Bab 17 : HV

Mystery & Detective Series 29168

~I wish i could go back to the day i meet you and just walk away. Because honestly, it would've saved me so much hurt and pain.~

_Han, maaf. Cik terpaksa cancel lunch appointment kita hari ni. Cik ada hal. Urgent._ ~Nafla

Eshan baca WhatsApp dari kakaknya. Satu keluhan kecil dilepaskan dari bibirnya seraya meletakkan telefonnya ke meja. Sebelah tangan melonggarkan ikatan tie. Sudah menghampiri waktu tengahari, jadi tidak perlu ikut cara pemakaian formal sangat.

Hari ini dia sudah kosongkan jadualnya demi memenuhi kehendak si kakak untuk makan tengahari bersama. Kata kakaknya, ada sesuatu yang ingin dibincangkan. Eshan mengeluh lagi, Nafla ni kadang-kadang pelik orangnya. Macam tak boleh berbincang di rumah sahaja padahal tinggal serumah. Sekali lagi Eshan mengeluh. Kali ini lebih kuat dan jelas berbanding tadi.

Adham yang baru ingin keluar dari bilik bossnya berpaling sedikit ke belakang. Tidak jadi keluar. Keluhan demi keluhan yang dilepaskan dari mulut bossnya itu menarik perhatiannya.

"Kenapa boss?"

Eshan panggung wajah kepada Adham. Sedikit ternaik hujung alisnya bila dengar pertanyaan Adham itu.

"Saya dengar Boss macam mengeluh tadi. Kenapa?"

Eshan baru faham soalan Adham itu lantas mengambil telefonnya kembali lalu dibuka aplikasi WhatsApp. Perbualannya dengan Nafla sebentar tadi dicari lalu disuakan telefonnya kepada Adham.

Adham menyambut telefon yang Eshan hulurkan padanya walaupun dalam keadaan sedikit terpinga-pinga. Adham membacanya, sedikit bertaut keningnya.

"Eh, dah kenapa? Semalamkan Cik Nafla suruh saya kosongkan jadual boss hari ni sebab ada hal yang nak dibincangkan dengan boss. Tapi dah kenapa hari ni tiba-tiba dia cancel?" Adham turut tertanya-tanya. IPhone Eshan diserahkan kembali ke tuannya.

Eshan sekadar angkat bahu. Itulah yang dia geram dengan Nafla. Suka-suka hati sahaja mahu jumpa dan batalkan disaat-saat akhir. Disebabkan Nafla mahu berjumpa dia, terpaksa dia batalkan perjumpaannya dengan Tengku Eqmal.

"Jadi boss macam mana?" Adham bertanya lagi sebelum dia keluar pergi cari makanan tengahari. Manalah tahu kalau-kalau Eshan mahu menyertai dia dan Munir nanti.

"Kita keluar lunch sekali la."

"Okay boss. Jom."

Eshan bangkit dari kerusinya lalu melangkah ke arah pintu. Adham mengekori dari belakang.

"Ham, sebelum aku lupa. Kau ada cakap hari tu nombor telefon yang aku minta kau cari tu... orang Terengganu kan?" Eshan melontar soalan sambil-sambil mereka melangkah ke arah lif.

"Ha'a boss. Kenapa tu boss?"

"Nama dia Juwita, kan?"

"Ha'a boss. Kenapa?"

"Kau ada alamat dia?"

Adham henti melangkah diikuti Eshan. Adham pandang Eshan, menagih penjelasan dari bossnya. Suspen pula dia dengan Eshan ni.

"Kenapa boss?" Kali ke tiga Adham bertanyakan soalam yang sama. Kali ini dia memilih untuk tidak menjawab pertanyaan Eshan.

Eshan turut sama berhenti melangkah seraya berpaling ke arah Adham.

"Aku nak cari perempuan tu, aku perlu jumpa dia. Ada hal yang perlu aku confirmkan dengan dia."

Kening Adham bertaut, sedikit tak faham dengan penjelasan Eshan.

"Kau ikut dulu arahan aku. Nanti sampai masanya, aku akan cerita dekat kau."

"Okay-okay boss. Faham. Tapi pasal alamat Juwita tu, ada dalam details yang saya bagi boss hari tu."

"Sure?" Bersinar mata Eshan. Ada kelegaan terselit disitu.

Adham cuma menjawab dengan anggukkan.

"Okay good. Kalau macam tu, hujung minggu ni kau ikut aku pergi Terengganu. Kita ppergi cari dan jumpa Juwita. Nanti kau bagitahu Munir sekali. Book hotel dekat area sana sekali."

Adham mengamati lagi wajah bossnya, perlahan-lahan kepalanya dijatuhkan patuh dengan arahan itu. Lihat raut wajah serius Eshan, Adham putuskan mungkin perkara ini begitu penting bagi lelaki itu.

* * *

"Jadi... Sarah belum berkahwin? Mereka tak jadi kahwin?"

Baariq tarik nafas dalam. Peritnya mahu menyambung kisah. Perit rasanya mahu buka kembali kisah kelam Sarah yang sudah jadi sebahagian dari kisahnya.

"Bukan itu maksud saya Cik Nafla..."

"Habis tu? Tadi Baariq cakap Sarah tu..."

Belum sempat Nafla menyambung, Baariq sudah mengapungkan tangannya, mahu Nafla berhenti dari menyambung kata. Baariq faham dengan keterujaan Nafla bila tahu Sarah dan Waeez tidak berkahwin seperti yang diberitahunya sebentar tadi. Tapi dia tidak akan membiarkan Nafla terus hanyut dengan keterujaan itu. Dia akan memberitahu tentang kebenarannya.

"Cik Nafla jangan salah faham dengan apa saya beritahu Cik tadi. Sebenarnya, Sarah dan Waeez diculik ketika diorang berada di Airport sementara menunggu flight ke Turki. Tapi malangnya, belum sempat diorang berlepas ke sana, diorang diculik oleh orang-orang Datuk Waazin."

"Diorang dipaksa dan diseret oleh orang suruhan Datuk Waazin ke rumah Datuk Waazin. Datuk Waazin... dia memang gila. Dia tak suka Sarah ada hubungan dengan Waeez. Macam-macam yang dah dia buat untuk pisahkan Sarah dengan Waeez. Lagi teruk bila dia tahu Sarah tu tinggal seorang diri. Tiada penjaga. Dan, Cik tahu Sarah hampir kena ragut maruahnya?"

Terus Nafla perkup mulut. Mengigil kecil tangannya, terkejut.

"Sarah diserang oleh sekumpulan lelaki ketika balik dari kerjanya. Dia diberkas dan dibawa ke rumah usang. Mereka mahu perkosa Sarah secara bergilir-gilir. Tapi Han yang selamatkan Sarah. Kebetulan Han baru balik dari rumah saya. Sejak dari hari tu Datuk gila tu berdendam dengan Han. Pada hari kejadian Waeez larikan Sarah ke Amsterdam, Datuk merata cari diorang. Han turut kena serang. Sampai lebam-lebam badan Han kena belasah padahal Han tak tahu apa-apa. Han sendiri sedih bila Sarah larikan diri macam tu je. Tanpa bagitahu dia dan tanpa sempat pesan apa-apa."

Nafla terus membisu. Dia selesa mendengar apa yang diluahkan oleh Baariq. Uminya juga bercerita adiknya itu teruk menderita bila Sarah bertindak melarikan diri. Eshan betul-betul ikhlas sukakan Sarah.

"Back to the story. Lepas diorang diculik di Airport tu, Sarah dikurung dan dibelasah teruk. Banyak luka di badan dia. Ada jugak kesan torehan. Waeez pun lebih kurang Sarah. Dua bulan mereka terseksa. Saya yang selamatkan Sarah dan Waeez dalam bilik tahanan Datuk Waazin. Kebetulan saya ada kenal dengan beberapa orang suruhan Datuk. Dia yang jadi tali barut Datuk sebab dia kesiankan Waeez."

"Sarah tiba-tiba sakit dan dimasukkan ke hospital. Disebabkan banyak lebam di tubuh dia sepatutnya sudah jadi kes polis tapi sebab Waeez takut Datuk tahu dekat mana diorang berada, Waeez terpaksa tolak cadangan kami untuk buat report. Tak tahan dengan keadaan Sarah meracau, merapu tak tentu masa... Waeez bawa Sarah balik ke kampung ibu kandung dia untuk berubat Sarah. Sambil-sambil tu dia mahu lari dari Datuk. Sarah trauma teruk. Hampir tiga tahun Sarah terima rawatan di hospital sakit jiwa. Pulih jiwa dan mental Sarah. Sarah tak berhenti-henti sebut nama Eshan. Cari Eshan. Waeez pula rasa bersalah sangat dengan Sarah dan Eshan. Jadi dia buat keputusan untuk bertanggungjawab atas apa yang berlaku pada Sarah dan setahun kemudian diorang berkahwin."

Meremang bulu roma Nafla membayangkan apa yang dilalui oleh Sarah selama ini. Kejamnya orang tua keparat itu. Nafla genggam erat tangannya. Mahu saja penumbuknya singgah di pipi lelaki gila itu!

"Waeez pula macam mana?"

"Waeez juga menderita sebenarnya. Saya ingatkan bila Waeez tu anak kandung Datuk, dia tak sanggup nak seksa anak kandung sendiri tapi rupanya saya silap. Datuk upah orang untuk memberhentikan kerja Waeez. Lesen penerbangan Waeez disekat termasuklah passport Waeez dan Sarah. Datuk Waazin gunakan kuasa dan pengaruhnya untuk menghalang Waeez dari berkerja semula. Jadi selama diorang ada disana, hidup diorang betul-betul bergantung kepada ibu kandung Waeez sampailah Sarah pulih. Waeez rasa dia perlu bekerja untuk meneruskan hidupnya dengan Sarah. Diorang datang cari saya dan bekerja dengan kami di pasar. Di situ baru saya tahu apa yang terjadi kepada diorang."

"Jadi Evan dan Eman tu anak kandung Sarah dan Waeez, kan?"

Dengar sahaja nama Evan Khalish dan Eman Khadija meniti dibibir Nafla terus berubah air muka Baariq. Teringat muka comel si kembar itu. Tanda kasih Waeez. Peninggalan terakhir Waeez untuk Sarah jaga tapi itu pun direbut oleh Datuk Waazin.

"Riq?" Nafla menegur perlahan. Perasan air muka Baariq berubah selepas dia menyebut nama si kembar Sarah dan Waeez.

"Iya. Setahun selepas mereka kembali ke sini Sarah disahkan mengandung. Sarah gembira sangat dengan berita tu. Sarah doubly happier bila tahu dia pregnant twins. Diorang bahagia. Tapi Waeez selalu bagitahu saya, kebahagian Sarah adalah kebahagian dia. Dia mahu pulangkan Sarah kepada Eshan kalau Eshan sudi terima Sarah kembali. Sebab dia tahu hati Sarah bukan milik dia."

Nafla angkat muka, pandang Baariq. Tragis sungguh kisah mereka bertiga.

"Tapi seingat saya hari tu saya ada terserempak Evan dengan orang Datuk Waazin... macam mana tu?"

Bunyi Baariq menghembuskan nafas panjang.

"Eshal pernah bagitahu Cik, dia seorang ibu tunggal?"

Nafla berfikir sejenak. Seingatnya dalam resume Eshal tidak dinyatakan pula tentang statusnya. Ruangan itu dibiarkan kosong sahaja.

"Tak ada kan?"

Nafla angguk saja.

"Cik tahu kan Waeez sudah meninggal?"

Nafla mengangguk lagi.

"Waeez meninggal 2 tahun lepas. Lebih kurang tempoh dengan Han balik sini, sebelum accident. Datuk dan Datin cari Sarah bila tahu Waeez sudah tak ada. Kemalangan yang diaturkan untuk Sarah tapi yang menjadi mangsanya adalah Waeez. Datuk tak boleh terima kenyataan anak lelakinya dah tak ada. Jadi dia upah orang untuk ceroboh rumah Sarah dan Waeez. Masa tu saya tak ada. Saya dengan Mak Som kebetulan balik kampung. Diorang ambil Evan dan Eman. Budak berdua tu baru je berumur 3 tahun."

"Kesian Sarah..."

"Iya. Saya bawa Sarah balik ke kampung mak saya. Kami dapatkan rawatan untuk Sarah. Saya terpaksa buat semuanya sekali lagi bila Sarah sudah macam mayat hidup. Jasad bernyawa tapi jiwanya mati. Sarah dalam kesedihan, murung. Suami meninggal. Anak-anak dibawa lari. Eshan pula tak ada. Wasiat Waeez juga buat Sarah rasa tertekan. Sarah rasa terbeban. Jadi, kami kena dapatkan satu identiti baru untuk Sarah. Untuk dia mulakan semula hidupnya."

"Jadi sebab itu Sarah muncul dengan nama Eshal?"

"Iya. Saya tak mahu dia terus hanyut dengan nama Sarah. Tapi satu yang perlu Cik tahu, Eshal yang sekarang bukan lagi Sarah yang dulu."

"Maksud awak?"

"Saya tak kan benarkan dia kembali pada Han." Laju sahaja ayat itu meluncur keluar dari mulut Baariq.

"Hah? Kenapa?" Bulat mata Nafla. Terkejut. Ingatkan bila Baariq jelaskan tentang semua ni, dia akan setuju dengan pendapatnya tapi rupanya dia silap.

"Saya tak nak Eshal terluka lagi. Eshal dah banyak menderita dan saya tak nak dia lalui semua tu lagi."

"Tapi kenapa? Saya tak faham..."

"Saya rasa lebih baik Eshan tak tahu Eshal tu Sarah. Dan biarlah kami hidup macam ni. Kami selesa macam ni." Baariq sudah berkira-kira mahu mengakhiri pertemuan mereka. Sudah banyak yang diberitahu oleh Nafla.

"Cik!"

Sekonyong-konyong itu, muncul Eshan bersama Adham dan Munir. Mereka bertiga sudah tengok Nafla dengan satu pandangan yang sukar untuk difahami.

Nafla panggung wajah, terkejut dengan kemunculan adiknya dibelakang Baariq. Bagaikan diseru, cepat sahaja Eshan muncul.

"Han..." Nafla menyebutnya langsung bangun dari tempatnya.

Dengar nama yang disebut Nafla, semerta itu juga Baariq berpaling ke belakang. Matanya langsung singgah di wajah Eshan.

Anak mata Eshan sedikit menurun, turun membalas pandangan Baariq kepadanya. Bagaikan ada sesuatu yang cuba dijelaskan melalui pandangan mata itu. Eshan kerut kening. Kenapa mata itu seperti sayu sahaja bila tengok dia?

"Han..." Baariq sudah berdiri. Bertatapan dengan Eshan.

"Boss... ini... Baariq." Adham menjadi orang tengah. Melalui pandangan Eshan tadi pun dia sudah dapat meneka yang Eshan masih tidak mengecam yang dihadapannya itu adalah Baariq, teman baik bossnya yang dicari-cari selama ini.

Eshan kalih matanya kepada Adham.

"Baariq?"

Adham mengangguk. Eshan kembali tengok Baariq. Cuba imbas kembali wajah itu dalam sisa kotak ingatannya.

"Jadi... selama ni kau, Baariq? Kawan aku? Anak Mak Som?"

Baariq angguk. Matanya sudah terasa pedih. Betul kata Eshal. Betul kata Nafla. Eshan sudah lain.

"Aku Baariq. Riq. Kau ingat aku, Han?"

Eshan angguk lambat-lambat. Baariq terus terpa Eshan lalu peluk kejap tubuh itu. Sekejap sahaja, pelukan dileraikan.

"Kau tak cari aku, Riq?"

"Aku minta maaf Han."

"Kau banyak hutang dengan aku, Riq."

"Aku tahu, nanti aku langsaikan satu persatu."

Han dan jumpa Baariq. Harap2 semua dpt diselesaikan. Tq to all the readers. HV.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience