kau keluar dari rumah kami...dah tiba masanya kau pergi..cukuplah dengan segala apa yang kami berikan selama ini..lagi pun kami rasa kau pun boleh hidup di luar sana sebab kau kerja!"" ayah pula bersuara.
"ayah...Raisya minta ampun....tolong jangan halau Raisya...Raisya tak salah...."aku terus melutut dan menangis tetapi ayah terus menendangku sampai aku terjatuh dan dahi ku terkena bucu meja sehingga terluka dan berdarah.
Kesakitan di dalam lebih sakit daripada kesakitan di dahiku,aku rela di pukul dan ditendang daripada aku di halau daripada rumah.
Selama 22 tahun aku hidup menumpang kasih dengan mereka inilah peristiwa kehancuran yang terpaksa aku lalui.
Dahi ku terus mengalirkan darah ,namun ibu hanya berdiri kaku tanpa sedikit pun menghiraukan kesakitan aku kini.
Aku tahu ibu terasa dengan ku.
"Rina..kau punggah semua baju dia..."arah ayah dan terus berlalu pergi.
"ayah...maafkan Raisya...."aku terus meraung namun tidak sedikit pun ayah menoleh.
"ibu...tolong Raisya...Raisya tak nak keluar..."kaki ibu pula aku sujud,namun ibu juga menepis.
'aku tak ada anak seperti kau yang sanggup menconteng arang di muka keluarga sendiri"begitu sinis kata kata ibu.
Rina dan ibu terus berlalu keluar.
Aku mengekori mereka tanpa menghiraukan sakit yang aku rasa kini.
"nah...kau berambus...aku jijik tengok muka kau"satu beg pakaian dibalingkan padaku.
"assalamualaikum"kedengaran salam diberi.
"waalaikumussalam..."
Aku masih lagi terduduk dan menahan luka di dahi ku.
Darah masih lagi tidak berhenti mengalir.
"ya Allah...Raisya..."Puan Sofia terus menerpa ke arahku .
Puan Sofia merupakan ibu kepada Rayyan iaitu bakal ibu mertua Rina.
"tak ada apa makcik.."kataku dengan isak tangis.
"Abang Iskandar..masuk lah"jemput Ayah dengan muka yang masih terkejut dengan kehadiran ibubapa Rayyan.
Aku masih lagi terduduk di lantai tanpa mendongak memandang mereka
"maaf kami datang menganggu pagi pagi ni..."ujar Encik Iskandar .
"bangun Raisya"aku dipapah oleh mama Rayyan duduk di kerusi.
"tak patut buat Raisya macam ni,kalau ya pun dia bersalah anak kami Rayyan juga patut dipersalahkan"ujar Puan Sofia.
Aku agak terkejut dengan kata kata Puan Sofia.
"Puan Sofia...kami tak boleh biarkan si Raisya ni duduk di sini lagi..kebahagiaan anak kami sekarang ini dah hancur"balas ayah dengan keras.
"Encik Aziz..bawa bertenang benda boleh berbincang"lembut bicara Encik Iskandar.
Aku juga turut rapat dengan mereka sebelum ini kerana aku juga merupakan guru tuisyen peribadi anak perempuannya Rosnita adik kepada Rayyan.
Ayah menghela nafas kasar dan matanya mencerlung matanya ke arah ku.
Aku tertunduk ke lantai.
"Rina makcik nak tanya kau sendiri...apa sungguh Rina tak nak kahwin dengan Rayyan...tak nak teruskan pernikahan ini?" Puan Sofia bangun menghampiri Rina yang sedang berdiri jauh di dinding.
"tak makcik..hati saya dah hancur dan tawar...saya tak nak teruskan..biar perempuan terkutuk tu jer kahwin senang cerita"matanya menuju ke arahku.
Aku terpempan dengan kata kata Rina,begitu hinanya aku di mata mereka.
Kesilapan aku adalah kerana terlalu baik menghulurkan bantuan akhir memakan diri ku sendiri.
"Rina...begitu hina aku di mata kau...baik lah demi untuk kebaikan semua saya akan keluar dari rumah ini sekarang"aku bangun mencapai beg yang dibaling oleh Rina tadi.
Ibu hanya memandangku tanpa kata.
"ibu ,ayah...halalkan segala makan dan minum Raisya selama Raisya dibesarkan ,walaupun semua yang berlaku ini bukan kerelaan Raisya sendiri,tapi sudah tak berguna lagi menegak benang yang basah,semuanya yang terjadi Raisya yang dipersalahkan..Raisya redha ibu...."airmataku kembali berguguran bersama darah yang masih lagi mengalir tanpa henti.
"Rina,aku minta maaf sekali lagi andai aku sakiti hati kau,bukan niat hatiku Rina....."aku terlalu sebak dan tidak dapat meneruskan kata kataku lagi.
Mereka hanya terdiam diri dan kaku tanpa memandang ke arah ku.
"Raisya ..tunggu..."Puan Sofia menahanku dari terus melangkah.
Aku menoleh memandangnya dengan sayu.
"dengar sini..makcik akan suruh Rayyan bertanggung jawab atas apa yang terjadi sebab makcik tahu..Rayyan juga bersalah...makcik tahu dia mabuk masa tu"
Semua yang berada di situ turut berpaling ke arah kami.
Aku juga terkejut dengan pengakuan Puan Sofia.
"tak apa makcik..Raisya redha andai ini takdir hidup ini untuk saya..Raisya tak punyai sesiapa dah lepas ni...Raisya tak mampu untuk yakinkan mereka lagi makcik.."suaraku semakin lemah.
"makcik tahu Rayyan tak nak kahwin dengan Raisya tapi masa depan Raisya juga dah hancur,Rayyan juga salah walaupun dia tak mengaku ...perkara ni kalau sorang tak akan jadi..."tambah Puan Sofia.
"jadi makcik memang suka la kalau pompuan ni jadi menantu makcik.."ujar Rina mencebik ke arah ku.
"suka atau tidak bukan masalah ,yang sekarang ni kan Rina sendiri pun dah tak nak kan Rayyan tu..majlis pun dah dekat,makcik juga ada maruah dan harga diri ...jadi ini adalah yang terbaik"
Mereka yang tadi terdiam dan hanya mendengar perbualan kami.
Sesekali ayah dan ibu beralih memandang ku.
Badanku mula berasa terlalu lemah sehingga aku tidak lagi mampu berdiri.
Darah di dahiku masih lagi mengalir,namun aku biarkan begitu sahaja.
"makcik...Raisya...Raisya...."
Share this novel