"Bang!"bunyi pintu dihempas membuatkan Maisurah keluar dari bilik dan berlari turun.
"Mama!"
"Ma....ma!"Maisurah terus memeluk Puan Maimunah yang tidak sedarkan diri di lantai.
Sedang dia ingin bangun mencari telefon,dia ternampak seorang lelaki sedang duduk santai di sofa rumahnya.
Dan terdapat beberapa orang lagi di bahagian kanan dan kiri lelaki itu.
"Kau siapa?"
"Kenapa kau ada dekat rumah aku?"soal Maisurah.
"Itu kau tak perlu tahu aku siapa?Yang aku nak tanya kau sekarang mana bapak kau?"
"Mana Fakhrul?"soal Eidlan.
"Papa dah lama tak balik.Kenapa kau datang rumah aku?Buat mama aku sampai pengsan..."
"Hurmmm,dah alang-alang bapak kau tak ada ni....elok aku tukar sasaran lah.Tak la aku buang masa.Ya tak?"Eidlan tersenyum sinis ke arah Maisurah.
"Kkkk...kau nak buat apa?"Maisurah mula ketakutan.
Sambil itu juga dia melihat mamanya yang masih tidak sedarkan diri.
"Mak kau aku biarkan buat sementara waktu ni.Setahu aku kau ni adik Mikha Zalif yang kononnya dah tak balik ke rumah ni"
"Yang tak seberapa mewah...."ujar Eidlan sambil melihat sekeliling rumah Puan Maimunah.
"Tak dia bukan abang aku"
"Tak payah nak bohong lah.Keluarga kau memang keturunan suka menipu ehh?"
"Patutlah syarikat bapak kau bankrup"
"Kesiannnn"Eidlan tergelak kecil membuatkan Maisurah menahan geram.
"La..marah?Tak betul ka apa yang aku cakap tadi?"
"Kau keluar sekarang!"jerit Maisurah.
"Kau ingat aku takut dengan kau.Kau takut tak dengan aku punya...."Eidlan mengambil pistol yang di sangkut di pinggangnya keluar.
"Pistol"Eidlan tersenyum.
"Apa yang kau nak?"Maisurah mula bertolak ansur.
"Kan elok kalau cakap baik-baik dengan aku"
"Apa kau nak?"soal Maisurah sekali lagi.
"Hurmm,kau kenal kan Ishtar Hasna binti Mohd Rashid?Aku rasa kau kenal siapa?"
"Tak...aku tak kenal dia siapa"ujar Maisurah.Tangannya terketar-ketar akibat ketakutan.
"Ouhhh tak kenal.Ok"Eidlan menganggukkan kepalanya.
"Fuh"Maisurah mengeluh lega sambil matanya memandang lantai.
"Kau sekali lagi...cuba bohong aku.Kau ingat aku bodoh"Eidlan memacukan pistol dari jauh tetapi sasarannya adalah kepala Maisurah.
"Ishtar Hasna kawan pertama kau sejak kau pindah ke sini.Abang kau jatuh cinta dan obses dengan dia.Kau dan mak kau pernah jual dia dekat Ah Long"
"Kau nak tahu siapa yang beli dia?"Maisurah mendiamkan diri.Dirinya terkejut kerana lelaki itu tahu tentang seluruh ahli keluarganya dan juga rakan baiknya,Ishtar.
"Kau nak tahu tak?!"jerkah Eidlan.
Maisurah terus menganggukkan kepalanya.
"Aku"
Maisurah dengan riak wajah terkejutnya terus memandang ke arah Eidlan.
"Kenapa?Terkejut?"
"Kau punca di merana.Kalau kau tak jual dia....aku takkan"
"Huh"Eidlan mengeluh.Dia tidak pernah lupakan apa yang dia lakukan kepada Ishtar.
"Aku nak kau jumpa dengan Ishtar,cerita segalanya apa yang kau dengan mak kau dah buat dekat dia"
"Kau dengar tak?!"
"Dengar"
"Kalau kau tak buat apa yang aku suruh...seluruh ahli keluarga kau termasuk kau akan mati"
"Itu nasib untuk seseorang yang berani lawan cakap aku"
Eidlan terus berlalu pergi dari situ diikuti Alif dan Shark.
"Maafkan aku Is"Maisurah menangis.Sumpah dirinya malu untuk menunjukkan mukanya di hadapan Ishtar lepas apa yang dia lakukan.
Dia sendiri tidak rela dengan apa yang berlaku.Atas kehendak seorang ibu,dia turuti.
Atas kebahagiaan yang diinginkan seperti dahulu dia membutakan mata dan turutkan hati.Akhirnya,tiada apa-apa yang berlaku sesuai dengan keinginan.
Papanya tidak seperti dulu.Setiap hari akan pulang dengan muka yang penuh dengan luka dan lebam akibat kalah di dalam judi.
Abangnya masih tidak pulang ke rumah.Mamanya setiap hari pulang dengan wajah keletihan.
Itu yang dialaminya sekarang.Kebahagian yang dicari masih tidak didapati.Yang dapat dilihat sekarang adalah kehancuran.
"Kita dah pilih jalan yang salah mama.Kita buat seseorang yang tidak bersalah merana atas ketamakan kita"Maisurah berjalan ke arah Puan Maimunah yang masih berbaring di lantai kemudian meriba kepala mamanya itu.
"Bangunlah mama"Maisurah cuba menggerakkan Puan Maimunah.
Masih tidak sedarkan diri.Maisurah terus melihat nadi di tangan Puan Maimunah.
"Tak rasa pun"dia kemudian cuba meletakkan jari di bawah hidung Puan Maimunah.Tidak dapat dirasa nafasnya.
Sedang dia cuba menggerakkan Puan Maimunah,terdengar suara ambulan mendekati rumahnya.
Tidak lama kemudian pasukan kesihatan terus mengangkat Puan Maimunah ke pengusung keselamatan dan terus dibawa ke hospital.
Share this novel