Rate

Bab 20 Terima Kasih Abang

Romance Completed 278246

Suasana dalam kereta Adib sunyi seketika, Anis Umairah merasa resah dengan layanan Adib tadi. Anis duduk dalam diam dan hanya menghadap ke depan. Tengkuknya menjadi sakit ingin menoleh tapi hatinya gelisah tak menentu.

"Sebenarnya Cikgu ada nak cakap sesuatu dengan Anis. Cikgu harap Anis dapat dengar penjelasan cikgu dengan baik." Sahut Adib secara tiba-tiba.

Anis melirik Adib dalam diam.

"Apa yang Cikgu nak bagi tahu Anis sebenarnya ni?" Batin Anis.

"Begini Anis, sebenarnya Cikgu pun tak tahu nak mula dari mana...Cikgu jadi keliru!" Sahut Adib sambil menggaru tengkuknya yang tak gatal menggunakan sebelah tangannya.

"Ada apa ya Cikgu?" Anis tak faham apa sebenarnya yang Cikgu Adib nak cakap pada Anis. Fikirnya.

"Antara Cikgu dengan Cikgu Farah tiada apa-apa, Cikgu harap Anis jangan salah faham." Adib menggaru kepalanya sambil melirik Anis yang berada di tepinya.

"Aduh, kenapa dengan aku ni?" Batin Adib berkata-kata.

Anis mengerutkan keningnya.

"Anis tak faham Cikgu!"

"Yang pasti, antara Cikgu dengan Cikgu Farah tiada hubungan special apa pun, kalau cikgu Farah jumpa Anis lagi atau mengancam Anis tolong bagi tahu Cikgu. Nanti Cikgu sendiri yang akan berhadapan dengan Cikgu Farah." Terang Adib lagi.

Sebenarnya bukan itu yang Adib nak kata, tapi kenapa berat mulutnya nak mengatakan sesuatu perkara yang masih bersemayam di hatinya.

"Dan satu lagi Anis, kalau di luar sekolah jangan panggil saya Cikgu!" Ucap Adib sambil menaikkan sebelah keningnya melihat Anis.

Anis menoleh kearah Adib tidak mengerti.

"Anis boleh biasakan diri panggil saya abang." Kata Adib hati-hati sambil tersenyum tipis.

"Maksudnya?" Anis Umairah semacam tak percaya apa yang terkeluar dari mulut Adib Umair.

"Panggil saya abang Adib kalau di luar sekolah." Ucap Adib dengan yakin.

"Jika diluar sekolah, saya dan Anis bukan antara guru dengan muridnya." Terang Adib lagi.

Inilah masanya dia buat hubungannya dengan Anis tidak terlalu berjarak agar suatu saat mereka tidak akan merasa kekok.

Wajah Anis Umairah memerah menahan malu, tidak menyangka setiap yang Adib katakan itu.

"Anis tidak sudi ke?" Soal Adib menatap Anis seketika.

"Tapi kenapa Cikgu? Apa alasan kenapa Anis kena panggil Cikgu dengan gelaran "abang"? Soal Anis inginkan penjelasan dari Adib.

"Suatu saat nanti saya akan terangkan dengan Anis, tapi sekarang bukan masanya yang tepat." Jawab Adib sambil mengemudi keretanya dengan kelajuan sedang.

"Anis ada nak beli ke?" Soal Adib setelah mereka berhenti seketika di kedai runcit  7 eleven 24 jam.

"Tidak ada juga Cikgu." Sahut Anis pelan.

"Anis nak turun ke temankan saya berbelanja?" Tanya Adib sambil menatap Anis.

"Tak payah cikgu, Anis tunggu di sini saja." Jawab Anis segan.

"Okay Anis tunggu kejap!"

Adib pun keluar dari kereta dan masuk ke dalam kedai runcit 7 eleven. Setelah itu tidak berapa lama kemudian, dia keluar dengan beberapa beg plastik di tangannya. Adib tersenyum melihat perbelanjaannya. Dia pun masuk ke keretanya yang enjinnya masih hidup.

"Satu beg plastik ni Anis ambil, saya tak tahu kesukaan Anis jadi harap Anis suka dan terima." Kata Adib dengan senyuman sambil menghulurkan pada Anis.

Anis menyambut huluran tangan Adib dengan rasa kekok.

"Terima kasih Cikgu." Sahut Anis dengan perasaan yang tak menentu.

"Cuba Anis biasakan panggil saya abang?" Ucap Adib tiba-tiba dengan nada tegas.

"Ehhh, terima kasih abang,!" Sahut Anis malu-malu.

Adib tersenyum mendengar panggilan tersebut keluar dari mulut Anis.

"Terima kasih Anis." Ucapnya sambil mengusap lembut kepala Anis.

Anis menjadi gugup dan hanya mampu tertunduk tidak faham apa sebenarnya yang telah berlaku, semuanya terjadi secara mendadak. Kenapa Cikgu Adib tiba-tiba berperangai pelik dua tiga hari ni dan berani mendekati Anis? Ada ke perkara yang Anis tidak tahu?

Adib tersenyum dan mula menggerakkan kenderaannya untuk menghantar Anis pulang ke rumahnya. Sebenarnya Adib Umair masih ragu dengan perasaannya sendiri, tapi dia kena berusaha memupuk perasaannya dengan perasaan Anis.

"Cinta boleh berputik bila terbiasa." Itulah fikiran Adib.

Dug dug dug!!

Anis menekan dadanya yang berdegup semakin kencang, mujurlah Anis menggunakan tudung jadi dia dapat menutup dadanya yang terasa ingin meledak. Duduk bersebelahan dengan  Adib betul-betul membuat Anis serba tak kena. Apa yang dia perlu lakukan sekarang? Harus ke Anis lompat saja dari kereta Adib?

Adib hanya tersenyum mengemudi keretanya sehinggalah sampai di rumah Anis dan sesekali melirik-lirik anis yang berada di sebelah pemandu. Anis hanya duduk diam membeku, dia belum pernah mendapat layanan istimewa dari mana-mana lelaki kecuali abahnya cinta hatinya yang pertama. Inilah buat pertama kali Anis merasakan kasih sayang dari orang lain. Patut ke Anis happy atau sebaliknya?

Setelah mereka sampai di rumah Anis, Adib dengan pantas terlebih dahulu keluar dari kereta untuk mempersilakan Anis turun. Anis menjadi salah tingkah dengan layanan Adib kepada dirinya.

"Terima kasih Cikgu ehh abang Adib sudah belanja Anis dan hantar Anis balik rumah!" Sahut Anis sambil memukul pelan mulutnya.

Adib tergelak pelan melihat perangai konyol Anis yang Adib rasa keluar secara spontan itu.

"Sama-sama Anis!" Sahutnya sambil mengusap seketika kepala Anis.

"Abang Adib balik dulu Anis." Kata Adib dengan senyuman bahagianya.

Tanpa mereka sedari, Puan Zulaikha dari tingkap rumahnya dapat melihat setiap perlakuan Adib kepada Anis. Puan Zulaikha sengaja tidak keluar menyambut Anis agar mereka tidak merasa kekok.

Sebelum Adib Umair balik, Adib memastikan Anis masuk terlebih dahulu ke rumahnya barulah dia bergerak meninggalkan rumah Anis.

Anis Umairah masuk ke rumahnya dengan menjinjing beg plastik yang Adib berikan tadi.

"Anis belanja apa tu?" Tiba-tiba Puan Zulaikha muncul didepan Anis.

"Assalamualaikum umie!" Ucap Anis Umairah terlewat mengucapkan salam.

"Waalaikumussalam Anis, terlalu bahagia ya sampai ucap salam pun dah lupa." Ucap Puan Zulaikha dengan nada bergurau.

"Ehh umie ni, mana ada!" Sahut Anis cuba berdalih.

"Siapa tadi yang hantar Anis?" Soal Puan Zulaikha dengan nada selidik.

"Oh, itu Cikgu Adib guru matematik Anis." Katanya Anis salah tingkah.

"Mesra nampak!" Kata Puan Zulaikha dengan senyuman.

"Umie jangan salah faham ya, Cikgu Adib memang baik dengan semua pelajarnya."

"Ya ke, Umie boleh percaya ke?" Puan Zulaikha cuba mempertikai jawapan Anis.

Anis mengangguk laju, first time Puan Zulaikha tanya Anis seperti banduan yang telah melakukan kesalahan.

"Anis pergilah bersihkan diri dulu, salin baju, solat dan turun makan." Arah Puan Zulaikha sambil menuju ke dapur.

"Baik umie. Ohya ini ada beberapa jenis kek dari Cikgu Adib tadi bagi Anis." Ucap Anis sambil menghulurkan pada umienya Puan Zulaikha.

Puan Zulaikha menerima huluran Anis dengan senyuman yang mengembang.

Kalau korang tempat Anis nak lompat dari kereta juga ke? maaf ya kalau tidak berapa cantik susunan ayat, anak saya kurang sihat. ohya, kalau sempat mungkin dapat 1 bab sahaja ya untuk esok . Selamat malam, semoga terhibur dengan Adib dan Anis malam ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience