Bab 27

Drama Completed 35637

Selepas 25 minit Tiara bersiap, dia pun keluar daripada bilik. Tiara mengenakan blaus labuh belakang paras lutut berwarna ungu dan seluar jeans berwarna hitam. Dia juga mengenakan tudung selendang berwarna baby blue.

Walaupun ringkas tetapi sesiapa yang memandang pasti akan memuji cantik. Begitu juga dengan Farhan. Sebaik sahaja dia nampak Tiara keluar daripada bilik, matanya seolah terpaku melihat Tiara.

"Cantik nya" bisik hati Farhan.

"Uuu! Cantik nya dia. Ni nak keluar jalan-jalan dengan kitaorang ke nak pergi dating ni?" gurau Hadirah.

"Ish, apa kau ni. Nak keluar dengan korang lah. Dah lah, jom" ajak Tiara

"Tiara, tadi aku ambik satu biskut dekat dapur kau" kata Hadirah

"Ambik lah wei. Nak ambik apa lagi? Pergi ambik"

"Hahahaha, tak ada dah. Jom"
//
Mata Hadi sedang khusyuk menonton televisyen di hadapan nya itu. Dia tidak tahu mahu buat apa. Jadi, dia pun menonton televisyen.

"Ikhwan" panggil Puan Balqis

"Ye, kenapa?" jawab Hadi tidak mengalihkan pandangan nya daripada televisyen.

"Jom teman umi pergi supermarket kejap. Umi nak masak paprik ayam tapi sos tiram dah habis lah pulak"

"Tiara?" Hadi berpaling ke arah Puan Balqis. Tak silap telinga dia, dia mendengar uminya berkata nama Tiara.

Berkerut kening Puan Balqis mendengar anaknya menyebut perkataan yang dia tidak sebut.

"Tiara? Sejak bila pulak umi sebut Tiara? Umi cakap sos tiram dah habis. Sos tiram" Puan Balqis mengulang ayatnya semula.

Hadi mengetap bibirnya. Aduhai! Macam mana dia boleh salah dengar ni?! Malu!!

"Tak... Ikhwan dengar macam Tiara atau apa-apa je lah" Hadi cuba berdolak-dalik.

"Ye ke ni? Siapa Tiara? Kawan Ikhwan ke? Tiba-tiba je Ikhwan sebut nama dia" tanya Puan Balqis. Tidak pernah lagi dia mendengar Hadi menyebut nama mana-mana perempuan selain Nia Natasha.

"Eh, mana ada sesiapa. Ikhwan main cakap je. Tadi umi cakap nak pergi supermarket kan? Kejap, Ikhwan naik atas siap" Hadi menutup televisyen dan terus berlalu naik ke atas. Dia merasakan malu yang teramat.

"Eh, pelik betul budak ni" Puan Balqis hanya menggeleng kepala dan turut naik ke biliknya.

Hadi, Puan Balqis dan Hawa sudah berada di supermarket. Seperti biasa, kerja Hadi setiap kali meneman ibunya membeli barang adalah menolak troli. Dia akan menolak troli dan mengikut ke mana sahaja ibunya pergi.

Hadi sedang berada di lorong tempat terletaknya segala jenis sos. Ibunya sedang mencari-cari sos tiram dan Hawa sedang melihat lihat semua jenis sos.

"Bosan lah" omel Hadi sendiri.

Tiba-tiba fikirannya menerawang jauh memikirkan tentang Tiara.

"Call Tiara lah. Apa dia tengah buat sekarang agak-agak nya?" Hadi membuka telefon pintar nya dan mencari nama Tiara.

Telefon nya diletakkan di telinga. Dia menunggu Tiara untuk menjawab panggilan nya tetapi yang didengarnya bunyi peti suara.

Di cubanya sekali lagi tetapi panggilan itu tidak diangkat oleh Tiara. Sampailah sudah 8 kali cubaan Hadi menelefon Tiara. Semuanya tidak berjawab.

"Aik, mana Tiara ni. Kalau sekali dua tak angkat boleh tahan lagi. Ini sampai 8 kali aku call, tak diangkat nya" Hadi mula tidak sedap hati.

Jarang sekali Tiara tidak mengangkat panggilan nya. Dah lah Tiara duduk seorang diri dekat rumah.

Puan Balqis yang perasan tingkahlaku Hadi yang seperti mempunyai masalah itu bertanya.

"Ikhwan, kenapa? Macam ada masalah je" Puan Balqis berhenti mencari barang. Matanya fokus pada Hadi.

"Eh, mana ada apa-apa umi. Err, lambat lagi ke umi nak beli barang ni?"

