CHAPTER 37

Action Series 136512

Dua susuk tubuh yang berada di hadapan kolam itu di pandang dengan penuh debaran. Hujung ibu jarinya digigit lembut. Tabiat Thea apabila berada dalam keresahan.

Wajah suaminya yang kelihatan kemerahan itu dipandangnya lama. Dia tahu Emeer dalam keadaan marah ketika itu. Begitu juga dengan wajah tengku Damien, yang mengaku sebagai sepupunya.

Selama dia hidup 26 tahun, papa mahu pun Ibu, langsung tidak bercerita malah mmberitahunya tentang kewujudan bapa saudaranya. Mati-matian dia ingatkan papanya anak tunggal dan sebatang kara.

Apabila papanya memperkenalkan dia kepada Tengku Damien sebagai sepupunya, dia bagaikan bermimpi di siang hari. Kelu seketika lidahnya. Otak langsung tidak dapat mentafsir apa di sebalik kata-kata papanya.

Klak!

Lamunan Thea terganggu sebaik sahaja bunyi pintu bilik di buka dari luar. Kepalanya terus menoleh ke arah itu. Dahinya berkerut seribu melihat susuk tubuh suaminya melangkah masuk ke dalam bilik.

Lantas kepalanya terus menoleh ke tingkap, memandang k arah kolam di mana Emeer dan Tengku Damien. Melihat hanya kelibat Tengku Damien sahaja berada di situ, dia mengeluh kecil.

Kuat betul mengelamun sampai tidak perasan suaminya suadah beredar dari situ.

"Kau dah kenapa tercegat dekat situ? Tak habis-habis lagi mengintip?" Perli Emeer.

Jaket hitam yang tersarung di tubuhnya segera dibuka dan di letakkan di hujung katil. Hanya singlet putih tersarung di tubuh tegap itu. Itu adalah pakaian santainya. Dia lebih suka mengenakan Jaket kulit bersama singlet atau t-shirt tanpa lengan dan dipadankan engan ripped jeans.

Dia terus merebahkan tubuhnya ke atas katil. Thea menjeling. Kakinya melangkah mendekati Emeer dan melabuhkan punggung di birai katil bersebelahan suaminya.

"Saya terfikir, macam mana awak kena dengan Tengku Damien?"

Wajah Emeer dipandang. Menunggu jawapan dari bibir Emeer.

"Non your business." Jawab Emeer selamba.

Thea mendengus. Dia mula memandang Emeer dengan rasa tidak puas hati. Mana mungkin dia ingin membiarkan sahaja soalan yang berlegar i fikirannya tidak terjawab.

Apabila soalan yang sama di ajukan kepada papanya, jawapan sama juga yang dia dapat. Manakala jawapan ibunya pula hanya "Thea tanya papa sendiri, keluarga papa ibu tiada hak untuk masuk campur."

"Ish.. Awak dan papa sama sahaja. Apa yang nak di rahsiakan sangat. I need to know, Emeer." Dalam merengek terselit tegasnya pada suara yang dilontarkan oleh Thea.

Mata Emeer yang terkatup itu perlahan terbuka. Dia memandang tidak puas hati dengan isterinya.

Tidak boleh tengok orang senang betul la perempuan ni. Ada juga kena terkam dengan aku siang hari macam ni. Getus hati Emeer.

"Can you stop membebel for a while? Bagi aku tidur sekejap."

Thea mencebik.

"Baru ingat nak tidur. Tadi tak ingat dunia. Ingat dah tak reti nak tidur." Omel Thea dalam keadaan berbisik. Peristiwa semalam dan pagi tadi mula berlegar di fikirannya.

"Apa kau cakap??"

Serentak pergelangan tangan Thea ditarik kasar dan disebabkan tidak dapat mengimbangkan badannya, Thea terjatuh di sisi Emeer. Dan tanp menunggu sesaat, Emeer terus naik menghempap tubuh Thea.

Gulp!

Thea mula telan liur apabila melihat senyuman yang terukir di bibir suaminya. Baru dua minggu menjadi isteri kepada lelaki itu, dia sudah mula pandai setiap kelakuan suaminya. Dan mana mungkin dia tidak lupa akan senyuman yang sentiasa terukir di bibir lelaki itu sejak semalam.

Sinis dan nakal.

"My question. What did you just say to me, tesoro?" Bisik Emeer ditelinga Thea sambil hidung mancungnya mula mengesel pipi dan leher isterinya.

"Err.. I did't  say anything." Hati Thea mula berdetak laju. Baju Emeer digenggamnya kemas.

"Are you sure? Hmm.."

Sengaja dia ingin mendera isterinya seperti itu kerana dia suka melihat aksi gelabah wanita itu. Walaupun hatinya sendiri tidak keruan setiap kali dia seperti itu dengan Thea. Apa yang dia tahu, Thea Hazel adalah miliknya.

"Aw--awak.. Kit--kita dekat ru--rumah papa ni."

Thea cuba menyedarkan Emeer di mana mereka berada dan cuba nasib untuk terlepas dari genggaman suaminya walaupun dia tahu perkara itu adalah mustahil.

"I know but I don't care. I want you, sweetheart. Now. I want to eat you as my Hi-Tea for this afternoon." Bisik Emeer sambil tangannya mula membuka butang baju kemeja yang dipakai oleh Thea.

Mulut Thea terlopong luas apabila terasa ciuman yang senuh sensual diberikan oleh Emeer dari lehrnya hingga ke dada. Sekelip mata juga baju ditubuhnya terlepas.

Bibirnya di gigit kuat apabila melihat Emeer juga dalam keadaan yang sama, tidak berbaju. Mata Emeer tajam memerhati setiap lekuk tubuhnya.

Belum sempat dia menutup tubuhnya dengan cadar yang ditarik disebelahnya, Emeer mengunci kedua belah tangannya dari terus bergerak. Di tambah tubuh Emeer masih lagi berada di atas badannya, menyukarkan dia untuk bergerak.

"No need to cover up your sexy body. I love this way. Please control your voice, sweetheart." Bibir Emeer kembali tersungging senyuman nakal.

"Erm..."

______________________________________________________

Selesai sahaja mandi dan solat, Emeer dan Thea melangkah turun bersama ke tingkat bawah. Emeer sempat mencebik bibirnya apabila Thea melemparkan jelingan ke arahnya.

"Tak payah nak jeling-jeling sangat dekat aku. Kang aku terkam kau dekat sini baru tahu." Usikan Emeer dibalas dengan cubitan di lengan.

"Eee... Awak ni itu je awak tahu. Otak tak pernah tak kuning." Thea kemudian mengatur langkahnya ke arah dapur. Malas nak layan. Suami siapalah yang kena sampuk ulat bulu itu.

"Sweetheart, buatkan jus apple please.."

Sempat lagi Emeer melaung kepada Thea sebelum susuk tubuh itu menghilang dari pandangannya. Kakinya terus di atur ke halaman rumah. Sementara tunggu makan malam, dia terasa ingin mengambil angin di luar.

Langkah kakinya terhenti apabila melihat susuk tubuh bapa mentuanya tegap berdiri di halaman rumah itu. Kelihatan seperti merenung panjang ke hadapannya.

"Ehem.. Papa.." Emeer berdiri di sisi Doktor Hafiez sambil kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket sweatpants.

Doktor Hafiez sedikit tersentak dengan sapaan menantunya itu. Dia tersenyum kecil. Cuba menutup keresahan yang dirasainya saat itu.

"Papa okay? Apa yang papa fikirkan?" soal Emeer.

Dia tahu apa yang berada dalam fikiran bapa mentuanya saat itu. Raut wajah keresahan di wajah lelaki separuh abad itu langsung tidak mampu menutupnya. Bukan mudah untuk menipunya kerana Emeer dapat membaca setiap gerak geri dan perubahan pada seseorang.

Nobody can lie to him.

"Papa okay. Saja ambil angin malam." Dia memandang ke arah Emeer sekilas sebelum matanya dihalakan ke hadapan.

Emeer turut sama berbuat demikian sebelum dia bersuara.

"Are you thinking about Tengku Hakimi?"  Soal Emeer selamba.

Doktor Hafiez menoleh ke arah Emeer sebaik sahaja soalan itu terpacul dari mulut menantunya. Mana mungkin dia dapat sembunyikan apa-apa dari keluarga Hayyes terutamanya menantu dia sendiri.

Bibirnya mengukir senyuman nipis.

"Cepat betul Emeer baca fikiran papa ya. So papa tak ada pilihan selain berterus terang. Am I right?" Doktor Hafiez tergelak kecil.

Emeer membalasnya dengan senyuman kecil. Dia tahu bapa mentuanya cuma menghilangkan keresahan di hati.

"If you don't mind, papa. Kita dah jadi satu keluarga. Masalah papa dan keluarga ini adalah masalah Emeer juga. So please, don't hide anything from me because, in the end, I will know that too."

Doktor Hafiez mengangguk. Bersetuju dengan kata-kata itu. Dia menghelakan nafas berat untuk seketika.

"Tengku Damien. He ask me about Thea."

Senyuman sinis diberikan oleh Emeer. Seperti yang dijangkakan.

"Why? What's he want from my wife?" Kali ini suara Emeer kedengaran sedikit tegang.

Doktor Hafiez mengeluh.

"Tengku Hakimi..."

"Siapa Tengku Hakimi, papa?" Suara Thea mencelah itu membuatkan Emeer dan Doktor Hafiez menoleh serentak ke arah Thea yang sedang mendekati mereka bersama jus apple ditangannya.

Emeer berdecit perlahan.

Tajam pula telinga dia kali ini. Desis hati Emeer.

"Thea tanya ni, siapa Tengku Hakimi?" Soal Thea sekali lagi sebaik sahaja dia berdiri di depan mereka berdua.

Gelas ditangannya segera dihulurkan kepada Emeer namun tidak disambut oleh suaminya. Dia memberi isyarat mata kepada lelaki itu namun tidak di endahkan.

"Dinner's ready, sweetheart?" Sebelah kening dinaikkan kepada isterinya.

Thea tersengih.

"Dah siap. Thea datang ni nak ajak makan la. Jom. Everything is ready. Papa jom dinner."

Ajak Thea sambil sebelah tangannya memeluk lengan papanya manakala sebelah lagi masih memegang gelas yang tidak disambut oleh Emeer.

Emeer mencebik.

"Jom. Kenapa lama sangat malam ni prepare dinner? Perut papa dah berkeroncong dah ni."

Thea tergelak kecil sambil melangkah masuk ke dalam rumah dan meninggalkan suaminya di situ. Sengaja dia berbuat seperti itu untuk balas dendam tentang apa yang berlaku petang tadi.

Sebaik sahaja dua susuk tubuh itu menghilang dari pandangannya, Emeer segera mengeluarkan telefon bimbitnya yang berada di dalam poket.

Nombor telefon Kevin ditekan dan tidak menunggu lama, panggilannya dijawab.

"Kev, I need your help."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience