“Kau tinggalkanlah orang tua ni. Kesian dia. Dia dah tua, dah tak sihat. Dah tak mampu nak jaga kau. Aku hantar kau pergi Mekah. Kat sana banyak kebaikan menanti kau. Ramai kawan-kawan. Kau masuk islam ya?”Ustaz Sani masih cuba memujuk. Bukan dia tak mahu guna kekerasan tapi risau makin mengeruhkan keadaan. Kelak, atuk Husein juga akan merasa sakit.
Jin itu mendengus kasar. Dia melihat Ustaz Sani dengan mata tajam. Cuba mencerna apa yang dikatakan ustaz itu.
“Apa yang aku dapat kalau aku masuk agama kau?”
“Aku hantar kau pergi Mekah. Kau boleh beribadat kepada Allah kat sana. Ramai kawan-kawan kat sana. Kau boleh bersiar-siar kat sana.”
“Baiklah. Aku terima tawaran kau. Aku akan tinggalkan orang tua ni. Aku takkan kacau keluarga ni lagi.”
“Kau janji ya? Sekarang kau ikut aku mengucap dua kalimah syahadah.”Ustaz Sani lega apabila benda itu ikut katanya.
Sebenarnya bukan susah pun nak pujuk makhluk ni. Cuma perlukan masa. Lagipun benda ni dah lama berdamping dengan atuk Husein. Orang tua tu pun dah tak mampu nak bagi makan. Selesai mengucap dua kalimah syahadah, Ustaz Sani menghantar jin itu ke Mekah. Terjelupuk atuk Husein rebah ke lantai. Alhamdulillah selesai satu perkara.
Hani termenung di hadapan rumah. Mengenang nasibnya yang entah bila boleh pulang ke dunianya. Tapi dalam masa yang sama Hani sedikit sedih ingin meninggalkan keluarga ini. Mereka terlalu baik terhadap Hani. Mak Inang melayannya tak ubah seperti anak sendiri. Ada masa selepas mandi, Mak Inang dengan rela hati mahu menyisir rambut Hani. Katanya dia tiada anak perempuan sebab itu dia teringin untuk menyisir rambut Hani. Jika dia ada anak perempuan pasti tiap hari akan disisir rambut anaknya.
Soleh juga melayannya dengan baik. Sentiasa memberi Hani kata-kata semangat dan nasihat. Kadang-kadang dia membawa Hani ke sungai untuk melihat dia mencari ikan. Di samping mahu menghiburkan Hani agar tidak terlalu berduka.
Ya, Hani senang disini. Kampung yang amat tenang. Orangnya baik-baik. Kampungnya cantik, bersih, aman. Malah dia juga sudah mempunyai seorang kawan perempuan di sini. Laila namanya. Anak penghulu kampung. Kampung Tasik Melur, hatinya sudah terpaut.
“Hani, ada perkara yang ingin hamba ingin bicarakan.”tegur Soleh.
“Soleh, tak payahlah berhamba dengan saya. Awak dan saya kan lagi mesra bunyinya.”Hani cuba mengusik Soleh. Rimas betul dia dengar bila Soleh berhamba tuan hamba dengannya. Soleh hanya diam tidak merespon usikan Hani.
“Awak nak cakap apa?”
“Tadi hamba tidur. Hamba bermimpi, ada orang alim didunia tuan hamba. Dia memanggilmu pulang. Katanya jin jahat tu sudah tiada. Sudah masanya tuan hamba pulang.”Soleh berterus-terang.
Ya, sudah masanya gadis itu pulang tapi kenapa hatinya seakan berat dengan keputusan itu. Hani memandang Soleh. Mata mereka bertaut. Cepat-cepat Soleh mengalihkan pandangan. Hatinya berdebar saat merenung mata gadis itu. Sama perasaannya ketika bersama arwah isterinya dahulu.
“Sudah masa untuk aku pulang? Tak boleh ke kalau aku tinggal disini sehari dua lagi?”soal Hani. Entah kenapa hatinya berat nak meninggalkan kampung ini.
“Ini bukan kampung tuan hamba. Hamba cuma mengambil tuan hamba sebentar sementara jin itu dihapuskan. Tuan hamba harus segera pulang ke sana. Malam ini hamba hantar.”Soleh sekadar berkata-kata. Tidak menoleh langsung ke arah Hani.
“Kau menghalauku, Soleh? Apa aku tidak dialu-alukan di sini?”
“Apa tuan hamba tidak rindukan ibu dan ayah tuan hamba?”Hani tersentak dengan kata-kata Soleh. Benar, dia masih ada ibu dan ayah yang pasti merisaukannya. Tapi hatinya sedih mahu meninggalkan kampung ini. Tapi, dia harus akur. Dia sedar tak mungkin dia berada di sini selamanya.
Hani mencelik matanya. Kelabu. Matanya dikedip-kedipkan barulah pandangannya terang. Ibu disisi kanannya. Ayah pula di kiri. Ustaz Sani pula berdiri dihadapannya.
“Alhamdulillah anak ibu dah sedar.”Puan Faridah memeluk erat anaknya. Ucapan syukur tak henti-henti meniti dibibirnya. Tuan Kamal pula menarik nafas lega.
“Ibu, ayah..”
“Ya, nak.. Ibu kat sini. Alhamdulillah ya Allah. Hani minum sikit air ni, buat semangat.”Puan Faridah menghulurkan segelas air kepada Hani. Air tu dah dibaca ayat Al-Quran oleh Ustaz Sani. Hani meneguk sedikit. Perit rasa tekaknya.
“Alhamdulillah dah selamat semunya. Kalau tak ada apa-apa, saya beransur dulu.”Ustaz Sani meminta diri.
“Terima kasih, ustaz. Terima kasih banyak-banyak dah tolong kami.”Tuan Kamal menghantar Ustaz Sani ke kereta. Sekilas, Ustaz Sani melihat Hani. Hatinya berdegup.
Sejak Hani sedar, dia seakan bukan dirinya yang dulu. Sekarang dia lebih banyak berdiam diri. Suka bersendirian. Sudah tidak seceria dulu. Seakan menjadi orang lain. Risau Puan Faridah dibuatnya. Tapi dia lega. Sekurang-kurangnya anaknya itu dah kembali. Mungkin Hani perlukan sedikit masa untuk pulih sepenuhnya. Puan Faridah juga teringin nak tahu apa yang dah jadi kepada anaknya itu saat tidak sedarkan diri. Tapi biarlah dulu. Tunggu Hani pulih sepenuhnya.
Puan Faridah membawa seteko air kopi o panas bersama karipap ubi keledek ke atas pangkin. Sempat dia membuat sedikit karipap tadi. Permintaan atuk Husein. Sejak kejadian itu, ayahnya tampak makin bertenaga. Tidak seperti dulu selalu lelah. Puan Faridah juga meminta izin suaminya untuk lebih lama tinggal di kampung. Dia mahu menjaga ayahnya. Di ajak tinggal dirumahnya tidak mahu. Biarlah Tuan Kamal pulang ke bandar dahulu.
Mereka bertiga mengambil angin petang di atas pangkin. Berselera atuk Husein dan Puan Faridah makan karipap. Tapi tidak Hani. Banyak termenung. Dia teringatkan Soleh dan Mak Inang. Entah apa khabar mereka disana.
‘Aku akan sentiasa melawatmu disana’.
Kata-kata terakhir Soleh terngiang-ngiang ditelinganya. Entah benar atau tidak. Mungkin sekadar ingin menyedapkan hati Hani.
“Hani, jomlah makan karipap. Sedap ibu buat. Hani kan suka makan karipap.”Puan Faridah menegur Hani.
“Tak apalah, ibu. Hani tak ada selera. Ibu dan atuk makanlah. Nanti Hani makan.”
“Esok kita pergi jalan-jalan nak? Kita pergi berkelah dekat air terjun.”Puan Faridah memberi cadangan. Cuba menarik perhatian Hani.
“Best juga tu. Atuk pun dah lama tak mandi air terjun. Hani ingat tak dulu masa Hani kecil-kecil atuk selalu bawa Hani mandi kat sana? Seronokkan?”Atuk Husein pula cuba memecahkan suasana. Sungguh, dia berasa bersalah. Menyesal. Semuanya gara-gara dirinya.
“Okay ibu, atuk. Hani ikut je.”Mendatar sekali suara Hani. Tak apalah, sekurang-kurangnya dia merespon.
Puan Faridah membentangkan tikar. Dia membawa bekal sandwich, nasi berlauk, ulam, buah dan air masak. Cukuplah, bukan ramai pun. Bertiga je. Hani menuju ke arah batu berdekatan air terjun. Dia merendamkan kakinya. Dah lama benar dia tidak ke sini. Tenang je perasaannya. Pengunjung pun tak ramai. Adalah dalam 3 keluarga. Dia melihat ibu dan atuknya. Puan Faridah melambai. Hani hanya tersenyum. Namun senyumannya mati. Dia cuba mengecilkan matanya agar penglihatannya lebih jelas.
“Soleh..”
Share this novel