Hadi yang mula terasa tidak senang duduk terasa seperti ingin pergi ke rumah Tiara sekarang juga dan memeriksa kondisi Tiara.

"Kenapa? Ikhwan ada hal ke?"

"Tak ada lah hal apa pun. Cuma... Tak ada apa-apa lah. Umi sambung lah cari barang. Ikhwan... Nak cari barang sekejap" Hadi berjalan meninggalkan troli dan berlalu pergi.

Puan Balqis hanya melihat sahaja Hadi berlalu pergi dengan kening yang berkerut kerana hairan dengan sikap anak nya itu.
//
"Thank you tau sebab bawak aku jalan-jalan ni. Lain kali kalau nak datang rumah aku, bagitahu! Jangan duduk je depan rumah" Tiara sudah berada di hadapan rumahnya.

Hadirah dan Farhan sedang berada di dalam kereta. Mereka baru pulang daripada makan di pusat beli belah yang berdekatan dengan rumah Tiara.

"Alah, bukan susah sangat pun. Lagipun Farhan yang bawak kereta, kita cuma duduk je Tiara. Tak susah mana pun" balas Hadirah.

Farhan menjeling Hadirah yang berada di sebelahnya.

"Kau elok-elok tau. Kalau ada apa-apa masalah call je lah kitaorang" kata Farhan dengan penuh prihatin.

"Call kitaorang ke call engkau" kata Hadirah perlahan tetapi masih boleh didengari oleh Farhan.

"Diam lah gila!" Farhan berkata sambil mengetap gigi nya. Mulut Hadirah itu bukan nya boleh percaya.

Hadirah tergelak kecil mendengar respon Farhan.

"Okey lah Tiara, kitaorang nak gerak ni. Kau masuk lah dulu" kata Farhan

"Okey lah, bye. Assalamualaikum" Tiara melambai tangan kepada mereka berdua dan masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam" jawab Farhan dan Hadirah

Sebaik sahaja Tiara masuk ke dalam rumah, dia duduk melepaskan lelah di sofa. Dia keluarkan telefon pintar nya dari dalam beg tangannya.

Dia membuka telefon nya dan melihat 10 panggilan tidak berjawab daripada Hadi. Dahinya berkerut.

"Aik, apahal Hadi ni? Sampai 10 kali dia call aku ni. Ada masalah ke dia ni?" Tiara menekan nombor Hadi dan menunggu Hadi untuk menjawab panggilan nya.

Hadi yang baru pulang daripada membeli barang sedang duduk di birai katil nya. Tiba-tiba dia dikejutkan oleh bunyi deringan telefon pintar nya.

Apabila nama Tiara terpapar di skrin telefon nya, dia terus menjawab panggilan itu.

"Hello" Hadi memulakan perbualan. Tidak sempat Tiara berkata apa-apa.

"Hello. Kenapa kau call aku sampai 10 kali?" tanya Tiara. Hadi yang mendengar soalan Tiara itu terus bangun.

"Kau tanya aku kenapa aku call kau 10 kali? Aku yang patut tanya kau, kenapa kau tak jawab call aku?"

"Ouhh, aku pergi makan tadi. Lepastu phone aku pulak aku silent kan" jawab Tiara tenang.

"Makan? Kau makan dekat mana? Dengan siapa?"

"Aku pergi makan dengan Hadirah dengan Farhan. Kau ni dah kenapa nak tanya tanya aku ni hah?" Tiara kehairanan mendengar bermacam-macam soalan Hadi yang ditujukan kepada nya.

Hadi yang baru hendak duduk tidak jadi. Dia berdiri tegak semula selepas mendengar nama Farhan.

"Farhan?!"

"Iye! Farhan! Kau ni dah kenapa? Kenal ke tak Farhan"

"Kau makan berdua je ke dengan dia hah?! Kenapa pulak kau makan dengan dia hah?" Hadi mula tidak senang duduk. Dia ke hulur ke hilir di dalam biliknya.

"Ya Allah, Hadi! Kan aku cakap aku keluar dengan Hadirah dengan Farhan! Dah lah! Malas lah aku cakap dengan kau. Sibuk nak tanya aku macam-macam. Abang aku pun tak sibuk macam kau. Kau pulak lebih lebih" Tiara terus mematikan perbualan itu.

"Hello! Tiara! Tiara Adriana!" Tiara Adriana binti Kamarul! Hey!" Bertalu talu Hadi memanggil nama Tiara tetapi panggilan itu sudah tamat.

"Apa masalah mamat mereng ni? Hish! Tak hilang lagi lah gila dia ni. Sibuk sangat nak tahu pasal Farhan. Kalau aku makan berdua dengan dia pun, apa masalah dia? Gila! Abang pun tak amik tahu pasal aku, dia pulak lebih" Tiara membebel sambil masuk ke dalam biliknya.

"Kenapa lah mamat tu asyik ada je dengan Tiara? Dah tak ada perempuan lain ke dia nak keluar sama-sama? Padahal ramai lagi student perempuan yang ambik law. Dia nak jugak lah keluar dengan Tiara. Tiara pun satu! Pergi layan mamat tu" Seperti Tiara, Hadi juga membebel sambil masuk ke dalam bilik air nya untuk membersihkan diri.

Tetapi, lain pula kisah mereka berdua dengan Nia Natasha.
Bayangan Hadi memegang tangan Tiara asyik bermain di kotak fikiran nya. Dari pagi sehingga ke petang, itu sahaja yang asyik difikirkan nya.

Apabila sudah penat memikirkan tentang perkara itu, dia mengambil keputusan untuk memberitahu perkara itu pada sahabat nya, Amelia.

"Hello, Lia. Are you busy right now?" tanya Nia

"No, I'm not busy. Why? Kenapa kau call aku tiba-tiba ni?"

"Aku ada cerita nak bagitahu kau"

"About?"

"Hadi" jawab Nia. Di fikirannya masih lagi terbayang peristiwa itu.

"Interesting! So, go on. I'm hear you"

Lalu, Nia pun menceritakan peristiwa yang berlaku di hadapan matanya. Amelia pula mendengar dengan penuh teliti. Berbagai reaksi yang diberikan oleh dia apabila mendengar cerita Nia itu.

"Oh my god! This is really crazy Nia! That girl! Wow! Aku tak tahu nak cakap apa" Setelah mendengar cerita Nia itu, dia juga cemburu dengan Tiara.

Sedangkan dia pun Hadi tidak pernah sapa, tetapi Tiara siap boleh berbual dengan Hadi. Duduk satu bangku pula tu. Jikalau dulu dia cemburu dengan Nia, tetapi sekarang dia lebih cemburu dengan Tiara.

"Yes! Itu yang aku geram tu. Kau bayangkan, mata aku yang nampak diaorang berdua. Aku fikir kan pasal air muka aku je. Kalau tak memang aku dah serang dah perempuan tu"

Nia meluahkan perasaan geramnya pada Amelia.

"Yeah, nampaknya ugutan kau tak berkesan lah dekat dia. Dia still lagi rapat dengan Hadi. Memang tak makan saman betul budak tu" Amelia seolah olah menambah kan lagi api kemarahan Nia.

"Itu lah. Aku tak tahu lah nak buat apa lagi. Hadi pun bukan nya macam berminat dengan aku" Kedengaran suara Nia seperti orang yang sudah berputus asa.

"Hey! Nia Natasha! Wake up! Tak kan kau nak give up macan tu je? Come on, girl! Kau rapat dengan Hadi sejak zaman sekolah lagi tau! Sekolah rendah okey! Dah lama dah. And budak perempuan tu baru ada dekat universiti tu tak sampai 5 bulan lagi. So, kau lagi layak dengan Hadi. Kau dah kenal dia lama dah. Kau seolah-olah membesar dengan dia" Amelia memberi semangat pada Nia. Nia yang mendengar kata-kata Amelia itu seolah-olah baru terjaga daripada lena.

Ya! Dia tak boleh berputus asa! Sudah lama dia pendam perasaan pada Hadi. Tak kan hanya disebabkan perempuan itu, dia nak mengalah.

"Omg, thank you Amelia! Kau memang best friend forever aku! Yes, you are right! Aku tak boleh give up. You are a good friend, Lia"

"Welcome babe! Okey, sekarang kau dah bersemangat kan? Can i go now? I have something to do"

"Yes, yes. Sekali lagi, thanks for your advice. Bye, love you!"
"Love you more" Amelia menamatkan panggilan telefon itu.

Nia duduk di hadapan meja solek nya. Dia memandang muka nya di cermin. Nia adalah seorang perempuan yang cantik rupa paras nya. Walaupun dia tidak memakai apa-apa solekan, wajahnya tetap cantik.

Kecantikan itu diwarisi nya daripada ibu dan nenek nya.

"You are pretty, Nia Natasha. Kau boleh dapatkan Hadi. Yes, Ikhwan Hadi is yours" desis hati Nia.

thankyou sebab sudi bace :`) sorry atas kekurangan and sorry for late update :(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience