Tempat duduk yang kosong itu cepat-cepat dia tempati takut ada customer lain pulak nak duduk dekat situ. Hari ini dia lihat banyak pulak pengunjung yang datang. Tak seperti sebelum ni.
" Hi Ryl awal hari ni kau datang. Selalunya malam baru kau muncul. Ada apa-apa ke??"
" Nothing, just want to having my lunch here. Aku dah lama tak makan mee goreng ala kampong ni. Kat tempat asing macam ni hanya restoran kau yang menyajikan makanan yang kena ngan tekak aku."
Berubah terus air muka rakannya itu bila dia berkata begitu. Ialah sudah sekian lama dia tidak pulang tiba-tiba rakannya membahas soal kampung rasa sendu tu datang tiba-tiba. Bukan tidak mahu pulang tapi tempat nya itu terlalu jauh.
" Takpelah aku dah selesa kat sini. Insyaallah kalau ada rezeki lebih baliklah aku"
" Maafkan aku kalau kata-kata aku tadi menyakitkan hati kau. Sorry eh!!"
" Eh taklah mana ada aku terasa. Cuma bila kau cakap macam tu aku rasa sedih sikitlah. Kau tau kan apa jadi dulu dekat aku?"
" Tau sebab tulah aku minta maaf kalau kau terasa. Aku tak sengaja bro."
" Alah takpelah benda dah lama. Aku tak terasa punya. Tapi tulah aku tengah fikir juga bila lah semua persengketaan ni boleh berakhir."
Dia rasa terkilan sedikit sebab tak dapat bersama keluarganya tika ini.
" Kau sabar eh. Semua yang terjadi tu pasti ada jalan penyelesaiannya dan aku pasti benda yang jadi kat kau ni , mesti ada hikmah disebaliknya."
Dia cuba menenangkan hati rakannya yang satu itu. Rasa bersalah pulak kata macam tu dekat rakan dia. Ialah disebabkan satu peristiwa dulu, rakannya terpaksa berhijrah jauh ke negara kanggaru ni.
" Kau nak order apa? Hari ni aku belanja"
" Mee goreng kampung dengan ais lemon teh satu. Btw thanks tau sebab belanja aku hari ni "
" Alah benda kecik je pun. Bukan selalu aku belanja kau kan"
Khairyln hanya memberikan senyuman senget dia pada rakannya yang satu tu. Dia tahu dari dulu kawan dia tu jenis kedekut sikit. Tapi bukan kedekut nak mampus cuma dia nak berjimat untuk masa depannya juga.
" Kau tunggu kejap tau. Aku nak pegi sana."
Khairyln hanya mengangguk dan melihat rakannya itu pergi melayan pelanggan lain yang baru sahaja datang. Maklumlah pekerja tak banyak sangat sebab itu dia buat semua kerja.
Kadang-kadang dia pun pelik juga kenapa tak tambah. Alasan sebab nak jimatkan kos penggajian pekerja.
'Hailah Musa kalau dah namanya haji Bakhil memang kedekut tak ingat dunia'.
Khairyln membuang pandangannya keluar tingkap restoran. Namun beberapa minit kemudian dia terpaku melihat kedatangan seorang wanita bersama seorang lagi rakannya. Wanita itu masuk dan berjalan di tepi meja yang diduduki oleh Khairyln.
Wanita itu tidak menyedari kehadiran Khairlyn dan hanya melonggo jalan duduk membelakangkan Khairlyn. Tempat duduk Khairlyn dan tempat duduk wanita itu sebenarnya bercantum hanya sahaja tempat duduk mereka itu tidak tinggi sudah tentu mereka boleh menatap sesama sendiri.
*********†*********†********†
" Akak nak makan apa? Akak order je sebab hari ni ucu belanja akak "
" Kat sini ada apa? akak baru tahu pulak ada restoran baru dekat sini."
Firsya pelik sebab yalah dulu dia pun selalu jalan kawasan ni tapi dia tak tahu pulak ada restoran dekat sini. Itu dululah ,nak dekat tiga tahun juga dia tak datang Australia ni.
" Kat sini dorang jual makanan orang melayu tau. Restoran ni baru buka setahun lebih. Lepastu owner kedai ni orang melayu tau kak. So kita takyah lah pening-pening fikir kat mana nak cari makanan halal. Pergi sini je "
" Mana adik tau??" dia pelik sebab detail betul maklumat yang Adzrelina bagi. Macam dah pernah pergi banyak kali je.
" Sebab...tahun lepas Along bawak Alang ngan ucu jalan-jalan makan kat sini."
" Ouhhhhh, jalan-jalan tapi tak ajak akak pun. Sampai hati..." kedengaran seperti Firsya ingin merajuk dengan Adzrelina.
