BAB 1

Romance Completed 2488

“*Sayang*, ni apa?” Fattah mengeluarkan satu bungkusan warna merah jambu dari peti sejuk lantas berdiri di ruang tamu. Elliza berpaling menghadap suaminya. Sepuluh saat.

“Tu kuih bulan. Giant ada buat promotion tadi. Tu yang sayang beli satu,” wajah Elliza kembali kepada kaca TV yang memaparkan berita peperangan di Timur Tengah yang masih belum tamat. Nada bosan Elliza jelas di pendengaran Fattah.

“Ooo... Abang tak pernah makan kuih bulan. Abang makan ye?” Kata-kata Fattah membuatkan Elliza bangkit dari hadapan kaca TV lantas menyambar bungkusan merah jambu. Fattah tidak sempat berbuat apa-apa tatkala Elliza mempamerkan kelajuannya beraksi.

“Tak boleh. Sayang beli satu bungkus je. Sayang pun tak pernah makan kuih bulan,” kata Elliza. Tangan yang memegang bungkusan merah jambu dijauhkan dari jemari Fattah. Fattah cuba sedaya upaya merampas kembali bungkusan merah jambu itu dari Elliza.

“Ala... Kita share-lah sama-sama. Abang makan separuh, sayang makan separuh. Kan sharing is caring,” suara Fattah termengah-mengah menyatakan cadangan. Fattah masih cuba mengambil kembali bungkusan merah jambu itu. Namun Elliza bijak membaca pergerakan Fattah.

“No. Promoter tu cakap makan kuih bulan ada cara dia. Tak boleh main potong bahagi je. Bad luck,” tegas Elliza. Tangannya masih mengelak serangan Fattah. Mereka kini berkejaran di sekitar ruang tamu yang hanya ada satu kerusi panjang di tengah-tengah. Mujurlah TV dan kabinet diletakkan rapat ke dinding.

“Sejak bila sayang percaya good luck bad luck ni?” Fattah masih cuba menangkap Elliza namun fizikal Elliza yang lebih ringan dari Fattah buat pergerakan Fattah terbatas. Payah betul kalau beristerikan pemain bola jaring terbaik dari sekolah rendah sampai universiti.

“Tak kisah abang nak cakap apa, sayang nak makan kuih bulan ni ikut macam apa yang promoter tu cakap,” Elliza berpaling ke arah suaminya sambil menjelirkan lidah. Suka Elliza dapat menyakat Fattah seperti itu sekali sekala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience