"Hmm...abang buat apa?" Dia menghidu rambut panjang Anggun Dahlia. Wangi. Dia suka bauan itu. Bau Anggun Dahlia.
Bibirnya menjalar ke batang leher putih Anggun Dahlia. Leher itu menjadi habuan gigitannya. Matanya dipejam. Desah nafas usah dikata. Sudah lari dari radarnya. Tangannya menarik rapat tubuh kecil itu ke dalam rangkulannya. Peha mulus menjadi sasarannya.
Anggun Dahlia mahu gila. Tubuh sasa itu ditolak. Tetapi semakin ditolak, semakin erat tubuhnya ditarik rapat. Bibir bawahnya digigit. Ketika itu, dia dapat merasakan tangan suam Ikram Benjamin semakin berani naik ke atas peha. Dia mahu lari. Dia mahu keluar dari situ.
Ding dong!
“Room service!” Laungan dari luar bilik membantutkan perlakuan nakal itu. Ikram Benjamin mendengus kasar. Tangannya mengcengkam dinding bilik air. Rahangnya bergerak menahan geram. ‘ugh! Kacau! Masa ni juga kau nak datang! Pakai baju. Kita sarapan.” Rambutnya diramas kasar. Pintu bilik air dibuka dan kakinya melangkah menuju ke pintu utama.
Klak!
Pintu dibuka. Kelihatan seorang petugas lelaki sedang berdiri bersama troli besi yang bersisi makanan. Bibirnya melakar segaris senyuman.
“Good morning, sir! Your order.” Dulang bersisi makanan bertukar tangan. Ikram Benjamin merenung tajam ke arah petugas itu. Nafasnya ditarik dalam.
“Lain kali jangan datang salah waktunya.” Kemudian, segaris senyuman terpaksa dihadiahkan buat petugas yang tidak bersalah itu. Geram betul hatinya!
“Pardon, sir?” Petugas itu mengerutkan dahi. Mungkin tidak mengerti bahasa asing yang baru saja dituturkan oleh Ikram Benjamin.
“Nothing. Anyway, thank you for your service.” Laju saja tangannya menutup pintu. Dia terus menuju ke balkoni yang menempatkan meja dan dua buah kerusi ukiran besi putih. Dia mahu bersarapan sambil ditemani dengan keindahan pagi dan bunga-bunga disitu. Mahu meredakan panas hatinya.
Anggun Dahlia sudah selesai berpakaian. Suasana didalam bilik itu dirasakan kekok. Dia berjalan menuju ke balkoni. Ikram Benjamin sudah menunggunya disitu. Makanan juga sudah siap terhidang diatas meja. Anggun Dahlia hanya memerhati makanan yang terhidang. Seleranya tiba-tiba mati. Dia hanya berdiri disebelah kerusi.
Kriukkk!
Perutnya berbunyi. Cepat saja tangannya menutup bunyi perut itu. Malangnya, Ikram Benjamin terlebih dahulu mendengar bunyi itu. Dia memandang lelaki itu. Tegang saja. Marahkah dia tentang tadi? Yang pasti bukan salah dia. Bukan salah Anggun Dahlia. Jangan menuding jari pula padanya.
“Sit.” Sepatah arahan itu meluncur keluar dari mulut Ikram Benjamin. Dengan keadaan terpaksa, Anggun Dahlia menarik kerusi. Dia memaksa dirinya duduk berhadapan lelaki itu. Dia mencuri pandang ke arah Ikram Benjamin.
“Abang…er…marah Dahlia? Dahlia…Dahlia minta maaf.” Mulutnya menyuap makanan yang tersisi dipinggan.
“Nope. Tak apa. Hari lain masih ada. Nanti abang tuntut semula.” Ikram benjamin menyua sudu ke mulutnya sambil matanya merenung perempuan itu. Dalam diam, dia menyimpan senyum. Tahu takut. Berani lagi menolak lepas ini, siaplah nanti.
Share this novel