" Eleh sampai hati tak sampai hati orang dah ajak tapi akak tu yang jual mahal. Kata busy lah banyak kerjalah itulah inilah. So kitorang travel lah bertiga"
" Kenapa Angah tak ikut?"
" Angah?? dia tu dua kali lima ngan akak. Workaholic betul." Adzren tu jangan haraplah ada masa ,sibuk memanjang. Sampai makan pun tak teratur.
" Ha ah, sampai awek pun tak melekat kat dia. Sebab perempuan-perempuan kat luar tu ingat angah ni sukakan kaum sejenis" kata Firsya
Automatik meletus terus ketawa Adzrelina mendengar kata-kata kakaknya. Tidak diingat orang-orang sekeliling mereka yang tengah memandang dengan pandangan yang pelik.
" Uish, serius lah kak. Takkan sampai macam tu sekali kak!!"
" Iyaa.... banyak awek usha angah tu tapi ucu nak tau apa angah buat??"
" Apa dia kak??" Adzrelina seperti tidak sabar mendengar cerita selanjutnya. Dia tak tahu pulak angahnya sorang tu ada peminat.
" Dia pergi baling kasut kat awek yang tengah usha dia. Hahaha tu tak berapa lagi , ada satu kes lagi tu ... dia lari pergi sembunyi kat tandas sebab tak nak dekat dengan perempuan!!"
Apa lagi si Adzrelina tak tunggu lama dah ketawa terbahak-bahak sambil memegang perutnya apabila dia mendengar kisah yang baru sahaja dia tahu. Orang tak orang dia main lantak je ketawa.
" Can I have your order miss??"
" Uish mak kau opocot terjatuh melentang!!!" terkejut Adzrelina melihat pelayan yang tiba-tiba datang mengambil order. Firsya hanya menahan gelak melihat tingkah adiknya itu.
" Sorry miss , can you please repeat your order" pelayan tu ingat si Adzrelina ni bagi order tadi. 'eish buat orang terkejut jelah ,kalau bukan manusia ni dah lama aku bagi rider kick'
" I want two plate Nasi Lemak and two orange juice. Thank you"
" Your welcome" pelayan itu berlalu pergi dan menyambung kerjanya yang tergendala tadi.
" Wah kat sini ada jual nasi lemak ke ucu?" Firsya agak terkejut bila tahu yang restoran ni pun menjual nasi lemak.
" I've told you that the owner of this restaurant is from Malaysia. Automatik lah makanan dia pun berasaskan makanan orang Melayu."
" Ouhhh harap-harap makanan dia sedaplah macam makanan kat Malaysia. Harap samalah rasanya."
" Akak takyah risau. Ucu jamin makanan dia kat sini semua sedap-sedap" . Beberapa minit kemudian makanan yang mereka telah pesan telah sampai ke meja. Pelayan tadi menunduk setelah itu dia berlalu pergi meneruskan semula kerjanya.
nk
" hmm,nampak macam sedap je."kata Firsya
" Of course lah sedap ucu yang order. Akak makanlah , conform akak akan menjilat jari punya"ujar Adzrelina
Firsya memasukkan sesudu nasi lemak ke dalam mulutnya. Mula-mula sesudu ,dua sudu ,tiga sudu sampailah hampir setengah nasi lemak yang selamat masuk ke dalam perutnya. Dia memejamkan matanya sambil merasakan kenikmatan nasi lemak yang dikunyah di dalam mulut.
" Amboi kak felling habis nampak. Sedap sangat ke???"
Adzrelina tersenyum melihat kakaknya yang betul-betul menikmati hidangan yang dipesan tadi.
" Nasi lemak ni sedap giler. Nasi dia betul-betul dikukus dan terasa lemak nasi tu, sambal dia tak pedas, telur dia yang setengah masak perh memang kena selera akak. Apa-apa pun ni nasi lemak yang paling sedap akak pernah rasakan. Pandai ucu cari tempatkan"
" Well, XK Penjahat pernah berkata, Aku Bah ni " kembang semangkuk Adzrelina bila kakaknya memujinya.
" Ha?? sapa tu ucu. Macam pelik je namanya." Pelik sangat . Ada juga nama orang penjahat.
" Dia tu streamer gamer Malaysia. Alah akak bukannya main game kan? Mana akak kenal."
" Apa-apa lah ucu yang akak tau lepasni teman akak pergi kedai serbaneka. Akak nak beli oleh-oleh untuk keluarga terutama sekali Lia ,sebab awal-awal lagi dia dah pesan kat akak suruh belikan oleh-oleh untuk dia."
" Ha yelah nanti ucu teman. Lagipun ucu nak belikan along ngan angah hadiah. Pastu nak belikan oleh-oleh untuk kawan-kawan ucu."
" Aik kenapa nak belikan along ngan angah hadiah??"
" Akak tak ingat ke??? Minggu depan befday along ngan angah. Akak jangan cakap akak tak ingat." Mula lah dia terbayang muka cemberut angahnya.
" Ya Allah, akak lupa!!! Nasib baik ucu ingat kalau tak masaklah akak ngan angah.."
Dia ingat lagi macam mana susahnya dia memujuk Adzren untuk maafkan dia.
Imbas kembali....
" Angah bukalah pintu ni. Akak minta maaf . Bukan akak sengaja tak belikan hadiah untuk angah. Siyes akak lupa, akak tak ingat."
Garu kepala dia melihat kerenah adiknya sorang ni. " Angah bukalah. Angah kan dah besar. Umur angah dah 17 tahun dah. Malulah sikit angah tu dah bujang, bukan budak-budak lagi."
" Akak tak sayang angahkan?? Angah punyalah tunggu hadiah dari akak. Hadiah-hadiah yang lain ni pun angah tak buka sebab tunggu hadiah dari akak. Lepastu akak cakap akak lupa beli hadiah untuk angah." Menci!!!
"Alah bukan angah sorang je akak lupa belikan ,along pun sama tak dapat hadiah dari akak. Dahlah akak janji lain kali akak tak lupa"
Mati kutu dia memujuk Adzren yang dari tadi tak mahu keluar makan.
" Akak pegi lah sana , angah tak nak kawan akak". 'pulak'
* eih mengadanya . Over nooo kau Adzren.. eh,eh author termasuk pulk. Smbung² baca*
" Akak ingat lagi waktu tu, susah giler nak pujuk angah. Dah tiga hari tak turun kat bawah. Ingatkan dia tak laparlah. Tau-tau je rupanya dia dah sediakan stok makanan kat dalam bilik dia. Eih punyalah akak bengang ngan dia waktu tu."
Marah betul dia bila ingat balik apa yang si Adzren buat. Yalah orang punya lah risau kat dia. Rupanya....
" Hahahah kesian akak. Ucu pun naik meluat tengok perangai angah yang mengada-ngada tu."
Kalau bukan disebabkan Adzren tu abang dah lama kena pelempang sulungnya.
" Tulah. Eih ucu cepatlah kita dah lambat ni. Kang jame pulak nanti." Kata Firsya
Sementara di Malaysia....
" Hachum, hachum... Uish ada orang mengata aku ke ni??" Adzren tak tahan dari tadi hidung nya bersin tanpa henti.
" Angah dah siap ke laporan semalam tu??? Nanti lembaga pengarah nak tengok laporan tu jap lagi. Kalau tak siap aku tepuk pala kau nanti."
Adzron memberi kata-kata berbaur amaran kepada Adzren. " Yelah orang tau lah buat keje. Along ni asyik marah je. Muka tu dah tak hensem do.."
" Sapa kata aku tak hensem. Aku tembak pala kau nanti"
" Hahaha itu pun nak marah ke. Leklah long . Jap lagi orang datang. Tinggal nak siapkan bahagian laporan financial management je ni. Along gi je dulu nanti dalam 15 minit orang sampai" ujar Adzren lagi.
Adzron berjalan meninggalkan Adzren yang sibuk menyiapkan laporan yang tinggal sedikit lagi mahu siap.
******†*******†******†
" Dah siap ke ucu? Ucu ni makan macam siput lah. Lambat betul" terkumat-kamit mulutnya membebel mengalahkan makcik bawang.
" Akak ni sabar lah kang tersangkut makanan kat leher ucu ni sapa nak jawab."
Adzrelina cepat-cepat mengunyah makanan nya agar dia tidak mendengar lagi bebelan kakaknya tu. Tak pasal-pasal nanti telinganya bernanah pula. Sesudah habiskan makanannya, dia cepat-cepat menghabiskan minumannya pula.
" Okeyy.. jommmmmm..."
***
Khairlyn membuntuti pergerakan wanita-wanita itu. Namun dia cukup berhati-hati agar pergerakannya tidak disedari oleh mereka. Mereka menyelusur jalan ke parking kereta di luar restoran tersebut. Setelah memastikan bahawa kereta wanita itu keluar dari parking barulah Khairlyn mengikuti kereta itu dari belakang.
Kemudian, dia mengeluarkan smartphone yang berada di koceknya untuk menghubungi seseorang.
" Jai ,aku nak kau tunggu aku kat tempat biasa. Then, aku nak kau suruh Kalvin pergi ke location yang aku send kejap lagi. Suruh dia bawak kelengkapan dia nanti."
" Ok bro." suara disana hanya mengiyakan arahan dari Khairlyn
" Long time no see Firsya"
***
Kelihatan ramai sekali pengunjung yang meluangkan masa mereka bersama keluarga di shopping mall tersebut. Tidak kalah juga pengunjungnya yang datang dari kalangan muda-mudi. Semuanya sibuk dengan aktiviti masing-masing.
Firsya dan Adzrelina berjalan menuju ke kedai serbaneka yang mereka cari-cari dari tadi. Namun ,hampir semua kedai serbaneka tertutup. Nasib baik mereka bertanya kepada rakyat tempatan di situ jika ada kedai serbaneka yang masih terbuka.
Untung sahaja ada satu kedai serbaneka yang belum tutup. Mereka mempercepatkan langkah mereka menuju ke tempat yang ditunjukkan oleh salah satu pengunjung disitu.
Ya benar sahaja kedai itu masih belum tutup.
Mereka lalu mempercepatkan langkah ke kedai tersebut. Takut kedai itu bakal ditutup pulak. Sesampai sahaja mereka di sana mereka disapa oleh pekerja kedai tersebut.
" Kak apa akak nak beli?" tegur Adzrelina yang sedari tadi hanya berdiam diri.
" Nak beli oleh-oleh lah. Takkan nak beli ikan kut kat sini". sempat lagi Firsya berloyar buruk.
" Itu ucu taulah tapi oleh-oleh yang macam mana. Bentuk segitiga ke atau segi empat ke atau bulat ?? banyak jenis ni kak" ujar Adzrelina.
" Kejaplah akak nak tengok-tengok dulu. Kita ni kalau nak berbelanja kenalah pastikan kualiti barang tu bagus ke tidak, ketahan dia,harga dia lepastu.. pot pet..pot..pet..."
Adzrelina menayangkan muka bosannya dan mengikut mimik muka kakaknya yang tengah membebel tu. 'Haih tak padan ngan muka cantik. Membebel je taunya' kutuknya dalam hati.
" Ucu dengar tak akak cakap ni. Ha tengah sedap mengutuk akak lah tu kan!!!"
"Ucu dengarlah . Ni akak dah decide ke belum barang yang akak nak beli tu?" Malas dia mahu bertekak dengan kakaknya tu. Kang tak pasal-pasal sampai ke esok tak habislah ceramah free dia tu.
Firsya berjalan melangkah ke kaca ruangan yang berasa di tengah-tengah kedai tersebut. Dia memerhatikan barangan yang terpapar di dalam kaca tersebut.
Dia lihat tidak ada satu pun barangan yang ada disitu yang mampu menarik perhatiannya sehinggalah matanya tertancap ke arah gelang mutiara yang agak terperosok dari barang yang lain.
Bentuk mutiara tersebut agak unik kerana bentuknya seperti bentuk hati,senang kata bentuk love. Apa yang lagi menarik tentang mutiara ni ialah terdapat rekahan di tengah-tengah mutiara tersebut membuatkannya lebih cantik dan indah dilihat.
" May I help you miss??" kata pekerja kedai itu.
" Yeah for sure. I want to ask you ,how much this bracelet??"ujar Firsya tanpa berbasa-basi.
" Ouh, that bracelet cost $ 35 dollar."
" I take it" Firsya mengeluarkan sejumlah wang sementara menunggu gelang tersebut di masukkan ke dalam kotak kecil khas untuk menyimpan gelang.
" Here you go miss. Thanks and come again."
" Your welcome" Firsya menghadiahkan senyuman sebelum bergerak melangkah ke luar kedai.
" Dah habis dah ke?? Lamanya akak beli barang. Ucu tengok seketul je akak beli barang kat situ. Apa yang lama sangat akak pilih tu?"
" Akak tengok barang apa yang bagus kat kedai tadi. Lepastu kan akak ternampaklah satu gelang tangan ni. Cantik... murah lagi. Jadi akak belilah." ujar Firsya
" Ouh... jadi mana gelang tu kak ??" Firsya mengeluarkan beg kecil ukuran seperti beg jam sahaja. Dia lalu mengeluarkan kotak kecil dari beg tersebut.
" Cantiknya kak. Berapa akak beli? ucu pun naklah"
" Tak payah.. ni akak belikan untuk ucu.. terima kasih sebab sanggup temankan akak kat sini. Esok jalan-jalan main ski pulak. Ucu on kan?" Firsya tersenyum melihat Adzrelina.
" Mestilah ucu on kak. Terima kasih banyak-banyak untuk gelang ni. Ucu suka sangat. Sayang akak."
Mereka menyambung semula aktiviti membeli belah yang entah bila nak habis...haih....
Share this novel