Rate

Lelaki paling biadap Part 2 Bab 1

Humor Completed 61915

AMPANG JAYA

Pagi, ketika azan subuh hampir berkumandang, suhu dingin masih bertapak membuatkan Farid Husin begitu lena tidur di atas katil

"Abang.... bangun..,"

"Abang.... bangun..,"

Lembut suara Fazura cuba mengejutkan suaminya namun Farid Husin tetap saja tidur, fazura mencekak pinggang sambil mengetap giginya merasa geram dengan sikap suaminya

"Abang.., bangun!,"

Farid Husin cuba membuka matanya perlahan-lahan namun belum pun sempat dia membuka luas matanya

"Allah... Zura!,"
Pekik Farid Husin bila Fazura melompat dan menindih tubuhnya

"Kan dah kena,"
Kata Fazura mengoyang-goyang badannya di atas tubuh Farid Husin
"Cepatlah bangun Bang, solat, zura banyak keja kat bawah tu,"

Farid Husin mengeleng dengan kerenah nakal isterinya
"Macam mana abang nak bangun kalau zura baring atas badan abang,"

Fazura tersengih-sengih memandang suaminya sebelum mengeyit mata

"Ingat abang, lain kali jangan sampai zura kejutkan abang tiga kali, kalau abang buat lagi Zura akan lompat lagi tinggi,"

"Huhu Zura nak lompat dari mana?,"
Tanya Farid Husin lalu memuncung bibirnya cuba mengejek

Fazura memicit-micit bibir suaminya sebelum memberikan ciuman

"Dalam storkan ada tangga, nanti Zura keluarkanlah letak dalam bilik kita,"
Jawab Fazura selamba sambil bangun dari atas badan suaminya

Bulat mata farid Husin memandang Fazura, ada sahaja jawapan isterinya itu bila di sekat

"Zura tunggu bawah tahu, mak dengan adik nak solat sekali,"

Farid Husin tidak menjawab ketika bangun dari katil, hidungnya menghidu sesuatu

"Kuatnya bau sambal,"

Fazura tersenyum
"Cepatlah kalau abang nak makan, Zura ngan mak tinggal nak kupas kulit telur je,"

"Ayam?,"

"Ayam Zura tak goreng, Zura terus buat Sambal Ayam, boleh tak Bang,"

"Sambal ayam?, Wow abang dengar pun rasa nak meleleh air liur nie,"

Fazura masih tersenyum memandang suaminya
"Zura turun dulunya,"

"Zura tak nak teman abang mandi ke?,"

"Hisy abang nie, Zura datang bulan, lagi pun Mak dengan adik tengah tunggu kat bawah tu,"

Farid Husin tersengih-sengih
"Yelah.., jap lagi abang turun,"

** Selepas selesai menunaikan solat subuh berjemaah, Farid Husin bergegas ke ruang dapur tanpa menunggu Isteri, ibu mertua dan adik iparnya selesai membuka telekung, gelagat Farid Husin membuatkan Puan Marbiah tersenyum

"Tengoklah tu Zura, mak rasa suami Zura tu dah tak sabar nak makan,"

Fazura mengeleng

"Kakak dengan mak pergilah dapur, biar adik je yang kemas, nanti adik nak naik atas salin baju sekolah,"
Kata Fazira sambil melipat sejadah

Fazura memandang adiknya
"Akak dengan mak pergi dapur dulu ya,"

Fazira mengangguk wajahnya persis seperti kakaknya

"Sedapnya bau,"
Puji Farid Husin bila membuka penutup periuk besar berisi sambal ayam di atas dapur gas

"Abang nak makan ke?,"
Tanya Fazura berjalan bersama ibunya selepas masuk ke ruang dapur

"Mana Fazira?,"
Tanya Farid Husin sambil memandang isterinya

"Dia nak naik atas salin baju,"

"Takpe kita makan sekali je nanti,"
Kata Farid Husin kemudian memandang ibu mertuanya
"Mak duduk je, biar farid bantu Zura,"

Puan Marbiah tersenyum, badannya agak letih setelah membantu Fazura memasak sejak pukul 4 pagi tadi,

"Nasi cukup tak Bang,"
Tanya Fazura sambil membuka penutup periuk nasi elektrik bersaiz besar yang di beli Farid Husin semalam semata-mata ingin membuat potluck di office

"Cukuplah nie, tapi abang rasa macam banyaklah pulak, kalau ikutkan staf abang ada 14 orang je,"

"Takpelah makan untuk tengahari sekali,"

Farid Husin mengerut dahi, matanya memandang ke arah periuk besar di atas dapur gas
"Tapi sambal tu?,"

Fazura menepuk bahunya suaminya, dapat mengagak kerisauan dari riak muka suaminya itu

"Zura dengan mak masak dua kali, yang satu lagi Zura dah letak dalam bekas,"

"Yekee... Baby abang nie tahu je ya,"
Kata Farid Husin cuba mencium isterinya

"Abang.. mak tengok tu,"

Farid Husin mengaru-garu rambutnya sambil melihat ibu mertuanya tersenyum

"Ha, Nanti boleh tak Zura tolong buat dua bekas nasi, nanti letak dua ketul ayam setiap bekas abang nak bagi Ayah dengan Along,"

"Kak Fazilah dengan Abang Fadil?,"

"Diorang takpe boleh datang je Office abang kalau nak makan,"

Fazura mengangguk

"Nasi nie biar abang taruh dalam bekas,"
Kata Farid Husin sambil membuka penutup bekas tong nasi

"Abang tolong Zura dulu, tolong ambilkan bekas tupperware dalam almari tu,"
Pinta Fazura sambil menunjuk ke arah atas almari kitchen kebinet

Farid Husin tersengih memandang isterinya

"Mesti abang nak cakap Zura pendekkan,"

"Hisy mana ada,"

*Farid Husin makan penuh selera, nasi lemak ibu mertuanya adalah yang terbaik sampai dua kali dia menambah,

"Huhu, kalau setiap pagi makan macam nie, gemuk abang nanti,"

"Biarlah gemuk barulah comel,"

"Aik.. Zura tak kisah ke kalau abang gemuk?,"

Fazura mengangguk
"Zura makin sayang kat abang,"

Farid husin memuncung bibirnya
"Sayang baby,"

"Ahem..,"
Celah Fazira matanya menjeling pada Farid Husin dan kakaknya, Puan Marbiah tergeleng-geleng melihat gelagat menantunya

"Jealouslah tu,"

*Jam enam setengah pagi van sekolah berhenti di luar pagar rumah Farid Husin, Fazira bergegas menaiki van itu, setelah Farid Husin membawa ibu mertua dengan adik iparnya tinggal di Ampang, dia menyewa sebuah rumah berdekatan dengan rumahnya supaya ibu mertua dengan adik iparnya selesa tinggal di situ kerana dia tidak mahu mempelakukan ibu mertuanya seperti orang gaji di rumahnya

"Mak tidur je kat atas, Farid tengok muka mak macam dah letih sangat tu,"
Pinta Farid Husin rasa kesihan bila memandang muka ibu mertuanya

Puan Marbiah mengangguk, dia memang letih sangat kalau boleh dia ingin berehat di sofa saja

"Mak Farid nanti katanya nak datang sebab nak rasa nasi lemak,"
Kata Puan Marbiah lembut suaranya

"Eh, mak Farid bukan datang sekarang mak, mungkin datang dalam jam 10, mak rehat jelah kat atas,"

"Risau pulak mak tak terbangun nanti kalau berehat kat atas,"

Farid Husin menarik nafas, tersenyum bila memandang muka ibu mertuanya kemudian mengalih memandang isterinya

"Mak janganlah risau, mak rehat je kat atas, nanti kalau mak Farid datang, Zura kejutkan mak,"
Kata Fazura pula cuba memujuk ibunya supaya berehat di atas

Puan Marbiah akhirnya mengalah, dia mengangguk lemah

"Abang, Zura bawa mak naik atas dulunya, nanti Zura turun,"

Farid Husin mengangguk
"Jangan lupa buka Aircond,"

**
Farid Husin berjalan perlahan-lahan sambil mengankat periuk besar berisi sambal ayam untuk di taruh dalam bonet keretanya, Fazura yang sedang turun ke bawah terkejut melihat suaminya, cepat-cepat dia turun untuk membantu suaminya

"Takpe biar abang angkat,"

"Laa.. biarlah Zura tolong,"
Fazura memeluk tubuh dengan muka merajuk bila Farid Husin tidak membenarkan dia membantu

Farid Husin mengeleng
"Yelah.. yang nie biar abang angkat, fazura pergi kat dapur ada lagi bekas abang belum angkat,"

Fazura mengerut hidung
"Baik sayang,"

Selepas menaruh periuk besar tadi ke dalam bonet kereta, Farid Husin terus masuk semula ke dalam rumah, hampir tergelak dia melihat Fazura terkangkang-kangkang mengankat bekas tong nasi bersaiz besar

"Zura.. Zura,"

Fazura menaruh bekas tong nasi di atas lantai kemudian mengosok-gosok pinggangnya, Farid Husin begitu tenang memandang muka Fazura lalu memeluk badan isterinya itu

"Kenapa Zura tak angkat bekas-bekas kecik je, yang besar nie biarlah abang angkat"

Fazura mendongak kepala, badan suaminya di peluk erat
"Salah ke, Zura nak tolong abang,"

"Memang tak salah, tapi janganlah angkat yang berat-berat,"

Lebar senyuman fazura memandang ketampanan suaminya
"Abang sayang Zura tak?,"

"Tentulah abang sayang, sayang sangat,"
Jawab Farid Husin kemudian mencium-cium dahi isterinya

Fazura begitu riang semakin erat badan suaminya di peluk

"Cukup-cukup,"
Perlahan-lahan Farid Husin meleraikan perlukkan isterinya

"Mentang-mentanglah datang bulan, Zura sengaja je kan nak goda abang,"

Fazura memeluk tubuh berpura-pura merajuk
"Zura nak memanja pun tak boleh,"

Farid Husin tersengih melihat gelagat isterinya lalu mencubit pipi isterinya

"Hisy, geramnya abang,"

"Sakit.,"

"Yang nie biar abang angkat, Zura angkat je bekas-bekas kecik tu ya,"

Fazura mengangguk sambil mengosok-gosok pipinya

**
Jam di dinding menunjukkan hampir pukul 7.30 pagi. Farid Husin sudah berpakaian kemas dengan mengenakan blazer berwarna biru, Fazura memerhati suaminya entah mengapa setiap kali suami berpakaian seperti itu membuatkan dadanya berdebar-debar,

"Sayang.. napa tengok abang macam tu,"
Tegur Farid Husin

Fazura mengankat kening
"Saja,"

Farid Husin tersenyum
"Abang pergi kerja dulu ya,"

Fazura mengangguk sambil berjalan di belakang suaminya, bau perfume suaminya begitu harum

"Zura, kenapa nie?,"
Terkejut Farid Husin bila Fazura memeluknya dari belakang

"Ala kejap je,"

Farid Husin menghela nafas tenang membiarkan sejenak Fazura memeluk badannya

"Dah,"
Fazura tersenyum lebar setelah meleraikan pelukkan, tangan suaminya di genggam erat

"Puas?,"

Fazura mengangguk-ngangguk

"Abang pergi kerja dulunya,"

Fazura mengangguk kemudian memuncungkan bibir supaya suaminya menciumnya

"Muargh, sayang isteri abang,"
Ucap Farid Husin selepas mencium bibir isterinya

Fazura menekup muka merasa malu selepas suaminya mencium bibirnya

"Hisy, Zura cepat salam abang, abang nak gie kerja nie,"
Pinta Farid Husin sudah berdiri di luar pintu melihat isterinya masih menekup muka

"Eh?,"
Fazura cepat-cepat menghulur tangan, tangan suaminya di cium berkali-kali

"Hati-hati bawa keta tu bang, nanti kalau dah sampai jangan lupa Whatsapp Zura,"

"Insyaallah sayang,"

Fazura berdiri di balik pintu pemandu memerhati suaminya di dalam kereta menghidupkan enjin, selepas pintu pagar terbuka sepenuhnya, Suaminya melambai padanya, kereta yang di pandu suaminya bergerak meninggalkan pekarangan rumah, Fazura masih setia berdiri di luar pagar rumah memandang kereta suaminya sehingga kereta suaminya hilang dari pandangannya,

"Ya Allah lindungi suami hamba,"
Ucap Fazura doa untuk suami tercinta sebelum melangkah lemah masuk ke dalam pekarangan rumah

**
Keadaan jalan raya di ibu kota tidak pernah berubah sentiasa di penuhi dengan pelbagai jenis kenderaan menguji kesabaran para pemandu yang setia menunggu untuk memijak padel minyak,

Farid Husin mentatal skrin telefon pintar untuk menghubungi salah seorang stafnya,

"Selamat pagi encik Farid,"

"Selamat pagi Ikmal, kau kat mana?,"

"Office,"

"Okay good, dalam setengah jam aku sampai, nanti kau bawa turun trolley, tunggu aku dekat pintu masuk lobi, kau ajaklah sapa-sapa ikut kau nanti,"

"Okay boss,"

Farid Husin tersenyum bila menamatkan panggilan

* Setengah jam berlalu, sebuah kereta jenis SUV mecsedes benz berwarna merah berhenti di hadapan lobi bangunan Teguh holding,

"Assalamualaikum boss,"
Ucap dua orang staf lelaki hampir serentak bila Farid Husin keluar dari kereta

"Waalaikummusalam, nasi lemak ada kat belakang,"
balas Farid Husin tersenyum memandang dua orang stafnya

"Belum buka bonet lagi, bau sambal dah boleh hidu kat luar nie,"
Kata Ikmal sambil menolak trolley ke arah belakang bonet kereta

"Weii dia punya bau menyengat siot,"
Kata Sufian pula

"Tau takpe,"

Selepas Farid Husin membuka bonet kereta bau santan di dalam tong nasi dengan sambal ayam di dalam periuk makin menusuk hidung

"Weii bikin meleleh air liyuk"
Seloroh sufian, menghidu-hidu belakang bonet

"Eh banyak jugak encik farid, kita bukan ramai pun,"
Kata Ikmal sambil mengankat tong nasi bersaiz besar di taruh di atas trolley

"Semua nie untuk kita lantak sampai petang,"
Balas Farid Husin sambil membantu Sufian mengankat periuk berisi sambal ayam

"Tapi kalau korang kenal sapa-sapa dalam bangunan nie ajak jela diorang datang makan,"

"Sorang pun kita orang tak kenal,"

"Habis tu staf marketing tak akan korang tak kenal,"

"Hari nie je kita orang tak kenal diorang, esok mungkinlah kot boleh kenal semula,"

"Bengonglah kau nie Sufian,"
Kata Farid Husin tergelak kecil dengan seloroh sufian

"Ahemm.. Assalamualaikum,"

"Waalaikummusalam,"
Jawab Farid Husin, Ikmal dengan Sufian serentak

"Ayah,"

"Selamat pagi Datuk,"
Ucap Ikmal dengan Sufian bila melihat Dato sri Hassan kamarudin berdiri di belakang mereka

"Selamat pagi, apa tu Farid?,"

"Ala nasi lemak sambal ayam, Zura dengan mak mertua farid masak,"

Dato sri Hassan kamarudin terus melangkah mendekati trolley

"Sedapnya bau, bila nak makan nie?,"

Belum pun sempat Farid Husin mahu menjawab, Fuad sobri tiba-tiba menepuk bahunya

"Pehh.. buat potluck,"

"Nasi lemak sambal ayam, mak mertua farid masak,"
Kata Dato sri Hassan kamarudin pada anak sulungnya

"Huu, kalau mak mertua farid yang masak mestilah sedap,"

"Ikmal, Sufian, korang naik dulu, tapi kalau ada sapa-sapa lapar, makan jela dulu, takyah tunggu aku,"

Ikmal dengan Sufian mengangguk

"Ayah dengan Along nak pergi mana?,"
Tegur Farid Husin hairan bila melihat Ayah dengan abang sulungnya mengekori Stafnya

"Pergi Office faridlah mana lagi,"
Jawab Fuad sobri bersahaja

"Tak payah, Farid dah bungkuskan siap-siap untuk Along dengan Ayah,"

"Alhamdulilah,"
Ucap Fuad sobri

Farid Husin membuka pintu belakang kereta mengeluarkan dua paper bag besar

"Ada ayam tak Farid?,"
Tanya Dato sri Hassan kamarudin sambil mengambil salah satu paper bag yang di hulur anaknya

Farid Husin mengangguk
"Nie sambal ayam Yah,"

"Terbaiklah,"
Ucap Dato sri Hassan kamarudin menunjuk ibu jarinya

"Jom Ayah Kita makan dekat tingkat satu,"
Cadang Fuad sobri

"Elok gak tu, jomlah,"
Dato Sri Hassan kamarudin memandang farid Husin
"Ayah masuk dulu Farid, nanti jangan lupa ucapkan terima kasih kat zura dengan mak mertua Farid ya,"

"Samalah dengan Along, terima kasih banyak-banyak,"

Farid Husin mengangguk
"Insyaallah, nanti Farid sampaikan, tapi kalau ayah dengan Along terserempak dengan Angah atau alang, suruh je diorang datang office farid kalau nak makan,"

"Insyaallah, kalau Along terserempaklah,"
Balas Fuad sobri tersengih

**
Tingkat satu memang sentiasa di penuhi staf-staf Teguh holding untuk bersarapan, Dato sri Hassan kamarudin dengan Fuad sobri duduk di salah satu meja di situ namun dengan kehadiran pemilik syarikat dengan bos besar membuatkan ruangan itu menjadi hening hanya kedengaran bisik-bisikan dari para Staf yang sedang bersarapan

"Ayah nak minum apa?,"

"Kopi o gelas besar, suruh dia buat pekat-pekat tau"

"Okay,"

Fuad Sobri terus bangun dari kerusi namun dia terpandang seseorang di pintu masuk cepat-cepat dia masukkan semula bekas-bekas yang di taruh di atas meja ke dalam paper bag

"Kenapa Along?,"
Tanya Dato sri Hassan kamarudin hairan

"Angah Yah,"
Jawab Fuad sobri sambil menunjuk ke arah pintu masuk

Dato sri Hassan kamarudin mengeleng lalu memandang Fazilah sedang berjalan laju ke arahnya, Fuad sobri membawa sekali paper bag untuk membeli minuman

"Teruknya perangai,"
Sindir Fazilah memandang ke arah abang sulungnya, dari pintu masuk lagi dia sudah nampak abangnya memasukan semula bekas-bekas ke dalam paper bag

"Apa tu Ayah?,"
Tanya Fazilah sambil menarik kerusi

"Nasi lemas sambal ayam,"

"Sedapnya, Mak masak ke?,"

"Bertuah kalau mak kau yang masak, nie Zura dengan Mak dia yang masak,"

"Angah punya takde?,"

"Farid dah pesan kat ayah, kalau Angah nak makan datang je office dia, dia tahu Angah kan....?,"

Belum pun sempat Dato sri Hassan kamarudin menghabiskan kata-katanya, Fazilah terus berlalu pergi

"Bertuah punya anak, kalau bab makan macam pelesit perginya,"
Guman Dato sri Hassan kamarudin

Beberapa minit kemudian Fuad sobri membawa dua gelas minuman di taruh di atas meja

"Along dengar pakcik Said nak bersara, betul ke ayah?,"

Dato sri Hassan kamarudin mengangguk
"Said tu dah tak beberapa sihat, biar jelah dia berehat,"

"Habis tu sapalah ganti pakcik?,"

"Kalau tak silap ayah, Said ada cadangkan seorang peguam dari cawangan kita di Jakarta, esok atau lusa dia datang,"

**

2016

SMK Tunas Bakti melaka

"Semua senyap, sila duduk kat tempat duduk masing-masing,"
Arah seorang Cikgu wanita dengan garang bila masuk ke dalam kelas bersama seorang pelajar perempuan

kelas kembali senyap dan para murid duduk di tempat duduk masing-masing,

"Cikgu nak kenalkan dengan pelajar baru kelas kita,"
Kata cikgu wanita itu lalu menyuruh pelajar perempuan yang berdiri di sebelahnya supaya mempekenalkan diri

"Assalamualaikum, na.. nama saya Awaisha laila binti Mohsain,"
Awaisha terus senyap selepas memberitahu namanya

"Itu je?,"
Kata Seorang pelajar lelaki duduk di barisan paling belakang

"Bapak dengan mak kau kerja apa?,"

Awaisha lansung tidak menjawab hanya berdiri kaku menudukkan kepala

"Farid.., Ayah dengan mak Awaisha dah meninggal dunia,"
Kata Cikgu wanita itu

"Yeke, tapi sekurang-kurangnya dia beritahu pada kita orang, bapak dengan mak dia mati sebab apa, mati kat mana?,"

Cikgu wanita itu mengeleng kepala

"Ayah dengan mak saya dah takde sebab kemalangan di Pakistan,"
Jawab Awaisha dengan nada sebak

"Jauhnya bapak ngan mak kau mati,"

"Farid!,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience