Ratna memotong buah untuk Arjuna yang sedang duduk menyandar diatas katil.Dia menyuapkan buah ke dalam mulut Arjuna.
"Akhirnya dapat juga makan.Perut saya ni dah kecur tengok orang makan dari tadi.Thank you sayang"ucap Arjuna pada Ratna.
"Awak tu dalam pantang mana boleh makan sebarangan sampai luka awak tu betul-betul kering.Nanti kalau awak dah baik, awak request dekat saya nak makan apa?"ucap Ratna.
Arjuna mendengus perlahan.Dia menundukkan wajahnya ke bawah.
"Kenapa ni? Awak rasa sakit ke?"soal Ratna pada suaminya.
"Awak betul ke nak saya lepaskan awak?"soal Arjuna memandang redup ke arah Ratna.
Ratna meletakkan pisau dan pinggan buah tadi di atas meja.Dia mengambil tangan Arjuna dan diletakkan diperutnya.
"Awak nak ke dia membesar tanpa kasih sayang seorang Ayah?"soal Ratna semula.
Arjuna menggelengkan kepalanya laju.
"Saya kalau boleh nak tengok dia membesar sama-sama dengan awak.Tapi saya tak tahu kalau awak tetap dengan pendirian awak"kata Arjuna.
"Sebab saya hantar surat tu pada awak? sebab tu awak rasa saya nekad?"ucap Ratna.
"Saya bukan ahli nujum yang boleh baca hati dan perasaan awak.Tapi sejujurnya dari hati saya, saya masih berharap awak jadi isteri saya semula"ucap Arjuna menggenggam tangan Ratna sambil menggosok cincin silver yang masih tersemat dijari manis Ratna.
"Saya janji hanya maut akan pisahkan kita.Kalau awak sakitkan hati saya lagi siap awak"ugut Ratna sambil menjengkelkan matanya.
Arjuna mengangkat tangan kanan kepada Ratna ibarat berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya.
*********
Datin Habsah dan Datuk Arif tiba di Prince Court Medical Center.Langkahnya laju kerana dia begitu risaukan Arjuna.
Pintu wad dibuka dari luar.Datin Habsah terkejut melihat susuk tubuh yang tidak dikenalinya berada di sisi anak keduanya itu.
Datuk Arif yang berada dibelakang hanya senyum saja.Datin Habsah melulu ke arah Arjuna dikatil.
"Juna okay tak ni?" Kenapa sampai kena pembedahan semua n"soal Datin Habsah pada Arjuna.
"Mummy... Mummy Juna okay je.Tak perlu risau"ucap Arjuna sambil memandang tepat Datin Habsah.
Ratna disebelah Arjuna hanya memerhati.Dia malu ingin berdepan dengan keluarga Arjuna.
Dia berjalan ke arah Datin Habsah dengan perlahan.Tangannya dihulurkan untuk bersalaman dengan Datin Habsah.
Datin Habsah sedikit terkejut dengan tindakan Ratna yang menghulurkan tangan kepadanya.
"Mummy ni Ratna isteri Arjuna"ucap Arjuna pada Datin Habsah.Datin Habsah memerhati dari atas sampai bawah seorang gadis dihadapannya berpakaian baju kurung cotton bermotif bunga kecil dan bertudung manis.Dan nampak sedikit perutnya yang tersembunyi.
Peluh renek di dahi Ratna, dia risau kalau Datin Habsah tidak boleh menerimanya sebagai menantu.Maklumlah dia hanya orang biasa sahaja.Jauh dengan Arjuna yang lahir dalam keluarga berada.
Datin Habsah terus memeluk erat badan Ratna.Dia memeluk lama tubuh itu.Ratna sedikit terkejut dengan tindakan Datin Habsah.
"Terima kasih sebab sudi terima Arjuna sebagai suami kamu"ucap Datin Habsah pada Ratna.
Arjuna yang tadi rasa sesak.Lega sebab Datin Habsah boleh menerima Ratna.Datuk Arif menepuk bahu Arjuna.
"Ratna minta maaf dengan Datin Habsah"ucap Ratna lembut.
"Kenapa kamu nak minta maaf ? .Yang salah tu yang tengah duduk atas katil tu.Lagi satu Ratna sekarang menantu Mummy jadi jangan panggil Datin.Panggil Mummy"kata Datin Habsah.
"Hai Mummy sejak bila tak pandai back up anak sendiri"ucap Arjuna.
"Ialah kamu yang salah.Lepastu kamu sakitkan hati dia.Memang patut pun Ratna buat Juna macam tu"kata Datin Habsah.
Arjuna sudah tersengih macam kerang busuk.
********
Ratna dan Datin Habsah duduk di Cafe hospital.
Air dihidangkan dihadapan mereka.Datin Habsah memandang wajah Ratna.
"Terima kasih Mummy sebab terima Ratna walaupun Ratna datang dari keluar yang biasa tak macam keluarga Mummy"kata Ratna pada Datin Habsah.
Datin Habsah tersenyum manis.
"Status dan darjat bukan keutamaan Mummy.Sebenarnya Mummy pun datang dari keluar biasa juga.Tapi Mummy beruntung dapat berkahwin dengan Daddy Juna.Tapi satu je Mummy pegang dari dulu.Adab dan akhlak lebih utama berbanding status"kata Datin Habsah.
"Ialah saya tengok kebanyakkan dalam drama atau televisyen mesti orang kaya akan pilih orang yang sama taraf dengan mereka.Itu saya jadi risau bila Arjuna ajak saya kahwin"kata Ratna.
"Mummy tak fikir pun semua tu.Yang kaya itu Daddy sendiri.Mummy dengan anak-anak hanya tumpang rezeki Daddy.Jadi Ratna tak perlu risau ya.Nanti Mummy nak jumpa keluarga Ratna lepas Arjuna sihat"kata Datin Habsah.
Ratna tersenyum manis.Lepas macam-macam dugaan Allah ganti dengan sesuatu yang mudah.
"Mummy boleh tak Ratna nak minta izin untuk jaga Arjuna"ucap Ratna pada Datin Habsah.
"Boleh Ratna kan isteri Arjuna tak perlu minta izin"kata Datin Habsah.
*******
Afrina menekan banyak kali loceng rumah Raiqal.Dia menelefon Raiqal banyak kali tapi tak berangkat.
Pintu rumah dibuka oleh Raiqal.Afrina memandang tepat ke arah Raiqal yang hanya mengenakan baju singlet dan bertuala sahaja.Dia menolak badan Raiqal dengan kasar.
Raiqal terdorong ke belakang.Afrina menutup pintu terlebih dahulu.
"Kenapa you tak angkat telefon I? I telefon banyak kali.Lebih baik you campak telefon you tu dekat dalam longkang"marah Afrina.
Raiqal tersenyum nipis.
"You datang ni marah-marah kenapa? You datang bulan ke?"soal Raiqal memeluk tubuh Afrina.
Afrina menepis pelukan Raiqal."You tahu kan apa masalah you sekarang?"soal Afrina pada Raiqal.
Raiqal duduk dikerusi dengan bersahaja."Raiqal I cakap dengan you sekarang.Kenapa you pukul Juna teruk sampai dia hampir mati?" soal Afrina.
Raiqal menyandarkan tubuhnya di kerusi."You cakap you tak suka dia.Kenapa you marah I pukul dia? You pun I ada dendam dia?"soal Raiqal.
Afrina melabuhkan punggung di sebelah Raiqal."I tahulah you ada dendam takkan sampai you nak bunuh dia.And then masa depan I tali gantung dengan you.You kenal I ni siapa kan? I ni fashion designer terkenal dan keluarga I millionaire.Habis reputasi I "bebel Afrina sambil memeluk tubuhnya.
Raiqal memegang bahu Afrina lembut dan mengusap lengan Afrina.
"Alah Rina I cuma bagi warning pada dia.You kenapa ni?"soal Raiqal sambil memalingkan bahu Afrina menghadapnya.
Dagu Afrina dipegang lembut.Pipi gadis itu dielus.
" Fine I janji dengan you no more hurt...."ucap Raiqal sambil memandang bibir Afrina yang mungil berwarna merah jambu.Dia mendekatkan bibirnya ke bibir Afrina.
"You nakal ya"ucap Afrina mematikan langkah Raiqal.Raiqal tersenyum sinis.Dia berlari ke arah bilik diikuti dengan senyuman nakal Raiqal.
*******
Arjuna memandang Ratna yang baring di sofa berdekatan dengannya.
"Saya tak sangka keluarga awak boleh terima saya.Yang paling saya tak percaya Mummy awak boleh terima saya"ucap Ratna sambil memandang Arjuna yang berada dikatil.
"Alhamdulilah selesai satu masalah.Mungkin Allah permudahkan urusan kita"kata Arjuna.
"Awak saya minta maaf ya kalau saya ada buat awak sakit hati ke atau saya ada terkasar dengan awak ke?"ucap Ratna perlahan.
"Awak tak buat salah dengan saya.Saya yang patut minta maaf dengan awak.Saya minta maaf pada anak kita gara-gara perbuatan saya dia pun terkena tempias"kata Arjuna.
Ratna memegang perutnya.
"Ya Ayah.Saya sayang Ayah saya.Ayah cepat sihat ya boleh bawa saya pergi check up"ucap Ratna pada Arjuna.
Arjuna tergelak kecil dengan gurauan Ratna.
Share this novel