Bab 3

Romance Series 50669

SUDAH seminggu Raisa fikir hal yang sama tentang pertemuan yang tak disengajakan tempoh hari. Entah kenapa Raisa nak juga tahu apa sebab lelaki itu berkelakuan sebegitu. Sedangkan Raisa sudah bersedia untuk menjawab segala persoalan yang bakal lelaki itu lontarkan jika mereka bertemu lagi.

Raisa tahu dia berhutang penjelasan pada lelaki itu. Menjauhkan diri seperti yang dia lakukan dalam tempoh bertahun-tahun ini adalah cara terbaik untuk dia mendiamkan dirinya dari beritahu hal sebenar sebab kenapa dia meninggalkan lelaki itu dengan kejam.

Pintu rumah terbuka. Terpacul wajah comel Akmal. Raisa bangun untuk dapatkan si kecil yang bersedia lari untuk menerkam dirinya.

“Mama….” Jerit Akmal riang.

“Hati-hati sayang.” Raisa merangkul Akmal.

Raisa memeluk Akmal dengan erat bagi melepaskan kerinduan. Ulya yang sudah masuk ke dalam rumah hanya tersenyum kecil melihat keletah mereka berdua.

“Mama…Betul ke lepas ini mama dah tak duduk jauh lagi. Ibu cakap lepas ni Amal boleh jumpa mama selalu.” Petah Akmal yang gelarkan dirinya Amal bertanya.

Raisa angguk.

“Yeayyy…” Sorak Akmal gembira.

“Amboi seronok sangat ya. Kata nak tolong Uncle Eddy angkat barang tadi. Dah lupa ke lepas jumpa mama.”

Tersengih Akmal bila Ulya mengingatkannya semula.

Raisa berbisik di telinga Akmal sesuatu sebelum mulut Akmal berceloteh kembali.

“Mama cakap Uncle Eddy kena tunjuk sifat gentleman. Barulah ada peluang.”

Bulat mata Ulya. Eddy sudah tersipu malu.

“Raisa…Apa kau ajar Amal cakap macam tu pula.”

Raisa tak peduli dengan rungutan Ulya. Bukan dia tak tahu yang Eddy memang ada hati dengan Ulya. Cuma Ulya yang masih belum bersedia untuk tamatkan status ibu tunggalnya. Nasib baik Eddy jenis faham dan tidak mendesak Ulya untuk terima dirinya dengan cepat.

Hilang seketika apa yang Raisa fikirkan apabila menghabiskan masa bersama Akmal sepanjang hari. Mulut Akmal sibuk bercerita tentang tadika dan kawan-kawannya. Bila rasa mengantuk barulah Akmal berhenti bercerita dan terus tertidur. Raisa keluar dari bilik Akmal. Ulya dan Eddy masih duduk menonton televisyen di ruang tamu.

“Amal dah tidur ke?” Tanya Ulya.

Raisa angguk.

“Kau nak stay sampai habis cuti sekolah ke?” Tanya Raisa.

“Mana lagi aku nak pergi. Kalau nak bawa Amal pergi holiday mesti dia nak ajak kau dengan Uncle Eddy dia juga. Kau orang kan dah mula sibuk dengan next event.”

“Mana tahu kalau kau nak bawa Amal balik kampung ke? Ibu dan ayah pun selalu tanya pasal Amal juga."

“Seganlah aku nak balik kalau kau tak ikut sekali.” Jawab Ulya.

Memang Raisa dah tahu sangat jawapan Ulya. Mana pernah Ulya balik ke kampung sejak Raisa pergi ke luar negara. Kalau ibu dan ayah datang ke Kuala Lumpur je baru mereka bertemu.

“Tapi kan…Kau cakap bulan depan baru masuk kerja. Kenapa event kali ini kau join juga.” Ulya ubah topik.

“Kau tanyalah mamat ni.” Raisa muncung ke Eddy.

Eddy tersengih. “Kalau Eddy tak ajak Raisa join dah lamalah Raisa dok terperuk dalam rumah ini dan asyik fikirkan benda yang pelik-pelik je.”

Ulya pandang Raisa bila dengar kata-kata Eddy.

Raisa tendang kaki Eddy. Geram dengan perangai lepas cakap Eddy tu.

“Woi! Kaki I baru nak baik tau.” Marah Eddy.

“You kan kaya boleh je check in hospital banyak kali.” Perli Raisa.

“Sekarang tak boleh okey. Kita ada event yang penting tau. Mana boleh I terlepas peluang macam tu je kalau kaki I sakit balik. Jadi you kena behave tau Raisa. Jangan kaki tu asyik nak tendang orang je.” Bebel Eddy.

Susah kalau orang tak boleh sakit sikit.

“Kau sibuk fikir apa je?” Ulya masih nak tahu.

“Mana ada apa-apa? Eddy ni kan suka merepek.” Jawab Raisa.

“Apa yang Eddy merepek pasal Raisa. Bagi tahu Ulya.” Kali ini Ulya tukar sasaran dia. Eddy mula serba salah.

“Alaaa…Raisa saja tanya pastu Eddy yang suka usik cakap Raisa fikir bukan-bukan. Ulya tahukan Eddy dengan Raisa bergurau macam mana.”

Eddy cuba bagi alasan. Tapi Raisa tahu yang Ulya tak termakan dengan kata-kata Eddy.

“Aku tanya Eddy. Kalau seseorang benci kita ada kemungkinan ke orang tu akan buat-buat tak kenal kita bila terjumpa sebab perasaan benci tu masih ada?"

Raisa jujur saja pada Ulya apa yang dia fikir seminggu ini.

Kini tinggal Raisa dan Ulya berdua. Eddy sudah masuk ke dalam bilik Akmal. Eddy beri peluang pada Raisa dan Ulya untuk bercerita selebihnya. Walau Eddy rapat dengan mereka tapi Eddy rasa ada juga perkara yang Raisa mahupun Ulya tak mampu nak kongsikan dengan orang lain kalau bukan mereka berdua saja.

“Kau ada terjumpa Datin ke?” Tanya Ulya.

Raisa pandang Ulya.

“Aku tak pernah jumpa Datin. Jadi kau jangan risau. Aku ingat janji.”

Raisa tahu apa dalam fikiran Ulya.

“Raisa…” Panggil Ulya perlahan.

“Hmmm...”

“Apa kata aku cuba sekali lagi?”

Laju Raisa geleng kelapa.

“Untuk apa? Untuk biar sekali lagi dia orang sekeluarga hina kau?” Mulalah Raisa rasa nak marah.

“Tapi Akmal makin besar. Aku kesian kat anak aku. Takkan aku nak besarkan Akmal seperti aku membesar tanpa kenal saudara-mara sendiri.”

“Cukup Akmal kenal aku, ibu dan ayah. Kalau betul kau nak Akmal membesar dengan keluarga yang lengkap seperti kanak-kanak yang lain, kau patut beri peluang pada Eddy. Aku yakin Eddy mampu bagi kasih sayang pada Akmal seperti anak sendiri berbanding dengan darah daging anak kau yang sebenar.”

Raisa takkan sesekali biarkan Ulya dihina lagi. Cukuplah sebelum ini Ulya dihina dan di maki tanpa pengetahuannya.

“Aku faham kau tak nak aku disakiti lagi tapi sampai bila aku nak sorokkan pada Akmal. Aku sanggup berkali-kali dihina asalkan aku ambil peluang untuk bersemuka dengan mereka lagi. Aku yakin lambat laun mereka akan terima Akmal juga.” Luah Ulya.

“Kau ada peluang tapi kau yang sia-siakan Ulya. Kalau betul kau nak Akmal diterima dalam keluarga tu. Kau patut beritahu seseorang yang memang boleh bantu kau dan Akmal. Tapi apa kau buat?” Raisa pandang Ulya.

“Kau lagi risau hubungan anak-beranak tu jadi teruk disebabkan untuk pertahankan kau.”

Ulya tunduk lemah mendengar kata-kata Raisa.

“Raisa… Aku…” Ulya masih mahu Raisa menyokong keputusannya.

Tapi tidak bagi Raisa.

“Cukup Ulya. Aku tak nak dengar kau sebut pasal hal ini lagi. Sebagaimana kau pun sendiri risau kalau aku buka mulut ceritakan semua apa yang terjadi pada Kasyah.”

Ulya pandang tepat Raisa.

Raisa tegas dengan keputusannya. Biarlah dia perlu ugut Ulya sekali pun asalkan dia tak biarkan kawannya itu menderita lagi. Kehidupan Ulya dan Akmal sudah baik tanpa orang lain jadi buat apa Ulya mahu merendahkan maruahnya pada keluarga yang tak sudi menerima mereka berdua. Biarlah Raisa dah keluarganya yang sentiasa menerima Ulya dan Akmal dalam keadaan apa sekali pun.

Ulya hanya pandang Raisa bangun meninggalkan dia keseorangan. Ulya tahu dia tak patut buat Raisa susah hati memikirkan keadaannya. Raisa sudah banyak menolong dia. Tapi Ulya tak nak Raisa turut membenci orang kerana dirinya. Cukuplah Raisa pernah bersifat kejam pada seseorang dahulu.

Raisa yang sudah berada di dalam bilik terus ligat memikirkan sesuatu. Fikirkan bagaimana hak Akmal dikembalikan tanpa biar Ulya dihina lagi. Adakah pertemuan tempoh hari sebenarnya merupakan peluang? Tapi bagaimana pula janjinya pada Ulya sebelum ini. Sekali lagi Raisa terasa tersepit. Seperti tiga tahun yang lepas.

Terima kasih sudi baca novel pertama saya. Macam biasa esok malam saya akan update Bab 4 pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience